Thursday, January 28, 2021

Koleksi Menu Baru- Baru Ini..

Hi korang...

SA dah arasa muak dah nak masak...hahaha..asyik rasa masakan sendiri je...penat la..sesekali nak ubah selera..kalau la boleh keluar ni..dah lama dah pergi makan kat luar. haaa jangan x tau masak sendiri pun boleh jadi jemu tau...Sekarang tekak ni nak makan orang lain plak yang masak...call adik beradik suruh balik masak diorang x nak..cuti- cuti ni katanya nak rehat..Si Dida plak nak SA buatkan popia goreng untuk dia..alahai...hari Sabtu nanti la...boleh plak dia voice note suruh mama buatkan popia untuk dia...

So kat bawah ni koleksi SA masak 2-3 hari ni...Isnin dan Rabu...Selasa x masak...Pak Zain yang masak..SA busy betul hari Selasa..

Jom tengok apa yang SA masak


Sambal Sotong


Ikan pelaling masak pindang


Sayur petola tumis air


Ayam goreng kicap


Apple merah buat pencuci mulut


Ayam Masak Lemak Cili Api


Kangkung goreng


Ikan bawal hitam rebus


Telur dadar tomato


Siakap Steam Halia


Ikan Siakap Goreng berlada

Lepas ni tak tau apa menu yang muncul plak lagi...dah takde idea nak masak sebab hari- hari masak kan...letih dah...3 minggu plak dah wfh..ntah bila nak masuk office semula..macam lama jer lagi sebab KL kes masih tinggi dan semuanya kluster tempat kerja..makin hari makin tinggi kes...PKP ni sampai 4hb kan...lepas tu sambung PKPB 3 bulan? Harap- harap boleh la masuk kerja semula...

Korang masak apa hari ni?


Wednesday, January 27, 2021

Dehydrated Semasa Jogging

Hi korang...

Siapa yang follow SA dan tau rutin penjagaan kesihatan SA faham apa yang SA alamai selama ini. SA memang cut sugar dan caffein. Dah 2 tahun lebih SA memang kurang mengambil minuman manis dan menjaga pemakanan. Tetapi jangan tak ambil manis terus..kandungan gula dalam badan adalah sangat perlu.

Demi menyahut cabaran coach I***N untuk dapatkan 3.15KM tu ha..SA mengalami kesukaran hari ni dimana tiba2 SA diserang dehydration..menggigil!!air liur rasa pahit...dan itu mmg tanda2 SA nak pitam..SA stop kat padang bola..betulkan pernafasan..pandangan dah kabur tapi cuba untuk tak panik..berdiri..breathing in and out..tarik nafas..hembus and tarik nafas lagi...rilex 10 min lepas tu dh ok..sedar2 nak senja dh..ya allah..DIA dh hint suruh balik la tu..slowly sambung briskwalk and balik..hari ni jogging sorang-sorang, kakak Dania malas nak ikut..syukur takde apa2 berlaku..moral of the story...kena minum air manis sblom jogging or standby gula-gula...













 
So lepas ni SA kena berhati- hati...tak cukup rehat pun yer jugak tu...SA minum air putih memang banyak. Sehari 2 botol besar mineral water 1.5 liter. SA memang minum air mineral berbanding air paip yang dah di masak. Semalam jugak SA check kandungan gula dalamdarah dan ternyata sedikit rendah dengan bacaan 4 mmol/L  sahaja berbanding sebelum ni 5-7 mmol/L . Bacaan normal kandungan gula dalam darah  bagi individu yang tiada diabetes berada pada aras di antara 4 mmol/L dan 7.8mmol/L.Jika bacaan gula tidak diurus menerusi amalan gaya hidup sihat atau pengambilan ubatan, jumlah gula dalam darah akan meningkat dan perlahan-lahan boleh merosakkan saluran darah. Ini seterusnya mengakibatkan komplikasi serius seperti penyakit jantung dan kegagalan buah pinggang.

Jom sama- sama kita ambil tahu tahap kesihatan badan kita. Amalkan pemakanan sihat dan teruskan amalan bersenam setiap hari.

Akhirnya SA berjaya menyahut cabaran coach SA sehari jogging 3km at least. Bukan senang ye nak dapatkan 3km setiap hari...banyak faktor yang buat selalu gagal...hehehe...

Tuesday, January 26, 2021

Norma Baru Belajar Online Sangat Mencabar

Hi korang...

Kaedah pembelajaran di musim pandemik sekarang sangat merisaukan ibu bapa kan?Maunya tak risau. Sebelum MCO anak- anak belajar secara face to face di sekolah dan boleh more focus dari online class. Cikgu pun masih adapt dengan suasan pembelajaran secara online class atau PdPR yang diperkenalkan dimana anak- anak akan berjumpa di google meet. Bukan semua satu class boleh response kat situ dan bukan semua yang cikgu boleh bagi perhatian penuh. Kau lambat kau tertinggal dan terpaksa whatsaap sendiri cikgu tersebut. Kalau jenis ibu bapa bekerja dan anak tinggal ngan atuk nenek mereka? Siapa nak pantau? Yang kehidupan tak berapa selesa? adik beradik ramai dan semua bersekolah. Gadjet hanya ada 1 dan waktu belajar agak lebih kurang sama. Macam mana? Kan?

SA pun terfikir..cikgu pun ada anak- anak kecik. Pun ada masalah jugak nak buat kelas online kan...takkan nak buat kelas online waktu malam?Waktu anak- anak tidur?Semua tu bermain di fikiran. Sebab tu Si kembar SA suruh diorang datang hari- hari kat rumah dan belajar dengan kakak Dania. At least kakak dania sedikit tegasdan sedikit garang. Diorang mendengar kata dari dibiarkan handle sendiri kat rumah atuk nenek diorang kan.Kat sana tiada siapa yang boleh pantau. Dari belajar nanti jadi main- main. Inipun online class SA tengok semua nak bercakap...hahaha...namapun budak -budak kan.



Musibah yang melanda negara sedikit sebanyak memberi impak terhadap penggunaan sistem pembelajaran dalam talian di sekolah. Bermula dengan penutupan sekolah akibat jerebu yang melanda beberapa negeri di Semenanjung dan terkini, penularan COVID 19 yang melanda seluruh dunia sudah memperlihatkan peningkatan mendadak penggunaan pembelajaran dalam talian bagi menggantikan pembelajaran dalam bilik darjah. Berdasarkan senario ini, boleh disimpulkan bahawa kebanyakan guru dan murid sudah terdedah dengan pembelajaran dalam talian, namun bagi memastikan penggunaan secara menyeluruh, beberapa isu pokok yang sering dibangkitkan, antaranya kemudahan infrastruktur termasuk peralatan mencukupi serta akses kepada capaian internet perlu diberi perhatian. Ada keluarga yang mampu menyediakan bahan pembelajaran dan ada yang tidak mampu memandangkan anak- anak ramai dan ibu bapa sendiri tidak berpendapatan tinggi untuk menyediakan kemudahan pembelajaran dimana anak- anak terpaksa berkongsi atau terlepas pembelajaran. 




Pembelajaran dalam talian amat memerlukan disiplin murid yang tinggi serta sokongan dan dorongan yang kuat daripada guru dan ibu bapa. Antara faktor yang menyumbang kepada hilang tumpuan murid ialah persekitaran di rumah yang tidak sesuai untuk pembelajaran, bahan pembelajaran tidak menarik, masalah capaian internet, kegagalan peralatan teknologi yang digunakan, penjadualan tidak sesuai, kurang sokongan ibu bapa dan murid yang lemah dalam mata pelajaran. Bagi meningkatkan perhatian dan kehadiran murid ketika pembelajaran dalam talian, guru boleh menyediakan bahan pembelajaran yang menarik dan sesuai, sama ada dalam bentuk video, lembaran kerja, animasi dan sebagainya. Kandungan pelajaran yang banyak juga boleh dipecah kecil bagi memudahkan murid memproses maklumat dan mengurangkan masa pembelajaran mereka. Aktiviti permainan dalam talian juga dapat meningkatkan tumpuan murid dan pemberian ganjaran bagi setiap aktiviti atau soalan yang dapat dijawab oleh murid boleh meningkatkan motivasi untuk belajar. Guru juga harus sedia merakam pengajaran yang dilaksanakan secara sinkronus bagi mengelak murid tercicir. 

Ibu bapa juga tidak terkecuali memainkan peranan penting dalam menyokong pembelajaran anak dengan menyediakan kemudahan asas untuk mereka belajar di rumah seperti talian internet, komputer atau telefon pintar dan ruang pembelajaran selesa. Di samping kemudahan fizikal, ibu bapa juga perlu bersedia memainkan peranan sebagai fasilitator serta memberi galakan dan motivasi kepada anak, mewujudkan jadual pembelajaran yang khusus di rumah juga membantu anak mengurus aktiviti pembelajaran mereka, sama ada secara dalam talian atau kendiri.

Jom la kita sama- sama memastikan anak- anak kita tidak tertinggal dalam pembelajaran. Kita sebagai ibu bapa perlu berkorban masa dan tenaga untuk memastikan anak- anak kita tidak ketinggalan. Sesungguhnya wabak Covid 19 ini mengubah kehidupan kita semua. 


Monday, January 25, 2021

Resepi Ikan Siakap Goreng Berlada Versi SA

Hi korang...

Lama dah SA tak share resepi dalam blog kan..asyik letak gambar makanan jer...dan sememangnya dalam draft banyak entry makanan yang SA masak setiap hari...memandangkan PKP ni takde apa pun aktiviti selain dari tidur dan jogging..hahaha...hari ni rumah SA meriah ngan anak- anak buah yang berkampung kat rumah ni buat kerja sekolah dan PDPR. Ibu diorang siap ambil cuti lagi nak pantau anak- anak belajar. Lepas ni tak tau la macam mana. Takkan ibu nak ambil cuti hari- hari kan...mamalong sibuk dengan kerja office dan kerja2 rumah..setakat tgok- tgok kan okey je...nak tolong apa- apa memang tak mampu la..

So hari ni SA nak share resepi yang dah biasa SA masak dan pernah jugak share dalam blog ni...tak kisah kot ulang- ulang resepi kan...bezanya cuma lain- lain ikannya...










 Menu


  1. Ikan Siakap 3 keping bahagian badan
  2. bawang merah 3 ulas
  3. bawang putih 4 -5 ulas
  4. cili api 20 biji
  5. sos ikan  - 1 sudu besar
  6. Sos tiram 2 sudu besar
  7. Bawang besar - 1 labu - hiris


cara memasak

  1. lumurkan ikan Siakap dengan kunyit dan goreng dalam minyak yang panas. 
  2. Angkat dan asingkan apabila dah garing
  3. bahan 2-4 tumbuk hancur
  4. tumis bahan 2-5 sehingga naik bau
  5. masukkan sos tiram..
  6. biarkan sampai garing sikit..
  7. masukkan ikan dan gaulkan
  8. tak perlu letak garam sebab sos tiram dah masin dah


Dah siap...sesuai dihidangkan ketika panas...bertambah-tambah korang makan nasi...tapi ingat..makan jangan melampau sangat...ikut macam SA...nasi je sesenduk...selebihnya lauk....sayur jangan lupa ye...sayur kan penting...

okey la...selamat mencuba...


Kisah Wife Follower IG & FB Meroyan

Drama Messenger PKP 2.0

(kali ni wanita)



Gambar dari google.com


Dia : Assalamualaikum

Me : waalaikumsalam

Dia : Saya nak tanya, sis kenal I**** J*****?

Me : Tak kenal..kenapa?

Dia : Dia follow sis kat IG and selalu komen2

Me : So..kenapa?

Dia : Ingat sis kenal dia...saya x suka sebab dia suami saya

Me : Apa kena mengena ngan saya

Dia : Boleh x suruh dia stop msg or komen sis?

Me : Kenapa saya yg kena cakap kat dia, dia yg follow IG saya...

Dia : Cakap saya dia x peduli, saya sibuk bisnes dia sibuk follow ig and fb pas tu komen2

Me : Rasanya hal ni xde kena mengena ngan saya dan x perlu saya nak cakap ngan dia..saya pun randomly accept friend request.

Dia : Tapi saya x suka....

Me : Bukan masalah saya....saya perlukan ramai follower untuk platform saya sebab saya blogger..saya pun cari extra income jugak tapi kalau awak nak kata saya melayan satu2nya suami awak...awak silap la sbb saya bukan jenis macam tu semborono melayan org..yg pm saya kat messenger pun saya x layan..

Dia : eee..susah la macam ni

Me : Tak susah...senang je...cuba letak sedikit kepercayaan kat suami awak, dia pun manusia..ada masa nak me time, nak berkawan...fikir positive je la...jgn asyik ingat dia aktif kat media sosial sebab nak menggatal.ngan perempuan.

Dia : Dulu pun pernah jadi macam ni..saya dapat cari perempuan tu..

Me : Itu yg awak silap..jangan ingat saya atau sesiapa yg aktif di media sosial ni nak menggatal atau ada niat nak serong...apa gunanya media sosial untuk awak yg meniaga?

Dia : Nak cari prospect dan dapat income la..

Me : Awak ni bijak...bukan x bijak...tp dalam hati tu cemburu mengatasi segalanya...

Dia : Siapa x syg suami sis..

Me : Itu silap awak....dah la..gunakan aje platform media sosial ni sebaiknya..bukan pergi skodeng sana sini, tinggalkan komen berbaur ugutan ke menampakkan cemburu awak tu. awak tau tak komen2 macam tu la menjatuhkan maruah awak sbg seorg wanita dan isteri

Dia : Kenapa plak sis

Me : Awak komen kat wall atau IG org, tinggalkan komen macam tu, itu scar buruk untuk pemilik IG tu..platform saya plak tu..awak ingat saya ni penyiasat nak siasat siapa yg komen2 kat media sosial saya? ingat saya ada masa nak selidik?

Dia: Saya geram saya buat la macam tu

Me : Ini lah masalah perempuan, tolong eh..jangan nak cacatkan platform saya dengan komen murahan awak..sabar saya ada batasnya...masalah awak ngan suami awak..selesaikan sendiri...kalau awak meniaga cari rezeki sama gak ngan suami awak...just put trust on him...kalau betul dia buat selesaikan..bukan menuding jari kat saya.

Dia : (terus diam x balas messenger)

Blocked ke x blocked? 

Blocked la sebab dia pakai fake account tu msg kakak...adoiii apa la fikiran diorang ni...org nak ada media sosial ko nak ada media sosial tp x reti guna..laki follow perempuan and tinggal2 komen ko marah perempuan tu plak...kakakkkk jugak yg kena hentam...kalau ada bukti kakak melayan atau kuar ngan laki dia xpe la jugak...merosakkan nama perempuan je la...satu kerja plak kakak nak delete komen2 dia kat IG...lagi satu x kan kakak nak letak term and conditions hanya DUDA dan BUJANG je bleh add kakak kat media sosial...aje giler la...macam-macam ragam..


Saturday, January 23, 2021

Sambutan Birthday Mak Sebelum PKP

Hi korang...

Kisah 2 minggu lepas..masa tu masih PKPB dan adik bongsu pun balik melawat mak abah selepas sekian lama tak dapat balik sebab kekangan masa, kerja dan PKPB. Rindu kat Tiara Dan Taufiq tak tau nak cakap macam mana. Ye la SA kan sangat rapat dengan anak- anak buah. Semua membesar dengan SA masa diorang kecik- kecik..Sekarang semua dah besar..dah jarang balik. Bila dah berkumpul ramai tu teringin nak sambut birthday Uwan diorang yang tak bersambut sebab PKPB. Kebetulan birthday Mak Teh pun bulan yang sama. Sambut sekali la...sebenarnya takde la rancang nak sambut birthday dan beli kek bagai tapi SA dah janji ngan anak buah SA si Aydan nak belanja KFC. Alang- alang dah ramai tu sekali la sambut birthday Uwan diorang.


SA dengan Si Kembar Adeliya & Aressa dan Qhaira


Leka main handphone..mama nak selfie pun tak peduli...


Beli KFC banyak skit


Cheesy Wedges favourite Kakak Dania


Hambik semua tak makan nasi lepas tu...semua makan KFC je


Kek beli kat Bakers Cottage je..


Haaa baru dapat amik gambar,...


Kalau bab kek semua excited..especially si kecik Tiara tu...


Seronoknyaaaa....


Yang penting mak happy dikelilingi cucu- cucu


Berebut- rebut nak tiup kek


Aydan dan Tiara


Semua happy, nyanyi dan pasang lilin 2-3 kali sebab excited..


Beria cucu- cucu mak tiup lilin


The cake


Sedap kek ni


SA dan Taufiq


Abah baca doa selamat sikit


Aydan buat perangai


Yeay...Uwan potong kek


Mommy pun potong kek


Apa lagi...makan la kek...


Ada surprise ice cream viral Icely Aiskrim Potong...susah nak dapat ni


15 potong RM35 lebih kurang...banyak flavour dan best sangat


Eh..Eh...anak dara mama la.....


 SA makan skit cake dan seketul ayam KFC...cukup la..tgok yang lain- lain happy kenyang terus..


Video sambutan birthday



Alhamdulillah 
Dapat jugak buat birthday mak walau hadiah semua dah bagi masa on birthday date itself 28 December lepas. Last week birthday Tiara pulak...PKP kan so tak dapat la mama long dia nak sponsor kek and sambut ramai- ramai...tunggu la nanti PKP ni tamat boleh la buat belated celebration. SA suka berkumpul ramai- ramai macam ni sebab suka dikelilingi anak- anak yang ramai. Walau pun anak buah..kalau bab makan- makan macma ni memang jarang berkira. Mesti nak buat sama- sama. Rezeki yang ada dikongsi sama-sama kan


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah