Thursday, July 10, 2025

Terjebak Beli Durian...

Assalamualaikum...

Sana sini ramai yang update tentang durian..ada yang malan durian kahwin, musang king la..udang merah la..SA mencari durian kampung...bukan x suka durian kahwin..kami 3 beranak x berapa kuat makan durian..so better beli yang durian kampung..PZ x leh makan sangat..kang naik.plak kencing manis..SA pun sama x leh makan sangat..darah tinggi dan risau plak tetiba ada kencing manis plak..suami dia lebih suka serawa durian ...itupun blom buat lagi...tgok la balik kerja ni cari durian sebiji...nak buat serawa je kan...

Malam bila ntah..minggu lepas rasanya hari apa x ingat...Sabtu ke Ahad ke..SA ajak suami beli durian kat area Petronas Ampangan tu...situ pesta betul..kedai dia je...padahal kedai yg depan2 dari kedai diorang tu pun banyak gak durian cuma xde orang...pelik plak...

Jom tengok gambar...kitorang pi ni dh kul 9 malam but orang memang masih ramai...

Ingat nak makan kat situ..tp full house


Banyak kan durian..x tau jenis apa ni..


Diorang susun longgok2 ni...SA amik 1 dan tambah lagi skit..15 biji RM100

Buah gerenti boleh makan..katanya tapi ada yg x boleh makan macam dh berair tu kami kumpulkan 1 tempat utk buat tempoyak..dapat la satu botol tempoyak baru...PZ pandai buat..nak harap SA memang x reti la...Dania suruh belajar buat tempoyak...sebab tempoyak fav dia..buah durian x makan...pelik tul perangai

Ni so syedap...creamy



 Isinya tebal..

Gara-gara makan durian kami 3 beranak kepanasan...hahaha..x minum.air dari pangsa durian tu kan...memang x la...semua x ingat..

SA siap pesan ngan suami and PZ...jgn sendawa depan SA..x tahan bau nanti...hahaha....

Anak dara bertuah SA tu x makan durian so dia berkurung ngan Brown dalam bilik...

Tengok la kalau jadi kang..nak beli sebiji dua durian..nak buat serawa..kesian suami duk menyebut je..kita ni x pandai sangat nak buat...walau senang aje sebenarnya...

We see how la malam kang...buat serawa kena la ada roti kan...dpt roti benggali mesti sedap ni...


Bekal SA Hari Ini...

Assalamualaikum...

Hari ni macam biasa SA bawak bekal..

SA bawa bekal simple tapi menyihatkan ke pejabat nasi goreng, salad biasa dengan timun, telur rebus dan sos Kewpie Caesar, serta sebiji epal hijau sebagai pencuci mulut. Rasa puas hati bila dapat makan hasil tangan sendiri. Tak perlu fancy pun, janji sedap dan cukup zat kan...sarapan nasi goreng dan tengahari makan salad je...salad SA x cukup lengkap sebab xde tomato..apa yang ada je SA guna...





Menu bekal SA hari ini:
  1. Nasi goreng simple ala rumah
  2. Salad segar – daun salad, hirisan timun, telur rebus, dan sos Kewpie Caesar
  3. Epal hijau rangup


Dah banyak kali SA share sebab SA bawa bekal ke tempat kerja...

Kenapa saya suka bawa bekal? Sebab…

1. Jimat belanja harian
Makanan di luar makin mahal. Bawa bekal sendiri memang banyak membantu jimat kos. Duit lebih boleh simpan atau belanja benda lebih penting.

2. Jaga kesihatan
Bila masak sendiri, kita boleh kawal bahan seperti kurang minyak, kurang garam, lebih seimbang. Salad dengan telur rebus tu pun dah cukup beri tenaga waktu tengah hari.

3. Lebih cepat dan mudah
Tak perlu keluar beratur beli makanan. Buka bekal, makan, siap! Kadang-kadang boleh guna masa lunch untuk rehat atau siapkan kerja sikit-sikit.

4. Rasa puas hati
Nikmat makan hasil air tangan sendiri memang lain macam. Lagi-lagi bila tahu apa kita masukkan dalam makanan tu semuanya bersih dan diyakini.

5. Amalan gaya hidup sihat
Bawa bekal bukan sekadar tentang makanan – tapi juga disiplin, perancangan, dan kesedaran terhadap gaya hidup lebih sihat dan seimbang.

Bekal bukan saja mengenyangkan perut, tapi juga beri rasa tenang dan puas pada diri sendiri. Sebab SA bukan buat untuk diri sendiri tapi untuk suami jugak..so sama- sama kita berjimat cermat dalam keadaan ekonomi makin naik ni kan..serba serbi harga barang naik...

Setuju?

HR2U Day KLHQ

Assalamualaikum..

Semalam merupakan hari HR2U Day di office SA...so program bermula dari 9am sampai 4.00pm dan pelbagai aktiviti diadakan antaranya program suntikan vaksin influenza, physio, bank muamalat, Wang Tidak Di tuntut by Jabatan Perakaunan, booth KWSP, Booth Proton, Booth Insurance PMCare, Physio dan macam-macam lagi..SA hanya sempat ke booth WTD, suntikan vaksin influenza dan booth program loose weight tu je..lain2 x berminat..test drive E-emas kat bawah auditorium pun x join...hahaha...

Sementara tu awal-awal kami kena daftar dulu untuk dapatkan door gift dan kena masuk auditorium dulu untuk dengar taklimat dan townhall.


HR yang terlibat untuk menjawab soalan


Head of HR


Sempat selfie ngan diorang ni..


Candid


Hadiah-Hadiah lucky draw~ macam biasa S x pernah lucky kalau bab lucky draw ni


Door gift yg ditawarkan


SA dengan door gift, ada 2..satu untuk boss





Unboxing dalam kereta ..mak ai..berat fan ni..pas tu high speed...


SA dapat warna light purple


Cantik x?


Daftar program loose weight 6 bulan tu SA dapat body fat scale yang dah dinsync kan dengan apps kat hp


Daftar2


Sebahagian dari kami from KLHQ, yg lain2 kat luar tengah buat aktiviti


Program "HR Day2U" yang diadakan di pejabat mempunyai banyak kelebihan, terutamanya dari segi meningkatkan kesejahteraan, semangat kerja, dan hubungan antara staf dan Jabatan Sumber Manusia (HR). Berikut ialah beberapa kebaikan utama program ini

1. Mendekatkan HR dengan Staf
  1. Staf boleh berinteraksi terus dengan pasukan HR secara santai.
  2. Membina hubungan dua hala yang lebih baik dan terbuka.
  3. Staf lebih mudah bertanya tentang faedah, cuti, gaji, dan polisi syarikat
2. Fokus kepada Kesejahteraan Pekerja
  1. Biasanya disertai dengan aktiviti kesihatan, pemeriksaan tekanan darah, BMI, atau sesi kaunseling.
  2. Meningkatkan kesedaran tentang keseimbangan kerja dan kehidupan (work-life balance).
  3. Galakkan gaya hidup sihat dan penjagaan kesihatan mental.

3. Meningkatkan Semangat & Moral Pekerja
  1. Aktiviti santai seperti kuiz, cabutan bertuah, permainan atau jamuan.
  2. Memberi 'break' sekejap dari tekanan kerja harian.
  3. Mewujudkan suasana kerja yang lebih positif dan menyeronokkan.

4. Menyampaikan Maklumat Penting Secara Interaktif
  1. HR boleh gunakan peluang ini untuk menerangkan inisiatif baru, perubahan polisi atau faedah syarikat.
  2. Maklumat sampai dengan lebih berkesan berbanding emel atau memo sahaja.

5. Mendapat Maklum Balas Terus dari Pekerja
  1. HR boleh buat survey pendek, sesi soal jawab atau kotak cadangan.
  2. Membantu HR memahami isu-isu sebenar di tempat kerja.

6. Menggalakkan Penyertaan Merentas Jabatan
  1. Aktiviti biasanya melibatkan semua jabatan, menggalakkan kerjasama antara staf dari unit berbeza.
  2. Meningkatkan komunikasi dan kerja berpasukan.

Kalau HR Day ini dilaksanakan secara konsisten dan kreatif, ia boleh menjadi satu platform yang sangat berkesan untuk menjaga kebajikan pekerja dan membina budaya kerja yang sihat dan mesra.

Betul tak?

Eh, Tiba-Tiba Terkena Renjatan! Kenapa Badan Kita Ada ‘Elektrik’?

Assalamualaikum...

Hi korang...

Pernah tak korang alami situasi macam ni tengah elok-elok nak pegang bahu suami, anak, atau buka pintu kereta… zapp! terasa macam ada kejutan elektrik kecil? SA pun selalu alami. Terkejut juga masa mula-mula, siap fikir tu...

“Eh, aku ni ada kuasa luar biasa ke? Atau cinta aku ni memang ‘berkaran’?” 😜

Bila tanya suami, dia leh cakap...ooo itulah tanda cinta abang yang melimpah ruah untuk sayang....ehhh dia ni dah kenapa...ke situ plak...masalahnya SA sentuh tangan or lengan tetiba rasa ada renjatan..pedih gak la kulit kan..semalam SA kena dalam bilik..lalu aje kat karpet tetiba rasa renjatan lagi dan kaki rasa pedih sampai ke hari ini...


Tapi sebenarnya, semua tu ada penjelasan sains yang menarik dan tak perlu panik pun!

Kenapa boleh jadi macam tu?

Rasa ‘renjatan’ tu sebenarnya disebabkan oleh cas elektrik statik. Bila kita bergerak contohnya berjalan atas karpet, duduk atas sofa fabrik, atau bergesel dengan baju badan kita mengumpul cas elektrik (biasanya cas negatif).

Bila kita sentuh orang lain atau objek logam, cas elektrik tu akan “melompat keluar” untuk seimbangkan cas antara dua permukaan. Hasilnya? Kejutan kecil yang rasa macam kena ‘karan’!

Badan manusia memang ada arus elektrik ke?

Ya, badan kita memang ada sistem elektrik semula jadi. Dalam otak, saraf dan jantung, isyarat-isyarat elektrik digunakan untuk gerakkan otot, hantar maklumat, dan kawal degupan jantung.

Tapi kejutan statik tu bukan daripada sistem badan kita, sebaliknya ia datang dari geseran luar — pakaian, udara kering, permukaan lantai dan sebagainya.

“Eh, bahaya ke kejutan elektrik statik ni? Boleh mati tak?” 

Soalan yang ramai juga tertanya-tanya.

Jawapannya: Tak bahaya langsung, dan tak boleh menyebabkan kematian.

Kejutan elektrik statik ni cuma cas kecil yang berlaku dalam masa yang sangat singkat. Arus dia pun sangat lemah dan sekadar buat kita terkejut sekejap.

Kesan paling kuat pun mungkin:

  1. terasa pedih sekejap
  2. buat rambut berdiri
  3. atau menjerit sikit sebab terkejut 😅

Lainlah kalau kena renjatan elektrik dari sumber elektrik sebenar contohnya wayar rosak, suis bocor, atau kena petir. Itu memang sangat bahaya dan boleh bawa maut. Tapi renjatan biasa yang kita alami ni memang tak bahaya.

Faktor yang buat kita lebih mudah 'berkaran':

  1. Udara kering (biasanya waktu sejuk atau dalam aircond)
  2. Pakaian jenis sintetik (polyester, fleece)
  3. Jalan atas karpet
  4. Duduk atas sofa fabrik lama
  5. Pakai kasut bertapak getah

Cara nak kurangkan risiko ‘kena karan’:

  1. Gunakan pelembap udara (humidifier) dalam bilik aircond
  2. Pakai pakaian jenis kapas
  3. Letak pelembap badan, sebab kulit kering mudah berkaran
  4. Sentuh objek logam dulu sebelum sentuh orang (contoh: tombol pintu, sinki)
  5. Jalan berkaki ayam atas lantai jubin kalau boleh 😄

Jadi lepas ni, kalau terasa macam “kena karen” bila sentuh bahu suami atau pegang tombol pintu  jangan panik ya. Itu cuma cas statik tengah cari jalan keluar dari badan kita.

Dan siapa tahu… mungkin cinta tu memang ada spark dia yang tersendiri juga ⚡💕😂😂


Wednesday, July 9, 2025

Bekal SA Hari Ini ~ Rabu 9 Julai 2025

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni SA bz betul..bz dengan HR Day 2U punya program..dari pagi sampai la pukul 2pm tadi...program.masih berjalan tapi SA naik dah..makan dulu la..cerita pasal program tu nanti SA buat entry lain...

Hari ni macam biasa SA bawak bekal..pagi-pagi masak dan bahan prep malam tadi....hari ni special skit masak...but masih menu kering2 la ..

Jom tengok gambar..



Lupa nak amik gambar nasi..gambar dah campur sayur pun ok la ye..


Ikan mayong bahagian isi SA goreng ala2 mamak style ..lupa letak daun kari tapi xpe sebab kita yg buat dia


Sayur kacang buncis pecah telur


 Buah jambu batu dah lemau..maksud lemau? Dah x crunchy la...tapi boleh je makan..PZ suka la ni..xde la sakit gigi dia nak kunyah..


Alhamdulillah dh kenyang..lepas ni SA kena sedikit disiplin sebab SA join programme lose weight untuk 6 bulan...apa nama program ni lupa plak..kang SA ingat SA update ye ..berat badan SA dah 71.45kg...i need to do something...x leh buat x tau lagi dah..masuk program ni untuk terus nekad ...nekad turunkan sekurang-kurang nya 15kg...sempat x ni...ada 6 bulan ni bermula hari ini...SA target tahun depan dah boleh pakai kebaya ni...bila dh ada target kena disipline kan..

Korang doakan SA ye...


WW~ Terima Kasih Untuk Page Views Yang Mendoniaaaa....

Assalamualaikum...

SA nak ucapkan ribuan terima kasih di atas support yang x henti2 dari kawan-kawan semua..

Seminggu ni alhamdulillah page views SA mendoniaa...




Mulanya SA nak senyapkan dulu takut blogspot ada problem..tapi dah seminggu masih mencanak naik..earnings dari Google Adsense pun alhamdulillah cantik naik..

Terima kasih..terima kasih dan terima kasih yang x terhingga kat kawan-kawan semua..banyak support dan menyumbang page views untuk blog SA...

Love
SA

 


Sampah Bagimu, Hidangan Keluargaku

Assalamualaikum...

Sebuah perkongsian yang SA baca di FB, SA share kat sini sebagai pedoman...tak semua kita di dunia ini hidup dalam kesenangan..betul kata penulis ni...kaki ayam, pedal dan hati ayam yang sesetengah orang ingat sampah tu sebenarnya adalah hidangan dalam sesebuah rumah kat luar sana..sebab tu SA ni kalau bawak bekal ada bahan- bahan ni dalam lauk bekal SA, SA x tunjuk depan orang...SA makan kat work station SA je..SA pernah kena tegur...anak orang kaya dan ternama, tengok bekal SA terus pandang jijik siap buat muka2 lagi...sedih SA masa tu...kisah berlaku beberapa tahun lepas...tapi SA x peduli..SA dah biasa hidup susah dan sederhana...menu kaki ayam tu la yang sedap..menu hati ayam dan pedal ayam tu la orang cari- cari kalau dibuat rendang...kan?

Kadang- kadang mereka ni tak terfikir susah senang saudara islam kita di bumi Palestin, Di Gaza..yang sekarang sedang berhadapan dengan kebuluran...SA x ajar anak SA memilih pada makanan...cuma part dalaman haiwan ni memang dia x makan..kalau buat sup kaki ayam...memang anak- anak buah SA bertambah nasi...SA paling marah kalau orang tengok makanan tu siap buat memek muka..x makan takpe..tapi jangan mencemuh dan jangan buat muka..SA pun paham ada je orang x boleh terima..just hormat cukup la...

Jom baca perkongsian di bawah...



 
SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.

Suami saya adalah pembekal ayam kampung di negeri ini. Alhamdulillah, banyak restoran-restoran yang menyajikan lauk ini di Kuantan, suami sayalah watak disebalik cerita.

Kebanyakan restoran mahukan ayam yang telah dipotong mengikut kehendak mereka. Ada yang potong 4, ada potong 8!

Apabila ayam dipotong, hampir semua kedai tidak mahu ambil kaki ayam, hati, pedal dan organ dalaman lain. Leceh untuk disimpan agaknya.

Selalunya suami saya akan menyimpan kaki-kaki ayam dan hati ayam ini dalam freezer besar di rumah. Tapi kalau dah masuk 2 minggu dan stok ayam masuk lagi, tempat yang terhad memaksa suami saya mencari jalan untuk mengosongkan freezer dari barang lain. Maka jalan terakhir, tanam atau buang sahaja kaki dan hati ayam ini jika tidak disedekah kepada orang lain.

'Ada kaki ayam tak? Kak Yah nak sikit.' Pesanan ringkas dari kakak sulung saya di satu pagi.

Kebetulan suami saya dah merungut kaki ayam dan hati yang banyak dalam freezer. Kami ambil keputusan menghantar sendiri semuanya ke rumah kakak. Sebenarnya ni satu jalan mudah. Jika kakak datang sendiri, pasti sedikit saja dia ambil. Tapi jika kami hantar dengan kenderaan pacuan empat roda kami, dah pasti kami boleh kosongkan freezer bahagian kaki ayam dan hati sekelip mata. Bagi semua! Padan muka kakak uruskan. 

Kami hantar dan terus pulang ke rumah. Lupakan hal kaki ayam.

Esoknya, saya terima pesanan yang sangat panjang dalam aplikasi WhatsApp dari kakak.

'Ti, tau tak. Semalam kak tengok banyak betul kaki dengan hati ayam hampa bagi. Terkejut jugak. Kak rendam semua. Bila dah lembut, kak bungkus. Kak panggil jiran-jiran datang ambil. Mula-mula serba salah juga. Bimbang orang kata: sampah, kau sedekah. Tapi kak fikir, bagi sajalah. Siapa nak, ambil. Tak nak, jangan ambil. Tapi, ramai betul datang ambil. Alhamdulillah habis semuanya.'

Tersenyum saya membacanya. Kemudian dia menyambung.

'Semalam, lepas ajar budak-budak mengaji. Ada seorang jiran kak 'message'.

Terima kasih Kak Yah, bagi kaki ayam tadi. Syukur sangat. Tak tahulah nak cakap macamana. Semacam betul-betul Allah hantar kaki ayam ni pada kami sekeluarga. Sebenarnya dah dua hari kami anak-beranak tak makan. Suami saya kena tangkap polis kes mencuri. Saya tak tahu nak pujuk macamana dah anak saya yang menangis lapar. Makanan di rumah satu pun tak ada. Tiba-tiba Kak Yah bagitau suruh datang rumah ambil kaki ayam ni. Allah. Macam ajaib. Terima kasih Kak Yah. Dah tidur anak-anak saya dapat makan malam ni. Terima kasih sangat-sangat.

Ti, kak tulis ni pun sambil menangis. Lepas ni hampa jangan buang lagi kaki ayam. Bagi kak. Kak nak bagi pada jiran-jiran. Kita tak tahu siapa dapat kita selamatkan dari lapar asbab bagi benda yang kita anggap 'sampah' ni.'

Allah Allah.

Menangis saya baca.

Sungguh, zaman sekarang dah mengubah banyak corak hidup kita. Kita dituntut untuk jaga hak seorang jiran. Tapi, kita makin jauh.

Kita dituntut supaya tidak tidur selagi ada jiran yang masih kelaparan kerana kemiskinan tapi kita langsung tak ambil tahu.

Yang paling dahsyat, ada juga yang tak kenal pun jiran-jirannya. Rupa bagaimana. Kerja apa. Anak berapa orang. (Sayalah itu) Allahu.

Sedekahlah. Beri apa yang ada dalam tangan. Bantu tanpa mengharap ia dinilai dan kita dapat pujian. Beri tanpa harap apa-apa.

Ikhlas!

Beri kemudian lupakan.

Allah Allah. Berilah kami peluang yang banyak untuk bersedekah. Sungguh kami selalu leka. Jangan balas kami dengan takdir buruk di akhirat kerana kelalaian kami pada hak saudara kami yang susah. Dalam pada teruja dengan menu-menu berbuka yang serbaneka, berilah kami ruang untuk menghilangkan lapar orang yang teruji.

Sungguh, kamilah hambamu yang hina dan selalu lupa...

Sampah bagi kita, kadang jadi hidangan hebat bagi satu keluarga yang dalam kesusahan.

Moga Allah ampunkan kami.

Wallahu'alam

Sumber: Lola Diana Tradisional


Tuesday, July 8, 2025

Melawat Pak Su Di HTJ

Assalamualaikum...

SA dapat berita mengatakan Pak Su iaitu adik bongsu arwah Mak SA masuk hospital. Paksu mengalami masalah buah pinggang stage 5...dah diagnosed dan dah kena cuci buah pinggang atau dialysis...kesiannya...dh la dh buat Bypass dan dah potong kaki...ni masalah buah pinggang plak...

Ahad petang SA dan Dania pergi melawat kejap...nak melawat pun kena faham..kena gilir2..x leh masuk sekali ramai...SA dapat masuk berdua ngan Dania..tapi kat dalam ada lagi 2 orang pelawat...anak tunggal Paksu dengan ex wife dia dulu.. Nabila...dh besar dah sepupu SA tu..dulu masa kecik dia, Dania dan anak buah SA Intan memang rapat...ni dah besar..dah bawak hala tuju masing-masing.






Nabila bakal pendidik..tahun depan dia dh start mengajar dah...syukur alhamdulillah..



Dalam 3 orang tu Dania sorang yang tinggi



 

Semoga dipermudahkan buat Paksu...

Tak suka bila sakit2 ni...nak2 dh ke stage 5...macam arwah Mak SA...family memnag x lari dari penyakit keturunan..sebab tu kena jaga diri. Jaga kesihatan dan pengambilan makanan...mencegah lebih baik dari merawat kan...

Bekal SA Hari Ini....

Assalamualaikum...

Semalam SA pi Jaya Grocer petang...beli buah dan beli daging steak tu...saje nak buat masak kicap...malas plak nak banyak-banyak bekas kan..so SA campur kan kacang buncis dalam masak kicap daging yang SA masak..so x yah pening konon xde sayur...Cili tu memang penyedap rasa la kan...berdesing telinga SA makan cili pedas tu...tapi sedap...


Daging steak grain fed, SA beli 2 pack semalam...baru masak 1 pack...lauk ni SA masak malam semalam...bukan la untuk bekal semata tapi makan untuk dinner semalam jugak..cuma sayur tu SA tambah kemudian untuk bekal SA


Nasi sesenduk lebih skit..


Buah apple merah...snacking kul 10am tadi...


Alhamdulillah dah makan dan dah tengok Kdrama Tastefully Yours...baru episode 8...ada lai 4 episode...
SA dah gerak pi surau, patah balik sebab dah ABC plak...now SA tengah nak buat stamping stamp duty untuk agreement...sakit mata SA sebab terlalu focus...complicated skit benda ni...


Menu Dinner Sabtu

Assalamualaikum ..

Sabtu kan gantung kuali pi makan kenduri...so petang Sabtu SA dh mulansibuk nak masak dh..pening SA depan freezer tu x tau nak amik apa..semua ada...ada banyak haiwan dalam freezer tu..sudahnya SA amik ikan talapia merah..defrost dan goreng...pas tu SA buatkan bawang dan cili...hiris halia goreng garing, ketepikan pas tu baru masukkan bawang putih, bawang kecik dan bawang besar..cili api pun..letak sos tiram..secukup rasa..done!!!


Ikan Talapia goreng 


Sayur sawi goreng


Ulam pegaga untuk PZ..pegaga tanam kat depan rumah


 Telur mata curah kicap manis cap kipas udang


PZ masa ni pi Surau....Ada kelas agama..so kami 3 beranak makan dulu...lauk goreng-goreng macam ni memang sedap dan laju je la menyuap kan...

PZ makan sensorang je masa ni..SA plak dh pasang citer hantu Indonesia kat Disney HotStar...apa lagi....PZ pun join sekali tengok..hahaha...ikutkan dia x suka tengok citer hantu...eh..boleh plak dia join...lambat jugak SA tido...kul 1am jugak la settle tengok citer tu..ye la..tengok pun masa tu dh pukul berapa kan....


Alhamdulillah Smart TV Sharp 65' Package Unifi Dah Sampai....

Assalamualaikum..

Target azam tahun 2025 seterusnya dah fulfill dah...tv lama tu xde la rosak..sekarang kan zaman smart tv...kami blom ada pun lagi...nak tengok Netflix pun guna android box je..so Unifi ada buat promosi upgrade ke Unifi TV sekali dengan Smart TV beberapa Jenama...SA pilih Sharp 65'...bukan main lagi nak yang besar je..tanya PZ dia nak x tukar ke TV besar cuma upgrade bill skit la..lebih la skit bayar bill bulan-bulan..PZ kata ONZ je..terus SA apply...adik SA apply dia tunggu 1 bulan baru sampai..SA apply x sampai 2 minggu TV dah sampai kat rumah...cuma SA lom upgrade ke Unifi TV lagi..guna dulu apps yang sedia ada kebetulan ada Netflix, Disney Hotstar dan Prime Movie...xde masa SA nak pi cawangan Unifi utk urusan upgrade acc Unifi tu...

Orang paling happy of course la PZ...dia yang sangat teruja...korang bleh tengok gambar kat bawah ni nanti..dalam masa yang sama dia sebut jugak...TV besar ni impian arwah mak dulu..masa hayatnya dia dh mintak dh nak tv besar..tapi tu la..x sempat nak tunaikan...apapun dah ada ni PZ la tengok hari-hari..cuma x tahan tengok muka sedih dia mengenang arwah mak..takpe la abah..kita buat sikit-sikit impian Mak yang x tertunai tu..ada rezeki kita buat...nanti kita tukar plak pintu rumah ke pintu kayu yang safety tu..tunggu SA kumpul duit skit...tahun depan kalau murah rezeki lagi SA nak tukar kitchen kabinet dengan kitchen hood yg dh rosak tu...kita buat sikit-sikit la..bukan nak buang terus kenangan dengan arwah mak..tapi barangan yang tinggal kebanyakkan dah rosak..kenangan tetap kenangan..kena terima hakikat..orang yang kita sayang yang dulu adakan barangan tu dah pergi tinggalkan kita. Dah rosak x boleh nak simpan..x kan nak tunggu mereput semua kan baru tukar..so untuk keselesaan slowly kita tukar kalau ada ongkosnya...

Eh jom tengok gambar....


Besar gedabak tv ni


Tengok la...PZ yg bukak kotak dulu..x sabar dia nak unboxing


Bab ni serahkan kat org yg pandai set up dan jenis sabar...SA surrender


Mereka mereka yang teruja



Slowly keluarkan dari kotak


Pasang kaki dulu...


Dah siap...



Connect ngan wifi


Tadaaaa....


Dah siap..dh boleh tengok..


Org sibuk tengok tv dia sibuk tido


 Pas tu berkepit ngan PZ..PZ plak tengah sedih mengenang arwah mak...


Dah seminggu dah usia Google Tv tu kat rumah SA..sejak ada TV besar ni memang jarang la keluar jenjalan..subscribe plak apps berbayar yang movie dia semua best2..Prime Movie tu banyak giler citer best...Hindustan especially...mulanya cadang nak lekat kat dinding TV ni..sekali tengok besar benau dan x sesuai lekat kat dinding..kita letak je kat atas kabinet TV tu...

Memang rasa macam tengok wayang kat rumah...best betul...semalam SA marathon tengok balik movie hindustan lama2 macam.Mohabbatein, Dil To Pagal Hai dan tengok citer Korea Marry My Husband...perghhh...puas hati tengok..dengan PZ pun terjebak tengok wayang kat rumah..dia kan peminat hindustan...eh dia suruh cari plak citer hindustan lama-lama dulu..mana nak dapat..yg ada yg Prime listkan aje la...ke boleh cari? SA x habis explore lagi..nanti la ...

Puas hati dapat sediakan keselesaan menonton buat PZ..cuma time kami bekerja PZ akan tgok channel2 astro la..sebab tu astro tu SA x terminate lagi..sebab PZ x pandai guna google tv..pada kita senang je..tapi pada dia complicated..sebab tu dh set kat tv..kalau tak buat dia akan auto running ke google tv...macam mula2 hari tu...dia gelabah x leh bukak tv..terus suami SA balik tengokkan..rupanya dia dh main tekan2 dan tengok Fast and Furious...hahahhaha...kelakar plak...sekarang dh set astro...so senang sikit...

Kalau korang nak upgrade Unifi sekali dapat Smart TV korang bleh check kat Unifi Apps..kalau layak boleh amik..setahu SA dia punya promosi sampai hujung bulan ni...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah