Wednesday, October 7, 2026

Acu Celebrate Birthday Dania Di Damascus Bukit Bintang

Assalamualaikum wrt...

Kalini SA nak cerita sikit pengalaman manis 26 September lepas. Hari tu SA, Dania, dan PZ pusing-pusing ke Bangi ke rumah adik bongsu SA. Memandangkan petang tu SA kena balik dulu sebab suami dah sampai jemput, Acu pula ambil alih bawak PZ dengan Dania jalan-jalan. Tak sangka Acu dah siap plan surprise nak celebrate birthday Dania dekat Damascus, Bukit Bintang. Seronok betul tengok diorang dapat luangkan masa sama-sama!

Rezeki Dania dan PZ, la Acu bawak jenjalan dan celebrate birthday kan...



Dak kecik ni memang berkepit ngan Kakak Nia...suka sanagt dia ngan kakak tu..


Dalam kereta pun nak duduk dengan Kakak Nia..lupa kat ibu kejap..padahal selalunya melekap aje ngan ibu..dah macam Koala


Kena la beratur kalau kat sini..tapi takde la lama..kejap aje


Yang dua orang ni memang suka bawak atuk jalan- jalan


Untung la sambut birthday kat Damascus..


Tiara


Taufiq


Wah..best la PZ makan nasi Arab


Seronok ye Acu belanja and celebrate birthday dia


Family selfie...nengok la si kecik tu..


Yeayyy!!!!


Tak payah nak terkejut sangat la Opick..tau la awak suka beef pepperoni


Seronok PZ makan 



Masala Tea


Nampak x opick tu? berkepit je ngan atok


Suka erk makan pizza tarik2 cheese cenggitu


Alhamdulillah...berselera atok...



Video Celebration


suka la tu..Acu buat surprise..



Kunafa


Macam - macam makan sampai nak pecah perut katanya


Best la dapat hadiah Elianto set


PZ kat depan Pavillion...


PZ di tengah- tengah Bukit Bintang

Apapun, terima kasih banyak-banyak buat Acu sebab sudi celebrate dan buat surprise besday Dania kat Damascus, Bukit Bintang ni. Seronok tengok semua dapat kumpul, makan-makan, dan meriahkan hari lahir Dania. Semoga Acu dimurahkan rezeki melimpah ruah selalu dan dipanjangkan umur. 

Terima kasih jugak sebab bawak Abah jalan- jalan...x lekang dari mulut dia cakap x sangka jalan malam- malam kat KL seronok..abah x pernah tau banyak bangunan tinggi..tengok kat TV aje..seronok betul...Dia x tau tu SA plan nak bawak dia explore Pasar Chow Kit nanti...


Tuesday, October 6, 2026

Lepak Pantai Batu Burok

Assalamualaikum wrt..

Kita sambung entry jalan- jalan Terengganu...lepas kami balik dari beli Roti Paung tu di ENTRY NI, kami balik Chloe's Homestay un tuk berehat..masa tu dah pukul 3.00 lebih dah..matahari masa tu dah terpacak dah..terik betul cuaca...so SA amik kesempatan baring kejap...pasang ekon kuat- kuat..lepas tu pukul 5.00 petang bangun, solat asar lepas tu siap-siap keluar...

Kemana kita? Kami ke Pantai Batu Burok. Pantai Batu Burok adalah sebuah destinasi pantai popular yang terletak kira-kira 1.5 hingga 2.5 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu, Terengganu. PBB ni terletak berhampiran bandar dan Hospital Sultanah Nur Zahirah serta mudah diakses

Pantai PBB ni juga mempunyai pesisir berpasir putih yang diteduhi pokok Rhu dan kelapa, serta tiupan angin kencang dari Laut China Selatan. Aktiviti mandi-manda adalah dilarang atau tidak digalakkan kerana ombak yang kuat dan arus yang berbahaya, terutamanya semasa musim tengkujuh. 

Bagi mereka yang berminat untuk berlari atau berjalan bersiar-siar sepanjang pantai, pantai ini merupakan tempat yang sesuai dengan angin kuat yang menyejukkan tubuh. Mereka yang berminat untuk bermain layang-layang boleh berbuat sedemikian kerana tiupan angin laut yang kuat. SA 4 beranak lepak aje kat sini dalam 1/2 jam...kebetulan ada kerusi healing dalam kereta so keluarkan bagi PZ duduk rehat kena air laut...



Dia call adik dia...happy je dia kat sini


SA menikmati keindahan suasan pantai


SA suka dengan bunyi ombak


Selfie is a must


Ada menara tinjau kat situ tapi memang tak la SA nak naik


Pesisir pantainya macam melengkung bentuk kuali


Ramai gak yang lepak situ


Candid gambar kami bertiga


Candid!!


Masa ni hujan dah rintik rintik


Selfie berdua


Selfie solo


Suka laut tapi x puas lepak sini..

 





SA sediakan 3 video kat atas tu...korang tengok la nanti ye...best bunyi ombak...

Masa tengah lepak tu kami cari tempat nak makan...jam dah dekat pukul 7.00pm kan..dah jumpa tempat dan dah baca review, kami gerak ke tempat makan...

Walaupun sekejap saja dapat lepak dan menikmati angin pantai kali ini, sekurang-kurangnya cukuplah untuk 'charge' semula tenaga dan jiwa. Seperti deruan ombak yang tidak pernah berhenti memukul pantai, begitulah juga kehidupan kita akan sentiasa ada ujian dan cabaran yang datang bertubi-tubi. Tapi ingatlah, selepas ribut dan hujan rintik, pasti akan ada ketenangan yang menyapa.

Hargailah setiap detik kecil bersama insan-insan tersayang selagi ada kesempatannya. Semoga kita semua terus diberikan kesihatan dan kelapangan rezeki untuk mencipta lebih banyak kenangan indah bersama keluarga. Sampai jumpa di entri seterusnya..


Menu Dinner Sabtu 3 Oktober 2026

Assalamualaikum wrt...

SA baca kat blog siapa agaknya hari tu..diorang share lauk sambal sardin..ada campur petai la..ada buat kari sardin la..MLCA sardin..terus SA terliur...lama gak SA x share atau x masak lauk sardin..pernah la suami tanya tapi esoknya masak lauk lain..stok sardin pun ada je setin kat dalam kabinet tu...balik dari Muar, Dania cakap dia x masak..dia x tau nak masak apa...tapi dah rendam ayam la..lepas je Maghrib SA pun masak la..mintak Dania siapkan bahan, tumbuk bawang dan cili...ayam tu SA potong- potong dan goreng...

Masa kat Muar SA ada singgah beli kupang untuk anak buah si kembar tu kan..beli 2kg untuk dia dan 2kg untuk rumah SA gak...so rebus kupang tu aje...



Sambal sardin


Ayam goreng


Kupang rebus

Mahal ye kupang sekarang...yang SA beli ni RM12 per kg...takde la besar mana pun..kalau besar lagi sedap dan puas makan...itupun ada 1/2kg x habis makan...SA ingatkan si Brown ni suka kerang je..eh...dia merentan- rentan duduk sebelah SA sebab terbau kupang ni..kupang dan kerang kan lebih kurang je baunya...SA pun bagi la..ehhh...makan plak kupang..x cukup sikit..dia sorang je ada la  dekat 5 ketul bagi...itupun nak lagi...baki SA simpan je sebab nak buat sambal...

Sampai hari ni x buat lagi...dah bagi tau Dania..buatkan kupang goreng berlada...

SA sekarang tgh sakit gigi..gigi geraham bongsu ni menekan nekan nak keluar...dah makan ubat tahan sakit dah...sakit kepala SA...dah 2 hari dah ni..hari tu masa scaling doc memang suruh cabut aje...laaa...x sakit giginya acaner nak cabut...apooo....tengah sakit ni pun camne nak cabut kan...tapi kena buat operation skit nak buang gigi tu...

Bila sakit gigi ni x leh bising sikit...rasa nak terajang orang je....


Jika Kau Terpaksa Menulis Buku Tentang Aku, Apa Yang Akan Tertulis Pada Halaman Terakhir?

Assalamualaikum wrt...

Selamat pagi semua....

Terjebak dengan adik manis Ch@ kita...muahahahaha....dah lama dah SA buat ni...tapi simpan aje lagi dalam draft...SA hutang lagi banyak citer Terengganu trip kan...sabar ye...nanti SA buat satu persatu...tengah amik mood sebenarnya....gambar pun banyak sangat...tengah pilih mana nak masukkan dalam entry...hari tu stop kat hari kedua kan...last entry Roti Paung...

Nanti SA buat ye..insyaallah start today...kang lagi menimbun plak entry dalam draft...SA nak cuba habiskan...then baru la boleh buat ongoing entry...



 Klik gambar kalau nak baca sinopsis tu...

Hidup ini bukan tentang seberapa sempurna kisah yang kita tulis, tetapi bagaimana kita bangkit semula setiap kali menghadapi ujian. Setiap pahit dan manis yang dilalui itulah yang mematangkan dan membentuk siapa diri kita hari ini.

Pada akhirnya, yang paling penting bukanlah bagaimana kisah kita bermula, tetapi bagaimana kita terus melangkah dengan hati yang redha dan lapang.

Sayangi diri sendiri, teruskan berbuat baik walaupun sekecil zarah, dan percayalah bahawa susunan Allah itu sentiasa yang terbaik untuk kita. Selamat terus berkarya buat semua kawan-kawan dan melukis warna-warna indah dalam buku kehidupan masing-masing. 

Semoga kehidupan kita diserikan dengan kedamaian jiwa dan kebahagiaan yang berpanjangan.

Love, 
Suria Amanda


Monday, October 5, 2026

Lunch Di Cheese U IOI Putrajaya

Assalamualaikum wrt...

Kita sambung la ye kisah jenjalan SA dan suami berdua je hari tu..lepas pi Ombak KLCC tu kami berdua teruskan perjalanan ke IOI Putrajaya....ikutkan xde dalam agenda..tapi tu la..macam blank x tau nak kemana lepas tu...terus teringat Chef Wan nyer restaurant kat situ..bagai terbayang-bayang cucur udang yang kawan- kawan blogger selalu share tu...haihhhh....laju je la suami drive pi sana...hujan masih renyai- renyai..kereta banyak tapi takde lah jammed...

Sampai je sana...mak aiiiii.....apa yang penuh ngan manusia ni..kat concourse area tu macam ada event nampak kereta racing2 tu..apa nama event SA x tengok plak..tapi giler la ramai...mana plak nak cari De Wan ni...ah sudah...pusing- pung x nampak...sudahnya dah lapar...SA ajak je suami masuk Cheese U ni...Cheese U ni menghidangkan menu mixed of Western, Japanese dan  Local Fusion...



Suka lampu ni...


Pun penuh kat sini tapi ada la tempat untuk 2 orang..sempit sikit la..


Selfie sekeping


Ice Tea untuk set lunch


Hidangan sampingan lunch set


Tori Katsu Curry Rice


Berselera suami makan nasi Kari jepun..hehehe
Tapi memang best pun


SA pilih Spicy Seafood Ramen


Lepas tu mintak pencuci mulut..Tiramisu cake


Focus panas dan pedas


Candid by suami


Happy dapat makan Tiramisu Cake



Kena candid lagi


Dah settled makan


Total damage..

Memang rezeki perut lapar, nasib baik makanan semua sedap cuma makanan kami lambat sampai je...orang yang masuk kemudian dapat makan dulu...pelik betul...

Walaupun plan asal nak ke De Wan tak kesampaian sebab orang terlaju ramai, tapi Cheese U ni memang tak mengecewakan. Dari hidangan utama sampai ke Tiramisu cake, semua ngam dengan selera kami berdua. Kenyang perut, senang hati! SA nak recommend la kedai ni kat korang...cuma servis je la hari tu sedikit lambat..SA percaya  masa SA pergi tu je servis dia sedikit lambat sebab orang terlampau ramai...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah