Sunday, October 24, 2021

Gelagat Opick Si Pencinta Haiwan Di Nabila Farm

Assalamualaikum...

Hi korang...

Kita sambung lagi kisah Nabila Farm. Semalam ingat nak publish lepas tu SA tido kan...hujan lebat, baca novel lepas tu tido sampai petang...sedar- sedar dah Asar....penangan penat sanagat bekerja macam tu la...sebenarnya kerja tu takde la penat mana cumanya penat berulang Seremban - KL la kan...nak- nak musim hujan ni SA terpaksa balik naik bas. so perjalanan tu agak jauh....nak ke Pudu amik bas.

Meh sambung lagi ye....



Si jelita Ostrich ni susah nak amik gambar dia..


Snap jer dia paling tempat lain macam diva plak...




Masih lagi Pak Zain melayan cucunya yang berdua tu....ni kalau Aydan ada mesti lagi kecoh ni...Aydan tu pencinta kucing dan ikan...arnab x sure dia suka ke x...




Alololo...Tya mama tu pandang kamera plak




Ini yang paling SAa nak tunjuk kat korang....korang pun sure tak berani nak buat aksi ni kan....bukti Opick yang sangat pencinta haiwan dan x tau takut...dia paling suka kambing....so korang tengok la ye...biar gambar berbicara...cuma gambar dia kiss kambing tu SA x sempat nak snap...aksi tu cepat sanagt..x kan nak suruh dia kiss lagi kan...menjerit ibu dia kang









Arnab yang ni cantik...kaler dia tu ada 2 tone...mata dia pun cantik kan










Lepas puas main ngan kambing..layan plak naik ATV ngan kakak Dania...kakak Dania steady je...kalau mama memang x reti la...pulas - pulas je kata kakak....lepas Opick naik...Tiara plak nangis nak naik so..masa ada lagi 5 minit...kakak bawak pusing Tiara plak...kakak Dania tu nampak je pendiam..tapi dia sayang adik- adik sepupu dia...

Kat sini pun ada horse ride tau..banyak gak kuda yang SA nampak...sekandang rasanya....harga untuk horse ride SA x berapa pasti...yang pasti situ pun jadi tumpuan...budak- budak suka la...ada gambar Opick kat kandang kuda...nanti SA upload kemudian...rasanya ada kat whatsaap..x transfer lagi..

Sekarang ni Opick kat Perlis, balik kampung sebelah ayahnya....seronok dia kat sana...lepas bebas..ye la kawasan kampung lepas tu dikelilingi sawah padi kan...lepas tu ada kawan plak kat sana. Ibu dia cakap dia suka main torch light tok ayah dia lepas tu dia tangkap katak...allahu anak...x tau takut langsung la....


Saturday, October 23, 2021

Kembali Membaca Novel....

Assalamualaikum...

Hari ni SA betul-betul relaks...malas nak tengok laptop malas nak buat semua benda ....

Hari ni jugak SA cuba membaca walau hakikatnya hujan lebat dan novel ni baca SA plak...hahaha...baik x yah start kan...baik tido je...

Apapun semangat membaca tu datang juga ..bosan plak x buat apa...x kan nak menternak lemak je...novel yang SA sedang baca ni okey la jalan cerita...boleh layan...cumanya asal baca je SA menguap...aduhai...mana perginya mood membaca SA ni...pelik tul la...




 

SA baca sebab ada nama Amanda kat situ...boleh? 

Sebenarnya novel ni hadiah dari Adam Khushairy....selalu gak dia hantar novel kat SA...so..koleksi novel baru SA dah banyak plak...makin hati makin bertambah bila dia keep on kirim novel...mengada tau dia...dh ckp x payah kirim lagi sebab SA xde masa nak baca...eh....tetap gak dia kirim ..sebulan sampai 2-3 kali...tapi jalan cerita ni sama macam kisah Akasia MRT SA tahun lepas la....cuba korang baca sinopsis tu...SA cari sinopsis online x jumpa plak...kalau jumpa bleh tepek kat sini kan ...

Doakan mood SA terua ada nak membaca...ni baru 10 helai muka surat ni...sempoi jalan citer dia...kalau citer dia ringan boleh la SA habiskan baca...


Berhujung Minggu Di Nabila Farm Jalan Pantai

Assalamualaikum...

Hi korang...

Ni kisah minggu lepas di Nabila Farm....seperti yang korang tau, Opick adalah pencinta haiwan...segala jenis haiwan dia suka...x kisah la apa...x tau la mengiku siapa dia ni...mengikut sebelah ayah dia ke...atau sebelah Ibu.. puas fikir dalam keluarga kami takde plak yang jenis taksub dengan haiwan kecuali kucing. Ntah maybe masa kecik ni aje kot...eh.x tau la...tapi dia punya sayang ngan haiwan tu x boleh predict la....siput sedut pun dia suka..sotong atau octopus lagi la...dia akan mengamuk marahkan Ibunya kalau masak octopus tu..memang dia x akan makan...itu octopus dia..kenapa Ibu masak...Opick x suka katanya....

Nabila Farm ni agak terkenal dan terletak tak berapa jauh dari rumah SA. Amik masa 10 minit je kalau nak ke sini..hujung minggu memang banyak la family yang datang berkunjung bawak anak- anak. Walau bukan kawasan yang besar tetapi tetap ramai yang meuangkan masa di petting zoo Nabila Farm ni. Tak semua haiwan di zoo ada kat sini tapi cukup untuk menarik perhatian para ibu bapa untuk bawa anak - anak mereka. Ada pelbagai aktiviti kat sini seperti ATV, Tram yang bawak pengunjung keliling ladang, Aktiviti memanah dan paling popular memberi haiwan ternakan makan. 

Jom la kita tengok gambar yang sempat SA snap. 



Arnab yang dh penat makan...puas budak- budak tu hulur carrot dan kacang panjang...x dilayannya..


Kambing handsome...hahaha...


Kambing- kambing kat sini semuanya jinak


aktiviti memberi makan kambing


Ada rusa


Ada beruk...besar gak...lepas tu muka ganas...eleh...poyo...ingat dia handsome la tu


Anak- anak kambing


Kerbau pun ada ye...


Aktiviti memanah pun ada..SA x sure berapa bayaran yang dikenakan, siap ada tenaga pengajar lagi


Kanak- kanak seronok la kat sini


Itik pun ada


Dalam sangkar tu kalau x salah Tikus Belanda..


Ostrich


Adik bongsu SA melayan anak- anak...


Bukti Arnab tu dah malas nak makan


Opick dan Tiara dalam cubaan nak bagi arnab makan


Atuk ngan Dania lepak kat cafe sambil menikmati makanan...kat sini pun ada makanan goreng- goreng dan paling popular sotong goreng tempura/ tepung, Udang dan ikan jugak...sama macam Trengganu tu...


Kakak Dania tengah beratur nak naik ATV, RM15 untuk 2 orang..tapi hanya dibenarkan seorang dewasa dan seorang kana- kanak je


Tram ni percuma je..kalau  x salah SA la



Yeah...kakak Dania dah dapat turn...


Aaktivit lasak macam ni dia suka la ni


Arnab ni dalam cubaan melarikan diri...


Aayam Jantan pun ada..


Nampak tak? SA ada banyak gambar Opick dengan kambing ni...nanti SA up kat entry lain,...korang tengok la betapa dia suka sangat dengan kambing...dipeluk...dicium...sampai dia pun dah bau kambing


Atuk melayan Opick






Sebelum ke Nabila Farm ni..kan kami pi pekan Kuala Pilah kan...dari dalam kereta lagi Opick dah berzikir kat telinga ayah dia nak tgok kambing, nak tengok lembu la...selagi x nampak selagi tu dia berzikir je...hahahha....last- last Atuk ajak masuk jalan ke kampung kami di Seri Menanti...tepi- tepi jalan sure ada banyak kambing dan lembu. Dah 15 minit jalan takde pun kambing. Kambing ni pun satu hal...x keluar plak time tu...sekali dah nak sampai area Seri Menanti ada sekumpulanlembu kat tengah jalan....puas la hati dia siap ayahnya berhentikan kereta bagi dia tengok dari dekat. Lembu tu plak bagi kerjasama baik....relaks je x lari...lepas tu kami gerak nak balik....

Masa dalam kereta tu Pak Zain cakap la...jom la ke Nabila Farm bagi dia betul- betul puas hati...itu yang kami semua sampai ke Nabila Farm tu...tengok...kuasa veto Atuk...sayang cucu punya pasal...tetap nak puaskan hati cucu tu....

Kita sambung next entry ye....
 


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah