Friday, July 10, 2020

Bestnya Kalau Dapat Massage...

Hi korang...

Apa yang SA impikan sekarang ni adalah untuk massage..x kisah massage kaki or massage tangan or seluruh badan..Rasa penat sanagt badan ni..rasa nak rehat jer..2 hari MC tak rehat pun...sama jer penatnya...tak tau la nak cakap macam mana...memang kena amibil cuti dan berehat ni...tapi masih paranoid nak bercuti luar dari Seremban. Hati tu nak..tapi kita masih belum menang lagi kan..virus Covid-19 tu masih kekal ada diluar sana kan..sebab tu memang menakutkan....

Meh la SA belanja Throwback gambar SA massage kat Lombok dulu...memang best sangat sampai lebam2 kaki dan terjerit- jerit...ntah bila lagi dapat bercuti luar dari Malaysia..


Memang best kalau massage dengan yang pakar urut ni...best sebab lega..tak best sebab sakit dan terjerit- jerit menahan...siap si tukang urut tanya nak urut level berapa...apa...esoknya terus lebam kaki...nasib kau la...ingat lagi masa ni dia kata badan SA banyak angin...nama pun makan angin...banyak la angin kan...



Memang best...memang memuaskan hati walau sedikit mahal..sekarang pun sebenarnya dah boleh pergi spa kan..ada SOP la.tapi SA masih tak berani walau hakikatnya memang memerlukan massage jugak..walau kerajaan dah membenarkan tapi perasaan takut tu masih ada..jadi paranoid...tak paranoid kalau pi shopping mall.hahahha...bengong kan....SA nak buat relaxing ramut pun masih tak buat lagi...risau plak wujud kluster salon plak nanti..so sabar jer la dulu...harap- harap nanti semua keadaan jadi ok dan kita semua boleh bergerak seperti sediakala...tak sabar dah ni..rambut pun dah panjang giler..asyik buat treatment sendiri je...letih dah...

Thursday, July 9, 2020

Kantoi 2 Perkara Semasa Check Up

Hi korang....

Hari ni SA kat rumah...masih berehat walau nak kata istilah berehat tu betyl ke tak...SA on MC untuk 2 hari. Tapi still x cukup rehat pun..masih lagi buat kerja office..masih lagi sibuk x tentu arah...macam mana SA nak sihat..ye la dah tanggungjawab kan...sambil SA update blog hari ni sambil SA dengan lagu so laju je jari jemari ni menaip..hahaha....semalam tak update blog so kita update kisah semalam la...kisah ada orang tu dengan debaran pergi KPJ Seremban untuk check up dan dapatkan result dari doktor.

Hasilnya? 

Sebelum tu nak cerita sikit...masa amik darah as usual...memang SA puasa...tapi amik darah kali ni 3 tabung..itu takpe lagi...nurse tu macam tak jumpa urat kan...ikat 2-3 kali lengan SA...dari kiri tukar kanan dan ke kiri semula...sebelum ni ok je takde masalah...maybe pelatih kot..malas nak bising tgok kan aje...heyyyy....sakit ok walau darah keluar je...dah abis 3 tabung tu...dia lupa tekup tempat cucuk dengan kapas..SA cakap darah mengalir ni..baru dia cepat2 tekup..masih lagi banyak darah keluar tak henti..last2 SA suruh tampal je...erm...takpe la..malas nak bising- bising...then terus amik urine plak...dah settle semua tu baru boleh SA sarapan.....


Acah- acah tenang walau hakikatnya berdebar2


wajib selfie kat lift


SA melawat pakcik SA yang warded akibat masalah prostate


Sedang menahan sakit tapi masih boleh tunjuk peace...SA update kat group family...


Then balik dengan ubat sebeban di tangan

Keputusannya...

Seperti yang SA jangka...memang tak cantik result platelet SA compare 3 bulan lepas.Kali ni makin tinggi bacaan platelet..sebab tak jaga makan kan...white blood count pun tinggi...x tau kenapa sebab SA tak rasa SA sakit ke..demam ke..batuk selsema ke...pelik kat situ...yang lain semua superb termasuk uric asid, liver, kidney dan cholesterol. Doktor suruh turunkan berat badan lagi 6kg. Berat sekarang 60.3kg..hehehe..part ni yang agak serik...so SA kena jumpa lagi doktor 3 bulan akan datang..sabar jer la...benda dah jangka kan..so SA kena start semula jaga pemakanan.

Tuesday, July 7, 2020

Apabila Paris Asyiqin Dan Parizan Bergabung...

Hi korang...

Apabila 2 orang ni berjumpa, bergabung terus la havoc dunia berdua ni...lama tak lunch sama so last week kami plan lunch sama. Kebetulan Paris nak hantar barang kat SA. Nama je opis kitorang ni dekat tapi masing- masing sibuk dan kurang dapat berjumpa. So bila plan jumpa makan tengahari jadi..makanya seronok la dua beradik lain mak lain ayah ni bergossip..banyak benda yang kami bincang sebenarnya...SA ni walau area tempat kerja ni dikelilingi mall dan hotel segala tapi takde la selalu SA keluar berfoya- foya masa lunch. Tak kuasa nak beramai- ramai kat mall tu..nak- nak musim covid ni kan...

So setelah berjanji- janian kami pergi la makan kat The Great Fork Nusentral, Ini ntah kali ke berapa si Paris makan kat sini..SA plak memang kali pertama la jejak..dulu kalau tak salah kat sini kedai Melur &Thyme. Masa bila kedai tu tutup dan diganti ngan TGF pun tak tau SA...hahaha...


Dapat je tempat duduk kena pose dulu...biasa la Paris..


Konon- konon candid


Minah ni tinggi betul


Appetizer


Set lunch pilihan SA, Sirloin beef black pepper


Konon flatlay tapi x reti


Set luch Daging Salai pilihan Paris


Kami sepakat minum lemonade


Bab posing mmg bagi kat kami


Mulanya nak duk kat luar ni je...tapi panas..


one more

Special thanks to Paris for the lunch treat...

Sesekali lunch sama kan...makan..makan.. dan makan....lepas tu sorang pi Gym..sorang lagi setakat jogging dan brisk walk je...adehhhh...


Monday, July 6, 2020

Haruman Ros Segar Berpanjangan Dengan Hias Losyen

Hi korang...

Semua wanita suka pada kecantikkan. Mustahil ada yang tak suka kan?. Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri, pelbagai usaha diamalkan oleh kaum wanita zaman sekarang. Kalau zaman dahulu amalan menggunakan bahan- bahan semulajadi sememangnya menjadi pilihan. Dizaman moden sekarang pula terdapat pelbagai kosmetik atau apa sahaja skincare dipasaran. You just name it..

Baru - baru ini SA diperkenalkan dengan product losyen pemutih dengan SPF yang mampu memberi kesan pencerahan segera dengan esen Pitera. SA jatuh cinta dengan tekstur dan haruman ros segar yang digunakan untuk losyen ini. Kalau sebelum ini kulit muka SA sedikit berminyak dan break out akibat pemakaian face mask pakai buang sepanjang MCO ni kan, kini kulit muka SA semakin sembuh. Kesan breakout serba sedikit hilang begitu juga dengan jerawat halus. SA pun tak pasti apakah akibat pemakaian Hias Losyen yang kerap di muka atau sebaliknya.

Jom tengok apa yang menarik tentang Hias Losyen.



HIAS LOTION PEMUTIH DENGAN SPF50

Hias losyen merupakan produk lotion jenis sapuan berbentuk krim. Ia boleh di sapu pada muka dan seluruh kulit badan termasuk celah-celah yang gelap.

Kebaikan lotion ni ia mampu memutihkan kulit dengan serta-merta (1-2 tona lebih cerah)

Tekstur tidak melekit apabila disapu dan cepat serap ke dalam kulit.

Hias losyen  berbau wangian Ros Sepanjang hari.



HIAS WHITENING LOTION JUGA :

  • Sesuai untuk kegunaan harian terutama mereka yang selalu melakukan aktiviti outdoor (driving, walking etc)
  • Sesuai untuk mereka yang suka aktiviti air sebab losyen ini kalis air.
  • Tekstur yang  mudah diserap dan wangi, tak melekit bila berpeluh
  • Sesuai digunakan pada kulit muka sebagai base makeup kerana mempunyai vitamin C&E
  • Mengandungi (sunblocks) SPF 50 yang sesuai utk perlindungan UV (sunburn)



CARA PENGGUNAAN

Hanya sapukan losyen pada kulit yang lembab atau kering  30 minit sebelum terdedah kepada cahaya matahari dan nikmati pencerahan segera dengan esen Pitera.

Nikmati haruman ros segar sepanjang hari.

Untuk kegunaan berpanjangan dan sapukan setiap 4jam sekali.







SA suka sangat Hias losyen ni sebab tekstur yang tidak melekit dan mempunyai haruman ros yang sangat- sangat segar sepanjang hari. Bau yang segar dan sangat menenangkan. Selain digunakan unutk seluruh badan SA gunakan pada kulit wajah juga ketika waktu malam. Bau ros segar ini membuatkan SA tenang dan senang untuk SA melelapkan mata selepas penat seharian dengan kerja. 

SA sangat- sangat recommend Hias losyen pada korang. Korang boeh gunakan untuk apa sahaja aktiviti. Macam SA lebih pada berada dalam office yang terdedah dengan penghawa dingin selama 8 jam. Kulit SA jadi kering. Selepas sapu Hias losyen kulit SA jadi lembab dan nampak cerah. Ianya tidak melekit dan cepat menyerap jauh ke dalam kulit. Best sangat..

Korang berminat?

Jom dapatkan promo beli 2 dan dapatkan FREE DELIVERY dari 8hb -14hb July.

Harga RM49.90 50ml
WhatsApp : 0172422362


Sunday, July 5, 2020

Kari Udang Campur Terung Telunjuk Guna Rempah Adabi Cara SA

Hi korang ..

SA kan..takde la pandai mana pun masak kari dan SA akui belum pakar masak kari. Setakat masak lemak cili api tu sap sap soi je ..hehe...tapi kali ni kari SA mabeles...menjadi dan tip top..sape lagi nak puji kan...SA ada beli udang harimau kirim kat adik bongsu...biass la udang harimau mahal kan..dapat beli RM35 sekilo...punya la banyak dan besar-besar udangnya..memang kantoi la SA nyer check up Rabu nanti..sure kolestrol punya bacaan x cantik..ye la makan plak udang kan....

So hari ni SA nak berkongsi cara-cara masak kari udang harimau guna rempah adabi cara SA...SA sediakan step by step bergambar ye...


Yang dah siap masak kita letak first gambar bai effect terliur ..


Bahan-bahan tumis..halia, kunyit hidup bawang putih dan bawang merah..semua ni di tumbuk ..kari udang atau ikan memang tak perlu guna 4 sekawan ...so x yah letak


Semestinya sepeket serbuk kari ikan  Adabi


Bahan yg dh ditumbuk halus


campurkan bahan ditumbuk dengan kari dan dan sesudu cili kering yg dh diblender serta 2 pelepah daun karipule..SA letak cili mesin sesudu sebab cili kering sekarang pedas giler


Udang harimau yg blom di potong muncungnya


Yang ni dh siap dibersihkan  .ada lebih dari 20 ekor utk berat sekilo..SA masak semua sekali..


Sebungkus santan dan terung telunjuk



Tomato 2 biji belah 4


Tumis bahan yg ditumbuk dan rempah kari sehingga garing dan dan  bau


Masukkan santan..biarkan mendidih dan agak pekat..dh pekat masukkan terung dan tomato..


Masukkan udang harimau


Masukkan semua dan gaul.mesra...biarkan mendidih..tak perlu masak lama sebab tak nak udang overcooked..udang cepat masak kan..kalau overcooked dia dh x fresh dan liat...


Biarkan seketika...


Perasakan garam dan dah siap!!! SA guna garam kasar...


Semangkuk kebahagiaan...

Rezeki hari Sabtu...

Alhamdulillah adik2 balik dan merasa sorang sikit...ada lagi sekilo untuk lauk lain kali la plak..SA ingat nak buat sambal petai..tunggu la nanti..SA simpan dalam freezer dulu...seronok makan ramai-ramai..SA gandingkan dengan ikan masin bulu ayam goreng garing dan sambal belacan serta ulam bayam brazil serta pucuk pegaga...buat sup ayam untuk anak-anak...settle nasi seperiuk...

Tak tau la apa nak jadi 8hb nanti...confirm kantoi masa check up...asyik makan seafood dan daging je lately...haih...sabar je la...

Saturday, July 4, 2020

Cara Bina Rumah Secara Tunai Sebelum Pencen, Rahsianya Beli Rumah Semasa Muda


Alangkah indahnya duduk santai-santai dengan family di hujung minggu...petang-petang sambil minum kopi makan cekodok bilis..borak-borak santai tentang seronoknya anak cucu kalau dapat berlari-lari sekeliling rumah atas tanah sendiri. Berkejar-kejaran main police &thief. Hiruk pikuk suara masing-masing. SA pandang muka abah dan mak yang kian di mamah usia, entah sempat atau tidak nak menikmati kehidupan yang lebih selesa..mengeluh atuk uwan sambil senyum tengok cucu bergurau senda. Terpancar riak bahagia..

Tapi itu seandainya ada rumah atas tanah sendiri kan? Sekarang buat masa ni hanya mampu tengok cucu-cucu main air kolam tiruan dekat porch depan rumah je....impian nak ada rumah di kampung dan atas tanah sendiri entah bila terlaksana.Kalau lah impian terlaksana pastinya Abah Mak nak bina rumah besar dan kawasan rumah dikelilingi pokok-pokok buah seperti durian, manggis, rambutan dan langsat.Bila fikir balik...kenapa kita tidak sekaya mereka yang sememangnya kaya raya?...yang boleh beli rumah macam beli baju kat butik mewah.. Yang ada banyak rumah kat mana -mana dan boleh je hadiahkan untuk anak-anak. Macam yang biasa kita semua tengok dalam drama-drama tv kan? hehe...korang rasa pelik tak? Mesti ada rahsia kan?

Walaupun tahun 2020 semakin hampir sampai ke penghujungnya, masih sempat lagi untuk kita cuba capai azam kita untuk bina rumah secara tunai...bukan orang kaya aje yang boleh buat rumah secara tunai..Orang kerja kerajaan dan swasta pun boleh buat rumah secara tunai kalau kena caranya. 

Rahsia Buat Rumah Di Atas Tanah Milik Sendiri Secara Tunai.

Tidak semua orang tau  impian untuk buat rumah diatas tanah milik sendiri boleh dilaksanakan. Perancangan perlu ada. Selain itu wajib anda semua ambil tahu ilmu membeli rumah atau sekurang- kurangnya ada sedikit ilmu pengetahuan khususnya pengetahuan turun naik harga sesebuah rumah samada ianya senang dijual atau tidak di kemudian hari. 

Paling penting anda boleh beli rumah di bawah paras kemampuan di lokasi yang strategik. Beli semasa usia muda sebab rumah murah lebih senang untuk dijual semula kerana lebih ramai pembeli. Seeloknya elakkan membeli hartanah premium kerana tidak ramai yang mampu untuk membelinya.

Sebelum kita membuat perancangan untuk membina rumah atas tanah sendiri, perlu buaat sedikit homework.

Kelebihan membuat rumah atas tanah sendiri adalah :-
  • Boleh pilih reka bentuk mengikut cita rasa anda.
  • Boleh tentukan susun atur dan berapa banyak bilik yang anda mahu.
  • Boleh pilih hiasan dan kelengkapan dalaman, mengikut kemahuan dan kehendak anda
Untuk perkara pertama yang anda perlu utamakan adalah Bajet. Anda perlu kaji berbaloi atau tak bina rumah atas tanah sendiri.

Apa nak dibuat dengan rumah murah yang dibeli? Sewakan atau jadikan homestay untuk pelancong.

Sebagai contoh jika anda berasal dari Melaka dan mempunyai ramai saudara mara di sana, beli rumah di Melaka dan tukarkan menjadi homestay. Kenapa Melaka?

Kerana Melaka mempunyai lokasi tepi pantai atau dekat kawasan peranginan oleh itu ia merupakan satu  bonus untuk anda jadikan rumah sebagai  homestay kerana permintaan tinggi dan sentiasa laku. 
orang Malaysia kan suka berlibur. Jadinya permintaan untuk homestay sememangnya tinggi di area ni khususnya pada hujung minggu atau cuti sekolah.

Boleh lihat contoh homestay di Melaka dalam senarai dibawah.

* Homestay tepi pantai melaka

Pada musim cuti sekolah atau cuti hujung minggu semestinya homestay yang mempunyai pantai akan laku keras. Memang susah nak cari homestay di waktu- waktu begini. Kebanyakkan family lebih suka bercuti di kawasan berpantai supaya anak- anak boleh mandi pantai tak kira pagi atau petang. Pelbagai aktiviti riadah juga menjadi kegemaran orang ramai. Tak mustahil permintaan untuk menyewa homestay sangat tinggi.



Klik Sini untuk info selanjutnya > Blogger Ibu Syurga


*Homestay tengah Bandar Melaka

Memandangkan permintaan tinggi untuk homestay di tepi pantai, tetapi ada jugak yang suka cari homestay di sekitar bandaraya. Tak semua suka pengalaman bercuti di tepi pantai kan? Ada juga yang suka suasana berbeza. Homestay yang ada kolam renang dan berada di tengah- tengah bandar juga ada daya tarikan tersendiri. Pelbagai aktiviti juga boleh dilakukan dan tidak mustahil juga homestay di tengah- tengah bandar terutama kawasan Bandar Hilir dan Ayer Keroh sentiasa penuh ditempah pengunjung dari luar Melaka. Semestinya aktiviti JALAN JALAN CARI MAKAN menjadi agenda utama selain berkunjung di lokasi- lokasi menarik yang sedia ada dan terkenal di Bandar Melaka. 

Selain itu ramai yang memilih lokasi homestay di tengah bandar Melaka kerana keunikan senibina homestay itu sendiri. Populariti sesebuah homestay itu juga mampu menjadi tarikan contohnya Limastiga Homestay Melaka ini. Interior design untuk homestay ini mampu menarik perhatian orang ramai yang cintakan seni. Zaman social media macam sekarang sememangnya lokasi- lokasi yang cantik menjadi tumpuan untuk peminat fotografi memetik gadjet mereka dan semestinya diabadikan dalam social media untuk kenangan dan tatapan pengikut mereka.


Limastiga Homestay Melaka



Klik sini untuk info selanjutnya > Blogger Ibu Syurga



Mana nak cari lokasi yang panas dan sentiasa  menjadi tumpuan pelancong?, cari di lokasi berhampiran tempat menarik di bawah. Orang ramai akan memilih lokasi percutian yang berdekatan dengan tempat- tempat makan popular. Siang dan malam pasti kawasan ini penuh menjadi tumpuan. Siapa yang tak suka makan- makan kan? itulah tujuan utama sebuah percutian lagipun. Sememangnya tempat makan menjadi tumpuan utama. 


Contohnya ramai yang menyerbu 



Medan Ikan Bakar Umbai


Asam Pedas Claypot Melaka

Banyak lagi tempat menarik di Melaka yang tersenarai.

Klik sini untuk info selanjutnya > Blog Sukamakanjalan.blogspot


Jangan risau ye...bukan hanya di Melaka sahaja terdapat tempat popular untuk bercuti. Banyak tempat lain juga menjadi lokasi strategik untuk membeli rumah dan menjadi tumpuan pelancong. Contohnya sekiranya anda mempunyai interest untuk membeli rumah di Cameron Highland atau kalau kampung anda berada berhampiran Cameron highland, boleh beli rumah di Cameron. Jangan tak tau homestay di Cameron Highland juga menjadi tarikan sehingga sekarang. Sebab tu Cameron Highland sentiasa penuh di musim-musim percutian kan?





Contoh contoh homestay di Cameron Highland. Jom baca di blog ini dan terdapat beberapa homestay popular dalam senarai.


Klik disini untuk info selanjutnya > Blog Sukamakanjalan

Jual rumah tersebut sebelum pencen. Ini cara jual rumah cepat.

Sebenarnya cara paling cepat untuk memiliki wang tunai yang banyak adalah dengan menjual rumah yang anda beli sebelum pencen. Rumah yang dibeli pada usia muda sekiranya dijual pada kadar pasaran  hari ini, pasti mendapat pulangan yang lumayan. Setelah itu anda boleh membuat perancangan untuk membeli tanah untuk bina rumah secara tunai.

Langkah yang bijak bukan?

Terdapat cara- cara mudah untuk menjual rumah sebelum pencen. Anda boleh rujuk di sini. Segala cara yang mudah tersenarai di sini > https://www.dawaibesi.com/2020/04/proses-jual-rumah-cepat-ejen-hartanah.html

Selepas jual rumah, pastikan kita beli tanah yang sesuai. Ini caranya

Kalau boleh jangan la sampai tersalah membeli tanah untuk dibina rumah, pasti pening kepala nak selesaikan semua masalah ini.

Antara ciri-ciri tanah yang perlu diberi perhatian sebelum membeli;


  1. Periksa zon tanah yang ingin dibeli dari jenis kediaman.
  2. Pastikan tanah tersebut mempunyai geran individu
  3. Infrastruktur dihadapan lot tanah telah pun disiapkan.
  4. Saiz lot tanah yang ideal untuk membina rumah.
  5. Kedudukan lot tanah banglo di atas geran.
  6. Bentuk tanah yang ingin dibeli.
  7. Bentuk muka bumi.


Tanah memang mahal sekarang ni, sebab tu ramai buat rumah 2 tingkat supaya lebih luas.

Memandangkan harga tanah sememangnya mahal ketika ini. Konsep rumah yang ingin dibina adalah penting dan perlu di beri keutamaan. Ramai yang memilih design rumah banglo 2 tingkat kerana design ini begitu popular. Pastikan anda berbincang sepenuhnya dengan kontraktor yang telah anda pilih agar perancangan dan pilihan anda adalah tepat.

Ini contoh rumah banglo 2 tingkat untuk kita bina. Pelan percuma disediakan oleh pihak Nas Nuri Construction.





Boleh rujuk disini untuk pelan rumah banglo 2 tingkat tersenarai dalam blog ini untuk rujukan anda

Cari kontraktor rumah yang bagus tau. Lagi bagus kalau kontraktor tu boleh uruskan A sampai Z

Ramai pemilik tanah yang membina rumah di atas tanah sendiri tersalah pilih kontraktor sehingga banglo yang siap tidak kemas & tidak setimpal dengan wang dibayar. Ini sememangnya sangat penting. Elakkan dari tertipu. Pastikan kontraktor yang anda pilih membantu anda membina banglo berkualiti sehingga rumah anda dikagumi para tetamu dengan kontrak yang jelas & tanpa kos tersembunyi.

Elakkan terburu-buru. Ambil masa untuk kenali kontraktor sebelum buat keputusan.

Antara kontraktor banglo berkualiti yang menjadi pilihan ramai di Selangor, Nas Nuri Construction memberikan khidmat terbaik untuk anda. Klik link dibawah untuk melihat contoh- contoh rumah banglo yang siap dibina dan memuaskan hati ramai pemilik rumah.


Di harapkan agar anda jelas dengan rahsia membina rumah atas tanah sendiri secara tunai seperti yang SA kongsikan. Dapatkan detail sepenuhnya melalui link- link blog yang SA lampirkan sekali.
Kepada abang-abang, kakak-kakak yang baru tersedar dari lamunan panjang, jangan rasa rendah diri dan kecewa.Kita bukannya nak berlumba siapa paling muda beli rumah, siapa ada paling banyak rumah sebelum umur 30 tahun. Tak!

Abang, kakak hanya perlu tetapkan matlamat sendiri dan terus buat sampai jadi.

Tak mustahil dengan cara yang betul anda dapat bina rumah secara tunai diatas tanah sendiri sevekum kita pencen

Janji ada usaha kan? 

Semoga impian kita semua ingin membina rumah diatas tanah sendiri tercapai dengan jayanya...itu juga impian SA...

Semoga allah permudahkan....Amin....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah