Thursday, December 31, 2015

Selamat Tahun Baru 2016


Selamat tahun baru 2016 korang semua...semoga kemunculan tahun baru memberi sinar yang menerangi kehidupan kita semua..
jangan tanya pasal azam tahun 2016 ni sebab macam takde azam je...
Apa yang aku harapkan rezeki bertambah dan kebahagiaan yang aku tunggu2 bakal menjelma...amin..

Selamat Bercuti dan Selamat Tahun Baru 2016

Semoga kita semua dapat menghadapi Tahun yang penuh dengan pancaroba...

Kuala Sungai Baru Dan Hampa

Hi korang...

ini citer last week...misi mencari ikan segar...gara- gara terlambat maka tak dapat la hasilnya...tapi takpe..misi yang sebenar adalah jalan- jalan dengan kereta baru Ibu si kembar...alhamdulillah...mereka dah bertukar kereta baru yang lebih besar sesuai dengan family diorang yang dah membesar...besar la kan sebab si kembar dah besar..belum lagi bertambah family....

bila nampak laut memang merengek- rengek la si kembar tu nak mandi...panas berdenting maka tak bagi mandi tapi cicah kaki je kat tepi laut tu...tak lama pun..sebab panas...Uwan pun tak sihat kan...makanya masam mencuka la muka si kembar...


walau panas berdenting tapi cuaca sangat baik dan pemandangan cantik


kakak Dania setia menemani adik - adik nak merasa air laut..dah lama diorang tak mandi laut sebenarnya


jadi la...dapat main pasir pun dah cukup kan...

Tunggu Uwan betul - betul sihat baru kita pergi berkelah ye anak- anak...bulan 2 nanti nak ke Kedah...so boleh la kita ke Penang terus...masa tu nanti baru pi jalan- jalan...ok? tapi susah gak nak berjalan sebab kakak ada tusyen...

Hari ni last day 2015...sebak plak nak tinggalkan 2015 yang penuh cabaran....semoga 2016 datang dengan kebahagiaan...amin...

Wednesday, December 30, 2015

Cosmoderm Set Tea Tree Oil Pilihan Suriaamanda

Mempunyai kulit berminyak memang tidak selesa,sejak itu aku memang banyak cuba pelbagai produk..dengar aje yang baru atau nampak aje yang terbaru sibuk nak cuba..tapi takde kesan yang memuaskan hati pun..sampai la aku ternampak banner iklan kat blog BEN ASHAARI terus la aku klik iklan tu..pas tu aku lengah2 kan lagi beli sampai la adik aku pergi ke perhimpunan kembar se Malaysia tu..dia whatsaap gambar masa dia kat booth Cosmoderm...so aku suruh la dia beli 2 unit pencuci muka Tea Tree Oil. Saja nak cuba..memang tak letakkan harapan tinggi pun sebab aku masih lagi guna sabun muka jenama lain...

Dari sehari ke sehari guna sampai la seminggu aku perasan kulit muka aku dah mula berubah...then teruskan pakai lagi...dan Kali ini setelah 3 minggu lebih aku guna dah nampak perubahan ketara...memang sangat- sangat puas hati...now aku letak kat rumah Seremban satu tube, rumah sewa satu tube dan beli lagi kat Guardian untuk stock sebab ada less kan...Alhamdulillah akhirnya aku jumpa jugak product yang sesuai dengan kulit muka aku...ini bukan nak ampu tau..ini kenyataan...

Jom tengok bukti atau testimoni aku sendiri kat bawah ni


satu set baru aku beli untuk stock akan datang


see teruk kan muka aku...berminyak dan banyak jerawat masa ni....


ni gambar pagi Isnin fresh lepas bersihkan muka...no camera edit ye...tinggal kesan- kesan hitam2 tu je  itupun dah makin pudar


ini gambar terbaru aku kat opis without any makeup...

Sekarang dah selesa sangat- sangat dengan Facial Cleanser,Day/Night Cream Tea Tree Oil dan jugak Tea Tree Oil Anti Blemish X- Presss ni..tona kulit pun dah ok dah...rasa sangat- sangat puas hati...tak perlu nak mekap tebal keluar rumah dan hanya mekap nipis je ke office..bila tiba weekend je aku balik Seremban tanpa sebarang mekap..sebab cela dah hampir hilang kan..tapi tetap amalkan guna pelembap siang dan malam tu..

Sekarang baru 3 minggu lebih penggunaan...harapan aku dengan pemakaian berterusan product Tea Tree Oil Cosmoderm ini dapat menyelesaikan masalah kulit muka aku. jumpa doktor pakar dah sudah..semua dah buat tapi masih takde solution kan..bila dah jumpa penyelesaian yang ekonomi memang aku puas hati...

Korang yang ada masalah kulit muka berminyak dan jerawat boleh la cuba product Cosmoderm ni..boleh beli online dan boleh jugak beli di Farmasi- Farmasi di seluruh Malaysia..

maklumat lanjut sila layari www.cosmoderm.com.my

Selamat mencuba!!!


2016 Bakal Tiba, Musnahkanlah Penyakit Hati...


Mungkin korang ada yang perasan aku up status kat FB Isnin lepas pasal Anonymous sound weird kat aku kat blog...ikutkan malas nak share tapi hati aku jadi sakit...kata- kata dia masih terbayang- bayang di mata...sayangnya aku dah delete komen tu...patut aku screen shot...la ni aku tengah tanya one of my friend yang keja as IT engineer, dia nak tolong check kan IP address, aku nak tau siapa dia...bukan nak aib kan dia just nak tau siapa sebab selalu sangat dia skodeng aku ni...nak tau gak apa masalah dia ngan aku kan....dalam dunia blogging ni ada sorang je yg gelarkan aku MJ...kalau betul dia..aku tak kisah..aku dah maafkan...


Ni la status aku Isnin lepas...mendapat 111 likes dan ada jugak yang komen...yang komen terima kasih...yang share tu aku tak kisah...

So kepada Anon tu...dah nak masuk  2016 dah...masih di takuk lama?

wake up la Anon oi...orang fikirkan macam mana nak tingkatkan ekonomi keluarga, diri sendiri atau nak majukan diri dalam career bukan masih di tahap itu je..bersihkan hati isyaallah bahagia dunia khirat...tak penat ke rasa iri ngan aku yang takde apa- apa ni...bagus sangat eh kehidupan aku sampai kau dengki sangat....bawak- bawak la berubah...muhasabah diri...rugi je jaga tepi kain aku...bukan ko dapat apa pun..

aku ambil keputusan untuk memaafkan sebab aku malas nak pening kepala...malas nak berjangkit penyakit yang sama..insyaallah dengan komen yang macam tu aku akan lebih bersemangat..moga rezeki aku terbentang luas di masa hadapan...amin...

Ini la masalah orang kita kan...suka sangat negative thinking, Dengki, Malas Usaha tahu nak condemn orang je, Suka menyalahkan tanpa usul periksa...yes aku MJ...tapi aku bukan jenis menggeletis macam yang dia maksudkan...kalau aku macam tu aku tak menjadi Suriaamanda atau Parizan Mohd Zain yang sekarang..aku tak kata aku dah hidup senang tapi aku dah makin selesa...thanks sebab amik tau tentang diri aku cuma si Anon ni silap menilai siapa aku yang bergelar MJ ni...its not easy to be a Single Mom..try put yourself into my shoe..then you will know the truth about me as a Single Mom for almost 10 years...aku bukan menagih simpati tetapi i am strong enough untuk menghadapi dugaan dan cabaran dalam hidup ini...Alhamdulillah...


Inilah yang Terjadi Pada Tubuh Anda Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi.

MANFAAT LEMON BUAT TUBUH KITA



Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu

Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system.

Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati

Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?

Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi


Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.

4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Lain-Lain Keistimewaan Lemon:


Menghilangkan acne

Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar

Caranya:

Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa

Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)

Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.

Menghilangkan rasa takut dan cemas

Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.

Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?

Caranya:

Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.

Tiada lagi ulser mulut (saya panggil mata ikan, HEHE)

Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni

Caranya:

Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa
Bye-bye demam

Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.

Caranya:

Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.

Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!

Selesema dan Sakit Tekak

Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak

Caranya:

Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.

Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan

Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)

Caranya:

Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas.
Biarkan semalaman.
Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan.
Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.
Merawat Eczema

Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit

Caranya:
Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi

Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari

Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.

Merawat Keletihan

Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.

Caranya:

Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam

Hypertension

Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.

Caranya:

Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
Reneh atas api selama 5 minit
Tapiskan dan sejukkan
Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah

Melegakan sengatan serangga berbisa

Caranya:

Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu

Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi

Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik
Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil

Menidurkan Insomnia

Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.

Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan

Menyelamatkan perut

Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut
Selamat tinggal Varicose Vein!

Caranya:

Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart

Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.

Menghilangkan kesakitan

Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari

Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil

Menghilangkan nafas berbau!

Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.

Caranya:

Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan.

Sumber : Resepi Sheila Rusly

Tuesday, December 29, 2015

Lombok Aku Datang - Last Part

Yeay dah sampai last part....

ini lah pemandangan sepanjang jalan nak ke Bandara International Lombok...kami kena cepat sebab flight kul 4.30pm kalau tak silap..masa nak ke sini dah almost 2pm...boleh tahan jugak ramai orang kat sini masa ni...ada yang tak dapat naik flight ke destinasi seterusnya sebab cuaca buruk dan flight cancel..betul2 betul flight kami yang last masa tu...ikut jadual asal kami balik flight pukul 7.25 malam...tp re schedule...kalau la stuck ...erm....




petani membawa hasil tanaman dengan motor...


langit cantik je..tapi tak tau kenapa airport tutup plak


antara rumah modern yang ada


kering....kemarau...kalau menghijau tentu pemandangan lagi cantik...




semoga allah turunkan hujan secepat mungkin


Dari jauh dah nampak airport...sedih plak nak tinggalkan bumi Lombok


tugu depan Airport



order cepat jangan tak order...



cubaan menghabiskan duit Rupiah...tapi masih berbaki..hangin je memasing...


dah kak...jom naik flight..kang tinggal kang...


dalam flight kami disajikan dengan Bukhara Chicken Beriyani


ok la not bad...

Akhirnya kami selamat sampai ke Bumi Malaysia...awal dari schedule asal...bagus jugak awal at least aku bleh rehat sebab esoknya kerja kan...heheheh....

Sekian kisah Lombok aku...tak sangka dapat jugak habiskan walau ambil masa sebulan nak up entry sampai ada yang jeles ngan aku siap kata aku MJ menggeletis..pi bercuti company tanggung pun nak heboh...alahai...aku just nak sharing je..tak de la nak menunjuk aku pi bercuti...susahnya nak puaskan hati semua pihak....ok apa company tanggung at least takde la banyak duit aku keluar....penyakit hati tul la orang macam ni....ke sebenarnya dia tak mampu pergi...kalau tak mampu kumpul la duit..tak mampu jugak duduk dendiam jaga tepi kain sendiri....buat apa tambah dosa...kan...

Yes..yes...dah habis kisah Lombok AKu Datang...next kemana kita? Domestic ke International??

tengok kewangan tahun depan ye....

Lombok Aku Datang - Day 3

Menuju ke Restoran Taliwang Irama 2, kami dihidangkan dengan pemandangan yang agak menarik yang susah nak jumpa di Malaysia..aku leka dengan pemandangan kiri kanan..dari jauh masa bas berhenti traffic light ternampak makcik tua duk tepi jalan...tak pasti plak apakah beliau mengemis..malas nak tanya tour guide sebab diorang tengah rancak berbual so..pandang aje la..tak ralit mata aku memandang..nak jugak tau kenapa makcik tu duduk tepi jalan...kepenatan ke..suka- suka ke...sebab memang dia sensorang je kat situ...


sehabis daya aku zoom


bila dah dekat aku putuskan erm..maybe dia tengah tunggu kenderaan jemput dia..kesiannya..tak panas ke makcik oiii


apa yang aku perhatikan persekitaran sekeliling perumahan di lombok ni agak bersih..longkang pun air jernih je...



akhirnya sampai jugak...oh..tepi2 tu ada yang berjualan...mutiara dan t-shirt..macam tau2 je aku tak shopping lagi...


ini la dia ayam Taliwang yang dikatakan antara menu popular di Lombok...memang sedap..ayam kampung yang di panggang dengan sos intimewa

Dah makan...dah kenyang..perut pun senang..hati dah girang sebab dapat jugak beli souvenir nak bawak balik...risau tak beli apa pun sebab kami skip tempat shopping gara- gara flight reschedule...akhirnya dapat jugak beli...

Dari Restoran Taliwang kami teruskan perjalanan ke destinasi terakhir kami iaitu Sasak Cloth Weaving & Handycraft


kalau korang nak plan pi Lombok boleh la masukkan tempat ni dalam wishlist korang tapi aku bagi tau awal2 kat sini hasil tenunan cantik menarik cuma mahal berbanding tempat lain...


pekerjaan wanita Lombok salah satunya menenun...cantik hasil tenunan


kena teliti supaya corak tak lari..kalau aku yang buat memang terkepit jari pas tu jahanam terus kain tu semua sebab aku jenis tak sabar...


cantik kan?nak kaler apa..semua ada...yang penting ongkosnya ya buk...


akak ni suruh aku cuba tenun...tak nak la aku...rosak kain tu kang


memang cantik la..RP500,000..Mahal..kalau convert dalam RM150 sepasang


Ketayap..ini aku beli..x ingat plak harga..beli untuk abah and Angah, adik ipar dan anak buah aku


bergambar kat sini...


orang lelaki pun menenun tau


cantik plak corak tenunan makcik tu ha...


Handsome guy Rayyan pun nak amik gambar gak

Lepas semua dah shopping2 ni...kami meneruskan perjalanan terakhir kami menuju ke Bandara International Lombok..dah tiba masa saat kami pulang...flight masa tu rescheduled ke pukul 4.30petang..


Aku teruskan snap sana sini bumi Lombok yang kontang sebab takde hujan...kesian dan sedih aku rasa..tanaman tak cukup air dan tanah merekah..nampak perigi tapi tak tau la ada air ke tak...


tanah sawah kekeringan...


gerai- gerai biasa...


aku zoom sedaya upaya aku...nampak kan tanah yang kering dan merekah..

confuse ngan lane jalan ni...dua2 hala leh guna....


Harapnya sekarang bumi Lombok dah makin ok sejak dah di landa hujan bulan ni..trip yang akhir bulan ini cakap hujan dah turun..dah banyak hujan dah..harap kehadiran hujan memberikan rezeki buat petani...semoga bumi Lombok subur dengan tanaman...

Rindu plak kat pemandangan sawah padi diorang...

Next entry yang last sekali......yes....akhirnya aku berjaya habiskan trip Lombok ni....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah