Saturday, March 16, 2019

Apadehal Sorang - Sorang...

Hi korang...

Korang kalau sorang-sorang pi makan ok tak? haaaa...apadehal kan...SA ok je kalau sorang-sorang..takde hal punya la...rileks je..bila makan kat mana-mana sorang - sorang masa balik kerja SA ok je..takde la sampai tak boleh nak makan..malu orang pandang-pandang la...elok je SA makan...SA x pernah kisah pun..asalkan perut SA kenyang..

Selasa lepas SA makan sorang-sorang lepas office..siap leh tgok drama Gepren marah Bopren bila order roti tisu...sampai2 je order roti tisu tu tinggi sedepa dan mmg makan ruang kat meja makan..bayangkan sedepa...Gepren pun x patut marah kot...makanan..dah bopren dia suka kan...nak buat cane plak ..siap ramai amik gambar roti tisu tu..terus popular roti tisu tu..bukan bopren dia la popular...amenda ntah gepren dia....


order air laici less ice


Maggi goreng telur mata


Pada SA takde salahnya makan sensorang..lagi laju makan..xde nak lepak lama-lama compare ramai kengkawan lepak sekali kan...sure melarat sampai sejam dua kan...

korang macam mana?

Lebih suka sensorang ke atau makan nak berteman...

Jom share...


Friday, March 15, 2019

Menu Ahad Minggu Lepas

Hi korang...

Sebenarnya  Ahad lepas SA masak simple-simple je tau..goreng-goreng je...teringin nak makan ikan cencaru yg besar2..bukan bakar tapi goreng..ikutkan bakar pun sedap tapi malas nak bakar plak...then buat goreng kunyit dan bawang putih macam biasa SA buat....disamping tu ada ada gak masak lauk-lauk lain...jom tengok gambar...awas jangan sampai terliur ye....


Ikan cencaru goreng kunyit dan dan bawang putih


Sup Cendawan


Peria goreng berlada


Ikan tamban goreng bawang cili


ulam pegaga, tenggek burung dan pucuk gajus


Sambal belacan melaka

Haaa...sedap betul SA makan...tapi takde la bertambah nasi walau ada belacan tu..SA masih menjaga portion pemakanan SA...ulam tu yg buat sedap sangat makan...haih tengok gambar ni terus rasa macam lapar semula....alahaiiiii.....

Jalan- Jalan Pantai Batu 4 Port Dickson & Pasar Malam Batu 4.

Hi korang...

Last week SA bawak Mak abah dan Dania pi Port Dickson. Pergi jenjalan semata- mata nak amik gambar product di tepi pantai..hahaha..mengada kan...lagipun boring duduk kat rumah sebab takde siapa yang balik. Nak lepak je cuaca panas plak masa tu..eh...memang hari- hari panas kan..hujan pun sekejap jer..lepas tu hujan dalam keadaan panas..so Sabtu tu lepas makan tengahari dan lepas mak SA dialysis, bergerak la kami ke PD. Kebetulan setiap sabtu ada pasar malam Batu 4 tu makanya decided amik gambar kat situ jer la..ada 3 product SA ambil gambar...hehehe....orang ramai jugak panas- panas ni mansi laut...haih...rentung la kulit jadi hitam dipanah matahari...tapi seronok sebenarnya lepak tepi pantai ni sebab berangin sentiasa dan seronok melihat gelagat orang kan...ada yang lepak, ada yang berkhemah dan ada yang main layang- layang.


Ramai juga main layang-layang


Idaman SA nak duduk hotel Avillion tu...nak chalet yang dalam laut tu...mahal nak mati plak harga dia satu malam


Dengan anak dara kesayangan ni...yang banyak ragam...


Ikutkan gambar- gambar ni semua dia dah delete tau..tapi dia tak delete dalam trash box hp mama..hahaha...mama restore je semula...








Alaaaa atuk ni...orang dah ready dia tak ready plak...


not complete family


Nampak flight lalu...rendah jer..

Then kami singgah pasar malam yang ada kat area situ jugak...kalau beberapa tahun dulu pasar malam ni meriah sangat...tak tahu kenapa pergi kali ni tak best, tak ramai meniaga..dah tak banyak org jual barang- barang basahan..gerai ikan dah takde..ada pun kecik je jual ikan darat...ikan laut apa semua takde...erm...dah tak best laaaa.....


Gerai sayur kampung pun tak banyak...


Kita beli Yong tau foo laaa






Then beli Cheese cake leleh yang red velvet ngan choc tu...SEDAP!!!


Beli ulam tenggek burung dan pucuk gajus je..


Lepas tu balik la kami ke Seremban semula...

Entah bila nak datang lagi...ada jer cadangan nak pi berkelah...tapi cuaca panas sangat kan...rasa macam tak sanggup plak...kesian anak- anak buah...kesian plak kat atuk uwan diorang...bila cuaca tak menentu ni sure akan menyebabkan dehydration...kan?Harap- harap cuaca panas ni tak berpanjangan la..semoga allah turunkan hujan yang lebat kat bumi Seremban ni...bagi sejuk sikit....

Thursday, March 14, 2019

Preview Buffet Ramadhan “Tantalizing Tastes of Thailand” Di Imperial Chakri Palace Dorsett Hotel Hartamas


Hi korang....

Ramadhan akan tiba tidak lama lagi, sana sini dah ramai yang buat preview buffet Ramadhan dan tidak ketinggalan Imperial Chakri Palace Dorsett Hartamas sekali lagi mengadakan dan memperkenalkan bufet masakan Thai dan tempatan. Hidangan kegemaran terutamanya untuk promosi bufet dengan tema "“Tantalizing Tastes of Thailand”" yang akan diadakan di Chakri Palace Sky View, Dorsett Hotel Hartamas, Imperial Chakri Palace KLCC dan Chakri Palace Pavilion KL dari 13hb Mei 2019 dan seterusnya. 



Ini merupakan kali pertama SA ke Imperial Chakri Palace Dorsett dan SA sangat teruja dengan keindahan pemandangan Sky View. Cuaca yang sangat baik seolah- olah menyambut ketibaan SA dan rakan- rakan yang lain..seronok kami semua bertemu untuk kesekian kalinya selepas lama SA tak join food review..bagai terasa suasana hari raya apabila lagu raya berkumandang semasa majlis tersebut..

Jom kita lihat apa yang istimewa di Imperial Chakri Palace Dorsett Hotel Hartamas ni....









Memberi keutamaan kepada selera anda serta mengiktiraf  pasukan Thai Chef yang berdedikasi dan popular dengan kepakaran menghidangkan lebih daripada 50 hidangan masakan moden dan asli dari Thai & hidangan tempatan yang terkenal dengan pemilihan ulam-ulam dan Kerabu tempatan, seperti Thai Mango Salad, Thai Papaya salad, hidangan pembuka selera Thai yang terkenal dengan tujuh ramuan iaitu "Mieng Kam", Samosa, Crispy Thai Spring Rolls, Thai Crispy Fried Noodles dan banyak lagi. Untuk hidangan utama, tetamu boleh menikmati hidangan Thai kami pilihan seperti kambing dalam kari hijau Thai, udang dengan sos mentega yang dihiasi dengan telur masin, Sotong telur masin, Tomyam Seafood, dan daging goreng lada hitam dan ikan masam manis & pedas. Untuk menghormati keistimewaan tahun ini, kami juga memperkenalkan pelbagai menu tradisional kegemaran Malaysia, termasuk Rendang Daging Tok, Masak Lemak Gulai Daging, Ayam Kapitan dan Nasi Beriani.










Pilihan di gerai yang beraksi secara langsung kami adalah Satay Ayam dan Satay daging , Ikan Bakar dan Tom Yam Noodles yang akan pasti membuatkan anda ingin mencuba lagi dan lagi..









 







Akhirnya, nikmati  pencuci mulut Thai yang terkenal seperti Red Ruby Waterchestnut,Thani Mango Sticky Rice dan juga hidangan kegemaran tempatan seperti kuih-muih melayu, bubur jagung & pisang dan banyak makanan lain. Kami menawarkan pelbagai pilihan yang menarik untuk pemanis mulut.








Imperial Chakri Palace KLCC & Imperial Chakri Palace Pavilion "Tantalizing Tastes of Thailand" akan disediakan setiap hari untuk anda bermula dari 9th May 2019. Menu hidangan bufet ditukar dari tiga menu yang berbeza yang disediakan khas untuk bulan Ramadhan dan buka dari jam 7.00 pagi seterusnya. Harga RM128 ++ (Dorsett Hotel Hartamas) RM108.80 ++ (KLCC) & RM98.80 ++ (Pavilion) bagi orang dewasa, RM64 ++ (Dorsett Hotel Hartamas) RM54.40 ++ (KLCC) & RM49.40 ++ (Pavilion) setiap kanak-kanak berumur enam hingga sepuluh tahun dan juga untuk warga tua (> 60 tahun) manakala kanak-kanak di bawah umur 6 tahun secara percuma. 

Dapatkan voucher anda sebelum 9 Mei untuk menikmati 20% Off.

Promosi Early Bird
Rancang dan menempah awal untuk penjimatan mewah yang hebat!
(Pesanan minimum 4 orang)

Muat turun App Chakri kami di http://bit.ly/20F3M34 pada telefon anda untuk menikmati pembelian awal  sebanyak 20% sebelum 9 Mei 2019. Harga adalah RM102.40 ++ Untuk Dewasa (Dorsett Hotel Hartamas) RM87 ++ Untuk Dewasa (KLCC) RM79 ++ Untuk Dewasa (Pavilion) Tawaran awal boleh digunakan untuk tempoh dari 11 Mac 2019 - 9 Mei 2019 sahaja. 

Tempahan Kumpulan BELI 5 PERCUMA 1.

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 03 26021031 (Dorsett Hotel Hartamas) 03 23827788 (KLCC) 0321431141 (Pavilion) atau 016 2277182 atau email marketing@chakri.com.my atau kunjungi kami secara online di https://www.chakri.com.my/shop/

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah