Friday, May 17, 2024
Sambungan Kisah Pak Zain
Thursday, May 16, 2024
Coversation Dengan Pak Zain Semalam..
Assalamualaikum...
Semalam kan...balik kerja Pak Zain dan SA ada convesation dalama kereta...kelakar betul...nak gelak tak berani sebab takut dia merajuk...terus buat post kat FB...Mana yang follow SA tu perasan la post tu...saje nak simpan sini sebagai kenangan...
This month birthday Pak Zain...28hb May nanti genap umur dia 70 tahun...SA x tau nak belikan dia hadiah apa...korang ada idea tak?
Jom tgok conversation tu...
Minggu ni abah jemput balik kerja...masuk je kereta tadi
Abah : Long...camno nak pi Aeon tu...abah buleh poie ko..
Me : Aik..apo plak x bleh poie plak
Abah : Abah x tau camno nak masuk..
Me : La...masuk je la..parking guno TNG
Abah : Masuk parking...peh tu nak kuar tu? Abah x ghoti nak amik kad kek mesin kuning tu...
Me: Apo lak...abah masuk pakai TNG..kuar pakai la TNG...
Abah : Ooooo....x sosek doh kan...
Me : Abah dh selalu poie ikut along...nak sosek apo..abah nak boli apo..
Abah : Tali pinggang ngan seluar dalam
Me : Alaaaa....cubo yo poie..sampai bilo x tau...
Abah : Yo laaa...dulu omak kau ado...skrg dh xdo..abah kan duda...
Me : Aduyaiiiii....perlu ke mention duda tu...
( Rasa nak gelak tapi tahan..kang merajuk dia kang..payah)
Me : Iyo..abah kan dudo terhangat di pasaran...kang orang ngurat satu hal...
Abah : eh xdo doh..omak kau la satu2 eh cinta hati abah..
Me : Abah poie yo la..x confident tipon la budak2 ni...tipon along pun buleh...
Abah : Kot abah berani sok..abah poie la...
Aduyaiii abah den ni....lupo lak dio duda terhangat sekarang ni...😆😆😆
Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api Campur Rebung Menu Lunch Today
Menu Dinner Last Week By Adik
Terjebak Anas Make-Up Box
Wednesday, May 15, 2024
Lunch Awal Sebab Kelaparan
Nasi sesenduk je hari ni
Keli balado..
Sa panaskan dalam microwave, lama skit 4 minute macam tu...garing ko bawang2 tu sampai membuatkan bau satu floor ..bau sedap dari bawang tu...membangkitkan selera orang lain...semua tanya..oiii sapa masak oiii...sedapnya bau...😆😆😆
SA ngaku la SA yg panaskan lauk...lepas tu dag memasing tanya x bukak order ke...eh..eh ..bukan x nak amik order...setakat sorang dua je nak order x berbaloi kan...lain la kalau ada sekali 10 ke 15 order....best la skit nak buat kan...lama x open order ni ..
Terserempak Blogger Ammi Di Pasar Seni
Hari ni SA pakai suit dari Haura Wear. Suka design baju kat sini...cantik-cantik..kebetulan dapat duit cukai lebihan bayaran income tax, SA beli la sepasang baju ni...suit cotton linen siap ada sulam biku yang simple-simple..cantik giler...SA pakai dengan tudung pemberian suami...eh...nak cari lagi la baju macam ni...harga x mahal pun sepasang RM109 campur postage RM8...
Masuk office tadi ramai tegur, cantik Rizz pakai baju suit macam ni pi kerja...pandai match kan dengan tudung...eh...eh...makin bersemangat SA nak cari baju-baju macam ni...
okey la korang...jumpa lagi next entry...
Tuesday, May 14, 2024
Menu Breakfast & Menu Lunch Today
Beli Buah Tembikai Di Kedai Buah Rahang
Monday, May 13, 2024
Dah Tengok Shaitaan Lakonan Ajay Devgan Di Netflix?
Filem Hindi bergenre seram thriller ini berkisar tentang sebuah keluarga yang hidup mereka terganggu apabila anak perempuan sulung mereka dipukau menggunakan ilmu hitam oleh orang asing yang tiba tiba muncul dalam kehidupan mereka.
Sinopsis
Kabir Rishi ( Ajay Devgan) , Jyoti ( Jyothika) dan dua anak mereka, Janvi Rishi ( Janki Bodiwala) dan Dhruv Rishi ( Anngad Raaj) merancang untuk meluangkan masa bersama di rumah ladang mereka. Dalam perjalan ke rumah ladang, mereka berhenti makan dan bertemu dengan Vanaraj Kashyap ( R. madhavan) dan makan bersama satu meja. Masa tu la Vanaraj memainkan peranan, diberikan sebiji laddu kepada Dhruv dan Janvi, dua beradik ni berebut dan Janvi yang dapat makan laddu tu. Sejak dari tu Janvi seolah- olah di pukau. Dari seorang remaja yang happy go lucky dia bertukar jadi pendiam. Gerak geri Vanaraj terhadap Janvi agak mencurigakan. Sebelum meninggalkan kedai makan,Vanaraj juga memberikan biskut kepada Janvi dan memintanya makan ketika sampai di rumah ladang mereka.
Sesampainya di sana, Janvi makan biskut tersebut di dalam kereta walaupun ibu dan ayah nya sibuk bawa masuk beg ke dalam rumah, dia asyik makan biskut. Mengejutkan Vanaraj tiba tiba muncul di depan pintu pagar rumah ladang mereka. Kehadiran Vanaraj buatkan Jyoti rasa tidak selesa.
Namun yang pelik, Janvi melayan Vanaraj dengan mesra dan mendengar setiap arahan Vanaraj. Janvi menurut tanpa membantah walaupun dia tahu perkara tersebut salah. Rupanya, Janvi telah dipukau oleh Vanaraj dengan menggunakan ilmu hitam. Vanaraj, si syaiton yang merasakan dia adalah "Tuhan" telah menjadikan Janvi sebagai boneka dan menyiksa emosi Kabir dan Jyoti. Janvi dipaksa untuk menangis tanpa henti, menari sampai kehilangan tenaga. Jika Kabir melawan, Vanaraj akan arahkan Janvi untuk cederakan adik lelakinya, Dhruv. Keadaan menjadi huru hara.
Filem ni memang buatkan emosi SA bertukar tukar, sekejap marah sekejap sedih. Vanaraj memang gila. Filem ni SA suka sebab penghayatan pelakon. Emosi yang di tunjuk melalui lirikan mata. Air mata bergenang menceritakan perasaan sedih, cemas ibu bapa melihat anak yang dipukau melakukan perkara yang membahayakan diri.
Peringatan ye..ada babak ritual,anak anak perlu di pantau jika menonton bersama anak.
Sedih?
Sedih sikit la memandangakan anak yang elok sihat walafiat kena ilmu sihir dan bertindak di luar kawalan macam remote control dipergunakan oleh Vanaraj tu...
SA mohon supaya korang menonton filem ni sendiri dan SA rasa tak perlu lah SA cerita pengakhiran filem ni macam mana. Yang boleh SA beritahu..pengakhiran cerita ni sangat- sangat korang tak sangka..filem ni lebih kepada cerita Thriller..tak seram sangat sebenarnya cuma dia buat kita rasa cemas.
Korang kena tengok cerita ni tau...memang best...recommended...Ajay Devgan berlakon citer ni memang best....
Ikan Bawal Goreng Kicap, Bekal Lunch Hari Ini...
Sardine Roll Untuk Breakfast Pagi Ini..
Mood Ok Hari Ini Bila Tudung On Point....
Beli Sarapan Di Umie Harmony
Sunday, May 12, 2024
Ziarah Kubur Arwah Mak Pah
Saturday, May 11, 2024
Kari Tulang Menu Dinner Malam Semalam
Kari tulang rusuk campur lemak skit..haihh..dadah tinggi baru nak ok..makan je la sebab PZ dh masak kan ..
One more snap...
Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah