Wednesday, February 19, 2020

SA Dah Dapatkan Suntikan Vaccine Influenza

Hi korang...

Semalam SA dan rakan -rakan sekerja selamat mengambil suntikan vaksin influenza. Sekarang tengah banyak kes influenza A kan...so ramai yang dh kena...alternatif dari dari pihak syarikt mengadakan sessi vaccination ni untuk staff-staff yang ingin mendapatkan suntikkan. Suntikan vaksin ni kita boleh ambil setahun sekali tau..SA since dah elok dari H1N1 dulu memang ambil vaksin tapi bila perlu je la..ini dah kali ke 3 SA dapatkan suntikan..lepas ni nak buat untuk Dania plak...

Tak sakit ke cucuk vaksin ni? takde la sakit sebenarnya..malah rasa macam x sedar je jarum tu masuk kat lengan..tapi effect selepas tu. Semalam SA rasa lenguh -lenguh badan, nak demam, sakit kepala, loya dan dan mu dan kena cirit birit jugak..sekali semua SA tapau..pelik plak..sebelum ni just rasa nak demam je kalau amik suntikan ni...apapun harap ianya x berpanjangan...




SA pun x sedar sebenarnya ada gambar SA ni ha..kawan office SA yang curi -curi snap rupanya..sabar je la..nasib masa ni senonoh skit gambar..kalau x senonoh memang SA x share la..pas tu kawan SA  si cantik manis Paris Asyikin komen kat IG kata SA ni dah kurus sangat..takut dia x cam kalau jumpa nanti katanya...hahaha...kurus ke? kenapa SA x rasa kurus pun erk? berat maintain je...celah mana yang kurus kun x tau la SA...maybe inch je berkurang kot...Jangan beri harapan palsu ye Paris..hahaha..maybe dalam gambar je kot nampak kurus..yang benarnya x kurus pun...

So korang yang masih belum dapatkan suntikan Vaksin Influenza maybe boleh check dengan klinik berhampiran korang ..dapatkan cepat sebab vaksin ni limited ..cegah sebelum parah kan..berikan suntikan ni pada anak-anak jugak...kesian kalau anak2 kita terkena jangkitan influenza A...baru-baru ni kan banyak kes influenza A ni dikalangan anak-anak...orang dewasa pun kena..nak plak sekarang dh ada virus baru.. Covid-19.. itu lagi menakutkan...so cepat check dengan klinik berhampiran..kalau-kalau stok vaccine ni dah ada semula..sebelum ni dh habis kan...

Tuesday, February 18, 2020

Check Dulu Sebelum Offer Job Review...

Hi korang...

Malam tadi kalau siapa yang follow FB SA sure tau apa yang berlaku sampai SA tak dapat tido malam..tak tido bukan sebab apa...balik kerja memang dah letih betul...sebelum tidur memang SA baring- baring tengok handphone dulu dan rasa nak check email sebab lama dah tak check..dapat la email request untuk review, diringkaskan cerita, dapat email dari silent reader SA yang nak SA review product milk booster, SA copy sikit ayat dia dan letak kat status FB. Itupun selepas SA gelak kuat malam tadi..terasa nak share kat FB tapi SA x expose nama silent reader tu la..tak sangka plak jadi ramai yang response..hehehe..pada SA ini memang lawak la sepanjang SA bergelar blogger..lawak sebab dia kata dia silent reader tapi dia tak kenal pun SA ni sape...maybe dia pun tak sangka sebab SA selalu je up citer pasal anak buah SA yang kecik2 tu dan maybe dia tak tau pun SA ni Single Mom dah lama...mungkin selama ni dia ingat SA seorang ibu yang ada anak kecik kan...


So..untuk yang baru mengenali SA...SA sebenarnya ibu tunggal anak seorang. anak dara SA tu pun dah besar panjang dah....memang sorang ni jer la anak dara SA harta dunia akhirat. Yang lain- lain tu yang ada dalam blog, ig dan fb SA tu semuanya anak buah SA..Anak kepada adik- adik SA...


Ni haaa..anak dara kesayangan SA....


Masa ni dia umur 9 tahun kot..lupa dah...

Tapi sekarang....

Dia dah besar dah pun...umur nak masuk 16 tahun dah September nanti...



Bila ingat balik email tu...sampai hari ni SA duk tergelak...takpe la takde rezeki SA nak amik job tu. Tak sesuai untuk SA...SA dah jawab email tapi takde response pun...SA anggap takde rezeki dan insyaallah ada la rezeki SA yang lain...

Paling kelakar kalau baca komen...aduhai...korang pun made my day la dengan komen korang...ada yang kata kang bentan la...and macam- macam...tapi tu la..kalau SA simply2 ambil milk booster tu...kat mana plak SA nak arahkan untuk settlekan masalah banyak susu nanti...14 tahun oiii....14 tahun SA dah xde anak kecik...mustahil la SA nak accept job ni kan....kepada silent reader SA tu...terima kasih..kalau anda baca entry SA ni...maybe boleh email kat blogger lain kot...cari blogger yang betul- betul blog dia niche parenting...SA memang tak amik job yang takde kaitan dengan niche blog SA...

Al Fatihah ~ Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung



PELAKON Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Sinclair, 40, meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Menerusi portal berita Indonesia Kompas.com, berita pemergian suami kepada pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL disahkan Doddy yang juga pengurus BCL.

“Betul (meninggal dunia). Serangan jantung. Pagi tadi,” kata Doddy menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita.

Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi tadi.

Ashraf dilahirkan di London pada 18 September 1979.

Abang kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.

Ashraf kemudian berkahwin dengan BCL pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.

Monday, February 17, 2020

Yeay!!! Berjaya Buat Kuih Sagu Mata Ikan..

Hi korang..

Entah apa yang sampuk SA semalam ntah..SA nak test buat kuih paling senang iaitu kuih sagu mata ikan...heyyyy..seronok betul sebab sennag giler dan gerenti menjadi ..SA buat seloyang je takut x habis kan....

Alhamdulillah...seronok...jadi cantik...cukup gedik dia...versi ni SA x buat manis manis sangat..korang pun tau kan SA ni cut sugar..balik dari econsave SA terus rendam sagu mata ikan tu..cuci dulu dan tapis..lepas tu rendam dalam satu jam....lepas dh 1 jam SA masukkan dalam loyang, then letak sirap serta gula..SA x tambah air sebab masa rendam tu dia dh kembang dan still ada air lagi..bila dh letak gula, gula tu akan cair kan...


masa ni dh letak sirap dan gula


Ni selepas dh kukus dalam 20-30 minit


Dah siap..dah sejukkan dan ddah gaul dengan kelapa putih yg dh letak garam skit....


Jadi kan?

Nanti boleh belajar buat kuih lain plak...haaa..punya la semangat nak belajar buat kuih kan....SA nak belajar buat kuih puteri ayu tu...tapi kena cari bekas dia tu kan....slow2 la belajar..dulu mak SA pandai buat macam-macam kuih...sekarang dh x sihat..kena la SA sendiri yang belajar...dia suruh SA buat popia basah..alahai...susah tu nak buat kulit dia lagi..bukan boleh guna kulit yg dh sedia ada kat kedai....nanti la SA google lagi erk....

Sunday, February 16, 2020

Menu Ahad 16 February 2020

Hi korang..

Ada plak yang request nak makan masak lemak telur itik...permintaan anak buah SA si Dida...jarang dengar budak kecik suka makan masak lemak telur itik ni...so layan la...perik pucuk ubi kat tepi jalan je..itu part atuk..atuk yang volunteer nak pi cari pucuk ubi...kang kalau beli kat kedai...daun ubi je dapat..pucuk ubi dapat sikit je ...hari ni masak simple2 je..malas nak masak beria...petang kang la SA nak buat paru goreng berlada untuk bekal pi kerja esok...Itupun kalau rajin nak buat...cadangnya petang kang kak pi jogging...

jom tengok lauk SA masak...




so simple je la....

Mommy Dida balik tadi and goreng ikan untuk anak-anak makan...SA dh masak ni kenyang so tunggu la dulu perut lapar betul baru makan...petang ni SA buat kuih sagu mata ikan...percubaan pertama SA..ye la SA ni x pandai pun buat kuih...kuih simple2 boleh la ..ni SA teringin nak makan...cara buat pun senang je..SA google kaedahnya...hahaha.....nanti SA share kejadian dia erk...elok jadi ke x..hahaha.... tengok masa google x complicated mana pun...bahan pun senang je...

Saturday, February 15, 2020

Khilaf Yang Sering Berlaku Dalam Masyarakat Melayu

Apabila Giliran suami/isteri nak cium....dia mencium dahi isterinya/suaminya...air mata mengalir kepipi jenazah....di peluk isteri/suami agak lama...Kalau secara fitrah nya akan mengalir air matanya terkena kain kafan jenazah...

Seorang makcik bersuara:
"Angkat suami dia tu...jgn peluk lama2 arwah isteri awk tu...jgn sampai air mata ni menitik kene jenazah...kesian dia..berat dia nak pergi...."...maka si suami di papah oleh anak lelakinya keluar rumah....

Ini lah khilaf yg sering berlaku dlm masyarakat melayu islam kita...sebenarnya biarkan sahaja contohnya jika si suami ingin mencium dan memeluk isterinya lama buat kali terakhir...kalau pun dia menangis dan air matanya terkena kain kafan xmengapa...

tiada hadis atau nas yg mengatakan xboleh...disaat itulah si suami mungkin sedang berbisik memaafkan dan menghalalkan segala makan minum kepada isterinya....

Begitu juga sebaliknya yang berlaku pada isteri yang mencium jenazah suaminya...

Malah tidak akan batal wuduk si mati oleh kerana sebab dicium oleh suami atau isteri nya. Yg batal wuduk hanya lah orang yg hidup.

Ingat...yg tak boleh itu jika kamu meratap atau meraung dihadapan jenazah atau sewaktu kematian nya..dilarang keras oleh Rasulullah saw..wallahualam

Kekhilafan yang ramai lakukan dan masih berlaku hingga hari ini..😱

Sharing is Caring

Macam Tak Jadi Je Asam Pedas Ni!!!

Hi korang...

Hari ni SA masak asam pedas..untuk kesekian kalinya SA cuba masak asam pedas dan dasanya memang tetap x menjadi...hahhaa..aduiii..asyik failed je ni...nak berguru ngan sape pun x tau dh..puas ikut step by step resepi kat internet...maybe tak jadi sebab xde daun kesum dan bunga kantan...halba pun xde kat rumah..tapi mak abah cakap sedap je..jadi je..x tau la SA ni  selagi tak kena rasa tu kat tekak so tetap rasa failed...


Asam pedas Ikan Cencaru


Kobis bunga goreng ikan masin..


Jadi la 2 jenis lauk untuk lunch hari ni..walau sedikit frust tetap makan jugak..elok plak bertambah mak abah makan..maksudnya apa tu? Sedap la kan? Apesal SA tetap rasa macam tak menjadi asam pedas SA erk?...perasaan aje ke? eh entah la..nanti la SA nak masak lagi..practice makes perfect kan...selagi tak menepati citarasa SA selagi tu SA akan cuba jugak masak asam pedas yang betul-betul sedap..

Sinopsis Ingin Berkasih Lagi ~ Damya Hanna

Hi korang..

SA dh habis baca satu lagi novel, macam biasa la SA cuba habiskan novel yg banyak kat rumah Seremban..Damya Hanna antara novelist yang SA suka nukilannya...jom tengok sinopsis...best jalan cerita ni..novel ni agak lama dah dan SA x pasti ada dipasaran lagi atau tak..maybe ada jual online kat website  Alaf21 kot..


Penulis : DAMYA HANNA
Harga : RM25.00
Tarikh Terbitan : 20 March 2012


Sinopsis

Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya.

Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya.

Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.

Friday, February 14, 2020

Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup

Peluang Sekali Seumur Hidup untuk Memenangi
‘Gaji untuk Seumur Hidup’!
Peraduan terbesar Nestlé Malaysia tawar hadiah wang tunai melebihi RM4 juta kepada Pelanggan Nestlé menerusi peraduan #NestleGajiSeumurHidup


PETALING JAYA, 13 Februari 2020 – NestlĂ© Malaysia hari ini melancarkan peraduan terbesar di seluruh negara setakat ini, memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencapai impian mereka dan memenangi “gaji untuk seumur hidup” menerusi Peraduan NestlĂ© Gaji Seumur Hidup – hanya dengan membeli produk NestlĂ© bernilai RM15 dalam satu resit. 

Photo 1: Mr. Juan Aranols, Chief Executive Officer, NestlĂ© (Malaysia) Berhad presenting his welcoming address at the launch of Nestle's biggest nationwide contest to date.

Peraduan NestlĂ© Gaji Seumur Hidup menawarkan peluang kepada dua pemenang bertuah untuk memenangi Hadiah Utama berupa ‘Gaji untuk Seumur Hidup’ sebanyak RM3,000 setiap bulan, dan peluang kepada 10 pemenang Hadiah Sagu Hati untuk memenangi ‘Gaji untuk Satu Tahun’ sebanyak RM3,000 setiap bulan. Hadiah wang tunai RM500 juga akan diberikan kepada 50 pemenang setiap minggu sepanjang tempoh peraduan selama 11 minggu. Ini menjadikan jumlah wang tunai untuk Peraduan NestlĂ© Gaji Seumur Hidup melebihi RM4 juta, dan akan memberi manfaat kepada lebih 560 rakyat Malaysia. Peraduan NestlĂ© Gaji Seumur Hidup akan berlangsung dari 14 Februari hingga 30 April 2020

 Photo 2: Mr. Juan Aranols officially launching Peraduan NestlĂ© Gaji Seumur Hidup, where Malaysians stand a chance to win a 'Salary for Life' along with other exciting prizes.

Ketua Pegawai Eksekutif, NestlĂ© (Malaysia) Berhad, Encik Juan Aranols, berkata, “Peraduan NestlĂ© Gaji Seumur Hidup merupakan cara kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kepada NestlĂ© dan jenama-jenama NestlĂ© selama lebih 100 tahun, dengan memberi rakyat Malaysia peluang seumur hidup untuk memenuhi impian mereka. Peraduan ini adalah yang terbesar setakat ini di Malaysia dan kami memberikan peluang dengan semudah yang mungkin untuk pelanggan NestlĂ© memenangi “Gaji untuk Seumur Hidup” sebanyak RM3,000 – hanya dengan membeli produk NestlĂ© kegemaran mereka!”

 Photo 3: The NestlĂ© leadership team joining Mr. Juan Aranols [centre] to kick-off Peraduan NestlĂ© Gaji Seumur Hidup, offering Malaysians the chance of a lifetime to win a 'Salary for Life'!

Hanya dengan membeli produk NestlĂ© yang terpilih bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu resit dan menjawab satu soalan mudah, pengguna layak untuk mengemukakan satu penyertaaan melalui pos atau Whatsapp. Pelanggan NestlĂ© boleh memilih untuk membeli lebih 300 produk daripada 25 jenama NestlĂ©, dan menghantar seberapa banyak penyertaaan yang diingini. Lebih banyak penyertaan yang dikemukakan, lebih tinggi peluang untuk menang! Pengguna juga boleh membeli satu set MILO MAKAN KOMBO di McDonald’s bernilai RM19.90 untuk menyertai peraduan ini. 

 Photo 4: From left to right: Local celebrities Hefny Sahad, Dayah Bakar, Sherry Alhadad, Fiza Sabjahan, Yasmin Hani and Nana Mahazan liven up the launch of Peraduan NestlĂ© Gaji Seumur Hidup, together with Mr. Juan Aranols [centre].


Peruncit yang mengambil bahagian termasuk pasar mini utama, pasar raya, pasar raya hiper, kedai stesen minyak, kedai serbaneka dan juga platform e-dagang, termasuk Lazada dan Shopee, di seluruh Malaysia yang mengeluarkan resit rasmi sebagai bukti pembelian. Peruncit lain juga termasuk Qoo10, Lelong, Presto, Astro Go Shop, PGMall.

Untuk maklumat lanjut tentang Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dan butir-butir tentang cara untuk menyertai peraduan yang menawarkan peluang sekali seumur hidup ini, sila layari laman https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-gaji-seumur-hidup

Masak- Masak Dengan Housemate..

Hi korang...

Ini cerita last week kot rasanya..hahaha...lupa plak nak share...sebenarnya last week ada main masak- masak ngan housemate..kami dah dah tinggal 3 orang kat rumah..housemate yang sebelum ni dah pindah dah..ada lagi sorang budak baru juga tapi SA tak pernah jumpa lagi..ye la SA pi kerja pagi matahari tak keluar lagi..balik kerja plak dia pun tak balik kerja lagi...so tak sempat nak berkenalan..so tinggal la kami bertiga..so SA sempat la masak 2 jenis lauk dan housemate dah masak lauk lain...Kalau SA balik lambat memang diorang makan berdua je la...housemate plak memang jenis masak sebab dia pun bawak bekal pi kerja kan...


Lauk kami malam tu


Tumis air kobis ngan carrot


Telur dadar SA masak


Ikan selar goreng SA yang goreng


Kicap cili dan bawang perah limau nipis untuk cicah ikan goreng SA buat


Ikan selar bakar housemate masak..

Rasanya kejadian ni masa hari Rabu minggu lepas...SA plak x masak lebih sebab SA ada makan- makan sempena farewell boss SA yang pencen tu..sekarang kami jarang makan sama sebab SA balik lambat selalu..kadang sempat masak untuk bekal je..lepas tu SA tak makan dah sebab dah makan pukul 6 petang..tak tau la bila dapat makan sama- sama semula..semalam SA balik pun dah lambat..sempat basuh baju je..lepas tu housemate dah tido dah...itulah kehidupan SA kat rumah sewa..takde yang menarik pun..excitement pun takde..dulu boleh gak tengok tv...la ni masing2 tgok netflix je la kat handphone..

Ingat nanti nak masak lagi la makan sama- sama..minggu depan kot kalau tak busy kat department baru...

Tips Agar Bihun Tidak Hancur

Ramai kata tak pandai goreng bihun dengan alasan hasil kejadian tak seperti diharapkan. Bihun yang digoreng hasilnya keras atau lembik, memang potong selera makan. Tapi korang jangan risau akan masalah ini kerana kalau kena gayanya, goreng bihun sangat mudah. Tak percaya korang baca info ini dan cuba buat, harap hasilnya tidak mengecewakan.SA seringkali hadapi masalah ni..rupanya ada cara untuk bihun tu tak hancur dan tak putus2 macam biasa tengok orang jual kan...SA memang failed kalau buat bihun goreng...

source from google


Semasa membeli bihun, pastikan berkualiti dan keadaan bihun itu dalam keadaan baik. Contohnya pastikan bihun dalam keadaan bersih, warnanya jernih dan tidak kusam. Hanya bihun yang berkualiti dan dalam keadaan baik saja  jika dimasak ia masak sempurna dan tidak hancur.

Rendam bihun dengan air panas dengan alasan cepat lembut, ia adalah SALAH.Jika rendam bihun terlalu lama, ia boleh sebabkan bihun mudah hancur bila digoreng. Sebaiknya rendamlah dengan air biasa, dan rendam sekurang-kurangnya 30 minit. Baru bihun yang digoreng cantik kejadiannya.


source from google


Semasa menggoreng pastikan anda menggunakan api sederhana, jika hampir masak, kecilkan api. Walaupun ia ambil masa sikit tetapi hasil bihun yang digoreng cantik, tak hancur mahupun keras. Gerenti mengundang selera bila dihidangkan.

Seperkara lagi, semasa menggoreng bihun, jangan kerap kacau kerana ia boleh sebabkan bihun mudah hancur atau patah. Kacau sekali sekala untuk memastikan bihun sebati rata dengan bahan penumis. Tambahkan sedikit air atau minyak ketika memasak bihun agar bahan tumisan lebih mudah meresap dan sedap semasa dimakan.

Harap info ini dapat membantu korang sukses memasak bihun goreng untuk suami dan anak-anak atau boleh dijadi hidangan untuk tetamu yang datang berkunjung.

So lepas ni boleh praktikkan tips-tips diatas..SA pun kadang- kadang tak puas hati dengan hasil bihun yang SA masak sebab adakala lembik dan hancur...rupanya tak perlu rendam lama pun bihun ni...punya la SA rendam bihun semalaman...no wonder la dia jadi hancur dan putus- putus...lepas ni boleh la cuba...yeay..harap perkongsian ini dapat membantu korang...bukan apa..kadang- kadang frust kan sebab hasil tak cantik macam orang lain masak..mula la SA cakap jenis bihun tu tak bagus padahal cuma cara tu yang tak betul...

Sumber Rasa.my

Thursday, February 13, 2020

Sinopsis Camelia~Samarinda TV3

Hi korang...

SA baru nak share sinopsis cerita Camelia yang sebelum ni ditayangkan di slot Samarinda TV3. Sebelum ni SA tak follow cerita ni tapi terjebak dengan kawan office yang asyik cerita pasal cerita ni so SA pun follow la..tak habis lagi pun sebenarnya..jalan cerita dia menarik sangat..pandai Ain Indruce bawak watak antagonis dia...

Jom SA share sinopsis...lepas ni nak sambung lagi cerita ni..nasib boleh tengok kat phone..pasal ni jugak la SA lambat tido malam..hehehe...lepas tu bising tak cukup tido...just nak inform la SA dh settle maraton citer Camelia ni cumanya ending citer ni SAx berapa best..x tau nak cakap kenapa x best..x cukup impact dia pada SA..awal cerita sampai episode 14 dh cantik dan jalan citer dia cuma ending je macam ada yg kurang..


SINOPSIS CAMELIA

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang suka meroyan.

Pada tahun 1999, 3 adik-beradik, Malik, Mariam dan Marina tinggal bersama ibubapa mereka, Halim dan Zainab, dan nenek sebelah mak mereka, Tok Su. Mereka bukan keluarga kaya, mengerjakan sawah yang dipajak.

Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya.

Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan  Mariam memiliki 'split identiti'.

Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama 'Camelia'. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.

Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan 'Camelia'.

JUDUL : CAMELIA
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 16 Januari 2020.
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Azlina Pa'wan
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Saphire Screen Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati , Zarina Zainuddin, Ainina Ahmad, Aidil Aziz, Qistina Raisah, Puteri Balqis, Redzwan Adha, Mak Engku

WATAK PELAKON
Saharul Ridzwan sebagai Malik
Diana Danielle sebagai Camelia / Mariam
Ain Edruce sebagai Marina
Hafidz Roshdi sebagai Dr Azman
Lisdawati sebagai Zakiah / Mak Su
Qistina Raisah sebagai Marina
Puteri Balqis sebagai Mariam
Redzwan Adha sebagai Malik

Wednesday, February 12, 2020

Menu Lunch Hari Ini 12.02.2020

Hi korang....

Cantik tarikh hari ni kan...hari ni SA amik cuti ganti public holiday. Badan rasa tak sihat sebab kurang rehat..kurang tido dan kepala asyik pening je..lepas dah uruskan semua hal boss SA yang pencen..tu yang SA decided nak amik cuti ganti. SA sekarang kat Seremban..rasa macam nak demam tapi cepat-cepat makan ubat.. pagi-pagi abah dah pi memancing..saje buang masa katanya..dia mavam tu la..kalau duduk sesaje je tak buat apa kat rumah badan dia jadi lemah..so dapat la rezeki skit...

Walau SA cuti..aktiviti memasak memang tak tinggal la...ni ada la sikit SA masak...ikut selera mak SA la lauk pauk hari ni...SA masak aje...


Ikan kembung masak lemak cili api campur peria


Sayur kangkung + kobis goreng ikan masin


Tongkeng ayam goreng fav Dania


Ikan tilapia goreng


Budu....

Settle masak..tak tunggu lama lagi...terus siapkan meja untuk makan tengahari..tepat pukul 1 SA dah ajak mak abah makan dah..anak dara SA plak lambat balik sekolah...ni dh makan nasi..kejap lagi SA nak makan ubat ..nak rehat sikit la ..lately ni susah tido..so nak kaver balik tido yang tak cukup...

Eh korang masak apa hari ni...pada yg x kerja la ye...yang kerja tu...makan tengahari apa hari ni....

Tuesday, February 11, 2020

Jangan Ambil Mudah Penjagaan Kuku..

Hi korang...

Hari ni SA nak share dengan korang tentang pentingnya penjagaan kuku.Kuku sering kali diabaikan penjagaan kebersihannya, bahkan kuku tersebut dibiarkan menjadi panjang serta tajam. Membersihkan kuku hakikatnya adalah untuk menjaga kesihatan tubuh. Kenapa? Kerana kuku adalah antara bahagian yang terdapat pada tubuh badan kita yang sering kita gunakan. Bahagian kuku lah yang sangat terdedah dengan kuman dan bakteria..Sebab itu penjagaan kuku tangan dan kaki adalah sangat- sangat penting dan jangan diambil mudah...



Penjagaan kuku mungkin dianggap tidak sepenting wajah. Bagi sesetengah wanita, memadai memotong kuku seminggu sekali untuk menjaga kebersihan diri. Selebihnya, wanita selalu beranggapan mereka tidak mempunyai banyak pilihan, terutama bagi yang beragama Islam.

Sebenarnya penjagaan kuku tidak hanya terhad kepada memotong, tetapi merangkumi rawatan membuang kutikel, membersih, melembap dan membentuk bahagian tepi dengan baik bagi mengelak risiko cagu.

Semua rawatan ini boleh dibuat di spa kecantikan, melakukan sendiri di rumah atau menggunakan khidmat juruterapi bergerak yang sedia datang ke mana-mana premis bersesuaian mengikut permintaan anda.

Begitupun, ketahui juga sama ada anda bebas daripada sebarang masalah kuku. Ini penting kerana jika anda mempunyai masalah kuku rosak, ia perlu dirawat menggunakan ubat atau krim tertentu terlebih dahulu sebelum diteruskan dengan sebarang terapi penjagaan.

Jangan mengambil mudah sebarang perubahan pada warna, rupa dan bentuk kuku kerana ia mungkin petanda atau simptom kepada penyakit serius seperti anemia, masalah jantung, psoriasis, kegagalan hati, diabetes atau tidak mustahil juga anda kekurangan zat!

Memandangkan kadar pertumbuhan kuku setiap individu itu berbeza, adalah penting untuk kita semua mengutamakan penjagaan kuku mengikut keperluan tubuh masing-masing. Berikut sebahagian kaedah penjagaan mudah yang boleh dijadikan panduan.

1. Diet sihat

Terdapat banyak makanan berkhasiat yang boleh menjadikan kuku kuat, sihat dan nampak menarik. Antaranya timun, bawang putih, kekacang, bawang besar, telur, beras perang, asparagus, hati, salmon, tuna, anggur dan epal.

2. Menggigit kuku

Tabiat menggigit bukan saja merosakkan bentuk kuku, malah menunjukkan anda seorang yang pengotor! Bagi mereka yang mempunyai masalah diabetes, tabiat menggigit kuku boleh menyebabkan jangkitan. Jadi, elakkan berbuat demikian untuk tujuan kebersihan dan menjaga imej anda sebagai wanita.

3. Mencungkil objek

Sesetengah orang sengaja menyimpan kuku panjang untuk memudahkan mereka membuka atau mencungkil objek keras. Jangan rosakkan kuku dengan membuka penutup tin atau sebarang penutup! Tindakan ini boleh menyebabkan kuku bercalar, serpih dan patah.

4. Vitamin

Sebagaimana bahagian tubuh yang lain, kuku juga memerlukan vitamin untuk sihat. Amalkan pengambilan vitamin A, B, C, D dan E kerana ia baik untuk kuku. Selain itu, anda mungkin boleh mempertimbangkan pembelian vitamin khas untuk kuku yang hanya perlu dioles terus setiap hari.

5. Losyen pelembap

Seperti kulit, kuku juga memerlukan pelembap setiap hari. Cukup dengan memakai losen badan atau kuku. Bagi mereka yang tidak sempat untuk mencapai losen setiap kali bersiap, anda boleh membawa tiub kecil dalam beg tangan atau simpan di laci meja pejabat. Gunakan setiap kali selepas mencuci tangan.

6. Pertumbuhan kuku

Pengambilan kalsium dan zink dapat membantu pertumbuhan kuku dan menjadikannya lebih kuat dan sihat. Elakkan pengambilan alkohol secara berlebihan kerana ia boleh merosakkan dan mengeringkan kuku.

7. Pengetip dan gunting

Pilih peralatan yang tajam untuk mendapatkan bentuk kuku yang lebih kemas. Amalkan memotong kuku selepas mandi atau merendamnya seketika dalam air suam. Jangan koyak lebihan kuku kerana ia mungkin mencederakan anda!

8. Merias kuku

Jadikan rutin sekurang-kurangnya sebulan sekali. Merias kuku tidak bermakna anda harus mewarna dengan cat atau mengoles pengilat. Memadai dengan membersihkan kutikel lembut yang menutupi bentuk kuku dan memperkemas bahagian tepi supaya indah dipandang.


Perlu diketahui bahawa terdapat juga jenis kuku yang rosak dan perlu dirawat segera. Keadaan ini kerap berlaku dan sering dipandang remeh berikutan kurangnya kesedaran terhadap jenis penyakit dan simptom yang dihidapi.

1. Kuku kekuningan

Antara penyebab kuku menjadi kuning ialah jangkitan fungus. Dalam keadaan jangkitan yang teruk, lapisan kuku mungkin tertarik, kuku semakin menebal, pecah dan hancur.

Dalam sesetengah kes, kuku kuning disebabkan masalah kesihatan serius seperti penyakit berkaitan kelenjar tiroid yang teruk atau psoriasis.

2. Kuku kebiruan

Keadaan kuku sebegini menunjukkan tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup. Ia boleh berlaku disebabkan jangkitan paru-paru atau pneumonia. Rujuk doktor untuk lebih kepastian.

3. Kuku berkedut atau seakan berombak

Keadaan ini selalu dikaitkan dengan tanda awal psoriasis atau radang sendi.

4. Kuku retak atau merekah

Keadaan ini kerap dikaitkan dengan masalah tiroid. Kombinasi kuku merekah dan kekuningan pula menunjukkan terdapatnya jangkitan kuman.

5. Garis hitam bawah kuku

Keadaan ini perlu diperiksa doktor bertauliah kerana ia mungkin disebabkan oleh melanoma iaitu sejenis kanser kulit berbahaya. Untuk itu jom sama- sama kita jaga dan utamakan kebersihan kuku tangan dan kaki kita..Elakkan dari Bakteria..dan elakkan dari apa sahaja gejala penyakit...

Last Day Boss..

Hi korang...



Sedih ke SA? Giler tak sedih...of course la SA sedih boss dah retire...lepas ni tak tau la SA jaga sapa plak..belum ada arahan terbaru...so semalam boss SA dah last day dh...ikutkan last day dia hari ni..tapi dia nak settlekan everything on Monday...SA sedikit rasa sedih la sebab SA baru je jaga boss SA ni lepas secretary lama berhenti. SA start jaga Pn Rus dari June 2019 sampai la semalam...8 bulan SA jaga dia dan banyak benda yang SA belajar. Apa yang SA nak cakap, dia antara boss yang best..tak cerewet dan senang bekerja dengan Pn Rus.

Jom tengok gambar- gambar last day Pn Rus, walau tak cukup corumn sebab yang lain- lain ada meeting...tapi jadi la kami wakil satu department.






Last selfie with my boss


Last touch access card


Bye Pn Rus...


Hari ni plak birthday Pn Rus...

SA dah wish dia dah pagi- pagi tadi...sedih skit la..nasib baik la SA tak nangis...SA jaga Pn Rus 8 bulan..dia dah kerja kat sini almost 25 tahun...satu jangkamasa yang panjang kan..Congratulation on your retirement. Thanks for all the great memories. Your contributions to the company will never be forgotten. Happy retirement!we love you....

Monday, February 10, 2020

Abam Bocey Meninggal..Tiada Lagi Gemuk Is Awesome....

Assalammualaikum...

Negara kehilangan pelawak yang disayangi ramai...Alfatihah buat Abam Bocey...sesungguhnya berita ini amat menyedihkan dan memeranjatkan semua peminatnya di Malaysia...semoga arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman....



PELAWAK popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin.

Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.

Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi... pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.


Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends.


Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye.

Jom ramai-ramai join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends.


Giveaway Wang Tunai Mamapipie



Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends


  1. Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai
  2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang.
  3. Tag 3 rakan 
  4. Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga
  5. Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang
Ini syarat wajib dan mama akan check satu.. satu.. Kalau tak patuhi syarat ni korang akn disqualified.

Mama galakkan korang rajin singgah dan komen blog penaja kerana hadiah utama akan dipilih sendiri oleh penaja. Mama pun tak pasti bagaimana cara mereka akan memilih pemenang nanti..

  • Digalakkan Follow Media Social Mama: Instagram FB Youtube Twitter FB Page
  • Last sekali, tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
  • Tarikh tutup giveaway adalah pada 29 Feb 2020 11.59 malam. 
  • Insya Allah, pemenang akan diumumkan pada 5 mac 2020

Hadiah Wang Tunai RM1000 - Senarai Hadiah

Wang tunai sejumlah RM 1000 akan dihadiahkan kepada 17 orang pemenang.. Banyak kan.. Alhamdulillah, Semoga murah rezeki penaja kita. Sama-sama kita doakan agar penaja-penaja kita sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang berkat, diberkati Allah dan bisnes sentiasa menjadi. Seramai 17 pemenang akan dipilih memenangi total RM1000 nanti. Pemenang hadiah utama akan dipilih sendiri oleh pihak penaja. Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi:

Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

1 x RM200

Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

2 x RM100

Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

14 x RM50


Korang boleh copy code html di bawah dan paste as html dalam blog post korang. Good luck semua!!



Saturday, February 8, 2020

Resepi Ikan Keli Berlada Versi Suria Amanda


Resepi Ikan Keli Goreng Berlada versi Suria Amanda

Bahan-bahan

1. Ikan Keli 2 ekor potong 3 bahagian
2. bawang merah 4 ulas
3. bawang putih 4 -5 ulas
4. cili api 20 biji
5. sos ikan  - 1 sudu besar
6. Sos tiram 2 sudu besar
7. Bawang besar - 1 labu - hiris

cara memasak

1 lumurkan ikan keli dengan kunyit dan goreng dalam minyak yang panas. Angkat dan asingkan apabila dah garing
2. bahan 2-4 tumbuk hancur
3. tumis bahan 2-5 sehingga naik bau
4. masukkan sos tiram..
5. biarkan sampai garing sikit..
6. masukkan ikan dan gaulkan
7. tak perlu letak garam sebab sos tiram dah masin dah

Selamat mencuba...

Menu Simple Lunch Sempena Thaipusam....

Hi korang...

Haaa ada ada  kerja ke public holiday ni? sure ada yang kerja kan..best la kalau kerja hari ni dapat triple  pay..adik SA pakat kerja hari ni...yang kerja macam SA xde la peluang nak kerja di public holiday..public holiday tetap la cuti dan kebetulan Thaipusam jatuh pada hari Sabtu maka dapat la replacement leave yang boleh guna bila-bila masa nanti bila perlu..so jimat la annual leave....

Hari ni SA masak simple je...adik dari Puchong balik pagi ni..so buat 3 lauk ni je untuk makan tengahari...

Jom la tengok gambar...


Ikan keli goreng berlada...


Sup ayam campur carrot & celery


Rendang kacang botol dan ikan bilis

So masak simple je la...cuaca panas pi..nak duduk lama-lama kat dapur pun malas..x tahan berpanas ..setengah hari ni je SA dh dua kali mandi...ni kang sure nak lelap kejap...badan rasa rasam nak demam...tekak pun dh perit...SA layan minum vitamin C dan makan supplement yang lain...banyak minum mineral water...

Eh korang dh makan ke?

Jangan lupa makan tau...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah