Monday, April 22, 2024

Apakah maksud narsisistik atau gangguan personaliti narsisistik?

Assalamualaikum...

Zaman sekarang ni ramai manusia Narsistik...apa Narsistik ni?

Ia membawa maksud kepada seseorang yang mempunyai gangguan mental. Dengan nama saintifiknya Narcissistic Personality Disorder(NPD) di mana seseorang itu beranggapan bahawa dirinya jauh lebih penting daripada orang lain dan mengagumi diri sendiri.

Periksa Tanda - Tanda  Ini! Kalau Ada Salah Satu, Anda Mungkin Alami Narsisistik Tanpa Sedar




Antara ciri-ciri orang narsisistik adalah :

  1. Suka membangga diri. Merasa megah dengan diri sendiri. Tak boleh orang lebih dari dia. Kalau ada orang yang lebih dari dia, dia boleh mengata orang tu, dia fitnah orang tu. Dia hasut orang lain benci dekat orang yang dia tak suka tu. Jangan main-main dengan orang macam ini.
  2. Dia gilakan perhatian. Sukakan perhatian orang. Dia suka tarik perhatian orang. Dia pandai berlakon. Dia pandai curi perhatian orang.
  3. Merasakan diri lebih baik daripada orang lain. Untuk buat dia nampak baik, dia akan burukkan orang lain. Kadang-kadang orang tak perasan sifat dia yang ini. Dia suka kotorkan nama orang untuk nampak dia bersih.
  4. Suka orang puji dia. Suka orang ikut cakap dia. Kalau orang tak ikut cakap dia, dia tuduh orang itu sebagai 'mata-mata' atau pengkhianat.
  5. Suka puji diri sendiri. Suka claim diri sendiri CANTIK, kacak, baik, pandai dari orang lain.
  6. Pandai berlakon dan pandai buat orang percayakan dia.
  7. Pentingkan diri sendiri.


Apabila dia buat salah, dia tak mengaku itu salah dia. Sebaliknya dia akan kata itu salah orang lain. Jika kesalahan itu diketahui oleh orang lain, dia akan cakap dia jadi macam itu sebab orang lain. Dia tetap akan salahkan orang lain.

  1. Suka memandang rendah atau memperlekehkan orang lain
  2. Mudah dengki kepada orang dan menganggap orang lain juga dengki padanya.
  3. Kurang belas kasihan. Tiada empati terhadap orang lain.
  4. Suka ambil kesempatan kat orang lain untuk keuntungan diri dia.
  5. Suka menggunakan orang untuk memperoleh perkara yang diinginkan.
  6. Tidak boleh menerima pandangan atau kritikan orang lain terhadap diri sendiri.


Sifat narsisistik ini boleh memberikan kesan yang buruk seperti :

  1. Susah nak dapat kawan.
  2. Orang pun tak nak kawan dengan orang yang berakhlak buruk seperti ini.
  3. Selalu ada masalah dalam hubungan dengan manusia. Tak kisahlah hubungan dalam rumahtangga, tempat kerja, dengan keluarga ibubapa, adik-beradik, saudara mara atau kawan-kawan. Dengan semua orang dia ada masalah.
  4. Hidup tak pernah tenang. Selalu resah dan selalu ada masalah.


Sikap Narsisistik Dari Sudut Islam :

Dalam Islam, sikap narsisistik adalah sifat mazmumah yang terjadi daripada akhlak yang buruk iaitu UJUB, RIAK, TAKBUR dan HASAD.

Sikap ujub ini tidak disukai oleh Allah Ta'ala kerana individu sebegini dikatakan mempunyai hati yang buta dalam menilai orang lain serta dirinya.

Ini juga sesuai dengan firman Allah Ta'ala dalam Surah Luqman, ayat 18 yang bermaksud :

"Dan janganlah kamu memalingkan wajah daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh.

Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.”


Rawatan :

Biasanya, seseorang akan diberikan diagnosis sebagai penghidap gangguan personaliti narsisistik sekiranya individu tersebut menunjukkan lima atau lebih ciri-ciri yang dinyatakan di atas.


Suami;

jika suami bersifat Narsistik memang bahaya untuk hubungan rumahtangga. Suruh SOLAT tapi suami tak nak solat. Suami tak boleh dinasihati kerana dia rasa dirinya saja yang betul sebab dia itu seorang suami tapi tidak memberi nafkah agama dalam keluarga. Akhirnya habis tunggang langgang keluarga.

Isteri;

jika isteri bersifat Narsistik boleh mengakibatkan jatuh nusyuz kepada suami. Merasa dirinya saja yang betul. Tak hormat suami. Tinggi suami pada suami. Lama-lama derhaka kepada suami.

Anak;

jika ada anak yang bersifat Narsistik boleh menyebabkan derhaka dia kepada ibubapa. Tak nak dengar cakap mak ayah.

Ibu Mentua;

jika ibu mentua yang punya sifat Narsistik, Nauzubillah... ini bahaya. Boleh jadi asbab pergaduhan yang dahsyat dalam keluarga. Banyak realiti kehidupan yang jadi begini sehingga berlakunya penceraian terhadap suami isteri disebabkan keluarga mentua yang ada masalah Narsistik.


Sumber : Hello Doktor & FB


Bacaan Doa Selamat Dan Tahlil Serta Rumah Terbuka Jemputan Sepupu SA...

Assalamualaikum..

Semalam..ada jemputan sebenarnya tap sebelah petang la..balik dari IKEA terus pi jemoutan rumah terbuka..perut tengah sendat lagi ni makan kat IKEA masa tu...tapi pergi jer la sebab sepupu SA buat doa selamat dan tahlil..ada dimasukkan sekali nama arwah Mak Pah...

Terima kasih buat sepupu SA dan keluarga...







SA sampai dalam pukul 3  lebih...

Takde la amik gambar SA pun...panas SA nak bergambar pun xde mood...makan mee kari, puding jagung dengan buah je...lepas tu mintak kunci dari Pak Zain sebab nak balik nak pasang barang- barang IKEA yang SA beli tu dengan nak pi dobi baju kotor suami...malam dia nak balik dah kan...Sajer bagi peluang Pak Zain duduk dan keluar lama siki jugak adik beradik dia dan bermasyarakat skit...haha..


Pak Ngah Belanja Mercun Dan Bunga Api...

Assalamualaikum...

Pak Ngah balik macam biasa jadi supplier mercun...apa lagi x sabar la diorang bertiga tu menunggu waktu malam..kejap- kejap tanya dah pukul berapa bagai...budak- budak kan...

Tapi bila main berebut- rebut dan bergaduh plak...kejap2 merajuk...kelakar betul..lagak macam berani tapi takut nak pegang mercun...penat SA gelak..


steady je Aydan


Ni minah ni pun sama ni cepat sentap...


Orang suruh pegang elok- elok dia cucuh kat jalan



Sebenarnya ada pelita...tapi minyak tanah habis..puas cari kat kedai2 takde


 






Seronok la diorang main bunga api...

Sampai ke tengah malam...sepanjang kawasan kejiranan SA tu..kami je yang riuh main bunga api...orang lain dah kat dalam rumah...ye la..sebelum ni rumah kami yang senyap sunyi..memasing bising time main hp je...anak- anak jiran riuh main mercun dan bunga api...

So Sabtu malam Ahad hari tu giliran kami plak...itupun x lama dalam sejm lebih je budak- budak tu main bunga api dan mercun...


Family Photo Di Rumah Kampung Tanjung, Rantau NS

Assalamualaikum..

Sambung lagi gambar raya...gambar beribu kan...malas SA nak cari mana yang ok...rasanya ini yang plaing ok kot..as long as semua dalam gambar ni ready aje...rumah ni merupakan rumah pusaka arwah nenek SA sebelah Pak Zain...so setiap tahun memang pagi raya pertama kami akan berkunjung ke sini dulu cumanya tahun ni banyak beza la..kami disini tanpa sesosok tubuh yang digelar ibu...sedih sekali..cumanya kami berjaya untuk tidak terlalu bersedih dan alhamdulillah allah bagi kami kekuatan menmpuh hari raya tanpa arwah Mak Pah...

Rumah kampung ni dekat sangat dengan rumah bekas Menteri Besar NS, Tok Mat. Tok Mat tu merupakan Kazen Pak Zain..ikutkan kami pi rumah terbuka beliau Sabtu lepas..tapi x dan nak pi sebab adik lelaki balik nak beraya dengan kami kan...

Jom tengok gambar...


Family adik bongsu


Family adik no 4, mising anak dara dia si Dida..mana ntah time ni


Family adik  no 3


Family SA, missing Khalaf yang beraya ngan mak dia


Kami the gegurls..



Nak amik gambar 4 beradik dengan Pak Zain..sekali Pak Zain suruh Nia masuk sekali






Not a complete family...missing Angah and family



 

Nasib Pak Zain tak alunkan takbir raya seperti selalu tiap kali raya..Pak Zain nak elak dari rasa sedih kot..dari pukul 5am SA bangun tu x dengar pun suara takbir Pak Zain...SA plak awal- awal dah menangis masa mandi sunat aidilfitri...

Rindu kat arwah Mak Pah...rindu sangat- sangat...

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ مُدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ
وَنَقِّها مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِها
وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ

Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘asfihaa wa fu’anhaa wakrim nudzulahaa wa wassi’ mudholahaa wagsilhaa bilmaai watsalji wal barodi wanaqqohaa min khotooyaa kamaa naqoitats tsaubal abyado minad danasi wabdilhaa daarol khoiron min daarihaa eaahlan khoiron min ahlihaa wajaudzan khoiron nin jaudzihaa waadhilnaj jannata wa a’idzahaa min adzaabil qobrii au min adzabin naar.

Ya Allah, ya Tuhanku ampunilah dia, dan berikanlah rahmat untuknya, selamatkanlah dirinya, maafkanlah dirinya serta tempatkanlah dia di tempat yang mulia (syurga), perluaslah kuburnya, mandikan dirinya dengan air dari salju serta dari ais. Bersihkan dirinya dari seluruh kesalahan seperti Engkau membersihkan baju-baju yang putih dari kotoran, lalu berilah rumah yang jauh lebih baik dari rumahnya di dunia, berilah dirinya keluarga yang lebih baik daripada yang ia miliki di dunia, pasangkanlah dia dengan yang lebih baik daripada pasangan yang ia miliki di dunia, serta masukanlah dia ke surga dan jagalah dia dari siksa kubur dan siksa a pi neraka.

Menu Sarapan Hari Ini

Assalamualaikum...

Percaya tak SA sampai office hari ni kul 6.50am...6.30am SA kat pasar seni...nak sampaikan time kul 7am tu macam lama nau la..SA siap beli sarapan kat Kedai Nasi Lemak Kak Ton..

Beli mee goreng + paru sambal RM6.50.

Awal 1 jam SA  sampai office...xde pun tido..malas nak tido kang lesu..




 

Macam biasa nescafe kosong tanpa gula...

Dh kenyang ngantuk plak...

Acaner ni ...baru kul 9.45am ha....

Tengahari ada jemputan rumah terbuka kat Cheras ..kawan office buat untuk suami dia and staff, ajak la kami sekali...


Pergi Kerja Pakai Baju Arwah Mak Pah...

Assalamualaikum..

Sedikit sebak pagi ni....hari ni seawal 6.50am SA dh ada kat office, SA manage to get first bus today...hari ni SA pi kerja pakai baju kurung arwah Mak Pah...sedang elok muat cuma sedikit besar je la..macam size L...tapi xpe SA boleh je pakai...



 

Semua baju-baju arwah Mak Pah dah settle kami adik beradik sorting dan dermakan mana yang boleh derma..mana yang boleh bagi kat adik beradik Mak Pah kami bagi termasuk la handbag-handbag arwah Mak..

Mana baju- baju yang kami boleh pakai macam t-shirt, kain batik dan baju- baju kurung ada yang kami amik...tinggal nak sorting a few barang macam pinggan mangkuk..nak buang pinggan melamin yang biasa guna tu dan guna pinggan kaca yang tersimpan je..elok guna kan..ustaz cakap x elok simpan sebagai hiasan..

Sedikit sebak pagi ni...terlampau rindu kat arwah Mak Pah..minggu ni tak dapat pergi ziarah kubur sebab hujan lebat...minggu ni plak maybe kalau jadi SA balik JB...we see how la...kalau SA rasa kuat dah emosi ni nak balik JB..insyaallah Jumaat ni SA amik half day dan balik sana...


Melayan Suami dan Dania Mengidam Meatballs IKEA

Assalamualaikum...

Aktiviti Ahad semalam, SA melayan tekak dua beranak tu..dua- dua mengidam nak makan meatballs...haaaaa..no speculation ye...takde kaitan dengan preggy atau sebaliknya...kebetulan SA nak cari lampu bilik tidur dan juga rak gantung baju..so ke IKEA Cheras la kami...malas nak ke Damansara..kalau pi IKEA Damansara kang laju plak langkahnya ke lain- lain tempat...

Seawal 9.45am gerak la kami ke IKEA...patutnya pergi petang Sabtu tapi Suami sampai dah lambat...dengan jammed nyer..patut 3 jam aje perjalanan. Ni gerak 9am sampai 5pm...jenuh ngadap jammed. Ingat nak keluar jugak tapi fikir hiway ke KL jammed teruk. Hiway Lekas pun teruk jammed nyer...sudahnya x jadi pergi..suami pun kepenatan...

Sampai IKEA kami terus pi makan dulu...cadangnya SA nak cari baju kerja dan kasut kerja kat MyTown tu...tapi....lupa sudahnya....










Jumbo Meatballs


Ribs


Lasagna Dania


Hot dog untuk suami


Air SA...photobomb by acik sebelah tu


Mushroom soup dan garlic bread


Daim Cake ni sedap...


Mana erk ada plain bread jenis macam ni...ada sesiapa tau tak?


Dah kenapa kan...hahahaha...oooo masa ni suami sedikit bengang SA suruh habiskan ribs yang SA makan tu...


Kata mengidam kan...makan je la...





Anak dara kesayangan SA ni demam ye...asal exam je demam, batuk selsema...dia ni bukan jenis yang senang sakit..


Idaman SA...kena menabung ni...next kena beli...harga dia x turun2 la...


Amik gambar kat sini is a must la....





Hasil borongan kami...


Total damage RM417 termasuk barangan yang adik SA kirim...


Ada lagi barang yang SA nak beli...dah target dh...tapi nak kena buang dulu barang2 lama yang rosak kat rumah...kalau nak buang kena pujuk PZ tu elok2...SA nak tukar sofa jugak sebab sofa pun dah nampak uzur.
Untuk rumah yang ada budak2 kecik setiap hujung minggu x boleh la pakai sofa kaler cerah...kena pakai sofa kaler gelap macam hitam atau dark grey...SA cadang pun nak tukar cat rumah ke warna putih...major renovation kena buat dalam masa 2 tahun ni especially  bab wiring elektrik...kena cari orang pandai...maaf cakap tukangbyg sebelum2 ni banyak menipu sebenarnya...duit ambik tapi kerja buat x betul dan berulang rosaknya...kena sabar dan start menyimpan la...kan?

SA berkenan jugak sofa kat sini..tapi mustahil la nak beli sofa plak kan...confirm kena bayaran untuk hantar..mahal plak tu...beli tempat lain la nanti...SA nak beli pinggan mangkuk kat sini gak..tapi pinggan mangkuk arwah Mak Pah banyak yang x guna...kena guna la..x boleh simpan- simpan dah kan...ustaz pun cakap x leh simpan..kena guna...

Next time kita pi lagi IKEA bila duit dah cukup...hahaha... 


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah