Thursday, May 31, 2018

Mudahnya Masak Mee Goreng Basah Dengan Perencah Mee Goreng Adabi

Hi korang...

Selasa lepas SA berbuka masak Mee Goreng..pergi Econsave terjumpa plak Perencah Mee Goreng Adabi yang terbaru, sebelum ni tak pernah nampak perencah ni..so kita kasi try laa..perangai SA memang macam ni..nampak yang baru pas tu sibuk nak cuba..Kalau sedap boleh terus guna kan..dan biasanya sedap je..biasa guna perencah bihun Adabi. Ni dah ada perencah mee..sangat senang untuk SA yang bujang ni...


Bahan- bahan simple je...sayur sawi perlu ada, lupa beli tauge, ayam, daging dan sotong, bawang putih dan bawang merah tu hiris je..malas nak tumbuk dan SA tambah cili kering yang dah blender..


Tadaaaa...rupa paras mee goreng SA...rupa agak tak berapa menarik sebab faktor cahaya kat rumah sewa..


Seriously memang sedap, tak yah nak tambah garam apa bagai..cukup perencah tu dan letak la kicap skit bagi warna tu menarik..Actually warna tu dah menarik dah..cuma pencahayaan kat dapur rumah sewa tu je..lampu tak terang mana pun sebab bukan lampu kalimantang. tapi takpe la asalkan misi masak mee goreng untuk berbuka menjadi..SA kalau buat mee goreng suka basah2 skit..baru sedap makan..tak suka kering2 sangat sebab mudah tercekik...

Ini la kisah SA berbuka as orang bujang kat rumah sewa...buka puasa sorang2 tak selera nak makan..tapi kalau buat mee goreng laju je..sebab SA memang suka mee goreng...ini kan..kalau letak kerang sure lagi sedap...dari last week mengidam kerang ni...

Wednesday, May 30, 2018

Berbuka Dengan Juadah Kampung Terbaik Di Kontiki Restaurant, The Federal Hotel Kuala Lumpur

Buffet Dinner  "Juadah Kampung" Di Kontiki Restaurant, The Federal Hotel Kuala Lumpur.


Hi korang..

Jumaat lepas SA berpeluang berbuka puasa di Kontiki Restaurant, The Federal Hotel Kuala Lumpur dan meraikan Anak- Anak Yatim dari Rumah Nur Kasih Bestari. SA dan rakan - rakan blogger yang lain dijemput untuk memeriahkan majlis iftar  untuk merasai hidangan  istimewa mereka yang terdiri daripada  makanan lazat kampung dan hidangan tradisional yang sentiasa mendapat pujian kerana keenakkan rasa tempatan yang sentiasa menjadi pilihan. Terima kasih yang tak terhingga SA ucapkan kepada pihak The Federal Hotel diatas jemputan ke majlis yang gilang gemilang pada 25 Mei 2018 yang lepas.

SA sememangnya rekomen kepada korang diluar sana untuk berbuka di Kontiki Restaurant ini kerana keselesaan dan keluasan tempat sangat terjamin. Tidak rasa sesak sekalipun walau menerima kehadiran ramai pengunjung untuk berbuka puasa. Penambahan makanan juga mengikut kekerapan menu yang kehabisan. Service dari staff Kontiki pun sangat cepat dan mesra pelanggan. Seronok berbuka dalam suasana tenang.


Pintu utama Restoran Kontiki


Ruang Makan


Ruang Makan


Sempena bulan Ramadhan ini, pihak Federal Hotel International (FHI) dan FHI Group Hotel iaitu Hotel Federal KL dan Hotel Capitol KL, turut meraikan kanak-kanak dari Rumah Nur Kasih Bestari berbuka puasa di Restoran Kontiki. Ms Ooi Lee Ping, Pengarah Kumpulan Pemasaran, Jualan & Pembangunan Perniagaan & Operasi Hotel Federal International berkata "Bulan suci Ramadhan adalah waktu yang sesuai dan menjadi tradisi untuk berkongsi serta memberi. Ramadhan adalah bulan yang diberkati dan pihak kami berbesar hati untuk berkongsi kegembiraan perayaan, agar  kanak-kanak kecil ini merasai keistimewaan. Kami percaya, dengan menyebarkan kasih sayang dan menjadi penganjur majlis ini dan untuk meraikan mereka adalah sangat bermanfaat demi melihat wajah-wajah gembira mereka."



Kontiki Restaurant menyediakan lebih dari 100 jenis hidangan yang terdiri daripada masakan kampung dan tradisional. Masakan kampung sememangnya menjadi permintaan ramai kerana keaslian dan keenakannya yang tersendiri. Mereka turut menghidangkan hidangan dari dapur tuanku dan ia merupakan hidangan yang menjadi kegemaran Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Y.A.B Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Terdapat juga 8 station atau stall yang disediakan di Kontiki Restaurant dan ianya akan ditukar setiap hari bagi memberi kelainan kepada pengunjung. Semestinya station ini menawarkan pilihan hidangan menarik dan menjadi tarikan orang ramai.. Sambil menaip ni SA terliur plak tengok gambar- gambar semua makanan yang enak tu. Knowing me yang perut kecil ni makan memang tak banyak..so dapat la merasa sikit- sikit hidangan yang menarik perhatian SA.

Hidangan Lazat Dari Dapur Tuanku

'Favourite Dishes from the Tunku's Kitchen' merupakan buku masakan 168 halaman yang mengandungi lebih daripada 70 resipi peribadi yang telah dikumpulkan hasil kolaborasi anak perempuan Tunku, YTM Tunku Datin Paduka Khadijah dan anak saudaranya, YTM Dato' Mukminah Jiwa. Mereka terpanggil untuk memperkenalkan keenakkan makanan kesukaan Perdana Menteri Pertama dan dikongsi bersama  orang ramai. The Federal Hotel memberi penghormatan khas buat Bapa Kemerdekaan ini. Kebanyakkan makanan yang disediakan di Kontiki Restaurant ini adalah adaptasi dari hidangan kegemaran Allahyarham Y.A.B Tuanku Abdul Rahman Putra Al- Haj.

Photo kredit to Aunty Lily ( http://followmetoeatla.blogspot.com/)

Di mana- mana buffet Ramadhan sememangnya tidak pernah lari dari BBQ station kan? Di bahagian luar Restoran Kontiki terdapat Station BBQ yang menjadi perhatian. Terdapat Roasted Lamb dan Beef Tenderloin. Kat sini sahaja menjadi tumpuan dan ramai yang beratur untuk mendapatkan Grilled Lamb kesukaan. Dan sememangnya SA berpuas hati dengan Grilled Lamb dan Beef Tenderloin yang sangat sedap dan juicy. Untuk 2 hidangan ini SA sanggup menunggu lama menunggu giliran..hehehe...

Jom SA bawa korang tengok gambar makanan, jangan ada yang capai melalui screen ye..hehehe..memang tak kan dapat la kan...


Grilled Roasted Lamb


Beef Tenderloin


Sambal Udang Petai


Kebab


Daging Kicap Dengan Kacang Pis


Ikan Goreng Serai


New Potato with Chopped Parsley


Grilled Lamb Cutlet on Ratatouille


Itik Panggang Dengan Jus Oren


Fried Squid With Dried Chilli


Yong Tau Foo


Braised Assorted Mushroom with Vegetable



Goreng- goreng station


Paru Goreng Berempah


Hati Ayam Goreng Berkicap


Braised Beancurd with Seafood


Nasi Minyak


Cream Of Mushroom


Four Treasure With Crabmeat


Pulut Kuning Dengan Serunding


Lemang dan Ketupat Palas

Tak sah kalau tiada pemanis mulut kan?Terdapat banyak pilihan pemanis mulut dan SA dapat rasa sedikit antara yang terdapat di sini...sedap dan sangat menarik. Selain dari hidangan menu yang terbaik terdapat juga hidangan sushi dan sashimi. Ada sup gearbox , kebab, sambal dan ulam- ulam kampung dan banyak lagi makanan lain. Terlalu banyak hidangan yang terdapat di Kontiki Restaurant ini sampai SA tak tahu mana satu nak pilih. Di bahagian luar pun SA tak habis explore apatah lagi di bahagian dalam.



Tema pun juadah kampung kan, so memang tak sah kalau tak ada deretan Kerabu. Ada Kerabu Daging, Kerabu Mangga Muda, Kerabu Perut, Kerabu Pucuk Ubi, Kerabu kacang Botol, Kerabu Sotong dan bermacam- macam lagi. Tak sempat SA nak ambil semua gambar. Memang terbaik semua makanan kat Kontiki Restaurant ni..patut la menjadi kegemaran Bapa Kemerdekaan negara kita. Memang serius sedap.


SA sempat posing di salah satu bahagian dalam Kontiki Restaurant.



The Federal Hotel menawarkan harga buffet Juadah Kampung di Restoran Kontiki pada harga  RM138nett/dewasa, RM35nett/kanak-kanak, RM69nett/warga emas. Promosi ini bermula dari 25 Mei 2018 - 14 Jun 2018 dan 30% diskaun sah kepada ahli Gracious Reward & FHI Privilege Club . 




Untuk tempahan boleh hubungi :


The Federal Hotel Kuala Lumpur
KONTIKI Restaurant
No 35, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2148 9166



Menu Berbuka Puasa Ke 4

Hi korang...

Hari ni kita dh berpuasa hari ke 14 kan? SA baru nak up menu hari ke 4 tapi bukan SA yang masak..hahaha..ini menu yang Abah dan adik SA masak dan tayang kat SA sebab SA berbuka kat KL masa ni..saje nak bikin panas la sebab diorang tau SA terpaksa sebab dh commit utk food review...tengah ambil gambar kat 9Kedondong terus bertubi2 diorang hangar gambar..bengang je SA...
Rupanya kan..tengahari tu Abah pi mancing..dapat ikan talapia fresh 2 ekor yang besar tapak tangan Abah..memang sedap buat masak 3 rasa...bukan main terliur SA masa ni...ye korang sure ada yang tau Abah SA memang kaki kaki pancing..tapi sungai je la..apapun rezeki kami sekeluarga..jimat sikit..ikan apa apa segala masih mahal kan..

Eh..banyak plak celoteh.. jom la tengok gambar..


Ikan Talapia 3 Rasa


Sayur Bok Choy Goreng Sos Tiram


Kepala Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Campur Rebung


Itulah masakan Abah dan adik SA, mommy si Dida..geram je SA diorang tayang gambar..tapi takpe la..nak buat cane kan..tanggungjawab sebagai blogger, dh commit kena la pergi jalankan tugas..rosak plak nama kang kalau kansel..selagi SA boleh commit insyaallah SA jalankan tanggungjawab..rezeki jangan ditolak kan..musuh jangan dicari walau dalam diam diam ada je yang jadikan SA musuh...tak kisah la tu..janji SA x kacau orang...so korang kalau xde idea nak masak boleh la cuba tiru menu kat atas..nak bagi resepi SA x rajin plak..hahaha..tahun ni bulan puasa SA agak malas nak menaip..x tau la kenapa...penat dengan macam2 aktiviti rasanya...lepas buka puasa je memang nak rehat..korang macam tu jugak ke?

Tuesday, May 29, 2018

Berbuka Puasa Di Bangi Golf Resort Dengan Family

Hi korang..

Ahad lepas SA berpeluang bawa Mak Abah, adik dan Dania ke Bangi Golf Resort untuk berbuka puasa dan ini merupakan kali pertama mereka berkunjung ke sini. Seronok bila tengok mereka tak sabar-sabar dan kebetulan Isnin merupakan ulangtahun kelahiran abah SA. So Ahad tu kita sambut la dengan berbuka puasa di BGR. Orang yang paling happy adalah Dania dan Dida...ini pertama kali diorang berbuka kat luar yang yang lain dari yang yang lain. Tak pernah berbuka kat hotel kan. Untung BGR menawarkan buffet yang paling murah sebab dalam masa yang sama memberi peluang kepada orang ramai yang kurang berkemampuan dan boleh berbuka di sini. 


Seawal 5 petang kami dah gerak dari rumah. Masing-masing dah siap dan tak sabar-sabar nak gerak..bukan jauh sangat pun kan..tapi nak elakkan jammed elok gerak awal. Sepanjang perjalanan memangku si debab kesayangan ni..ya allah SA memangku berat 20kg si Dida selama 1 jam..allah je tahu macam mana seksanya pinggang SA menahan berat..Tak lama tu dia pun lelap bila dah kena kena  aircond..bertambah siksa SA...puas menahan sakit pinggang...


Si debab mama dah tido..

Tepat pukul 6 petang kami dah sampai di BGR. Seperti yang SA jangkakan kami sampai awal. Then SA register dan dh dapat no meja dan kami bergambar dulu dul luar sebelum masuk untuk kenang-kenangan.. Mak SA happy betul..Abah pun sama...ye lanjarang dapat berbuka kat luar kan..


Pose 1


Pose 2


SA dapat meja di Dewan Kenanga dan dan sebelah dalam..


Banner  dan backdrop BGR


Dida dan mommynya


Anak dara SA Dania


Mak SA


Awal kami beratur dalam pukul 6.30 petang..sebab dh nampak ramai yang beratur kat area kambing panggang..memang kami dah aimed nak ambil kambing dulu sebab kami satu family memang pencinta kambing panggang. Ambil Ambil jugak sup oambing yang yang superb..sedap betul...Sup kambing ki BGR memang tiada tiada tandingan...sedap...


Sexy plak kambing panggang ni


Semua dah get ready dah 


Sambil menunggu waktu berbuka...


Apa saje la Dida ni..


Dia paling awal buka puasa sebab x tahan tengok nasi ayam hainan yang mommy dia ambil


Dania paling banyak makan..hehehe


Sup Kambing yang sedap...makan panas2


Signature dishes BGR yang sedap..mak makan sampai 2 mangkuk..

Alhamdulillah..hajat dan niat SA nak bawa bak abah berbuka kat sini..lega hati bila diorang happy..lega lega rasanya dapat berkongsi rezeki blogging dengan mereka..Mak dan abah serta yang lain puas hati makan kat sini..sedap2 semua makanannya..next year boleh datang lagi..sesekali buat diorang happy kan...semoga rezeki SA bertambah dan boleh share dengan mereka lagi...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah