Friday, September 29, 2023
Lunch Fresh Salad Aje...

GIVEAWAY GIFT BOX TUDUNG LADYDINI EXCLUSIVE BY SYAFIQA HATTA (First Giveaway)
Syarat Penyertaan:
1. Copy gambar gift box di atas yang ada tunjuk isi dalam gift box ni dan backlink kan ke entry ini
2. Copy paste tajuk entry ini dan buat 1 entry menandakan anda join giveaway ini. Ajak rakan-rakan blogger yang lain join sekali.
3. Copy paste link entry korang ke ruangan komen di bawah BERSERTA alamat email masing-masing untuk saya contact sebagai pemenang nanti
4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada bila-bila masa mengikut citarasa saya 😂
Mudah sangat kan?
Untuk pengumuman pemenang, Syafiqa Hatta tak announce di blog, sebaliknya, akan TERUS EMAIL PEMENANG bila dah decide tarikh tutup nanti dan pilih secara random. Jadi, pastikan email yang diberi adalah email yang aktif ya.
Apakah yang pemenang bakal terima nanti?
1. Square gift box berwarna hitam dihiasi ribbon merah
2. Sehelai tudung bawal chiffon Darena Scarf
3. Sebotol Inai Sahara berserta 2 buffer (pengilat kuku)
4. Apollo layer cake
5. Cloud 9
6. Gula-gula
Mudah kan..hadiah pun menarik..well lets join....

Cantiknyaaaa Kobis Tanaman Jiran Adik...

Sarapan Di Warung Bam Bam Lagi...


Menu Lunch Ahad Lepas...

Ceramah Perdana " Rasullullah Di Hatiku" Ustaz Don Daniyal

Thursday, September 28, 2023
Hidup Segan Mati Tak Mahu...

Salam Maulidur Rasul
Setiap tahun bersamaan dengan 12 Rabiulawal adalah cuti umum di semua negeri di Malaysia bersempena Maulidur Rasul.
Maulidur Rasul adalah hari yang penting buat umat Islam kerana ia adalah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi.
Di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW.
Selain diadakan perarakan yang diiringi dengan selawat dan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW, program yang lazim diadakan adalah majlis ilmu, forum perdana, dan pengisian yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW.
Program-program ini juga mendapat liputan secara langsung di televisyen, radio serta media sosial.
Selain menyertai acara ini, antara amalan yang boleh dilakukan oleh individu ketika menyambut Maulidur Rasul adalah berpuasa.
Hukum Sambutan Maulid Nabi
Sungguhpun ia sudah menjadi kelaziman, sesetengah pendapat mengatakan bahawa hukum menyambut Maulidur Rasul adalah bidaah dan patut dihentikan.
Walau bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa sambutan ini adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:
- Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
- Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
- Menutup aurat.
- Tiada unsur maksiat.
Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW.
Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya.
Kesimpulannya, hari ini menjadi peluang kepada umat Islam untuk menghayati serta mengambil iktibar daripada perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.

Wednesday, September 27, 2023
JJCM ~ Sarapan Pagi Di Dapur Satay Celoreng Muar

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah