Sunday, February 28, 2021

Menu Ahad Yang Panas Lit Lit...

Hi korang...

Akhir- akhir ni panas betul kan cuaca?SA sehari berkali- kali mandi termasuk waktu malam. so hari ni SA masak lauk atau menu yang simple lagi dan kali ni menunaikan permintaan mak yang dah muak makan ikan, muak makan ayam. So lauk hari ni berasaskan sayur dan ada la tambahan menu lain untuk anak dara dan Pak Zain...Sedap betul makan hari ni memandangkan lambat masak..pagi dah pergi ke Econsave cari barang dapur untuk kegunaan 2 minggu dan terus ke Pasar Besar Seremban selepas 1 tahun tak pergi. Giler la....kalau dulu every week memang pi Pasar Besar Seremban. Ni sejak MCO tahun lepas sampai tahun ni...baru kami terjah hari ni. Tapi SA ngan Pak Zain je la yang pergi...Mak tinggal dalam kereta. 

Jom tengok apa menu yang SA masak...


Cendawan Tiram Masak Lemak Cili Api


Daging goreng kicap for Dania...minah ni makan memang sangat memilih, daging kalau bahagian lemak2 tu tak suka..mesti daging pejal...sebab tu tadi beli daging batang pinang, mahal sikit pun takpe la..asalkan dia nak makan...


Ikan mambong goreng biasa je


Masak bening sayur bayam...no minyak at all

Syukur...rezeki hari ni...walau cuaca panas tetap sedap makan....bila dah kenyang perut dan dah suka hati..walau cuaca panas tetap la tido siang...aduhai...sedap betul hari ni SA tido...tak pernah- pernah tido siang...hari ni tido lama betul...bangun jer dah terasa segar dah badan sebab dapat rehat yang cukup. WFH dah 2 bulan tapi rehat tak pernah cukup kan....apa nak buat...kerja office buat..kerja rumah pun buat...nasib x lama lagi sekolah buka...SA jer la ntah bila nak masuk office...penat kerja dari rumah ni....


Friday, February 26, 2021

Resepi Sup Kepala Ikan Jenahak Versi SA

Hi korang...

Tadaaaaaaa....saje jer kan nak tayang Sup Kepala Ikan Jenahak versi SA.. Well ini namanya sup kepala ikan sihat khas untuk orang tak sihat dan orang diet...percaya tak SA masak lauk ni je..hahaha...mesti tak percaya kan..betul..ini je lauk kami tengahari ni untuk 6 orang kat rumah. Macam tak percaya jer kan...sebenarnya smua dah muak nak makan bersantan...perut masing- masing tak sihat nak makan pedas...makanya jadi la lauk sihat dan sedap ni...simple dan mudah untuk disediakan...nak weekend kan..so SA sajer jer la nak share resepi...tapi ni versi SA la....menjeling mata mak SA bila SA cakap tumis guna olive oil..dia tak suka rasa olive oil tu...takde2..nak sihat kena makan makanan  sihat kan?

So hari ni SA guna kuasa veto SA...jangan banyak bunyi.....


Jom tengok resepi...

Bahan - Bahan
  1. Kepala Ikan Jenahak 2 biji - Siap potong2 untuk buat sup
  2. Bawang putih - potong dadu kecik2
  3. Bawang merah  - Hiris 
  4. Halia 2 inci  - hiris memanjang
  5. tomato - 2 biji
  6. carrot - sebatang
  7. celery  - 2 batang
  8. Garam
  9. Secukup rasa 
* bawang putih dan bawang merah tu terpulang korang nak letak berapa banyak, lagi banyak lagi sodap

Cara masak 
  1. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai naik bau dan sedikit garing
  2. Masukkan kepala ikan jenahak, kacau bagi mesra dengan bawang
  3. Masukkan air
  4. Masukkan carrot nak bagi dia cepat empuk
  5. Setelah mendidih 
  6. Masukkan garam + secukup rasa
  7. Masukkan celery dan tomato
  8. Siap!!!Sedia dihidang


Tadaaa...ni gambar dah siap..saje nak bagi korang terliur..


Tomato dan Carrot potong macam ni...sesuai untuk sup


Batang celery is a must 


Bawang putih , Halia Dan Bawang Merah tumis sampai naik bau dan garing sikit..bukan hangus ye...


Masukkan kepingan kepala ikan yang dipotong2 dan masukkan air....
 

Biasa SA letak jugak cendawan atau brocolli atau cauliflower tapi kali ni tak nak letak..nak letak sikit tu jer bahan...itupun dah meriah tu...Sikembar lalu lalang kat dapur pas tu tanya bila nak siap..bila nak siap...haihhhh....selalu tak kisah bab makan..sejak hari-hari datang sini belajar dengan kakak Dania, memang diorang cepat lapar...bagus la tu takde kurus sangat macam orang tak makan.

Sesekali masak macam ni emmang sedap kan...selera masing- masing makan...Uwan diorang makan jer la...siap potong cili letak kicap..mak memang..x pedas dia akan bising...itu caranya bila x boleh masak pedas ni...buat jer cili potong..

Selamat mencuba ye korang...

The 12 Brands That Will Get ‘Invited’ To A CNY Open House

McD, KFC And Shopee Among The Top Brands That Will Get Invited To Their Homes


The pandemic stricken Chinese New Year celebrations were muted as many families were not able to completely reunite. As a result, the wish to be together resonated louder than ever amid the people. Many brands wanted to echo these sentiments, and as such their CNY ads showed us of how it is to celebrate together, while reminding us of the good times when the entire family was together. These memories and brand stories went viral and were widely shared on social media news walls, individual stories, and of course through traditional media channels like TV commercials.
 
“With consumers spending more time online but with limited attention spans, brands that focus on capturing the ‘mind space’ of the consumer will be the ones that grow faster,” said Julie Ng, Researcher & Co-Founder of Vase.ai.

All the more, these commercials were instrumental in promoting the CNY celebrative spirit. It looked as if the brands themselves, were inviting us to their own CNY open houses.
 
Asia School of Business and market research company Vase.ai were curious to see whether people would think of offering a counter-invitation: Should brands became persons, would they be invited to join our CNY open house celebrations
 
In opening this question, Vase.ai conducted a large-scale study among 462 ethnic-Chinese Malaysians. The study presented a choice of 29 brands that heavily advertised during the last month in conjunction with CNY to this representative sample.

The questions posed to the pool were:

“If these brands were persons, which brands would be invited to your CNY open house? And which ones would not be?” 

Asking people to view brands as a person is a very common practice, the company notes. Consumers often attribute human features to brands on a daily basis. Many people project selected personality characteristics on the brands they are familiar with and favour. As an example, the car brand Volvo projects a responsible, trustworthy, reliable, and a family-man personality.
 

The Twelve Invited brands:

This study uncovered that on average, a brand receives a CNY open house invitation from 27% Chinese Malaysian consumers. Some brands are more welcomed than others.

 

3 Most Invited Brands – McDonalds, KFC and Shopee


Three brands – McDonalds, KFC and Shopee – made the most wanted guest at CNY open houses. As the nation’s favourite cousins, they won over a 50% popularity vote.


Followed by 9 Invited Brands




The nine brands that follow in getting invitations from 30% or more from the people, but not by a majority are “good family friends”: Foodpanda, Lazada, Grab, Maybank, Watson, Tesco, Eu Yan Sang, Nescafe, and Yakult.
 

The Nine Un-invited brands



Six of the 29 brands included in the study were grouped in those that would not receive invitations. For one of the brands that were categorised as a non-invite, there was an obvious reason: it is a strong-branded medicine. Generally, it is considered inauspicious to welcome medication to a CNY open house as it may introduce bad luck.
 
A fourth group consists of three brands with a certain “double-bind.” The relationship is a mix of positivity and negativity. For instance people are uncertain if they should invite brands of an insurance company, an airlines, and an energy company. In a relational sense, “it’s complicated” as the number of CNY open house invitations is as large as the number of non-invites.

“No happy new year for brands that are ignored. A brand caught in the silent and uneventful zone of indifference may have a hard time to survive a roller-coaster year like 2021.” Said Willem Smit, Assistant Professor of Marketing at Asia School of Business and International Faculty Fellow at MIT Sloan.
 
The Eight Brands in the “Danger Zone of Indifference”

This study grouped a fifth group of brands – those that people don’t really care about. Eight brands were classified as those that do not have a significant connection with the people, and are not even important enough to be disliked.

Being placed in the “Zone of indifference” category would be a nightmare scenario for the marketer, as there is no existing cloud to start a conversation and sharpen the brands’ positioning.

It means it’s all the way back to the drawing board: thinking of the ideal target audience and crafting a better value proposition. Being in the category also means they are way below most people’s radar and results in an even worse start for them this year. There is no consolation for brands in the Zone of Indifference as it means hard work – if not the end is near, and they might well be unlikely to be part of the CNY celebrations in 2022.

Thursday, February 25, 2021

Briskwalk & Jogging Leha- Leha Jer.....

Hi korang...

Misi #RoadTo50kg SA masih berjalan lancar...hari- hari jogging + briskwalk...kontotkan citer ni la aktiviti SA setiap petang, gigih tuh nak turunkan berat badan disamping menjaga pemakanan...kalau dapat 53kg pun okey dah...Doktor cakap ikut BMI, SA nyer berat bdan antara 53-56 kg sahaja...cuma SA nak cabar diri dapatkan 50kg tu...sekarang 58-59kg...takde la overweight kata doctor tapi knowing SA yang tk macam orang normal lain...better turunkan berat badan untuk terus kekal sihat...

Sebenarnya gambar kat bawah ni ada 2 session tau..campur gambar hari Selasa tu..tengok baju la kan...hehehe...malas nak amik gambar tapi semalam sempat amik video...kontot kana cerita ko sumabt la sekali dalam entry ni SA....



Pemandangan hari Selasa petang jam 6.30pm..matahari macam x sihat jer kan...tapi panas terik berbahang...


    Cubaan amik gambar berlatar belakangkan matahari...gagal disitu


Berhenti berehat jap...ramai pm tanya kasut..allah...ni kasut murah je beli kat Decathlon jenama Quecha rasanya...best...selesa kasut ni


Moh siap cepat..dah petang ni


Macam malas tapi kena paksa diri


Nak lari ke nak posing Cik Leha oiiii


Berhenti rehat jap...berjurai- jurai peluh


One more selfie...


Nak tengok jogging Leha- Leha tu macam mana? moh tengok video ni haaa...


Hasilnya semalam....
 


SA kena perbaiki masa...sebelum ni SA boleh dapat 30 minit untuk 3km...memandangkan jogging Leha leha lemah gemalai menikmati my own sweet time..so tak berapa cantik kat walking time tu...ramai gak yang jogging kat area rumah SA ni...dan paling banyak diorang beriadah naik basikal...termasuk kaum ibu...kaum ayah jogging..bila kita pun jogging mula la yang perempuan pandang- pandang macam kita buat salah plak...takut lettew...kalau takut pi la jogging sekali ngan laki tu kan...

So semalam SA dapat la jogging dan briskwalk lama sikit...mana taknya..avoid kawasan mak- mak lepak membawang kat taman permainan dan SA pi fasa 6. Bayangkan SA kat Fasa 4...jauh skit la lari...semua sebab nak elak pandangan maut..ikutkan boleh jer buat bodoh tapi kalau dah pandang- pandang macam kita ni nak jogging seiring ngan laki diorang....makanya SA tukar la lokasi...ntah bila la nak pi jogging kat Taman Tasik Seremban. Atau orang panggil Lake Garden Seremban. Masih belum berani lagi nampaknya sebab semalaam kes kat NS melampau tinggi....so tak berani la nak merayau x tentu arah...

Korang doakan SA capai impian nak dapatkan 50kg ye...


Wednesday, February 24, 2021

Kembali Memasak Selepas Lama Gantung Kuali...

Hi korang..

Lama gak SA gantung kuali x masak...SA  la yang x masak..Mak Abah masak je bila SA x masak...bukan saje- saje x nak masak tapi SA yang sibuk dengan kerja..nampak jer work from home ni macam senang kan...sebenarnya penat..So semalam Abah pergi pasar tani..dia beli Ikan Baung 2 ekor..tapi masak seekor jer la takut tak habis kan...beli plak buah bacang/macang. Ada sesetengah tempat panggil buah macang...area NS ni panggil buah bacang..sesekali makan macam ni memang laju la menambah nasi kan..SA plak sekarang x makan dah beras biasa or beras basmathi..SA sekarang makan brown rice. Siap beli periuk nasi kecik khas utk SA..road to 50kg konon la..baru turun 1-2 kg jer...jauh lagi perjalanan..

Eh SA masak selalu tu x makan ke...makan jer uolls...tapi makan ikut portion diet la...last meal SA mesti pukul 7-8 malam...lepas tu start dah puasa sampai pukul 9 pagi esoknya...dah 2 minggu SA amalkan diet IF ni...sblom ni buat gak tapi inch jer banyak hilang..kali ni nekad..diet + jaga pemakanan...harap2 raya tahun ni boleh pakai kebaya..hahahaha

Jom tengok lauk pauk SA masak semalam...


Ikan masin tenggiri jeruk goreng...


Sayur sawi putih goreng ikan masin


Ikan baung masak lemak cili api campur buah bacang


Sambal sardin untuk dania...


Yang ni lauk hari ni yang sempat SA masak...terkejar- kejar nak masak hari ni sebab ada kerja....nasib sempat..ngam- ngam pukul 1 tengahari anak- anak ni dah bising lapar, baru 2 lauk masak..terus je sendukkan nasi bagi diorang makan...makan la korang dulu..mama ngan uwan makan kemudian...SA jenis tak boleh dengar budak- budak merengek lapar...terus je bagi makan..hehehe....


Bayam brazil Oyster sauce..terserlah plak bawang putih ketuk tu ha....


Ayam kampung masak lemak cili api


Ikan bilis tamban goreng berlada..pedas nak mati..


Kalau tak fikir diet memang sedap la makan....tapi SA kena disiplin la..nak buat macam abah SA...makan rebus- rebus dan kukus2 je...sekejap jer abah hilang 12kg....giler laaaa.....memang abah kuat betul berpantang...SA kena start dah ni...sekarang berat 59kg..nak capai ke 50kg tu jauhnya lagi..ikutkan seksa...tapi kalau dah capai target kena plak maintain...takleh selamba makan jer plak kan...

Ya allah kuatkan lah hati SA ni nak ubah gaya pemakanan ke arah yang lebih sihat...semoga impian nak turunkan berat badan ni jadi kenyataan..dapat pakai semula size S pun dah cukup puas hati dah....

Korang rasa SA boleh ke?


WW~ Siput Babi & Si Kembar

Hi korang...

Kisah pagi ni...




While mama tgh ampai kain..terpandang si dia ni ha kat pokok betik depan rumah, terus suruh sikembar amik phone..

Terjadi la conversation kat bawah ni yang SA up kat FB...

Adel : Ma...kenapa dia jalan perlahan
Mama : nama pun siput
Aressa : mama..ni ye siput yg mama, acu ngan ibu suka makan tu...
Mama : What???
Adel : ini siput khinzir la aressa...mana boleh makan
Aressa : salah eh...
Mama : Awak ni....itu siput sedut...ini siput khinzir...
Adel : Main cakap je kau ni..tapi ada je org makan kan mama..
Mama : Ada...
Aressa : euwwwwww...werk..werk..iecha geli....
Adel : Amenda la ko ni..
Mama : nanti mama amik..potong2 mama masak...
Si kembar : Tak nakkkkkkkkkk

Betul ke mama berani nak amik? hahaha...geli oiii...mama pun rasa nak werk..werk...hahhaa...depan diorang je tunjuk bravo..SA sendiri geli ngan sibut babi ni...sebelum ni tak pernah ada kat kebun mini Pak Zain ni..ternampak plak pagi ni...


Tuesday, February 23, 2021

Tugas Sebagai Setiausaha Sangat Mencabar Dan Bukan Untuk Glamour

Hi korang...

Eksekutif secretary? secretary? atau dalam bahasa melayu setiausaha, apa sahaja yang korang faham,bukan lah satu bidang yang mudah ye kawan- kawan. Dan takde istilah kerja sebagai setiausaha hanyalah untuk mengejar glamour. Tugas ini lah sebenarnya sangat- sangat mencabar..Kebanyakkan orang hanya beranggapan bahawa setiausaha syarikat hanyalah mencatat minit mesyuarat, menyediakan laporan mesyuarat dan hanya buat kerja- kerja perkeranian sahaja. Malah ada yang merasakan jawatan setiausaha syarikat di Malaysia hanya sesuai kepada golongan wanita sahaja, salah ye...ada juga setiausaha lelaki. Apa sebenarnya tugas setiausaha ni? Apakah mereka perlu menjadi ‘telinga dan mata’ bos di pejabat sahaja?

Jom tengok apa tugas SA sebagai setiausaha di pejabat..


Apa yang SA nak share kat sini...adalah tugas- tugas seorang setiausaha syarikat. Scope kerja adalah sama, secara ringkasnya seorang Setiausaha ditugaskan agar mengekalkan kelancaran pejabat melalui pelbagai tugas pentadbiran dan perkeranian. Tugas-tugas ini merangkumi semua bukan hanya menyimpan fail dan mengambil minit mesyuarat tetapi juga menangani jadual pejabat, menyelaraskan mesyuarat dan lawatan, mengatur fail, menjawab telefon dan melakukan banyak tugas penting lainnya.

Percaya tak bekerja sebagai setiausaha kena pandai bermain dengan emosi? Pandai mengawal keadaan. Kena peka dengan situasi dan kena pandai mencari jalan penyelesaian? Itu kalau dapat boss yang baik..yang memahami. Kalau dapat boss yang mempunyai masalah emosi, terlampau tegas? Haaa masa ni la kita sebagai setiausaha akan diuji..


SA dari awal bekerja dengan company SA sekarang...dah ramai boss yang SA jaga, Dapat yang paling sporting, paling tegas, yang kiasu...semua SA dah rasa. Pernah SA kena tahan tak dapat balik sampai jam dah pukul 10 malam. Hanya semata- mata ex boss tu nak SA admit kesilapan yang SA tak buat. SA face hard situation masa tu. So...bukan customer jer always right ye...boss is always right. walau korang yakin korang tak salah. Tapi akhirnya boss yang kiasu ni tadi jadi boss yang SA sayang. Ada sebab SA diuji. Lepas beberapa bulan SA dinaikkan gred. Alhamdulillah...rindu plak kat boss Singapore SA tu. Lepas tu SA pernah jaga boss paling best jugak, tak banyak kerenah, kerja ngan dia pun best...boss perempuan tau. Sayangnya dia dah pencen tahun lepas. Ada yang cakap boss perempuan ni lagi tegas..ye bab kerja memang la boss SA ni tegas. Tapi bab- bab lain especially kebajikan memang dia the best so far. Setakat ni SA dah jaga 7 orang boss. Semua boss sangat- sangat mencabar. but alhamdulillah sampai sekarang SA suka dengan kerja SA. Its not easy for me to maintain sustaine dalam bidang ni ye...Nak pulak sekarang SA jaga satu division yang besar. Dalam 1 Division SA ada 3 lagi section. Setiap section ada bos tersendiri dan SA jaga semua boss tersebut. Semua ada lain- lain karakter dan memang mencabar.

Berikut merupakan tugas- tugas SA sebagai setiausaha.

  1. Membantu kelancaran pentadbiran pejabat & division
  2. Menjawab panggilan telefon
  3. Entertain client luar yang datang temujanji dengan boss.
  4. Melibatkan diri dan membantu pengurusan dokumen untuk team projek
  5. Menetapkan temujanji/jadual mesyuarat untuk boss dan staff
  6. Booking hotel dan penerbangan untuk boss dan semua staff
  7. Membuat claim boss
  8. Bekerjasama dengan setiausaha jabatan lain 
  9. Bekerjasama dengan setiausaha dari company lain
  10. Menguruskan majlis hari lahir atau apa sahaja majlis formal melibatkan boss dan department
  11. Menjadi mata dan telinga boss 
Haaa...itu antara tugas SA kat pejabat. SA x pasti tugas SA sama atau tak dengan setiausaha yang lain. Ada sesetengah company berpendapat setiausaha dan PA merupakan jawatan yang sama. Ye dalam konsep memang nampak sama tetapi tugas adalah berbeza. Pada SA, PA tugasnya adalah khusus menjaga semua yang berkaitan dengan boss itu sahaja, tidak termasuk staff lain di jabatan yang sama. Tugas SA lain...merangkumi semua. Setiausaha takde pembantu ye...sebaliknya PA ada pembantu yang merupakan admin dalam jabatan mereka. Best kan?

13 tahun SA bekerja di company sekarang...tahun ni umur SA 43 tahun...SA masih bertahan?Alhamdulillah SA masih setia ngan company ni...rezeki di sini maybe..dan kalau boleh biarlah kekal disini. Knowing SA x kuasa nak pi interview..hahaha....semoga allah memudahkan rezeki SA di sini...aminn.....Mencabar kan? Nampak senang jer tugas SA...sebaliknya sangat tough...semoga SA terus diberi kekuatan dan semangat dalam menjalani tanggungjawab yang diberikan kepada SA. Kena marah tu biasa. Kalau tak kena marah kita tak belajar dari kesilapan kan?


Monday, February 22, 2021

Sekolah Bakal Buka, Mamalong & Kakak Dania Letak Jawatan...

Hi korang...

Ramai ibu bapa dah mula menarik nafas lega apabila KPM mengumumkan pembukaan semula sesi persekolahan tidak lama lagi. So tamatlah tugas ibu bapa yang dilantik menjadi cikgu di rumah. Sejak PKP 2.0 dikuatkuasakan semula sebelum ni merupakan mimpi ngeri buat ibu bapa apabila menjadi guru belajar untuk anak- anak dirumah. Baru la semua faham tugas seorang guru macam mana kan?

Macam tu jugak SA...

SA merangkap guru disiplin sepanjang program PdPR ni...dan kakak Dania sebagai guru sandaran kat rumah memantau dan mengajar 3 orang anak buah yang akan datang kerumah belajar berama- sama. Memang tinggi kesabaran kami berdua memantau 3 orang ni...paling selalu ada kat rumah merupakan si kembar. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mengajar budak- budak sekolah dan nasib la SA memang x minat jadi cikgu. Sebab apa? sebab SA kurang sabar. suruhlah SA menjawat jawatan lain dan jangan la suruh jadi cikgu..memang angkat tangan dari awal.



Post update kat FB baru- baru ni..


Tarikh- tarikh dan jadual pembukaan sesi persekolahan yang telah ditetapkan oleh pihak KPM








Lepas ni ibu bapa bakal sibuk semula la setiap pagi untuk memastikan kelancaran sesi persekolahan anak- anak. Takde dah rutin harian pagi- pagi buka laptop handphone atau apa aje gadjet untuk sediakan program belajar anak- anak dan kurang lah pening kepala especially ibu- ibu yang bekerja dari rumah kan..

Harapan SA agar ini semua jalan terbaik untuk anak- anak kita. Ada juga pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ini. Dan ada yang SA baca kat internet x setuju sekolah dibuka sedangkan tiada announcement PKPP lagi. erm...masing- masing ada pendapat masing - masing kan...for me..biarlah anak- anak teruskan sesi persekolahan macam biasa..its not easy belajar sendiri di rumah. Tak semua family or ibu bapa boleh sediakan kelengkapan belajar yang cukup. Ada jer yang tak mampu nak sediakan kelengkapan atau kemudahan belajar...so lebih baik sesi persekolahan dibuka dengan memberi tumpuan pada SOP yang telah ditetapkan. Lagipun Vaksin dah pun dibawa masuk oleh pihak kerajaan kan?

Itu pendapat SA la..orang lain atau semua di luar sana ada pendapat tersendiri..kan?

Apa pandangan korang dalam isu ni....jom la share pendapat...


Mudah Dan Jimatnya Buat Asam Keping Sendiri

Hi korang...

Asam gelugor merupakan bahan masakan yang seringkali digunakan dalam keperluan masakan- masakan seharian. Penggunaan asam gelugor sangat- sangat sinonim dalam menambahkan kelazatan dan menaikkan aroma dalam masakan tersebut. Kalau di tanya pada anak- anak kita sekarang apa asam gelugor atau lebih dikenali dengan panggilan asam keping, memang mereka tidak tahu atau tidak kenal. Anak SA sendiri confuse apa asam keping. Asam jawa kenal la katanya. 

Jom kita tengok aktiviti SA dan family dalam menghasilkan asam keping sendiri. 




Asam keping menerbitkan rasa masam dalam masakan. Apabila bersatu dengan perencah masakan lain akan mewujudkan imbangan rasa yang enak. Ia biasa digunakan dalam masakan seperti asam pedas, gulai, tomyam dan laksa selain bertujuan menghilangkan rasa hanyir ikan dalam sesuatu masakan.

Nama botani asam gelugur ialah 'garcinia cambogia' dan ia adalah pokok hutan yang dipercayai berasal dari India.

Penggunaan asam ini mudah. Hanya ambil beberapa keping menurut kesesuaian cita rasa dan masukkan ke dalam masakan.

Sememangnya rasa masam boleh juga diperoleh menggunakan asam jawa. Namun asam keping lebih ringkas dan mudah digunakan.



Germ plak tengok buah ni...rasa macam sedap je...macam buah mangga muda..


Buah asam gelugur nak buat asam keping..RM3 sebiji ada orang jual kat pasar...Abah SA beli 3-4 biji..dah siap hiris dan nak jemur plak...so pagi semalam memang bangun tido jer SA nampak mak hiris buah asam gelugur ni...maka terjadilah conversation ngan abah pagi semalam..

Me : sedap plak nampak buah ni bila dh hiris...macam buah mangga muda..sedap x abah kalau cicah kicap cili ni...
Abah : Cubo la buek...kot terdayo kau kunyah...
Me : πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Mak : Cubo buek...mak bagi RM100 dengan syarat habiskan 1/2 biji
Me : Boleh terus kurus x? tapi RM100 x berbaloi la mak.
Mak : πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Abah : Cubo la long..abah up lagi RM100
Me : Takpo la...x sanggup berumah dalam toilet kang de...

Tak pasal2 cirit birit kang...dh la x sihat macam org lain...SA cuba jugak gigit skit ..mak oiiiiii...bertakung air liur dek masam eh...belum pernah lagi la orang makan buah asam gelugur fresh ni cicah ngan kicap kan...



Lepas dah hiris..kita jemur di tengah panas agar cepat keringnya. untuk kali ni Abah cuma ambil masa 2 hari untuk dapatkan asam keping yang cukup kering nak pula cuaca sangat- sangat panas sekarang kan.

Menghiris perlukan kemahiran untuk memastikan hirisan sekata, tidak terlalu tebal atau terlalu nipis. Hirisan yang tidak sekata akan menyebabkan bentuk hirisan tidak menarik.

Hirisan yang tebal pula akan menyebabkan proses pengeringan lambat. Bagi mereka yang mahir menghiris, hanya beberapa minit diperlukan untuk menghiris setiap biji asam gelugur dengan ukuran hirisan sekata. Bagi memudahkan kerja, pisau tajam diperlukan.


Dah siap!!


Cantik kejadiannya kan....

Sekalipun asam keping ialah bahan penting yang kerap digunakan dalam masakan, tidak ramai yang tahu bagaimana ia dihasilkan terutamanya bagi genarasi baharu yang tinggal di bandar.

Apakah proses yang dilalui sebelum asam keping ini sampai kepada pengguna?

Kebanyakan pengguna hanya tahu membeli bahan tersebut dalam bentuk kepingan yang sudah siap sehingga menyangka ia memang asalnya dalam bentuk seperti itu. Cara itu lebih mudah kan? Hanya beli dan terus digunakan.

Tetapi SA dan family memilih untuk buat sendiri. Sebab itu kalau pergi pasar tani dan nampak buah ni, kami akan terus beli beberapa biji dan buat sendiri. Kualiti dan kebersihan lebih terjamin apabila buat sendiri kan..beberapa biji buah asam gelugur itu cukup stok untuk setahun penggunaan.

Memang puas hati buat sendiri cumanya buah asam gelugur ini bukan la buah yang sentiasa ada kerasa ianya tergolong dalam buah yang bermusim. Kalau tiba musimnya memang banyak di jual di pasar- pasar tani.  SA sendiri tak pasti bila musim buah asam gelugur ini. Bila ternampak kat pasar tani memang akan beli.

Semalam dah tunjukkan pada Dania proses buat asam keping...so baru la dia tahu asam keping tu sebenarnya dihasilkan dari buah...arwah atuk SA ada tanam pokok asam gelugur ni di dusun kat Kuala Pilah. Sayangnya SA pun dah lama x pergi dusun tu dan dah tentu2 dah jadi hutan banat. masa kecil2 dulu ada la sekali dua ikut arwah atuk naik gunung pergi dusun. merasa la mengutip buah asam gelugor untuk dibawa balik ke rumah. Kini semuanya tinggal kenangan kan.....
 


Sunday, February 21, 2021

Menu Airtangan Mak & Abah

Hi korang...

Semalam SA tak masak...semalam lauk tengahari gabungan airtangan mak ngan abah SA...haaaa...kelas kan...SA bukan malas nak masak tapi SA takde idea nak masak...sesekali memang perlu berehat tukang masak ni....lepas tu bertapa depan laptop update apa yang boleh diupdate sementara idea tengah mencurah- curah. Nanti bila dah takde idea terus sendu..ikutkan boleh jer up balik entry2 lama tapi SA x nak macam tu..kalau boleh nak idea yang fresh...syukur kawan- kawan kat luar sana sangat- sangat memahami dan memberi sokongan kat SA untuk terus kekal bertapak kat dunia blogging. Nak plak SA dah ada beberapa idea untk terus kekal aktif selepas MCO nanti..

Eh...see..dah banyak idea mencurah terlupa plak objektif asal nak citer bab airtangan mak abah ni....as usual la gambar memang SA susun elok- elok..bila upload terus lintang pukang jadinya....jom tengok apa yang mak abah masak walau ianya simole dan dah pernah share kat dalam blog sebelum ni...



Sayur kena ada...kali ni mak masak sawi goreng


Haaa ni masakan abah...semua kukus...sebab tu abah kurus..


Ni masakan mak...daging cincang masak lemak cili api


Ni masakan abah...ikan kukus jugak

Sedap tak? 
Harus la sedap kan....airtangan orang lama kan....simple jer masak...masakan pun alhamdulillah nampak banyak tapi dalam gambar je..hakikatnya sikit jer tuh untuk 4 orang makan...lepas share kat whatsaap story dan fb story ramai plak pm tanya, berapa orang kat rumah..masak banyak2..habis ke...x bazir ke tu..alahai.....untuk pengetahuan semua..alhamdulillah setakat ni makanan memang tak pernah bazir, habis jer makan sebab lauk tengahari memang bawak sampai ke malam...so sekali harung kan...jadi takde istilah membazir plak...ish...terus rasa malas nak share kat memana kan...tapi x best plak kalau tak share...ye tak?

Dah rasa wujudnya SA ni macam artis plak..share apa- apa terus orang kritik...alahaiiiii.......sudah- sudah la tu..sape yang kritik ni? erm..ada jer haters kat luar sana..nampak SA update pape terus screenshot and hangat kutuk kat grup whatsaap diorang...takpe la..hak diorang nak kutuk kan...tak kutuk nanti tak lengkap plak rutin hidup diorang...i know im good, i know im perfecto so no wonder SA sering jadi perhatian...am i right? terima kasih si polan tu sudi menjadikan SA ni bahan untuk diperkatakan, dikutuk dijadikan bahan untuk kecaman. Walau tak buat secara terang- terangan SAa memang tau dan sampai ke telinga SA. Kesian orang macam ni..depan SA manis bibir dan lidah...belakang allahu...biar lah..itu antara dia ngan allah sendiri...SA x rugi pun...kan?

Selamat berhujung minggu buat semua... 


Jadikan Vitamin C & Bioflavonoids Sebagai BFF Anda

Hi korang,

VITAMIN C sememangnya sangat diperlukan untuk tubuh badan kita. Bahkan ia mampu membuatkan kulit anda cantik dan awet muda. Ia boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, kedua-duanya adalah sumber terbaik vitamin C. 

Hari ni SA nak share ngan korang kebaikkan mengamalkan pengambilan vitamin dalam kehidupan kita seharian


Selain dari mengambil vitamin C secara natural melalui buah- buahan dan sayur- sayuran.SA juga mengamalkan pengambilan Vitamin C dalam bentuk supplemen. Banyak rangkaian Vitamin C diluar sana dan khasiatnya adalah sama dan menakjubkan.



Hari ni SA nak share ngan korang beberapa kebaikkan pengambilan Vitamin C untuk badan kita. SA memang mengamalkan pengambilan Vitamin C & Bioflavonoids dari Biolife ni kerana ianya bebas acid. sesuai untuk SA yang mengalami gastrik. 1000mg cukup untuk keperluan sehari vitamin dalam badan. Sebotol Vitamin C  ini mengandungi 90 biji tablets untuk kegunaan 3 bulan dan SA amalkan sebiji sehari selepas sarapan..

Antara kebaikan pengambilan vitamin C :

1) Mencantik dan Menyihatkan Kulit

Vitamin C dikatakan dapat membantu menyihatkan dan menghasilkan kulit yang cantik dan berseri. Ia menjadi idaman buat ramai wanita pada masa kini.

2) Menghasilkan kolagen

Vitamin C merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri. Justeru itu, kita dinasihatkan untuk mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen supaya kesan penghasilan kolagen dapat dinikmati secara berterusan.

3) Membantu mengatasi kekurangan vitamin C dalam badan

Ramai mengalami kekurangan vitamin C dalam badan lantaran kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Bagi menangani masalah ini, kita semua disarankan mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen untuk menikmati kesan dengan lebih cepat.

4) Membantu menghindari jangkitan kuman

Vitamin C amat penting untuk membina sistem imunisasi yang kuat lagi kebal. Vitamin C yang mencukupi dapat memastikan kita semua tidak mudah diserang jangkitan kuman.

5) Keburukan

Suplemen vitamin C mempunyai keburukan yang tersendiri buat mereka yang merokok, mengambil minuman beralkohol dan berkafein. Ia sebenarnya boleh mengganggu fungsi suplemen vitamin C itu sendiri.



Memandangkan dah hampir setahun dunia berperang dengan Covid 19, kita semua sememangnya disarankan untuk utamakan pengambilan supplement especially vitamin C untuk mengelakkan dari jangkitan kuman. Itu yang SA dan family amalkan..tingkatkan pengambilan vitamin C sekurang- kurangnya mampu menghindarkan jangkitan  dan menguatkan imunisasi.

Jom amalkan cara hidup siht agar kita semua terhindar dari sebarang jangkitan penyakit merbahaya. Belum terlambat lagi untuk kita semua mengubah cara hidup dan terus amalkan dan pentingkan pengambilan supplement.


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah