Assalamualaikum...
Dalam perjalanan balik Seremban adik no 4 tanya nak follow tak pi rumah mak sedara SA sebelah PZ...SA cakap boleh je..and kami berdua terus ke sana je...sampai- sampai diorang memang dah 1/2 jam kat situ..tengah makan...ada mee goreng, ada laksa..SA plak kan tengah batuk...tapi makan la laksa skit...
Lepas tu kami gerak ke rumah Mak Andak plak kat Kg Jijan...gambar tak amik banyak...apa yang ada je..Baju yang SA pakai tu entahlah kenapa buat SA nampak besar..rasanya kaler tu x esuai untuk SA la..ye tak? Muahahahaha...
Sebelah SA tu Mak Induk SA..adik PZ
Apa saje la Tiya tu
Ni kat rumah Mak Andak...satu ni je gambar berdua..
Lepas Maghrib kami semua balik Seremban semula...Mak Cik plak call bagi tau nak datang...satu family dia datang rumah kami...seronok ramai...Makcik SA yang tudung peach tu...SA x ingat adik SA masak apa..oooo..dia masak bihun goreng...
Dalam pukul 11pm gak la diornag balik...
Lepas tu takde dah orang datang rumah...tahun ni memang x ramai datang...kecuali tahun lepas..ramai gak datang bertanya khabar..ada yang x dapat datang ziarah masa Arwah Mak meninggal...tu yang ramai tu...
Bila dah setahun Mak meninggal makin sikit orang datang...orang tua- tua cakap bila Ibu Rumah dah takde memang suasana tu jadi lain..kalau ketua rumah takde lagi la..kemungkinan dilupa terus..SA harap tak la..harap- harap silaturrahim tetap terjalin kukuh...Yang pergi tetap pergi kan...kita yang tinggal ni teruskan kunjung mengunjung...cuma tahun ni SA x berjalan sebab SA x sihat..satu rumah x sihat sebenarnya...
Baju tu kot yg oversized. Tp betulkan, ammi pun tak pergi rumah sepupu2 yg pakcik makcik dah takde.
ReplyDeleteBetul tu, bila Ibu Rumah tu sudah tiada... Kebiasaan dijadikan tempat berkumpul sudah berkurangan... Namun sentiasa berdoa agar jalinan silaturahim kekal hingga ke akhir hayat
ReplyDeleteAlhamdulillah... Terjalin ikatan silaturahim..
ReplyDeleteBetul kak. Sama la masa lepas mak meninggal makin kurang, lepas ayah meninggal lagi kurang.
ReplyDeleteBtl la tu kak...
ReplyDeletetapi kita doa semoga ikatan ini terus kukuh...
ziarah menziarahi ni diteruskan sampai bila2..
Keadaan tak sama dah kalau takde orang tua ni... PH dulu ada satu rumah wajib beraya di kampung, tapi sejak mak sedara tu dah meninggal lain keadaannya.
ReplyDeletehaah tu lah org sllu ckp cmtu bila Ibu Rumah / Ketua Rumah takde nti mesti makin kurang ziarah dah.. tp harapnya kita yg hidup ni tetap dpt teruskan ziarah kan SA? ehh rasanya baju tu yg oversized, tu yg nmpk SA mcm besar sikit tp tetap cun melecun! hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah..Seronok bila fmly dtg beraya...Sy pun masih terapkn beraya rumah mak2 sedara alik arwah abah tiap kali beraya dkt kg...=D
ReplyDeleteSeronok meriah beraya ramai2 kan. Moga silaturrahim keluarga berkekalan.
ReplyDeletebaju tu memang big cutting dan design tu..saper2 pakai pun akan nampak mcm 'besar'
ReplyDeleteSaya merasakan juga, kalo suri rumah dah tak ada, beda aura rumah. Macam rumah mertua saya. Dah sepi, sebab itu kami nak demolish dan bangun baru.
ReplyDeleteSaya dan suami pula tak seperti mama yg suka silaturahmi. Bukan tak suka, tapi saya memilih 1-2 rumah saja kalo nak DTG. Krn letih kalo banyak rumah 😅
Dulu masa aruah mak saya masih ada, raya kedua pakcik dan anak beranak datang berkunjung. Selepas aruah mak tiada kita orang pulak jenguk satu-satunya pak saudara yang tinggal belah mak. Tu pun sekarang dah terlantar sakit sejak kena stroke. Sedih bila melihat keadaan Paman saya. Bila orang tua semuanya sudah tiada generasi yang muda kadang tak kenal saudara. sesekali terjumpa eh bersaudara rupanya.
ReplyDeletealahai..sayu je bila baca ayat last tu..
ReplyDelete