Wednesday, February 22, 2012

Aku Giler...Mungeeeee.....

Aku sebenarnya nak bagi tau korang....selain dari giler terhadap novel..aku jugak gilerkan pokok
bunga...
cuma yang kesiannya aku masih x dapat tanam walau sepasu pokok bunga kat Mahligai Syahdu rumah 
aku kat Seremban tuh...bukan xde peluang...peluang tu adaaaaa....cuma aku rasa elok mulakan lepas majlis nikah adik aku ..dah settle semua nanti baru la sibuk2 beli pasu2 bunga...memang itu impian aku yang belum terlaksana..hehehehe...banyak benor impian kan....

Aku sedang gigih mencari anak pokok bunga species yang kat bawah ni....ada sapa2 bermurah hati nak bagi aku walaupun sepasu?hehehe bagi kata kau....aku sanggup beli....haaaaa...kita tgok sapa nak offer...

 Aku tak tau apa nama species pokon bunga ni...tp batangnya penuh dengan duri gitu,....bunga dia adalah...
awesome....
 ni pokok yang sama tp bunga kaler kuning yer anak2...abaikan flash hp aku yg buat dia jadi kaler putih...
ke aku sedang rabun warna

seee....banyak duri kan....kali ni bunga dia kaler peach...ke aku rabun warna jugak...
aku kalau dapat yang bunga eh purple..aduhhhh...aku nak peluk2 cium sapa yang bagi aku anak pokok bunga kaler purple...
nak pi nursery la cari......kat mana aku amik gambar pokok ni....of cos la..kat kampung abah aku last week..


Dinner Aku Malam Tadi

Lately aku rasa mcm xde selera..tekak rasa mcm tak sedap...makanya nak makan yang sup2 jer..
lately ni jugak aku dah makin malas nak masak..ntah bila la mood masak nak tiba..
makan pun rasa mcm tak kenyang..sampai bila la keadaan nak jadi mcm ni kan?
tapi kira ok jugak..at least kawal skit pemakanan aku..macam aku makan Jamu Ratu Dara tu...
dia akan kawal selera kita..dari berselera terus kepada kurang selera..so..malam2 xde la nak amik makanan berat...xde la moncit perut tu kan...hehehehe...

 Mee Tom Yam..sedappppp...rasa mcm tom yam kat Cozy Corner tp kurang pekat..apa pun layan...

Yang ni plak Sup Daging..kali ni kureng skit sebab...lebih bau kayu manis eh...
aku x berapa berkenan kalau ada kayu manis..tp nak buat cemana..dah style masak eh mcm tuh kann
banyak cakp..ko masak sendiri la Rizz...mengada lebih...tetiba lak nak jadik 
pengkritik makanan..apa kessssss....

Dah Boleh Harap dah..


Aksi Aressa sebelum dia demam jumaat lepas..Adeliya tgh tido...bergerak2 sikit...pas tuh...laju jer Aressa
menyarap konon2 nak pi buai kakaknya la...aku mula2 pandang jer..nak tgok panjang x akal si Aressa ni..
sambil2 kuarkan Samsung aku ni...nak snap gambar...almaklumla..kamera aku tinggal kat opis...

eh..eh..kakak gerak2...nanti adik tolong buai...
macamana yer..adik x pandai berdiri lagi..
alamak..x sampai...
lonjakkan badan sikit kot..
cuba pegang besi...bertahan.....bertahan...
yeayyyyy....dapat jugak pegang...

Hehehe....

Lepas jer dia kacau kakak dia tuh...terus aku perasan..mata..hidung...muka semua dah memerah...
kepala dia dah panas..tp dia sangat active...
dah petang baru dia merengek...
hurmmm...now dah sihat seperti sediakala...yang heran kakak kembarnya x pulak demam...
macam2 kan?


Wordless Wednesday


Aku Sedang BUSY....bukan BOSSY...bukan BUSYBODY..

Tuesday, February 21, 2012

Craving for Kenny Roger Roaster...


Kenny Quarter Meal...
hmmmmmmm...yummmy.....terasa2 muffin eh tuh....


Aduiyyaaiiiiiii.....Aku x leh tahan la tengok keseksian ayam ni....
bila la nak pi makan KR sekali lagi ni...budak2 ni dah plan..tp ajak pi makan tempat lain sambil2 main bowling..
boleh????
ADA sesapa nak belanja ker???????
ker kena belanja diri sendiri...
Aku macam ni la...agak stress jer makannnn....asal makan banyak jer Stresss.....
entah laaaaaa....esok lusa badan kembang bising.....

Set Fire To The Rain - Adele


I let it fall, my heart,
And as it fell you rose to claim it
It was dark and I was over
Until you kissed my lips and you saved me

My hands, they're strong
But my knees were far too weak
To stand in your arms
Without falling to your feet

But there's a side to you
That I never knew, never knew.
All the things you'd say
They were never true, never true,
And the games you play
You would always win, always win.

 But I set fire to the rain,
Watched it pour as I touched your face,
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name!

When I lay with you
I could stay there
Close my eyes
Feel you here forever
You and me together
Nothing is better

'Cause there's a side to you
That I never knew, never knew,
All the things you'd say,
They were never true, never true,
And the games you play
You would always win, always win.

 But I set fire to the rain,
Watched it pour as I touched your face,
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name!

I set fire to the rain
And I threw us into the flames
Where it felt something die
'Cause I knew that that was the last time, the last time!

Sometimes I wake up by the door,
That heart you caught must be waiting for you
Even now when we're already over
I can't help myself from looking for you.

 I set fire to the rain,
Watched it pour as I touched your face,
Well, it burned while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name

I set fire to the rain,
And I threw us into the flames
Where it felt something die
'Cause I knew that that was the last time, the last time, oh, ohhhh!

Oh noooo
Let it burn
Oh oh ohhhh
Let it burn
Oh oh ohhhh
Let it burn
Oh oh ohhhh

Dari Dunia Penulis Blog


Miliki 75,000 pengunjung sebulan

BANGGA...Chee Ching (tengah) pada Majlis Anugerah Blog Asia Pasifik anjuran Nuffnang, baru-baru ini.

BANGGA...Chee Ching (tengah) pada Majlis Anugerah Blog Asia Pasifik anjuran Nuffnang, baru-baru ini.


MEMILIKI hobi sama tetapi topik berbeza. Wadah yang mempunyai cara penyampaian menarik dan kreatif untuk tatapan pembaca membuatkan nama empat wanita ini disenaraikan dalam calon penerima Anugerah Blog Asia Pasifik anjuran Nuffnang, baru-baru ini.
Biarpun tidak memenangi sebarang anugerah, tetapi mereka mempunyai peminat tersendiri menerusi laman blog yang ditubuhkan dan menjadi popular dalam kalangan pembaca maya walaupun bukan daripada golongan artis terkenal.
Chee Ching, Joyce Wong Jing Yen, Suanie Tew dan Intan Suhana Juhari, semuanya mempunyai idea kreatif dan pelbagai cerita menarik menerusi pengalaman yang ditimba untuk dikongsi bersama pembaca serta peminat menerusi laman blog masing-masing.

Penulis blog termuda di kalangan mereka, Chee Ching yang berusia 23 tahun mempunyai alasan untuk berkongsi segala pengalaman dengan peminatnya.


Diari maya itu yang ditubuhkan sejak 2005 cuba dihidupkan dengan kehadiran karakter kartun bagi mewakili dirinya untuk berkongsi kisah sepanjang hari yang berlaku dalam hidupnya.

Kerjayanya sebagai pereka dalam industri pengiklanan dan banyak melayari Internet secara tidak langsung mencetuskan idea kepada Chee Ching untuk memiliki diari di alam siber.

Mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam terhadap perkara baru akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya membuka laman blog sendiri yang mendapat perhatian daripada pembaca.

“Saya menjadikannya sebagai medium untuk menulis mengenai perasaan yang tersirat dalam hati ketika itu memandangkan ia sebenarnya agak mudah untuk dikawal selia.

“Setakat ini saya mempunyai pengikut atau peminat seramai 300 hingga 400 orang dan sangat bersyukur kerana memiliki pembaca sendiri.

“Bermula dengan hobi yang kini turut dijadikan sebagai portfolio diri, kombinasi yang disatukan antara hobi dan minat berjaya dilakukan pada masa sama,” kata gadis berasal dari Ipoh yang gemar menonton drama serta rancangan animasi.

Tambah Chee Ching lagi, membuka laman blog tidak hanya bersandar pada minat dan hobi saja malah dia menjadikannya sebagai tempat melatih diri untuk memantapkan kemahiran dimiliki.

Selain berkongsi minat dan hasil kerjanya, Chee Ching turut muat naik lagu-lagu Korea serta perkara yang menarik dalam hidupnya seperti melukis yang sering dilakukannya.

Menerusi blog, gadis muda ini turut memulakan projek yang dipanggil 365 Art, idea tercetus berdasarkan misi untuk menjadikan dokumen yang dikumpul seterusnya dilakar menjadi seni kreatif.

Dia bercadang untuk mengabadikan ciptaannya itu dalam bentuk buku atau kalendar apabila projeknya itu siap sepenuhnya kelak.

Chee Ching berkata dia sangat menghargai setiap komen daripada peminatnya kerana menganggap ia mempunyai makna yang positif dalam memantapkan laman blognya - http://cheechingy.com.

Sementara itu, menurut pemilik laman blog www.KinkyBlueFairy.net, Joyce Wong Jing Yen, dia menceburkan diri dalam dunia penulisan di alam maya pada 2004.

Menurutnya lagi, sejak berusia 10 tahun lagi dia sudah memiliki diari dan menganggap menulis di blog sebagai platform baru untuk meneruskan hobinya itu.

Hobi yang mendalam ditambah gemar mengedit gambar dan penulisan pada masa lapang membuatkan Jing Yen meneruskan minat untuk menulis apatah lagi jika membabitkan aktiviti yang dijalankan.

Berusia 28 tahun, Jing Yen menjelaskan konsep laman blog miliknya itu lebih menekankan gaya hidup kerana ia ditulis berdasarkan aktiviti yang dilakukan oleh gadis bandar dan bagaimana mereka menghabiskan duit.

“Ini kerana saya banyak merasai kehidupan sebenar sebagai manusia yang bergerak aktif melakukan pelbagai aktiviti. Kerja, melancong, terbabit dalam produksi filem, menguruskan majlis dan parti - semuanya sudah saya lalui.

“Saya rasa sungguh bertuah kerana dapat merasai kesemua pengalaman ini membuatkan saya cuba mencari medium terbaik untuk menyimpan kenangan itu dan pada masa sama dapat berkongsi dengan orang lain.

“Saya tidak sangka ramai yang gemar membaca penulisan mengenai pengalaman peribadi saya. Pengunjung laman web saya mencecah sehingga 75,000 setiap bulan dengan 25,000 peminat.

“Semua ini saya lakukan sebagai hobi dan mungkin satu hari nanti akan menjadi pekerjaan sepenuh masa saya. Ini kerana saya pernah menjadikannya sebagai kerja sepenuh masa selama dua tahun sebelum mencari alternatif lain mempelajari kemahiran berbeza disebabkan mudah jemu dengan perkara sama.

“Di samping itu, sesiapa saja boleh memberikan idea atau menceritakan kisah mereka di blog saya yang banyak menulis kenangan ketika melancong, muzik, fesyen, parti dan makan,” katanya yang menulis untuk keseronokan bukan menjana pendapatan.

Tambah Jing Yen, dia pernah dijadikan sumber inspirasi peminatnya apabila menerima emel yang menyatakan kisahnya banyak membantu memperbaiki kehidupan mereka supaya menjadi lebih sempurna, baik dan ceria.

Tidak memikirkan dirinya berbeza dengan orang lain, namun dia menganggap kata-kata pujian yang diberikan sebagai satu penghargaan buat dirinya.

Suanie Tew yang berasal dari Batu Pahat, Johor pula mempunyai kisah tersendiri untuk dikongsi bersama pembaca hasil tulisannya.

Bekerja sebagai penulis iklan, Tew mula menceburkan diri dalam dunia penulisan di Internet sejak 1999 yang ketika itu memiliki laman web yang dikemas kini sama seperti laman blog dan pada 2000 ia bertukar format seperti sekarang.

Dia belajar cara menghasilkan laman blog kreatif dan mengikut keinginannya daripada rakan yang mahir dalam bidang berkenaan.

Hobi yang diminatinya itu diteruskan sehingga kini. Disebabkan penulisannya yang bersifat tidak formal, Tew berasa tekanannya seolah-olah terbang apabila dapat berkongsi pengalamannya bersama pembaca.

“Memulakan penulisan blog sebagai hobi dan penting untuk saya mengekalkan matlamatnya. Namun, selepas menyertai Nuffnang, ia sedikit sebanyak memberikan sedikit duit poket pada diri.

“Laman blog yang saya buka lebih banyak bersifat individualistik. Melalui www.suanie.net, saya mendapat banyak manfaat seperti menjadi sebahagian ahli kumpulan amal tempatan, Twestival.

“Saya tidak mempunyai banyak masa untuk mengemaskini laman blog kerana banyak masa dihabiskan bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Namun apabila menerima tindak balas positif daripada pembaca yang gembira membaca kisah saya, timbul pula keinginan untuk menulis dengan lebih serius lagi,” katanya yang turut mempunyai laman web khas untuk penyanyi terkenal, Micheal Jackson kerana meminatinya.

Berbeza pemilik nama panggilan Sue Anna Joe yang tampak manis bertudung ini, pengalamannya dalam dunia fotografi dikongsi bersama pembacanya lantaran terlalu meminati bidang membabitkan lensa kamera.

Pernah membuka studio sendiri di Kelana Jaya namun ia terpaksa ditutup kerana perlu memberikan lebih fokus terhadap pembelajaran dan keluarga ketika itu.

Berusia 29 tahun, wanita manis dengan nama sebenar, Intan Suhana Juhari ini berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Dia mula menulis jurnal dalam Bahasa Inggeris menerusi laman komuniti seni digelar DeviantART.

Selepas itu, dia mengorak langkah sendiri dengan menggunakan platform penulisan blog apabila mendapat inspirasi ketika bekerja di KL Motion Picture.

“Ketika itu saya banyak menulis skrip. Tertarik dengan penulisan dan olahan ceritanya, saya cuba untuk mula menulis blog dalam Bahasa Malaysia pula.

“Kemudian, blog saya mula berkembang dan menambahkan laman blog lain yang berkaitan dengan minat dalam dunia fotografi.

“Saya belajar sendiri cara membuat laman blog dan berjaya membukanya pada 2003.
Namun saya hanya mula pada 2006 untuk berkongsi pengalaman ketika mengambil gambar, panduan dan hasilnya.

“Banyak yang boleh diceritakan melalui fotografi. Kadang kala perkara yang sukar diceritakan dengan perkataan boleh disampaikan dengan mudah melalui gambar,” katanya yang mempunyai minat mendalam dalam dunia fotografi.

Tambahnya lagi, laman blog miliknya banyak memaparkan aspek peribadi dan unik kerana kebiasaannya cara penyampaian serta gambar yang dikongsi bermain dengan emosi.

Unik dengan panggilan Sue Anna Joe, penulisan blog yang dilakukan diterjemahkan sebagai hobi sepenuh masa dan digabung bersama minatnya pada fotografi.

Jika pada mulanya, dia membuka laman blog, sueannajoe.blogspot.com hanya sekadar hobi semata-mata tetapi kini menjadi tempat menjana pendapatan.

Selain itu, Sue Anna Joe turut berkongsi cerita mengenai fesyen, kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu, pengalamannya, tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi, lokasi menjamu selera, ulasan filem serta produk di laman blog khasnya yang lain.

*** Sedang belajar untuk menjadi penulis blog TEGAR....***

SUMBER

Prepaid to Postpaid

Sekian lama menggunakan Prepaid..akhirnya aku mengalah gunakan postpaid..KENAPA???sebab aku dah 
rasa mcm membazir top up berpuluh2 sebulan..nak2 aku banyak guna sms dan call..
dah sekian lama baru nak sedar kan...x sedar diri!!!!hahahaha...
so semalam aku dh daftar postpaid kat Menara Maxis KLCC...

 kenapa aku pilih Maxis?sebab semua contact aku banyak guna Maxis line especially office..family lak guna Celcom..

aku masih mengekalkan no yang sedia ada..semalam dapat sim baru..terus on dan dah boleh guna..
aku x kisah la org ckp maxis ni prob..line kadang2 biul...
pada aku aku selesa ngan Maxis...
saya mesti pilih!!!eh...eh....

FB kena blocked

Pagi ni tadi sampai2 opis jer diorang duk bising2 FB kena blocked....
apa ke hey nyer yoppp....kejap on kejap blocked..baik x yah ada internet mcm tuh....
itu yang diorang komen la...aku?do i care?hahahaha...aku ada hp...bukan buat apa pun kan...just update status jer...nak upload guna mobile upload jer..senang citer...nak2 plak dari prepaid aku dah tukar ke postpaid...makanyaaaaaaa.......sendiri mau ingat la...
Relax la kawan2...ada sebab diorang blocked..ni kan bulan2 audit..jgn kata Account department jer..IT dept 
pun kena audit jugak...jangan la penting diri sendiri..sama2 jaga reputasi..ni fb lebih dari buat kerja..knp????
Sendiri mau ingat ler derrrr....

Monday, February 20, 2012

Pos Laju?Gdex?DHL?

Apa plak amsalahnya ni kan...hahahaha...masa dikno nak pack barang2 dia Jumaat hari tuh
si Aressa ni duk la memain kat area ruang tamu..terus aku nampak dia berlari2 amik Aressa dan masukkan dalam bag ni...sengal okeh...dia amik hp terus snap..aku pun macam alamak,...menarik jadi bahan blog ni...
hahahahaha...tau Ibu eh...confirm mengamuk...

 senyum suka okeh..
 dah cuak dah..

dah start nak nangis...nasib la ko Aressa dapat mak sedara semua sengal..
penat aku gelak..Lepas ni la yang dia demam panas x hengat punya...dari kepala bawak ke kaki semua panas..Dikno nyer kerja la tu...dia yang bertanggungjawab...



Si Bongsu Pulang Ke Sarawak

Sabtu hari tuh...bangun awal2 siap cepat2..eh..si bongsu tuh dah nak balik Sarawak selepas bercuti sebulan kan...sunyi dah rumah...kurang bibik kat rumah nak tolong kemaskan umah dan jaga si kembar...
yang penting takde dah kawan gaduh Dania..

 berkepit jer ngan Mak...x caya tgok gambar bawah ni
 mengada kan??
 family photo..xde gambar aku sbb aku la yg amik gambar guna Samsung aku tu...kamera tinggal kat opis..
 alahai...anakandaku yang demam..masa ni dah kebah cuma dia x larat..duk jer la atas troli tuh..
 mama yg masih gundah bila anak sakit..tekanan perasaan..tp maintain senyum...
 pergi KLIA plak lepas tuh...minah baju kelabu tuh nak beli choc...ingatkan nak beli choc utk hantaran dia..tp beli utk makan.. x pasal2 aku terjebak beli choc RM50...anak nyer pasal kan...

pesal plak muka aku tuh sembab..aduhai...x cukup tido..letih...perasaan terganggu..
buruk nau rupa kan...
cer tgok mak aku...maintain jer..abah?no comment..korang tgok la muka dia...
lepas dari beli choc tu la aku sakit kepala macam hapa...sampai menonggeng2 dah...nak kata migrain aku xde lak penyakit tuh...badan jadi x sedap...otak rasa penat..pusing kepala sampai x tau nak kata apa..
bawak tido salah..semua salah...
faktor usia kot...tahun ni aku 34 wehhhhhh......


Dania Having Viral Fever


Dapat call dari adik aku Khamis malam Jumaat lepas Dania demam teruk..almost 39'c suhu badan dia...doctor decide nak warded dia if panas x turun2...aku dah x tentu arah kat umah..masa tuh plak dah kul 10 malam..mana nak raba bas or train kan...
makanya aku tidur dalam keadaan x tenteram..kejap2 terjaga dan terus terjaga sampai pagi..
x tau nak buat apa..menangis jer la...anak sakit kan...x kan aku nak dendiam plak..sambil2 berdoa
agar cepat siang...pagi tuh aku x tunggu apa dah..bangun cepat siap2 terus pi opis..reason naper pi opis..
aku nak ckp sendiri kat boss..tp kesudahan x jumpa pun bos...
makanya aku email dan terus balik lepas tinggalkan pesan kat budak2 dept ni...
Alhamdulillah sampai kat umah tgok wajah tenang anak...aku usap2 muka dia..ckp..mama dah balik sayang...
terus dia bukak mata..senyum sikit..peluk cium...pas tuh dia tido balik..
rasa badan dia dah sejuk sikit..ni demam rindu ke apa...xde la cemas mana dah aku ni...baru dapat rehatkan diri..tapi mata x leh tido..perasaan terganggu...x lama lepas tu main2 ngan Aressa sekali tgok muka dia dah memerah dan mata dah berair...aduhai...dugaan apa ni...anak aku sorang lagi demam plak..menangis melalak..
si kecik tuh mmg manja...masak la kami masa tuh..si kecik tuh demam mmg perlukan perhatian lebih,...nasib baik Adeliya x demam..dia kuat betul..selain tuh sangat lasak..
petang tuh jugak dapat call dari Angah kat Muar..tangan dia lak bengkak..lepas satu2 kan...mak dah nangis2...mak biasa lah kan drama queen...makanya mak ngan abah,ateh dan dikno shoot pi Muar tgok keadaan angah..teruk katanya x leh angkat tangan....sampai la today..masih x leh angkat tangan..genggam pun x leh...di saat tenaga dia nak guna masa majlis nikah ateh nanti kan..masa tuh jugak nak kena...harap2 keadaan pulih mcm biasa..
Pada yang mendoakan kesihatan Dania...terima kasih yang tak terhingga..
doa kalian sgt2 di hargai...


Tempat Korang Ada???


hehehe..lite entry la today...bz melampau kan...ini yang aku snap masa aku balik Jumaat lepas..emergency Dania demam kuat tuh...Dikno la ni..sibuk suruh aku snap..guna hp jer pun...
hahaha...org bawak motor ada pembonceng kat belakang..ni kerusi pun boleh...
macam2 la kan..
sangat kreatif la pak cik ni...maaf la yer pakcik..
saya ni jakun tgok benda2 pelik...hahahaha...

Thursday, February 16, 2012

Perjalanan Blog Suriaamanda

Aku sebenarnya tak le paham sgt menda2 ni..selain yg aku tau blogging ni boleh earn money..x pun memang aku minat blogging cuma takde la terer sgt kan..follower pun baru baper jer..nak plak blog picisan ni bukan ler best benor..banyak merapu jer pun..
so kat bawah ni yg aku snap td la...post2 aku yg selama ni korang kunjungi...
x sangka lak..ramai gak yg baca...

 paling aku x sangka yang aku buat entry review uncle gedek tuh..ramai tul yang baca..klik gambar la kalau nak tgok details eh...
 Reffering Sites of course Google la..
 search keywords..macam yang korang leh nampak..

dan jumlah pageview selama ni...
untuk hari ni..dia saat entry ni aku buat ada 102
Semalam 212
Bulan lepas  5 ribu lebih
untuk sepanjang aku berblogging 69 168 
haaaa...x banyak kan..tapi syukur alhamdulillah...ada gak yang sudi nak view blog 
aku yang x seberapa ni...thanks atas sokongan korang...korang dan korang2 semua...banyak lak kan..
x terkira...mana yang sudi nak follow tuh..thanks jugak..aku amat menghargai...



Sesi Menganyam Tikar Bersama Dania

Kejadian Sabtu lepas..marah giler dia sebab yang cikgu ajar dan buat kat kelas tuh x menjadi..apa x nya kertas yang dia gunting2 tu besar2..at last...mama jugak yang kena ajar dan tolong2 buatkan...
dari garis2 sampai lah potong2 dan anyam tikar..mama ni la yg tunjukkan..
kaler kertas warna dia beli pun dah menyakitkan mata mama eh..tapi memandangkan itu jer yang ada..
maka belasah la kakak oiii....

 mama dah ptong awak anyam ok..mama tunjuk je..
 dah nampak dah corak eh..
 khusyuk nampak..
 buat lagi...masa tolong repair2 jer skit..
 bertungkus lumus dia buat..kekadang jadi gaduh sebab dia melawan...
 haaa...aturkan lagi..mama jadi cikgu mmg garang sbb tu x jadi cikgu..
 tgok sini mama tunjuk..muka toya jer...huhu

At last jadi la tikar dia..x tau la boleh dapat baper markah ni...aku just adjust2 dan kasik gam jer..
haaa...nak sgt mama yg tunjuk kan...rasa eh..pedih telinga memang kira nasib...
ate kuat benor melawan nya...dia mintak mama eh ajar pas tuh dia ajar balik..
itu yg buat jadi gaduh tuh..sampai kul 11 malam baru settle..sib baik esoknya Ahad kan...
nasib aku x jadi cikgu..kalau x..ntah berapa ramai yang jadi mangsa amukan aku kan..


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah