Assalamualaikum wrt...
17 Tahun Sebuah Perjalanan, Bukan Sekadar Destinasi..1 April 2009 – 1 April 2026
Pejam celik, pejam celik, rupa-rupanya sudah 17 tahun SA bersama keluarga besar Malakoff Corporation Berhad. Kalau diikutkan usia manusia, 17 tahun ini fasa sedang membesar, penuh dengan memori dan pengalaman yang mematangkan...gadis sunti kata orang kan...
Masih segar dalam ingatan hari pertama SA melangkah masuk ke sini pada tahun 2008 secara kontrak dan setelah melalui probation period iaitu satu fasa penting dalam pekerjaan yang digunakan oleh majikan untuk menilai kesesuaian dan prestasi pekerja baharu sebelum disahkan ke jawatan tetap.. Masa itu, semangat berkobar-kobar, tapi dalam masa yang sama ada rasa berdebar juga. Siapa sangka, dari hari ke bulan, dan dari bulan ke tahun, hari ini genaplah satu tempoh yang cukup bermakna buat SA..
Apa yang saya belajar sepanjang 17 tahun ini?
Terima kasih Malakoff Corporation Berhad atas peluang, kepercayaan, dan segala kenangan yang tercipta. Dari usia muda hinggalah ke tahap ini, banyak yang telah SA lalui.
Harapan SA agar perjalanan ini terus diberkati dan SA dapat terus memberikan sumbangan yang terbaik buat syarikat.
Happy 17th Work Anniversary to me!





No comments:
Post a Comment
Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......