Friday, May 15, 2026

Nasi Lemak Daun Pisang & Khabar Duka Buat Rakan Sekerja

Assalamualaikum wrt..

Salam Jumaat yang barakah buat semua kawan-kawan.

Alhamdulillah, hari ini dimulakan dengan perasaan yang sangat tenang. Ada masanya kita memang perlukan rasa tenang yang sebegini hanya untuk menikmati suasana tanpa perlu tergesa-gesa. SA rasa happy sangat hari ini dapat sarapan nasi lemak daun pisang yang betul-betul "complete". Cukup segala syarat ada telur, kacang, timun. ikan bilis yang banyak, dan sambal yang kena dengan selera manis-manis masam pedas.. Ditambah pula dengan karipap kentang panas, memang puas hati..

Korang dah sarapan pagi ke? sarapan apa tu?



Karipap RM1 sebiji...


Macam biasa la Nescafe O bancuh sendiri less sugar


Ini baru nasi lemak..complete condiment nya...pedas pun pedas...


Pose 1 dengan nasi lemak


Muka happy dapat makan nasi lemak sedap dan complete


Namun, dalam kita menikmati ketenangan hari ini, terselit juga berita sedih yang menyentuh hati. Semalam, kami menerima khabar duka apabila ibu kepada dua orang rakan pejabat SA telah kembali ke rahmatullah semalam..

Kehilangan ibu adalah satu ujian yang sangat berat, SA turut berdukacita.. Sebagai rakan pejabat , SA mendoakan agar segala urusan pengebumian dipermudahkan hari ini. Keluarga rakan-rakan SA ini diberikan kekuatan dan ketabahan yang luar biasa. Semoga roh Allahyarhamah kedua-duanya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat ibu rakan-rakan SA. Semoga hari Jumaat ini membawa keberkatan buat kita semua dan mengingatkan kita untuk sentiasa menghargai setiap detik bersama orang tersayang.

Salam takziah buat rakan sekerja SA.

21 comments:

  1. nasi lemak kalo kena ngan sambalnya mmg best...salam takziah utk opismate SA

    ReplyDelete
  2. Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  3. Alfatihah buat rakan SA atas pemergian ibunda.. ni nasi lemak original

    ReplyDelete
  4. Salam takziah buat rakan sekerja SA

    ReplyDelete
  5. Salam takziah untuk rakan2 SA, dan semoga nasi lemak yg sedap itu jadi mood booster utk SA

    ReplyDelete
  6. salam takziah utk kwn2 sepejabat SA.. salam jumaat almubarak utk SA..cute la gmbr yg happy face tu

    ReplyDelete
  7. Sedap tu nasi lemak bubgkus daun pisang, nak nak pulak lengkap segala aksesorinya. Tengok gambar pun terasa memang betul² sedap.

    Salam takziah buat sahabat² SA yg kehilangan ibu. Yang pernah mengalaminya sahaja faham perasaan yg sebenar.

    ReplyDelete
  8. Takziah buat rakan sekerja SA dan nampak happy SA makan nasi lemak tu ya.

    ReplyDelete
  9. Salam Takziah. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  10. Salam takziah buat kawan sepejabat akak

    ReplyDelete
  11. Dapat makan dgn tenang pun nikmat juga, alhamdulillah.
    Takziah buat rakan² sekerja SA.

    ReplyDelete
  12. terliur pula tengok nasi lemak daun pisang petang2 ni kak...
    kehilangan paling takut,tapi semua orang akan laluinya..

    ReplyDelete
  13. Cuya pon suka harini dapat makan nasi lemak favourite Cuya...

    Salam takziah buat kawan kak SA

    ReplyDelete
  14. Salam takziah buat kawan SA yang kehilangan ibu. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  15. Salam takziah buat rakan² SA yang kehilangan ibu tercinta.

    ReplyDelete
  16. Memang sukaaa kalau dpt nasi lemak yg sambal pedas. Ini nanti nak saya cari pas di KL 😄👍. Walaupun hotel dah sedia sarapan, tp tetap saya lebih suka makan di luar

    ReplyDelete
  17. salam takziah buat 2 orang rakan sekerja..

    ReplyDelete
  18. al fatihah, salam takziah buat kawan SA

    ReplyDelete
  19. Salam takziah buat rakan sekerja akak..

    ReplyDelete
  20. betul...hilang ibu ni lain sungguh rasa cumanya ammi rasa ammi jadi lebih rapat dgn along lepas mama takde sebab we both hilang our shoulder to cry on.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah