Wednesday, July 1, 2026

Pengumuman Pemenang Top Komentator June 2026

Assalamualaikum wrt...

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, hari ni kita dah pun melangkah ke hari pertama bulan July 2026. Tinggal lagi 5 bulan saja lagi sebelum kita melabuhkan tirai tahun 2026 ni. Macam laju betul masa berlalu, kan? Rasa macam baru kelmarin kita sambut tahun baru.

Bila dah masuk bulan baru, maka tibalah masanya untuk SA umumkan pemenang yang dinanti-nantikan Top Komentator June 2026 untuk blog SA!..

Untuk bulan Jun ni, sebenarnya kedudukan pertama carta jatuh kepada pemenang yang sama dengan bulan May lepas. Beliau merupakan satu-satunya pemenang lelaki untuk tahun ni... rajin betul Shaizhar boom entri-entri lama SA! Terima kasih banyak-banyak, Shaizhar!

Tapi, memandangkan konsep blog SA adalah "No Repeated Winner" (tiada pemenang berturut-turut), jadi untuk berlaku adil dan mengekalkan kemeriahan, SA telah menggunakan khidmat Wheel of Names untuk memilih pemenang bertuah dalam kalangan peserta yang lain.

Berikut adalah senarai peserta top commentators kita untuk bulan June 2026:-




Dan pemenangnya....!!!



Yeayy!!!!

Pemenangnya adalah THISNI3ZA

Tahniah! Nanti sila tinggalkan butiran atau hubungi SA di Suriaamanda@yahoo.com untuk urusan tuntutan hadiah ya. Tajuk email : Pemenang Top Komentator June 2026

Kepada yang lain, jangan kecewa tahu. Terima kasih SA ucapkan kepada semua yang sudi singgah, membaca, dan meninggalkan komen yang murni di blog ini. Sokongan korang semua amatlah SA hargai.

Untuk bulan July ni, jom kita meriahkan lagi ruangan komen! Manalah tahu rezeki korang pula bulan ni, kan? 😉

SA buka kembali contest ini dan mencari pemenang baru untuk July 2026...kita tengok siapa yang kenaaaa...

Happy blogging semua!


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah