Assalamualaikum wrt...
Sebelum SA busy lagi petang ni...jom la kita up satu entry Terengganu...lama dah terpendam dalam draft...kang lama- lama simpan lambat publish dah x best..citer pun dah basi..lagipun simpan dalam blog untuk kenangan kan...nak simpan jugak gamabr- gambar semua dalam album kat FB...lepas tu baru boleh delete kat HP..SA nyer memory besar dan ada gak sd card..tapi tu la..dah beribu plak..ada 10k gambar tapi SA dah delete sikit-sikit...
Lepas kami jenjalan pasar and to kill time sementara tunggu masa nak pergi boat tour tu...kami ternampak Rumah Warisan Haji Su ni...masa tu kebetulan dah pukul 9.00am kan...apa lagi, suami bagi signal terus masuk aje...
Jom baca sikit tentang RUMAH WARISAN HAJI SU...
Rumah Warisan Haji Su memiliki seni bina berciri senibina Melayu dengan gabungan dua ciri senibina iaitu Rumah Bujang Berpeleh dan juga Rumah Limas Belanda atau Potong Belanda.
Keunikan seni bina dan kepentingan sejarah tempatan menjadi tarikan kepada Lembaga Muzium Negeri Terengganu untuk memulihara rumah agam ini. Ia juga berupaya menarik pelancong asing untuk datang berkunjung ke Terengganu bagi yang melihat sendiri nilai warisan yang terdapat pada seni bina bangunan lama ini.
Rumah Warisan ini dibina di Kampung Losong Haji Su di atas tiga lot tanah bernombor 224, 1491 dan lot 1781 yang mempunyai keluasan 0.8 hektar. Pemilik asal rumah ini ialah Su Mohammed Salleh bin Haji Mohamad atau lebih dikenali dengan Haji Su.
Pada tahun 2008, Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan peruntukan dari Kerajaan Negeri Terengganu bagi mengambil alih rumah agam ini. Setelah mendapat kelulusan dari Kerajaan Negeri Terengganu, pada tahun 2010 bangunan ini berjaya diambil alih dengan kos 3.2 juta termasuk kos tanah dan mengekalkan bersama ilmu mengenai pertukangan senibina Melayu yang melambangkan intipati kemajuan teknologi, ketinggian nilai seni serta acuan corak budaya.
Pihak Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah diberi tanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja pemuliharaan melalui kaedah konservasi. Kerja-kerja awalan telah bermula pada tahun 2012, manakala kerja pemuliharaan mula dijalankan pada tahun 2014 dan siap serta diserahkan secara rasminya pada 6 April 2016. Rumah Warisan Haji Su dibuka untuk kunjungan pelawat bermula 1 Jun 2016.
Pelawat mena mendaftar dulu di pondok pengawal..isi nama, berapa pelawat dan dari negeri mana
Lawa gambar PZ kat sini
Pemilik Asal iaitu Allahyarham Su Mohammed Salleh bin Haji Mohamad (dikenali sebagai Haji Su), seorang pedagang dan pengusaha kapal yang berjaya pada era pra-perang..
Kiranya beliau merupakan antara orang-orang kaya pada zaman tu la kan..
Keunikan Seni Bina Rumah Warisan Haji Su :
Dibina hampir sepenuhnya menggunakan kayu cengal tanpa menggunakan paku, sebaliknya menggunakan sistem tanggam dan pasak.
• Gabungan seni bina Rumah Bujang Berpeleh dan Rumah Limas Belanda (Potong Belanda).
• Mempunyai nilai seni halus termasuk ukiran kayu yang diilhamkan daripada pengaruh luar seperti dari India dan pengalaman pelayaran pemiliknya
Kalau korang nak melawat boleh la letak Rumah Warisan Haji Su ni dalam itinerari lawatan korang..worth it..sebab kita dapat belajar sejarah dan boleh bergambar sebab banyak sudut2 yang cantik...sebab tu SA cakap gambar beribu kat ini..ini mana yang SA nak letak je ni..sebenarnya banyak lagi gambar...
Maklumat lawatan :-
RUMAH WARISAN HAJI SU
Lot 7181, Kampung Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Waktu Lawatan:
Sabtu – Rabu: 9:00 pagi – 5:00 petang
Khamis: 9:00 pagi – 3:00 petang
Jumaat: Tutup (begitu juga cuti umum tertentu seperti Hari Raya pertama dan kedua)
Bayaran Masuk: Percuma
No. Telefon: 09-632 1200 (Lembaga Muzium Negeri Terengganu)














































seni bina masih dikekalkan. boleh mengimbau zaman dulu terutama pelita minyak tu. sekarang nak cari agak susah,
ReplyDeletecantik dan unik sgt hasil senibinanya...ala2 mcm back to the past gitu
ReplyDeleteKatil brtiang tu igtkn sy masa kahwin. Mak ckp nk tukar katil. Sy try mintak mak nk katil bertiang. Alhamdulillah masa kahwin dpt la katil brtiang =D
ReplyDelete