Wednesday, November 5, 2025

Sesi Berangan Di Hooga Sunway Pyramid

Assalamualaikum...

Masih lagi kisah kami bertiga di Sunway Pyramid...kali ni kami berangan plak di Hooga...Apa Hooga ni?

HOOGA ialah jenama kedai hiasan rumah yang inspirasi dari Denmark, menawarkan produk gaya hidup Scandinavian seperti hiasan rumah dan aksesori yang bertujuan membawa keselesaan dan kebahagiaan dalam kehidupan seharian. Jenama ini beroperasi di Malaysia dan Singapura, dan menawarkan produk-produk seperti lilin beraroma, peralatan dapur, dan aksesori rumah dengan fokus pada "cosiness" (keselesaan) melalui "hygge" atau "hooga". Kedai mereka menawarkan pengalaman beli-belah yang interaktif, malah ada yang menyediakan perkhidmatan ukiran percuma untuk produk tertentu.

Harga?

Sedikit pricey la dari Kaison.















 
Ciri-ciri utama HOOGA Malaysia:

Konsep: Terinspirasi dari konsep Denmark "hygge," HOOGA membawa "keselesaan" dan "kenikmatan saat-saat kecil" ke dalam rumah anda melalui barangan hiasan rumah dan gaya hidup.
  • Produk: Menawarkan pelbagai jenis produk seperti lilin beraroma, perfume, perkakas dapur, dan hiasan rumah, dengan tumpuan pada reka bentuk yang moden dan elegan.
  • Pengalaman beli-belah:
    • Beberapa kedai, seperti di One Utama, direka untuk menjadi pengalaman yang lebih interaktif di mana pelanggan boleh menyentuh, merasa, dan menghidu produk secara terus.
    • Perkhidmatan ukiran percuma disediakan untuk produk seperti lilin dan perfume di kedai utama.
    • HOOGA juga kerap menawarkan promosi sepanjang tahun seperti "yard sale" untuk memberikan nilai lebih kepada pelanggan.
  • Lokasi:
  • HOOGA mempunyai kedai di pelbagai lokasi di Malaysia, termasuk [Link: Johor Premium Outlets https://www.premiumoutlets.com.my/johor-premium-outlets/stores/hooga, Link: One Utama Shopping Centre (Petaling Jaya) https://www.instagram.com/reel/DNCtIGAx0mU/], dan [Link: Pavilion Kuala Lumpur https://www.pavilion-kl.com/store/hooga/].
    • Ada juga di MyTOWN Shopping Centre dan Mid Valley Megamall
    • Kedai mereka, seperti di Johor Premium Outlets, telah diubah suai ke kedai yang lebih besar dan moden untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih baik.

    SA suka pewangi bilik tu...diffuser pun sedap bau dia...tuala jangan cakap la..nasib baik la x kencang poket..kalau tak memang dah shopping sini dah..pokok bunga tu pun artificial je tu...itupun cantik gak...berkenan jugak bantal tapi harga nauzubillah...SA baru je beli bantal untuk kesihatan leher tu...tak sedap la pakai..rasa keras....


Melawat En Hedzuan Di Hospital Kanak Kanak UKM

Assalamualaikum WRT

Pukul 3 petang semalam  SA dan team ke Hospital Kanak Kanak UKM di Cheras. Kami 9 orang melawat boss kecik kami En Hedzuan Azlee untuk memberikan moral support keda beliau dan Puan Isteri yang sedang di duga dengan anak sulung yang mengalami Leukimia. Anak En Hedzuan iaitu Hana Naazneen sedang dirawat di sini dan di ward ICU...kami x boleh melawat Hana, tapi takpe..kami melawat ibu dn ayahnya...at least semangat keduanya kuat kan...pagi semalam kami 1 team dah bacakan yassin di bilik meeting...

Sempat SA snap gambar semalam...simpan sini untuk kenangan...








 


Zana yang pakai tudung hijau ni pun sedang diduga juga..anak sulung nyer sedang diduga dengan kanser Lymphoma...sedang menjalani Chemotherapy cycle ke 6..ada 6 cycle to go..


Sama-sama kita doakan mereka yang sedang di duga ini diberikan ketabahan dan semangat yang tinggi....semoga anak-anak yang sedang menjalani Chemotherapy ini diangkat kesakitannya dan diberikan kesembuhan...

Amin YRA....


Sarapan SA Hari Ini

Assalamualaikum WRT...

Dah sarapan ke tu?

SA baru sudah sarapan...pagi ni SA buat bihun goreng simple je..rendam bihun malam semalam..lepas tu SA siapkan rencah..kali ni SA teringin bihun macam arwah mak buat...xde bahan lain kecuali ikan bilis dan bawang putih bawang merah, tumbuk hancur...lepas tu cili pun letak cili kering mesin yang pedas tu sesudu je..nasib x rasa pedas...best plak bihun goreng SA hari ni..bertambah- tambah suami makan pagi tadi...SA x tinggalkan untuk PZ sebab PZ x nak...dia kan x leh makan bihun..tapi mee kuning boleh plak...sabar jer la...

Bihun ni bukan untuk SA sarapan pagi..tapi SA nak makan untuk tengahari...so sarapan pagi SA makan sandwich aje SA beli tadi pagi kat Mynews.com.


Bihun goreng resepi arwah mak


egg sandwich


Ok la rasa dia..sandwich telur je kot..


Nescafe O bancuh sendiri..

Korang sarapan apa hari ni?

Jangan lupa sarapan ye...


Menu Lunch Isnin Dan Selasa

Assalamualaikum..

SA ni sejak condition kesihatan sedikit mengganggu, jadi x larat nak buat sarapan..bukan x nak buat..masalah lebih kepada x larat sebab SA mengalami sendi2 yang sakit...semua tulang temulang SA sakit..bila dh duduk tu nak bangun semula...allahu...macam dh tua sangat....sebab tu SA dh jarang buat bekal..kalau ada lauk lebih baru SA bawak bekal..x tau la bila nak ok keadaan badan SA ni...kalau la x fikir banyak hutang dan anak masih belajar..mau SA pencen awal kerja...hahaha...

Jom tengok makanan SA dari Isnin sampai la semalam..


Nasi goreng kampung telur mata


Ayam goreng Muiz


Semalam nasi goreng ikan masin


 Sambal Kentang crispy 

Hari ni x tau nak makan apa...

SA nak kena diet semula ni..15hb nanti nak kena timbang lagi...bulan 12 nanti last program loose weight  tu...

Bulan 11 ni x best la...xde Public Holiday..


Tuesday, November 4, 2025

Tambah Gas Dan Tukar Filter Kereta Dania

Assalamualaikum...

Kan Sabtu hari tu masa jenjalan 3 gegirls tu kan...kereta Nia si Oyen kan ekon tak x sejuk kan...Ahad SA suruh la suami pi tengokkan apa masalahnya...dah masa dia nak buat hal la tu..dah 3 tahun dah pun keta Nia tu..sekejap aje...

Hantar kat bengkel Uncle Wong..dia kata ekon kurang..so tambah la gas...lepas tu check filter..dah tebal..tapi boleh guna lagi..tapi suami kata tukar aje la..nanti x sejuk saya punya anak dengan mem bising...

Terbang la RM100...






macam ni kotor dia kata leh guna lagi...kasi tukar baru la...

 

Dania kata dah sejuk dah...tinggal nak servis je nanti bila dah cecah 6OK mileage...lambat plak sampai masa nak service keta Nia...kalau Meyoon tu dah 100K lebih dah...itupun nak kena servis gak lagi tu...adat pakai kereta kan.

Adat memakai kereta adalah dengan menjaga penyelenggaraan secara berkala seperti menukar minyak enjin dan penapis, memeriksa tekanan tayar dan cecair penting, serta menjalankan pemeriksaan menyeluruh mengikut jadual untuk memastikan kereta dalam keadaan baik, keselamatan terjamin, dan menjimatkan kos pembaikan jangka panjang.

Penyelenggaraan Mingguan
  1. Periksa tekanan tayar.
  2. Periksa jika ada kerosakan yang jelas pada tayar. 
Penyelenggaraan Bulanan
  1. Periksa paras minyak enjin dan cecair penting lain seperti cecair brek dan cecair pencuci cermin. 
Penyelenggaraan Setiap 5,000 - 8,000 km
  1. Putar kedudukan tayar (tyre rotation).
  2. Lakukan pemeriksaan brek ringkas untuk melihat ketebalan pad brek. 
Penyelenggaraan Setiap 10,000 km atau 6 Bulan
  1. Tukar minyak enjin dan penapis minyak.
  2. Lakukan pemeriksaan menyeluruh bersama mekanik.
  3. Periksa komponen lain seperti suspensi, stereng, dan ekzos. 
Tanda-tanda Waktu Servis
  1. Lampu amaran enjin atau minyak menyala di papan pemuka.
  2. Bunyi pelik (cth: desingan, decitan) atau bau terbakar.
  3. Penurunan prestasi (cth: kurang pecutan, pertukaran gear kasar).
  4. Getaran berlebihan atau kereta menarik ke satu sisi.
  5. Kebocoran cecair di bawah kereta. 
Manfaat Penyelenggaraan
  1. Keselamatan: Kereta yang diselenggara dengan baik lebih mudah dikendalikan dan diberhentikan dengan tepat.
  2. Prestasi: Enjin yang bersih dan diselaraskan dengan betul membakar bahan api dengan lebih cekap, yang boleh meningkatkan penjimatan bahan api.
  3. Jangka Hayat Lebih Panjang: Menggantikan bahagian yang haus dapat menghalang kerosakan lanjut.
  4. Nilai Jualan Semula Tinggi: Kenderaan yang diselenggara dengan baik mempunyai nilai jualan semula yang lebih tinggi.
  5. Jimat Kos: Mengelakkan kerosakan besar dapat mengurangkan kos pembaikan yang maha

Info panduan menjaga penyelenggaraan kereta dari google.com
SA dah tak service kereta kat centre dah..semua buat kat luar..bab servis kereta SA serahkan kat suami...orang lelaki lagi faham dan lagi pandai kan...so far cukup je mileage memang hantar servis...takde nak tunggu2..every year simpan duit untuk roadtax dan insurance renewal...semua nak kena jaga selain dari installment kan...
Ralat : SA mohon kawan- kawan semua  selitkan doa atau bacaan yassin buat anak kepada colleague SA yang berada dalam keadaan yang kurang memuaskan.. doakan adik Hana Naazneen Binti Hedzuan Azlee agar dipermudahkan dan diberikan kesembuhan. Kuatkan semangat Hana melawan Leukimia..keadaa terkini Hana, jantungnya lemah...mana tau ada doa antara kalian kawan- kawan hebat SA diangkat untuk adik Hana sembuh. Mohon juga kuatkan hati serta semangat kedua ibu bapanya...

Lunch Sedap Di A'DECADE Sunway Pyramid

Assalamualaikum...

Lepas merayau-rayau, window shopping apa segala kami cari tempat nak makan..banyak pilihan sebenarnya..mulanya nak makan kat Shabuyaki..lepas tu x jadi so kami masuk kat A'Decade ni..masa kami masuk tu ada satu ke 2 family je dalam tu..x ramai..bila dh order baru ramai masuk...

Banyak pilihan makanan dan minuman dan kami amik masa yang sedikit lama untuk order...semua dalam buku menu nampak sedap..lama la kami study buku menu tu..pilih air...SA ternampak plak Sup Kepah terpampang belakangadik SA si Lissa..mak aiii..teringat sup kepah makan kat Lala Chong beberapa tahun yang lepas..terus la SA order...dan SA yang habiskan pun...kat sini SA nak n ok uji masakan memang sedap dan service pun laju...

Jom tengok gambar...



Restoran A'DECADE terletak di Lower Groundfloor


Buku menu pun cantik





Interior pun letak gambar makanan terpampang besar..mengundang selera betul


Lala soup yang buat SA jatuh hati..


Order kami..


Mom and daughter


Nampak x Lala soup belakang Lissa tu...tgok lagi sekali ni pun terliur


Dry Dumpling Noodles SA...sedap giler


Didatangkan bersama soup dan sauce


Prawn paste Cheong Fun...pun sedap..


Nasi goreng tomyum with seafood


Lala soup with cili potong


Close up Lala Soup


Cantonese Crispy Sang Mee Dania punya


Air kami...


Nampak sedap dan memang sedap..rasa sayang nak habiskan..


Suka la minah ni makan-makan macam ni..


SA sedang menikmati dan menghayati...


Portion besar...x habis pun Lissa makan..ada la suku x habis..kalau half memang mjntak diorang tapau...

Semua sedap...

Puas hati makan kat sini....

Total damage  RM155 lebih..

Lepas bayar tu Dania dapat goodies dari restaurant sempena Halloween...dalam tu ada jajan dulu-dulu dan mainan gak..macam belon yang tube tu..alaa..dalam tube kecik, kita letak kat straw lepas tu tiup..jadi la belon...x tau la apa nama dia tapi selalu beli la masa budak2 dulu...apapun puas hati makan kat A'Decade Sunway Pyramid. Mereka mwnawarkan Asian Fusion dan juga local street food...kalau korang pergi Sunway Pyramid, SA recommended restaurant ni...

Lepas tu kami ke mana?

Masih dalam Sunway Pyramid, just jenjalan cuci mata random aje...

Itu SA citer next entry ye...

 


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah