Sambil menikmati secawan black coffee pagi ni, terbaca pula pelbagai cerita hangat di media sosial tentang isu panic buying dan khabar angin kononnya sistem perbankan terancam gara-gara isu serangan siber.
Risau juga mula-mula baca, apatah lagi bila Perdana Menteri sendiri ada mengeluarkan kenyataan rasmi supaya negara memperketatkan tahap keselamatan siber kita. Tapi, apa pun situasi di luar sana, tak perlulah sampai kita sendiri yang panik, berpusu-pusu keluar kan semua duit simpanan, atau memborong barang dapur macam nak hadapi peperangan! Kalau semua paksa diri ikut panik tak tentu pasal, silap-silap ekonomi kita sendiri yang "tumbang" disebabkan ketakutan kita.
Apa pun, ambil langkah berjaga-jaga yang bijak elakkan klik pautan mencurigakan dan jangan mudah percaya berita sensasi yang belum tentu sahih. Yang penting, kita teruskan rutin harian seperti biasa dengan tenang, jaga kesihatan, dan banyakkan bersyukur
Semoga hari korang juga dimulakan dengan sesuatu yang baik dan diberkati.
Selamat bersarapan semua!






Selamat bersarapan SA. Ada terbaca juga pasal issue buying panic & security cyber . Kena juga berhati² dan selalu check account utk mengurangkan rasa bimbang kita
ReplyDelete