Showing posts with label Menu Puasa 6. Show all posts
Showing posts with label Menu Puasa 6. Show all posts

Friday, April 11, 2025

Berbuka Puasa Dengan Nia Makan Lemang Daun Lerek..

Assalamualaikum..

Balik kerja semalam SA lalu area orang jual lemang..nampak lemang daun lerek..eh..tetiba teringin sebab SA kan x beraya...x rasa makanan raya sangat...makan sikit2 je...so semalam SA suruh suami beli sebatang, suruh Nia panaskan daging dendeng...makan sekali masa Dania berbuka semalam...sedapnyaaaaa....cumanya dendeng tu pedas plak...aish..dh x boleh makan pedas ke apa SA ni...

Kat mana beli lemang daun lerek? kat area Ampangan ke Jalan Pantai tu...ada satu stall tu jual..bertahun dah diaorang meniaga kat situ.

Biasa orang buat lemang dengan daun pisang kan..kali ni dengan daun lerek..apa daun lerek tu?

Lemang daun lerek adalah sejenis makanan tradisional yang berasal dari kawasan Nusantara, terutama Malaysia dan Indonesia. Lemang biasanya dibuat daripada beras pulut yang dimasak dalam batang buluh bersama santan. Yang membezakan lemang daun lerek dengan lemang biasa ialah penggunaannya daun lerek (juga dikenali sebagai daun simpor atau daun mengkuang hutan, bergantung kepada kawasan) sebagai lapisan dalam buluh.

Daun lerek digunakan untuk menggantikan daun pisang, dan ia memberi aroma yang lebih wangi serta rasa yang unik pada lemang. Daun ini juga tidak mudah koyak dan tahan panas, menjadikannya sangat sesuai untuk memasak lemang.

Makanan ni selalunya popular masa musim perayaan seperti Hari Raya, dan sering dimakan bersama rendang atau serunding..

Aci lah erk..tanya ChatGPT, malas nak cari info...😂😂😂



Ni rupa paras lemang daun lerek...SA pernah beli dulu masa arwah MP ada lagi...


Daging dendeng yang SA beli kat kawan office..ada sebekas lagi..suruh Nia panaskan aje...


Nia buat nasi goreng, mentang- mentang mama baru beli ikan bilis...selambak ikan bilis dia letak


kasi up dengan keropok ikan dan telur mata...aih...laju la menambah...


Hari ni x tau la nak berbuka apa...masak singang dia sampai ke sudah x buat...esok la kot...kena cari ikan tenggiri..dia nak ikan tenggiri dari hari tu...tadi PZ dah call SA...dia nak beli ayam kampung plak...hurm..ikut dia la aih...masak apa pun ok untuk berbuka hari ni...SA tumpang sekaki je...

 


Wednesday, March 29, 2023

Menu Berbuka Puasa Ke 6

Assalamualaikum...

Semalam menu puasa ke 6 adalah yang paling simple dalam sejarah...ada 2 lauk jer sebenarnya mula- mula..masak lemak cili api ikan sennagin Pak Zain masak campur peria. Pas tu ada 2 ekor ikan kembung goreng...SA sampai awal kat rumah semalam dalam pukul 6.30pm. Lepas tu SA bertungkus lumus buat sambal sardin...pedas plak SA buat...dan goreng telur mata 2 biji...itu je SA makan...

Pak Zain dalam proses nak kurangkan bahan basah dalam fridge...terus dia xde idea nak masak...dia main belasah je masak apa yang teragak semalam..sayur pun x goreng..SA xde la bising sebab dia pun x sihat..berjangkit selsema dengan si Aydan. Tu yang SA terus masak aje tu...ni hari ni tak tahu la apa yang dia masak. Maybe dia masak awal hari ni kot sebab pukul 2 petang nak pi jemput Dania.

Jom tengok gambar...



Ikan senangin masak lemak cili api campur peria


Sambal sardin pedas berapi


Ikan kembung goreng


Telur mata

SA kalau buat telur mata memang failed, kuning tu mesti susah nak jadi cantik dan cair..hahaha...minyak panas sangat ke..memang x kan jadi macam yang kat kedai..kalau nak makan telur mata biasanya SA suruh Pak Zain buatkan atau Dania yang buatkan...hahaha...apo kan...dah 45 tahun dah tahun ni masih failed...sabar jer la...

Apa lah agaknya menu berbuka hari ni...SA ingat kalau larat rehat tengahari jap lagi nak pi Sam Groceries la cari apa yang patut...


Monday, August 8, 2011

Ramadhan Yang penuh Dugaan + Menu Berbuka Day 6

Masak Lemak Ketam


U olls...

Hari ni dah masuk 8 hari kita umat islam berposa...

8 hari jugak i berpuasa penuh walaupun i demam+ batuk+ selsema dari Sabtu lepas...Kalau x kuat semangat

memang i flat abih dan layan makan ubat...tapi alhamdulillah semangat tuh kuat sangat...

Semoga i terus bersemangat untuk meneruskan puasa seterusnya...

Menu Masak Lemak Ketam Idaman...selepas teruja ngan si Amy Sweetdarling ari tuh....

Amy...walau i batuk..i belasah aje noks...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah