Showing posts with label Tips Berpakaian. Show all posts
Showing posts with label Tips Berpakaian. Show all posts

Tuesday, July 31, 2018

Tips Berpakaian dan Memilih Pakaian Sesuai Untuk Wanita "Comel"

Hi korang...

Betul tak kalau SA cakap wanita "comel" akan nampak langsing kalau pakai baju yang betul- betul sesuai dengan badan. Tak semua wanita dianugerahkan bentuk badan persis model. Walaubagaimanapun tak kisah la apa juga bentuk badan korang, setiap wanita sebenarnya BOLEH tampil menarik sekiranya bijak memilih dan menggayakan fesyen yang bersesuaian. Wanita yang rendah sama ada kecil molek ( petite) atau sedikit berisi pun boleh bergaya meskipun kadangkala menghadapi kesukaran mencari pakaian. Adakala sampai perlu diubah suai.

Sebenarnya ada beberapa teknik yang boleh dimanfaatkan khusus buat wanita "comel" untuk kelihatan lebih tinggi dan langsing. Jom tambahkan sedikit ilmu penggayaan kerana ia membantu meningkatkan penampilan dan keyakinan diri. Jangan malu untuk mencuba. Siapa cakap wanita berbadan besar tak boleh bergaya kan..Alhamdulillah SA tak menghadapi banyak masalah sebab badan SA tak kecik dan tak besar..di pertengahan sahaja..tapi kena pandai jaga la..kalau tak pandai jaga nampak pelik pulak bila menggayakan pakaian kan...

Sumber google.com


Tips menggayakan pakaian untuk wanita "comel"

  • Pilih baju atau blaus yang mempunyai kolar berpotongan V
  • Masukkan baju atau blaus ke dalam seluar panjang (tuck in) supaya kaki anda kelihatan lebih panjang dan tentu sahaja menampakkan kesan badan lebih tinggi
  • Pilih saiz yg sesuai dengan bentuk badan kerana pakaian terlalu longgar membuatkan badan anda kelihatan lebih besar daripada saiz sebenar
  • Kenakan pakaian dengan motif atau corak bergaris menegak. Elakkan corak besar atau garis melintang kerana ia akan membuatkan anda tampak lebar dan SEMAKIN RENDAH
  • Jangan takut mengenakan skirt pendek ( bagi mereka yang memakai skirt ke pejabat) sebaliknya hindari skirt yang labuhnya melepasi lutut atau betis sehingga betis kerana pemakaian sebegini akan membuatkan badan anda seperti terpotong dan akibatnya anda nampak lebih pendek
  • Jangan lupa mengenakan kasut bertumit tinggi

sumber google.com


Beberapa tip berpakaian yang perlu diketahui :

  • Pakaian berwarna gelap menimbulkan kesan ramping pada tubuh
  • Baju tanpa lengan atau berkolar tinggi sangat sempurna untuk individu yang memiliki dada yang besar
  • Anda beruntung sekiranya memiliki leher yang jinjang kerana bentuk leher seperti inisesuai untuk baju berkolar tinggi.
  • Jika leher anda sedikit pendek, pakailah rantai atau kalung yang sesuai  untuk memberikan kesan lebih cantik
  • Sebaiknya ganti kasut lama anda kerana kasut yang terlalu lama mempunyai warna yang pudar dan ini akan merosakkan penampilan.
  • Kasut dengan tumit yang sangat rendah sukar untuk dipadankan dengan gaun atau kemeja, bagaimanapun ia baik untuk kesihatan kaki.
  • Jangan malu untuk mencuba fesyen sekiranya ingin tampil menarik.
  • Perlu bijak bermain dengan warna.


Ootd - Nampak Langsing Dengan Baju Kurung Moden Dari Novembermate

Sementara tu SA nak cerita sedikit tentang Ootd SA baru- baru ni ke majlis perkahwinan anak saudara SA..SA menghadapi masalah setiap kali nak memilih baju yang sesuai..bila SA baca semula tips kat atas ni..SA decided untuk pilih kaler gelap supaya SA nampak sedikit kecil dari badan yang sebenar dan nampak sedikit langsing. Ye SA tak gemuk..tapi sedikit berisi dengan berat badan tak lebih dari 60kg. Berat badan SA on and off..memang tak pernah konsisten..sekarang 57kg...hehehe...tahun lepas SA ada beli sepasang baju kurung moden yang cantik sangat keluaran Novembermate Bangi. Masa ni memang takde pilihan lepas SA merayau lama kat Bangi Sentral tu..sekali jer SA pakai masa raya tahun 2017. Lepas tu tak tau la plak kenapa SA x pakai- pakai dah...SA tak banyak baju yang berwarna gelap..so SA bereksperimen dengan baju dari Novembermate ni..


Corak bunga kat tepi baju tu cantik sangat..


Nampak tinggi tak?

Nah....

Pilihan SA tepat..betul juga fakta di atas tu...pakaian berwarna gelap menimbulkan kesan ramping pada pemakai..SA pakai wedges 5 inch masa ni dan nampak sedikit tinggi. Accessories SA tak pakai sebab nak nampak simple yet elegant..haha..SA hanya bereksperimen je...tak sangka plak berjaya..SA suka baca tips- tips yang berguna macam ni sebab SA tak tinggi..petite dengan badan sederhana..yeay...akhirnya...oh yer kalau korang nak baju syantik macam ni..boleh lah terjah Butik Novembermate kat Bangi. Kedainya di tingkat atas sebaris dengan Butik Liyana Rahman.

Sekian sahaja perkongsian SA untuk kali ini..korang yang berbadan comel tu jangan takut untuk bergaya dan kelihatan menarik..betul..korang boleh aje kelihatan cantik cuma perlu sedikit effort..ketepikan perasaan rendah diri atau malu untuk mencuba..tak cuba..tak tahu kan?

All the best korang.....

Tuesday, May 10, 2016

Seni Memilih Blazer Untuk Wanita Plus Size...

Apabila membeli blazer (atau jaket) untuk tujuan dipakai ke tempat kerja, ramai wanita plus-size menghadapi kesukaran memilih blazer yang sesuai.

Seringkali blazer yang dipilih menyebabkan wanita plus-size nampak lebih berisi walaupun warna blazer yang dipilih sudah berwarna gelap.

Memilih blazer yang mampu memberikan ilusi langsing memerlukan mata yang tajam. Maka kali ini, saya berkongsi tip ringkas tentang seni memilih blazer khas untuk wanita plus-size bekerjaya yang mahu kelihatan langsing (atau kurang berisi) ketika mengenakannya.

Selamat mencuba!







Semoga tips- tips diatas membantu wanita-wanita plus size untuk terus berfesyen Tanpa rasa rendah diri..wanita plus size pun boleh kesihatan menarik kan?

Kredit gambar Dan info
#guruimej #puanmary
Sumber : FB


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah