Wednesday, May 22, 2013

Resepi Gulai Cendawan Tiram

Memenuhi permintaan Shu Shinju...

Ni resepinya yer Shu...jgn x cuba plak...

1. Cendawan Tiram
2. Kunyit Hidup 1/2 inci
3. Cili api ikut pedas
4. Santan kelapa 1/2 kilo
5. Segenggam ikan bilis
6. 2 batang serai

Cara2
1. Kunyit hidup+cili api +sedikit garam kasar tumbuk sampai lumat
2. campurkan bahan tumbuk td bersama ikan bilis dan 2 btg serai dalam santan dalam periuk, serai tu di titik2 ye...
3.Renehkan atas api yang sederhana
4.Kacau2 kasi mesra gitu...
5.Dah mendidih..masukkan Cendawan Tiram
6.Biarkan dalam 5 minit dan tutup api..
7.Sedia di hidang..

Jangan lupa goreng ikan masin bagi menambah selera ..huhu..berat badan korang naik jangan salahkan Mak Jemah ye Jenab2 semua...

Yang lain2 kalau nak cuba adalah dialu2kan...

Pondan Taksub Erra Fazira...


Kami menerima satu kiriman email koleksi gambar seorang lelaki yang claim dirinya adalah Erra Fazira sebenar! Tidak dinafikan terdapat iras wajah Erra Fazira pada lelaki ini. Lelaki mempunyai buah dada ini lebih mesra dipanggil rakyat Malaysia sebagai bapok atau pondan. Lebih 80% tubuh badannya telah berjaya diberi wajah baru sebagai seorang wanita. 20% lagi terletak di bahagian bawah yang masih belum sempat di’transform. Mungkin masih mengumpul dana untuk menjadi 100% wanita berwajah iras Erra Fazira. Ada rupa tak?
ohartis-errapondan5
Adakah benar seperti yang dikatakan, semua pondan di Malaysia menggunakan khidmat bomoh untuk menjadikan wajah mereka seperti artis. Ada Erra, ada Ziana Zain, ada Siti Nurhaliza, ada Anita Sarawak dan ramai lagi. Jika anda mempunyai pengetahuan am mengenai kehidupan mereka, berkongsilah dengan kami.

Ada jugak orang macam ni eh..taksub sampai sanggup mengubah ciptaan Allah...macam mana la dia di akhir usia nanti kan...subhanallah...mintak dijauhkan la dari kita dan ahli keluarga kita..



Kepala tikus dalam nasi goreng


Rui’an (China): Seorang pelajar sekolah menengah menemui kepala tikus dalam hidangan nasi gorengnya ketika sarapan di kantin sekolah kelmarin.
Penemuan itu menjadi sensasi apabial foto kepala haiwan itu dimuat naik di laman blog mikro Weibo.

Kebanyakan pengguna Internet negara itu menyatakan rasa terkejut ekoran penemuan menjijikkan itu. Dikatakan kepala tikus itu sebesar saiz jari kelingking orang dewasa.
Pengetua Sekolah Menengah Rui Xiang, Weng Heng Xuan memberitahu Beijing Times apabila pihak berkuasa datang untuk melakukan pemeriksaan di sekolah itu pada 7 Mei lalu, mereka menemui rahang daripada seekor tikus bersaiz besar yang kelihatan seperti sudah dipanggang. Pihak berkuasa telah merampas sejumlah cendawan kering dan nasi pulut dari sekolah itu untuk siasatan lanjut.

Pegawai keselamatan makanan memberitahu wartawan kepala tikus itu ditemui bersama cendawan kering yang dipesan kantin sekolah daripada pembekal. Dia juga memberitahu menemui tulang dalam bungkusan cendawan kering, tetapi tidak dapat memastikan jenis haiwan berkenaan. - AsiaOne

erk...geli plak aku ha..terus terkenang kekadang Dania x bawak bekal beli makanan kat kantin..harap2 kes mcm ni xde la kat Malaysia...tp x mustahil kan?


Tuesday, May 21, 2013

Lintah Mudah Diternak


Jika diberi pilihan untuk memegang lintah, mungkin ramai kalangan kita cuba mengelak daripada mendekati haiwan berkenaan kerana rupa bentuknya yang berlendir, lembik dan licin.
Sifat semula jadinya yang ditonjol­kan sebagai ‘drakula’ penghisap darah menyebabkan lintah sering dipandang sebagai spesies menakutkan terutama ketika berada di persekitaran habitat asalnya.
Bagaimanapun, satu perkara jarang diketahui orang ramai ialah tabiat menghisap darah haiwan berkenaan, iaitu ketika tempoh mengawan tiba bagi kegunaan telurnya, manakala makanan utamanya adalah cacing dan lumut.

Walaupun ia haiwan penghisap darah yang ditakuti keba­nyakan orang, khasiatnya dalam dunia perubatan tidak boleh disangkal, malah terbukti berupaya untuk menyelesaikan masalah berkaitan pengaliran darah.
Foto

LINTAH mempunyai nilai tinggi dalam dunia perubatan.

Kandungan ‘hirudin’ di dalam lintah adalah bahan yang sangat berkesan bagi mencegah pembekuan darah, manakala ‘histamine’ padanya pula dapat mengembangkan saluran kapilari darah.

Dalam dunia perubatan, air liur lintah mengandungi bahan bius, bahan anti pembekuan dan bahan antibiotik yang berkesan.

Khasiatnya terbukti dalam menggalakkan peredaran darah danmenghalang pembekuan darah, selain banyak digunakan dalam pembedahan mikro (kecil) seperti dalam kes penyambungan anggota badan.

Tidak hairanlah negara dari Eropah termasuk Amerika Syarikat sudah lama mempraktikkan penggunaan lintah dalam dunia perubatan, industri herba, farmaseutikal, kosmetik dan industri bedah.

Lintah atau ‘Hirudo medicinalis’ adalah spesies haiwan inverterbrata (haiwan tidak bertulang dan berkaki) mempunyai saiz badan yang pelbagai iaitu lima milimeter (mm) hingga 450 mm apabila memanjang. 

Badan lintah adalah leper dan mempunyai dua penghisap di kedua-dua hujung badannya dengan saiz penghisap hadapan lebih kecil dari penghisap belakang.

Unik­nya spesies berkenaan ialah ia sejenis haiwan ‘hermapordit’ kerana mempunyai kemaluan jantan dan betina di dalam satu badan, namun masih memerlukan pasangan untuk mengawan. 

Kedua-dua pasangan lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan manakala telurnya yang berada di dalam kokun (kelongsong) akan melekat di bawah rekahan tanah atau pokok kiambang.

Kokun yang mengandungi nutrien untuk menelurkan anak lintah sebenarnya terhasil daripada sejenis cecair pekat dikeluarkan haiwan itu menerusi bahagian badannya dikenali sebagai klitelum.

Ia tahan dengan keadaan persekitaran yang ekstrem, dengan setiap satu kokun boleh menempatkan lebih 20 ekor anak lintah.

Bagi masyarakat Melayu, lintah sudah lama digunakan untuk tujuan perubatan, malah penduduk di kawasan desa dan perkampungan pernah menjadikannya sebagai bahan pengubat luka.

Dalam mengubat luka caranya sangat mudah iaitu hanya menyapu tempat luka dengan lendir lintah. Malah, ia juga sangat berkesan bagi merawat penyakit kudis buta. 

Oleh itu, tidak keterlaluan untuk me­ngatakan pengubatan secara tradisional masyarakat Melayu satu ketika dahulu seakan-akan sama dengan rawatan perubatan yang dipelopori Barat, cuma ka­edahnya berbeza.

Keberkesanan penggunaan lintah dalam bidang perubatan yang sudah dibuktikan di peringkat global itu menyebabkan haiwan berkenaan diternak secara besar-besaran bagi tujuan komersial. 

Di negara ini, ia dipelopori Art Soulist Holdings Sdn Bhd (Artsoulist) menerusi pembangunan dan penyelidikan (R&D) dilaksanakan semenjak 1995.

Pembabitan pihak terbabit bagaimanapun bermula dari bawah, bermula dengan modal jualan minyak lintah sebanyak 40 botol kepada pelanggan sekitar Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur, seterusnya berkembang hingga terbinanya sebuah kilang dengan pelaburan RM1 juta.

Tambahan pula, selepas mendapat inspirasi daripada Kementerian Kesihatan, Pengarah Urusannya, Zamri Ibrahim dan Pengerusi Eksekutif Syed Osman Ismail tidak teragak-agak lagi untuk mengembangkan perniagaan kepada skala lebih besar. 

Zamri berkata, keistimewaan terdapat pada lintah seperti mudah diternak menjadi antara faktor pihaknya memilih haiwan berkenaan untuk dikomersilkan.

“Dilihat kepada potensinya, lintah boleh diusahakan secara komersial. Dalam pasaran negara, ba­nyak syarikat mengeluarkan produk berasaskan gamat, madu dan Tongkat Ali.

“Jadi mengapa tidak kami menerokai spesies haiwan itu yang banyak terdapat di negara ini, terutama khasiatnya kepada golongan lelaki,” katanya.

Sejak dahulu hing­ga kini, minyak lintah sudah dikenali masya­rakat dan dari situ juga bermulanya langkah pertama pihak terbabit untuk mengembangkan industri penternakan lintah di dalam negara.

Tanpa menoleh ke belakang, dua sahabat terbabit memulakan penternakan lintah secara lebih serius pada 1998 dan menghasilkan minyak lintah yang menjadi bahan komoditi baik bagi industri farmaseutikal.

Zamri berkata, me­ngikut kitab lama ‘Tajul Muluk’, lintah memang digunakan untuk kesihatan lelaki dan ia disokong de­ngan empat elemen penting pada haiwan itu seperti hirudin, pheromone, histamin dan nitrat oksida.

“Barat gunakan lintah untuk tujuan perubatan. Jika berlaku kemalangan, lendir lintah akan digunakan. 

“Enzim lintah ini akan disapukan pada bahagian luka kerana berperanan sebagai pembekuan darah, sekali gus menghentikan pengaliran darah berterusan.

“Sebagai contoh enzim lintah dapat menyambung balik bahagian organ seperti telinga yang terputus, manakala dari segi kosmetik, lintah digunakan untuk rawatan masalah kulit,” katanya.

Kini lintah diternak di beberapa kawasan di Terengganu, Perak dan Kedah menerusi pembekal utama yang dilantik Artsoulist bagi memenuhi keperluan penghasilan produk syarikat di Ajil.

“Ketika mula diperkenalkan, lintah banyak di­usahakan, namun sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyebabkan ia dijadikan sebagai medium kepada skim cepat kaya hingga berkubur seketika.

“Dari situ kami menghentikan penternakan lintah sebelum memilih lebih 10 pembekal bagi memenuhi keperluan. Lebih penting harganya kini dijual sekali ganda daripada RM60 kepada RM120 sekilogram,” katanya.

Berkongsi pengalaman mengenai penternakan lintah katanya, ada tiga jenis lintah yang diternak di negara ini membabitkan spesies tiger, brown dan hijau, dengan lintah Asia mempunyai nilai perubatan paling tinggi di seluruh dunia.

Menurutnya, haiwan itu mempunyai 650 gigi halus serta tiga bahagian rahang untuk mencangkuk dan mengeluarkan enzim bagi mencairkan darah sebelum mengeluarkan sejenis lagi bahan kimia untuk menghentikan darah sebaik ia kenyang.

Katanya, tempoh matang bagi induk adalah selama enam bulan dan haiwan itu mampu hidup sehingga tiga tahun bergantung kepada cara ternakan yang dijalankan penternak.

“Lintah mudah diternak kerana hidup di persekitaran habitat semula jadi. Kita hanya perlu memindahkannya dari tempat asal ke kolam baru dengan menjaga air dan keasidan tanah (pH).

“Setiap satu kilogram lintah mengandungi kira-kira 100 ekor dan kualitinya akan diperiksa sebelum diasingkan bagi proses pengekstrakan,” katanya.

Beliau berkata, teknologi pengekstrakan yang digunakan membabitkan beberapa kaedah iaitu dengan menggunakan pelarut, perahan atau teknik penyulingan bagi mendapatkan hasil diingini.

Katanya, bagi mendapatkan ekstrak lintah, proses pengekstrakan dijalankan terhadap lintah yang berkualiti sebelum menghasilkan dua jenis produk akhir iaitu bentuk cecair ataupun minyak.

Menerusi ekstrak minyak lintah, katanya Artsoulist berjaya mengeluarkan 20 jenis produk kesihatan berkaitan lelaki termasuk produk paling utama atas jenama Minyak Lintah Tapa.

“Kira-kira 10,000 hingga 20,000 botol minyak lintah dikeluarkan syarikat dalam tempoh sebulan bagi bekalan tempatan seperti edaran runcit, farmasi, kedai kosmetik dan jamu.

“Selain itu, kira-kira 4,000 botol minyak lintah lagi diedarkan ke luar negara selepas mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika Syarikat (FDA) dan diyakini selamat lagi berkesan,” katanya.


Lunch Ahad Kami


Dah biasa kami makan ramai2 kat kampung...seronok makan ramai2...laju jer makan bertambah...
kali ni rasanya makan yang simple...

 preparing gulai cendawan tiram...yummy
 carik2 cendawan..
 ni ikan baung ye....
ikan keli beli sekilo jer...
 gulai cendawan tiram
 gulai ikan baung campur pucuk pegaga...pegaga ni tanam tau...
ikan keli goreng garing....

best..puas hati makan ramai2...
makanan yang simple tu yang membuka selera...Ahad korang masak pe?
meh la kongsi kat sini...


Dinner Ala Kampung

Takde apa yang hebat kalau balik kampung kecuali makan makanan kampung style....ini yang di tunggu2 setiap hujung minggu...berehat dan menikmati keindahan di kampung..serbi serbi tentang kampung..


makan malam yang simple...


Nak makan ulam fresh je petik kat pokok...

Insyaallah minggu ni balik lagi...itupun lepas majlis hari lahir si kembar...ye minggu ni kembar genap berumur 2 tahun


Monday, May 20, 2013

Buffet Lunch Hilton KL


Jumaat lepas..Lunch buffet kat Hilton...
Pergi dengan hati yang sebal...kenapa...ah..malas nak ingat la..korang baca la entry2 lepas aku tu...bila pergi dengan hati yang x enak...makanan yang sedap2 pun jadi x enak...paksa jugak la makan kan..

 plate pertama...aku kalau makan buffet xde nak amik nasi de..ratah lauk je...tp babay lobster tu sodap..
 Lamb Grill ngan kerabu sotong..kerabu sotong tu masin..
dim sum..no worries..dim sum kat sini adalah HALAL

Ini jer ker aku makan?

Eh x la..banyak lagi yang aku makan...tp itu jer gambar yang aku sempat ambik...xde mood kan...

hasilnya..itu jer la...makan berdua ngan other Secretary..cost us RM250...

Apa taknya..buffet kat Hilton RM108++

Special thanks to my boss..En Mazley Mahazir...belanja me sempena Secretary Week yang lepas...

Tahun depan belanja lagi eh....

Akhirnya Tersenyum Gembira


Dah Bawak pi Seremban Parade terus berubah..senyum sepanjang jalan...heheheh...bukan susah pun nak pujuk dia..bila aku cakap..awak dah kenapa...tunggu sekejap x boleh ke..kita tunggu sampai atuk datang ambik kita...jawapan dia..akak bosan la mama....so..bila dia dah cakap macam tu..aku tau la yang dia merajuk...

 senyum bila makan Sizzling Mee..peberet dia ni...
ni mama punya...

Actually dia suka makan nasi minyak..tp dia nak teman kan aku...so xde la ikut Atuk ngan Wan dia...atuk kuat ajak..tp dia x nak...

At last..makan jer la kat Seremban Parade...

Kemudian baru atuk datang ngan Uwan jemput kami...

Hilang dah segala rajuk....



Rajuk Si Anak...


Kisah Sabtu aku...
Rajuk si anak dara...merajuk sebab aku x nak bawak dia pergi Terminal One Shopping Centre...bukan x nak..actually malas nak jalan..dah selesai urusan hutang piutang..aku lepak dulu tunggu abah ngan mak yang makan kenduri kat Dewan MPS...
Merajuk giler dia...last2 tunggu punya tunggu x sampai2..ajak dia pi Seremban Parade..kebetulan dah lapar...masam mencocoh muka dia...tp  dia anak yang baik...ikut la jugak...boleh x ikut?

Rajuk yang sekejap jer....

Dah bawak makan terus senyum sampai telinga....

Alfio Raldo Sandal Open For Order


PRE ORDER (1 WEEK)
SERIUS BUYER ONLY


Alfio Raldo

Interested? emai me at Suriaamanda@yahoo.com
sms/ whatsaap 0123319641

RM89.90 > Semenanjung Malaysia Free Postage
RM99.90 > Sabah Sarawak please add RM10 postage

Size available 4-9

Sunday, May 19, 2013

Sabun Susu Beras Collagen Ready Stock For Sale..


SABUN SUSU BERAS COLLAGEN READY STOCK


1-6 pcs > RM 3 per pcs - Postage RM8 Semenanjung
                                        RM 10 for Sabah Sarawak

1 dozen  12 pcs > RM2.50 per pcs - Postage RM12 Semenanjung
                                                         Postage RM15 Sabah Sarawak

postage ikut berat parcel via Pos Laju

Interested ??
email me at Suriaamanda@yahoo.com
sms/whatsaap 0123319641

Stock limited, first come first serve...



Sabun Susu Beras Collagen ini dihasilkan 100% dari bahan-bahan semula jadi berasal dari thailand yg terkenal serta diamalkan oleh gadis-dan juga orang dewasa. Bertujuan menjaga serta mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit.

FUNGSI SABUN SUSU BERAS COLLAGEN:-
- meratakan tona kulit serta menganjalkan struktur kulit
- menggebu dan mencerahkan kulit selain membantu menghilangkan bintik-bintik hitam
- menghaluskan kulit serta memudarkan dan menghilangkan parut dengan penggunaan yang berterusan selain melembabkan kulit seterusnya menaikkan seri wajah.

KHASIAT:-
- Membuatkan kulit muka anda lebih cerah, lembut dan tegang.
- Menanggalkan semua kotoran, minyak, dan sel kulit mati.
- Memudarkan dan menghilangkan parut jerawat dan jeragat.
- Menanggalkan kesan solekan dengan efektif.
- JIka digunakan sebagai sabun mandi pula, ia membantu:-
- Menanggalkan bintik hitam atau kesan hitam di ketiak, siku dan peha anda.
- Sesuai utk semua jenis kulit termasuk kulit bermasalah
- Memberi kesan kesegaran sepanjang hari.
- Badan anda tidak akan melekit walaupun ketika atau slps berpeluh
- Boleh menghilangkan bau badan.

Saturday, May 18, 2013

Baby Red Cedera...

Aduhai...
Ntah cane abah ni undur kereta kat kampung terus terlanggar motor orang...marah giler orang tu padahal x sengaja pun..abah minta maaf kat dia pun dia tengking2 abah...berubah muka abah tadi..kalau aku masuk campur mmg dh masak orang tu aku sembur..padahal dia kawan sekampung abah aku plak tu..



Kemek sket baby red..



Motor orang tu lebih kurang macam ni la..
Kesian abah terkulat2 kena bambu..minyak motor dia jer tumpah..abah dah ganti dah minyak dia..tp dia buat bising lagi..x puas hati..aku dh naik hangin dah..tp abah bg signal jangan campur..dipusing2 handle motor dia kuat2 mcm nak bagi rosak..motor kalau baru x per la jugak kan..ni moto dah lama..siap dia sound abah aku..kalau dia jumpa rosak kat moto dia..dia cari abah aku sampai lubang cacing...hek eleh..macam ni punya orang pun ada...phuiii....

11 Orang Yang Mendapat Doa Malaikat..


11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Sampaikanlah, walau sepotong ayat..Jangan lupa untuk share

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di
 dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-
Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Sampaikanlah, walau sepotong ayat..Jangan lupa untuk share

Friday, May 17, 2013

Dugaan Lagi...

Aku x tau apa salah aku kat orang...semalam aku nyer parcel kena bukak..atau senang cakap kena ceroboh...hari ni patutnya aku pi lunch kat Mid Valley hari ni..special occasion for me and one of the secretary..sempena Secretary Day lepas..one of the bosses willing to belanja me and sorang lagi..dia bagi RM250..aku memang simpan dalam bag duit..sampai hari pertama conference still ada lg sbb kami decide nk mkn kat Chilli's KLCC...tp ada je halangan..sejak hari ke 2 conference aku memang x bukak2 bag duit sampai la hari ni...pagi ni aku check..duit tu dh takde..mengucap panjang aku...ntah la..aku x tau la..banyak betul dugaan aku harungi...satu hal aku nak kena ganti balik,entah apa la salah aku kat orang...aku x pernah usik orang...aku buat hal aku je...kalau orang nak jeles kat aku pun..agak2 la...tgok la apa yang ada kat aku..xde apa yg boleh dibanggakan..bukan aku pakai keta besar pun...nak kata hidup senang lenang mustahil la...aku biasa je...Apa aku harapkan...sapa je yang buat macam tu kat aku..semoga allah balas pada dia 2 kali ganda...doa orang teraniaya ni makbul....

Sophie Paris Watch Delmira > Open For Order


Interested ? kindly email me at Suriaamanda@yahoo.com
sms /whatsaap 0123319641

Semenanjung free postage
Sabah Sarawak please add RM10 for postage..


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah