Showing posts with label artikel Metro. Show all posts
Showing posts with label artikel Metro. Show all posts

Monday, June 24, 2013

Handbag..Kenapa Perlu Bawa

Perempuan dan tas tangan memang tidak dapat dipisahkan. Berhabisan wang simpanan semata-mata untuk dapatkan beg tangan pun tidak mengapa, paling kurang pasti ada lebih daripada sebuah dalam simpanan.
Beg atau tas tangan memang cukup sinonim dengan kaum wanita, sanggup mendapatkannya dalam apa juga bentuk, harga dan warna. Terutama ada jualan murah, dengan corak dan warna beg tangan yang cantik, habis diborong. Masalahnya pakai ke tidak?
Kebanyakan wanita memang suka menyimpan beg tangan sebagai koleksi tetapi hanya satu saja yang akan mereka guna untuk ke tempat-tempat tertentu. Tidak kurang yang mengasingkan beg untuk ke pejabat, gedung beli belah, pasar dan majlis rasmi. 

Wanita tidak mahu dilihat kolot dan tak mengikut peredaran masa. Harus diingatkan, pemakaian beg tangan yang lama masih tetap kelihatan cantik sekiranya bijak digayakan.

Terdapat pelbagai jenis beg tangan dengan pilihan material yang berbeza. Pembuatan beg tangan yang diperbuat daripada bahan-bahan unik seperti kulit haiwan, plastik, manik-manik, penggunaan benang besar dan buluh rotan antara yang menjadi tarikan.

Beg tangan sesuai digayakan dengan kepelbagaian fesyen pakaian. Ada yang bersaiz kecil dan besar, mengikut cita rasa individu. 

Remaja kini juga semakin mengalami pembaharuan, dikatakan sudah bijak dalam pemilihan beg tangan yang sesuai dengan mereka. Jika berbadan kecil lebih digalakkan memakai beg tangan kecil. Tidaklah nanti dikatakan beg besar daripada empunya badan.

Kalau lelaki lebih suka membawa dompet saja atau wang yang ingin dibelanjakan. Tetapi wanita pula, pelbagai jenis barang yang akan mereka sumbat di dalam tas tangan itu. 

Perbezaan pemilihan beg tangan para wanita juga berubah-ubah, mengikut cita rasa dan pilihan masing-masing. Kini di pasaran juga terdapat pelbagai jenis warna dan corak, beg tangan yang cantik mampu menarik perhatian kaum wanita untuk membelinya, walaupun mempunyai banyak koleksi beg tangan. 

Sekalipun harga mahal, kaum wanita tidak ambil kisah akan hal itu, asalkan dapat memenuhi hajat dan selera untuk dapatkan beg kesukaan dan berjenama hebat. Harga puluhan ribu ringgit bukan soalnya kerana masih ada yang mampu memilikinya.

Pernahkah anda terfikir apa yang membuatkan orang wanita ini suka sangat membawa beg tangan? Apakah barang wajib yang mereka perlu bawa sentiasa? 

Barang mekap seperti pemerah bibir, celak mata, pemerah pipi dan bedak asas, antara barang mekap yang wajib ada di dalam beg.

Wanita harus beringat, banyak kes ragut yang mengorbankan nyawa ramai wanita kerana membawa beg tangan yang tidak selamat. Misalnya membawa banyak barang di dalam beg atau tidak menyandangnya di bahu atau di belakang badan. Jadi ini memudahkan kerja peragut.


Sanggup tukar beg

“Memang sangat selesa apabila membawa beg tangan kerana bagi saya, imej perempuan dengan aksesori ini memang tidak boleh dipisahkan. 

“Kini terdapat banyak beg tangan yang berjenama atau jenama biasa yang berada di pasaran, dari situ timbul minat saya untuk bergaya. Kalau ke tempat kerja juga hari-hari saya sanggup menukar warna dan jenis beg supaya sepadan dengan pakaian yang saya pakai. 

“Saya juga sanggup membelanjakan untuk membeli beg tangan yang cantik-cantik, asalkan puas hati. Pernah ditegur oleh suami kerana terlalu banyak beg tangan dalam koleksi, tetapi mujur dia memahami hobi saya itu. 

“Berjalan atau keluar membeli-belah, saya tidak perlu menggunakan beg plastik untuk meletakkan barang-barang yang saya beli kerana saya boleh memuatkannya di dalam beg tangan yang bersaiz besar,” katanya.

Nama: Siti Aminah Ahmad 
Umur: 25 tahun
Lokasi: Perak 


Jadikan kenangan

“Mengumpul beg tangan adalah hobi baru kerana ia memberikan satu kepuasan kepada saya dengan pelbagai pilihan warna dan jenama.

“Bila saya ke luar negara, pasti saya akan bawa balik beg tangan untuk dijadikan kenangan. Terutama beg yang berjenama hebat yang lebih tahan lama dan lasak. 

“Kalau pergi membeli-belah, beg tangan yang akan saya lihat dulu berbanding barangan yang lain. Terutama musim harga murah, saya sanggup menghabiskan wang dengan membeli beg. 

“Pernah sekali adik saya meminjam beg tangan yang baru saya beli, kemudian dia rosakkan dengan menumpahkan air kopi ke atasnya. Ketika itu memang sangat marah, sehingga saya tidak lagi benarkan adik meminjam beg tangan saya.

“Saya melihat fesyen beg tangan ini kebanyakannya dari majalah fesyen yang banyak perkenalkan rekaan cantik yang sesuai dengan fesyen remaja kini,” katanya.

Nama: Alice Wong 
Umur: 23 tahun 
Lokasi: Perak


Sebagai hadiah

“Saya memang peminat beg tangan dan mempunyai banyak koleksi baru. Tidak kira yang murah atau berjenama, saya akan simpan. Ada ketikanya saya jadikan sebagai hadiah.

“Memang banyak beg yang saya simpan untuk diberikan kepada rakan-rakan yang minat kerana kalau banyak sangat simpan, nanti tidak tahu nak diletakkan di mana. 

“Semua beg tangan saya akan simpan dengan baik. Saya juga tidak suka kalau ada adik-beradik saya yang usik barang-barang kesayangan seperti beg tangan ini.

“Bagi saya apabila memakai beg tangan akan menyerlahkan lagi penampilan seseorang itu. Saya sendiri tidak boleh kalau keluar pergi ke mana-mana tanpa membawa beg tangan, rasa janggal, pelik dan tak sempurna. Beg tangan saya anggap seperti nyawa sendiri yang saya jaga dan bawa ke mana-mana. 

“Dari segi pemilihan beg tangan pula, saya tidak melihat kepada jenama semata-mata, asalkan ia cantik sudah memadai dan terus membeli, bukannya untuk tayang jenama,” katanya.

Nama: Norsyahirah Jamaludin
Umur: 23 tahun 
Lokasi: Johor
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/05SUMBER HARIAN METRO

Friday, June 21, 2013

Belenggu Jenayah Cyber

Jenayah siber kian meningkat sehingga 88 peratus pada 2012, berbanding hanya 8,090 kes tahun sebelumnya. Ini hanya kes dilaporkan, namun masih ada banyak lagi kes jenayah siber belum dilaporkan kepada pihak berkuasa yang memantau kes ini.
Apabila isu jenayah siber semakin melarat, ibu bapa berasa bimbang dengan anak-anak yang setiap masa menggunakan Internet untuk mencari kenalan dan maklumat berkaitan sesuatu perkara. Malah menganggap Internet menjadi antara bahan rujukan utama dalam proses pembelajaran. 
Kebanyakan ibu bapa yang ditemui berkata, tidak mengetahui sebab dan dengan siapa anak-anak mereka berkawan di laman sosial dan berasa hairan kerana sentiasa menggunakan Internet pada setiap masa, malah menghabiskan masa berjam-jam sehingga melupakan masa rehat dan tidak mengulang kaji pelajaran. 

Isu jenayah siber ini mampu mengheret semua lapisan masyarakat tidak kira kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa ke kancah yang membimbangkan, sehingga membuatkan ibu bapa memantau pergerakan dan penggunaan Internet anak-anak supaya tiada perkara negatif berlaku.

Anggaran kira-kira 90 peratus daripada 8.5 juta kanak-kanak dan remaja berusia lima hingga 18 tahun mudah terdedah dengan gejala negatif siber ini malah 94 peratus pengguna Internet di Malaysia adalah remaja.

Bayangkan setiap individu di Malaysia ini mempunyai akaun Facebook sendiri, dengan itu banyak jaringan perhubungan yang meluas ini di seluruh dunia terbentuk. 

Ada ketikanya pengguna Internet terlalu percaya kepada orang lain walaupun baru mengenali rakan yang menambah mereka di laman sosial. Sehinggakan berkongsi maklumat peribadi seperti nombor telefon, nama penuh dan kisah peribadi. Mereka ini tidak memikirkan kesan baik dan buruk berbuat demikian. 

Penggunaan Internet ini juga turut menggalakkan penyamaran seperti tidak memaparkan nama dan wajah sebenar. Namun pengguna Internet yang bijak akan memikirkan keburukan itu dan lebih berhati-hati untuk menerima mereka sebagai kenalan baru. 

Mereka ini akan menyebarkan maklumat lucah, imej pornografi, fail maklumat palsu, fakta yang tidak sahih dan berunsur fitnah. Sehinggakan individu itu berasa malu dan terasa diri diaibkan. Bahkan pengguna Internet juga seharusnya tidak terlalu memaparkan ketidakpuasan hati di laman sosial kerana ada pihak lain yang akan membacanya. 

Jenayah siber yang kerap kali mendapat aduan daripada pihak berkuasa seperti judi siber, pengintipan, skim cepat kaya, kecurian maklumat, penyebaran virus, penggodam dan menyalin perisian secara tidak sah. 

Ada juga yang mendedahkan maklumat diri seperti alamat rumah dan butir akaun bank, maklumat peribadi seperti ini seharusnya tidak dikongsikan dengan rakan di laman sosial tidak kira rakan yang kita kenal ataupun tidak. Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. 

Antara langkah wajar yang boleh dilakukan adalah melindungi sistem komputer sendiri. Kita tidak boleh meminta atau mengharapkan bentuk lain untuk melindungi kita daripada ancaman jenayah siber ini. 

Namun, setiap pengguna Internet haruslah memantapkan diri dengan ilmu dan teknologi supaya tahu perisian komputer itu. Misalnya melindungi komputer sendiri dengan perisian seperti antivirus, firewall, pop-up blocker, antispyware dan perisian keselamatan komputer yang lain. 

Ibu bapa yang paling rapat dengan anak-anak haruslah memantau anak supaya kepelbagaian kemudahan itu dapat digunakan dengan sebaiknya, bukannya terjerat dengan keruntuhan akhlak akibat penggunaan laman sosial.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13

Taasub Laman Sosial

Berdasarkan Wikipedia, media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Bentuk media sosial ini paling umum digunakan.
Virus alaf baru
Jika dulu trend berpakaian ala hippies ataupun pemuzik rock menular hebat dalam kalangan remaja tetapi kini fenomena itu jauh berbeza. Seiring peredaran zaman, gelombang ataupun ‘trend’ turut berubah. Kepesatan teknologi menjadikan generasi muda kini taasub terhadap laman sosial yang dilihat seperti virus baru hingga memberi kesan negatif terhadap masyarakat.

Remaja era baru terlalu fanatik dengan pelbagai gajet canggih yang boleh mengakses Internet seperti telefon pintar atau komputer riba membolehkan mereka melayari pelbagai jenis laman sosial tanpa had waktu. Ketagih melayari Internet terutama laman sosial secara tak langsung menjadikan seseorang itu lalai.
Mengapa ia diibaratkan seperti virus? Bayangkan anda melepak bersama empat orang rakan, dua daripadanya sibuk ‘membelek’ telefon bimbit, perbualan menjadi bosan dan akhirnya keempat-empat rakan turut diam ‘mentelaah’ telefon sendiri. Hal ini secara tidak langsung mematikan perkembangan interaksi sosial sesama manusia.
Kenapa ketagih?

Ditanya kenapa mudah untuk terjerumus sebagai pengguna laman sosial tegar, beberapa kelompok daripada golongan ini berpendapat, selain mudah, murah dan rangkaian jaringan banyak pengguna sekali gus memperoleh kenalan baru, mereka juga dapat membentuk satu kumpulan sosial dalam jumlah besar sebagai komuniti komputer. Ketagih laman web seperti ketagihan dadah yang sukar untuk diubati kerana ia satu cara membantu bersosial.

Menurut Pakar Perunding Psikiatri Universiti Malaya, Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, laman sosial sebenarnya adalah tempat strategik bagi penggunanya meluahkan perasaan sama ada positif atau sebaliknya seperti kegembiraan, marah, kecewa, dendam dan sebagainya. Justeru faktor ini menyokong alasan penyakit ketagih laman sosial.

Sebagai contoh, menariknya Twitter kerana setiap orang boleh berkongsi apa juga yang dilakukan seharian dengan berjuta rakan Twitter lain. Remaja gemar mengemas kini maklumat, tak kiralah apa yang dilakukan mahupun lokasi di tuju, jelas Twitter tempat sesuai bagi mereka. Manakala Facebook pula dikatakan dapat menemukan kembali individu yang terpisah lama seperti kawan sekolah dan sanak-saudara.

Statistik

Sikap tidak menggunakan teknologi dianggap terlalu sukar untuk dielakkan bagi sesetengah pihak sama seperti berhenti merokok apatah lagi bagi mereka yang memiliki akaun laman sosial.

Bagi laman sosial Facebook, statistik diperoleh daripada Internet World Statistic 2011 menunjukkan Malaysia di tangga ketiga dengan 31.2 peratus dan seramai 8,163,300 orang daripada populasi rakyat negara ini berdaftar sebagai ahlinya. Manakala satu kaji selidik oleh firma penyelidikan global TNS pada November 2011 menyatakan, penduduk Malaysia adalah paling sosial di Internet dengan purata 233 rakan dalam rangkaian mereka berbanding 68 di China dan hanya 29 di Jepun. Ini membuktikan Malaysia antara negara yang didiami pengguna laman sosial tegar di seluruh dunia.

Menurut sumber, penduduk Malaysia kini seramai 28 juta orang dengan ketumpatan telefon pintar sebanyak 27 peratus. Tempoh waktu dihabiskan pengguna Malaysia melayari laman sosial adalah 20 jam seminggu iaitu 33 peratus daripada jumlah masa keseluruhan. Cukup kritikal!

Anti-laman sosial = kolot

Zaman sekarang, individu yang tidak mengikuti perkembangan semasa dianggap ketinggalan dan membosankan. Istilah hidup tidak lengkap tanpa Internet khususnya memilik laman sosial sendiri seperti perkara wajib bagi setiap individu. Jadi, tidak hairanlah ramai dalam kalangan baik yang bergelar pelajar, pekerja serta suri rumah pasti mengakui ‘melekat’ di komputer melayari laman web saban hari. Lebih parah lagi apabila obsesi laman web itu dipadankan dengan ketagihan bermain permainan komputer.

Kesan negatif

Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari Internet terutama laman sosial Facebook. Disebabkan itu, ketagihan melayari laman web itu semakin serius sehingga ada segelintir sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan Internet.

Kajian daripada penyelidik Cybersecurity Malaysia menjelaskan kegilaan pengguna Internet, terutamanya golongan remaja terhadap aplikasi rangkaian sosial menjadi sesuatu fenomena membimbangkan. Mi
lnya, seorang gadis berusia 17 tahun di Romania yang galak menggunakan aplikasi rangkaian sosial Twitter terbunuh akibat kejutan elektrik ekoran menggunakan komputer riba ketika berendam di bilik mandi.

Selain itu, golongan tegar ini dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi.

Meskipun beribu impak lain yang disenaraikan, apa yang ketara adalah komunikasi dalam kalangan masyarakat semakin pudar kerana taksub dengan teknologi setiap masa. Jadi, hormatilah sesama kita dan anda mampu mengubahnya!
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/07SUMBER HARIAN METRO ONLINE

Thursday, June 20, 2013

Cubalah untuk setia

Salah tetap salah. Munculnya watak ‘perampas’ sememangnya paling ditakuti semua pihak baik lelaki mahupun wanita. Sama ada masih bercinta, bertunang ataupun yang sudah mendirikan rumah tangga.
Memang sesebuah perhubungan itu bagaikan satu pengembaraan penuh cabaran. Kiri kanan penuh onak ranjau yang menyakitkan. Sama ada ke hutan mahupun lautan, semuanya perlu diredah bersama.
Justeru semakin jauh berjalan atau semakin dalam kita di dasar, maka semakin banyaklah pengalaman akan ditemui. Biarpun bertemu ‘kepahitan’ di awalnya tetapi yakinlah kemanisan yang diimpikan pasti ada.

Bercinta sekadar sebulan masih mampu diterima, tapi jika sudah mempunyai tiga anak dan berkahwin lebih 10 tahun akhirnya bertemu jalan buntu, akur dengan kehendak pasangan yang pulang lewat dengan kesan ‘orang ketiga’, itu bukan sesuatu yang kelakar.

Jika dulu, curang sering dituding kepada suami, tetapi sekarang isteri pun sudah berani main kayu tiga. Baru sedikit diduga, sudah berminat mencari yang ‘baru’. Sebelum melakukannya, timbang-timbanglah dengan baik agar rumah tangga kekal bahagia selama-lamanya.

Tapi adakah kita mahu terus memegang salah pasangan kita yang dikatakan curang dengan menerima kunjungan si perampas itu? Jangan simpan dendam dan ingat akan kebajikan orang sekeliling khususnya mereka yang sudah pun dikurniakan anak.

Peringatan kepada mangsa, hentikan tangisan yang sibuk meratapi nasib diri, bangkit dan cari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

Jika dilihat, perkahwinan orang lama kebanyakannya bertahan hingga ke hujung nyawa. Pasti ramai yang tertanya bagaimana mereka dapat kekalkan keharmonian itu. Rahsianya mudah saja, gunakan ranjang sebagai penyelesaian setiap konflik yang berlaku.

Tidak dinafikan ada hati terluka sebaik mengetahui pasangan bermain kayu tiga, tetapi cuba ‘pulangkan’ kemarahan itu dengan memberi satu `pertarungan’ menarik di ranjang. Jadikan diri anda yang paling hebat dan takluk kembali hatinya daripada dimiliki orang lain.

Kepada yang belum berkahwin, cari keserasian semula dengan melakukan sesuatu yang si dia suka, ingatkan memorinya mengenai kasih sayang yang pernah kamu berdua lalui. 

Kata orang bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kerana itu apabila mengetahui pasangan berlaku curang, usah segera menyalahkan pihak ketiga. Bersabar dan jangan cepat melatah. Fikirkan jalan terbaik untuk selesaikan dan bukannya menambah masalah. 

Cari masa yang sesuai untuk berbincang dengan pasangan yang membuat ‘tahi’. Seboleh-bolehnya mulakan dengan pujian dan urutan yang melegakan. Jangan sekali-sekali paksa sekiranya dia tidak mengaku kerana itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Fitrah lelaki sentiasa ingin dibelai. Jika mereka yang menimbulkan masalah, maka gunakan senjata itu untuk memenangi hatinya semula. Biarpun ada perasaan terkilan di hati, tapi cubalah lupakan seketika demi menyelamatkan rumah tangga.

Mungkin apa yang anda berikan selama ini bukan seperti yang diinginkan. Cerminlah diri dan betulkan kesilapan. Selepas itu mulakan hari esok dengan episod kehidupan yang baru.

Fokus pada rumah tangga dan berikan perhatian sepenuhnya kepada perhubungan anda. Kehadiran orang ketiga banyak dikaitkan dengan masalah komitmen dalam perhubungan. Sama ada wanita mahupun si lelaki, kebanyakannya lebih mementingkan kerjaya dan diri sendiri.

Kekurangan komitmen membuatkan pasangan merasa diri tidak diperlukan lantas mencari ‘sumber’ untuk meluahkan perasaan. Dari situlah timbulnya bibit-bibit perkenalan yang melarat ke hubungan percintaan. Menyedari hal yang terjadi, maka fokus pada perkahwinan dan perhubungan anda. Kerja memang perlu tetapi jangan keterlaluan kerana harta dan kekayaan tidak pernah cukup apabila dicari.

Timbang dan betulkan kesilapan diri. Pasangan jarang memberitahu atau mengaku mengenai hubungan sulitnya. Jadi berkemungkinan anda mengetahuinya mengenai maklumat yang disampaikan atau melihat dengan mata kepala sendiri secara kebetulan atau intipan. 

Selepas melihat kelebihan ‘pesaing’ maka cubalah sedaya upaya untuk tandingi kemampuannya. Tidak mustahil ada yang mengambil jalan singkat dengan bertemu bomoh, tapi dalam masalah ini anda adalah penawar yang mampu memulihkan semula keadaan. 

Berhias dan layan pasangan sebaiknya. Jangan sekali-sekali bertanya apa kurangnya anda berbanding ‘teman istimewanya’ kerana itu hanya akan melukakan hati dan melunturkan semangat untuk memulihkan keadaan.

Cuba teknik ini, ia bukan jaminan menyelesaikan konflik anda kerana setiap masalah berlainan ceritanya. Tapi setidak-tidaknya, selesaikan dan selamatkan dulu perhubungan anda. 

Usah biarkan dugaan yang datang sebentar itu merosakkan seumur hidup impian anda dengan si dia.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06SUMBER HARIAN METRO ONLINE

Sunday, June 2, 2013

Anak emak kurang jantan?

Ketika remaja, penulis pernah melihat seorang teman karib ibu menangisi nasibnya yang mengahwini lelaki jenis ‘anak emak’. Kisahnya, setiap kali ada urusan membabitkan rumah tangga - beli perabot, kehabisan barang runcit dan seumpamanya - suami wanita itu akan terus mendapatkan nasihat atau pendapat ibunya dan langsung mengenepikan pendapatnya hingga mereka kerap bertengkar.
Di awal perkahwinan si isteri tidak kisah, tetapi menjelang beberapa tahun usia perkahwinan mereka, hampir semua urusan rumah tangga mereka perlu mendapat persetujuan ibu si suami terlebih dulu. 
Kemuncaknya, ibu terbabit menyuruh anak lelakinya menceraikan si isteri atas alasan remeh dan tidak munasabah. Demi menurutkan kata ibu, lelaki itu dengan mudah melafazkan talak lalu mengahwini wanita lain dengan alasan disuruh ibu. 

Sejak bergenerasi lamanya hubungan rapat antara anak lelaki dengan ibu memang tidak disangkal, sama seperti jalinan hubungan antara anak perempuan dan bapanya.

Namun, ada garisan halus yang membezakan antara anak yang menjalankan tanggungjawabnya kepada ibu bapa dengan anak yang terlalu taat hingga mengikut saja suruhan keluarga tanpa memikirkan baik buruknya diri dan keadaan sekeliling.

Dalam agama Islam sendiri setiap anak dituntut mentaati ibu bapanya, malah ibu diletakkan di tahap tertinggi hinggakan Nabi Muhammad SAW menyebut ‘ibu’ sebanyak tiga kali apabila ditanya siapakah yang perlu diberi perhatian terlebih dulu. 

Bagaimanapun dalam kehidupan seharian, ada ibu bapa yang terlalu mengongkong kehidupan si anak - dalam hal ini khususnya antara ibu dengan anak lelaki - hingga anak tidak mampu berfikir sendiri atau berdikari. 

Situasi itu juga membuatkan ibu lain yang membesarkan anak perempuan sentiasa menitipkan pesanan agar mengelak daripada berpasangan dengan lelaki jenis ‘anak emak’ ini. 

Sejak dulu juga masyarakat melihat situasi ini mampu membuatkan anak lelaki tidak akan membesar dengan baik atau dalam konteks ini, jantan! 

Daripada mitos Oedipus hinggalah ke filem Psycho, budaya dalam masyarakat dunia memberi amaran mengenai ‘bahayanya’ kesan keakraban antara ibu dengan anak lelaki. 

Tiada kombinasi hubungan ibu bapa dan anak yang begitu stigma seperti ini. Kita sering digalakkan mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan anak perempuan serta bapa dengan anak lelaki agar mereka sentiasa mementingkan prinsip kekeluargaan hingga anak-anak dewasa. 

Bapa yang memberi sokongan dianggap figura penting untuk meningkatkan lagi jati diri serta tahap keyakinan anak perempuan. Bapa boleh menjadi jurulatih sambilan bagi pasukan bola tampar anak perempuannya, mengelap air mata si anak gadis dan menggalakkannya mencapai cita-cita dengan memberi senyuman tanda izin. 

Tetapi apabila ibu yang melakukan perkara sama dalam kehidupan anak lelakinya, wanita terbabit dikatakan suka mengongkong, campur tangan urusan anak serta bertindak secara tidak rasional hingga menjejaskan kehidupan anak lelakinya. 

Di saat masyarakat tidak ambil pusing mengenai kemungkinan si bapa ‘memaskulinkan’ anak perempuannya, ramai yang lebih bimbang si ibu akan mengubah personaliti anak lelaki ke arah lebih feminin. 

Benar, ada segelintir ibu yang berkelakuan begitu hinggakan individu di sekeliling anak lelakinya seperti isteri, teman wanita dan rakan turut merasakan tempias kongkongan si ibu. 

Hakikatnya, ada baik dan buruknya perkara ini. Tapi bagi mereka yang menentang, mungkin perlu memikirkannya semula kerana menurut kajian terkini di Amerika Syarikat, hubungan rapat antara ibu dengan anak lelaki ini sebenarnya dapat membantu si anak mempunyai hubungan yang baik dengan individu lain. Berdasarkan buku nukilan penasihat perhubungan popular Amerika, Kate Stone Lombardi, masyarakat sejak dulu melabelkan lelaki ‘anak emak’ sebagai lemah dan hilang sifat kelelakiannya. 

“Sebaliknya, lelaki kategori ini mempunyai definisi lebih luas mengenai aspek kelelakian yang membawa kepada kelebihan kepada keadaan kesihatan mental mereka,” ujarnya dalam buku The Mama’s Boy Myth. 

Kajian yang diterbitkan oleh Unit Perkembangan Kanak-Kanak Amerika membabitkan 6,000 kanak-kanak mendapati anak lelaki yang tidak mempunyai hubungan erat dengan ibu sepanjang proses pembesaran mereka lebih agresif dan cenderung membinasakan diri sendiri. 

Berdasarkan laporan pakar sosiologi yang mengkaji mengenai aspek maskuliniti, Dr Michael Kimmel, apabila anak lelaki yang belum matang dipisahkan daripada ibunya, mereka menjadi lebih penakut serta tidak mahir berkomunikasi dengan individu lain khususnya wanita kala usia meningkat dewasa. 

“Lagipun, wanita pertama yang mereka cintai dan bergantung hidup adalah ibu. Jadi apabila hubungan itu cuba dikurangkan kerana bimbang anak lelaki tidak maskulin, keadaan itu mengganggu emosi dan mental anak itu kerana wanita pertama yang mereka sayangi menolak mereka ke tepi,” katanya. 

Semakin meningkat usia kanak-kanak lelaki, ibu yang berhubung rapat dengan mereka dapat membantu mengurangkan elemen paling buruk dalam budaya yang menghalang sensitiviti semula jadi kanak-kanak terbabit hingga mencetuskan krisis dalaman diri. 

Anak lelaki terpaksa mematuhi piawaian kejantanan yang masih menjadi tanda aras dalam masyarakat tapi turut disulami rasa emosi marah dan keganasan yang melanda dalam diri kanak-kanak itu. 

Kanak-kanak lelaki juga ketinggalan jauh di belakang kanak-kanak perempuan di sekolah, dengan gred lebih rendah serta mempamerkan masalah tingkah laku, di samping diagnosis mendapati mereka berdepan masalah pembelajaran. 

Semua masalah ini saling bersangkut paut dan ibulah yang memainkan peranan utama dalam usaha mencari penyelesaian. Ibu yang dekat atau rapat dengan anak dapat membentuk kecerdasan emosi anak serta menggalakkan mereka meluahkan perasaan - di mana kita dapati jarang lelaki dewasa yang mahu meluahkan masalah dan lebih suka memendam perasaan. 

Malah, anak lelaki yang mampu menyuarakan pendapat mereka dan lebih bijak mengawal diri sentiasa menunjukkan peningkatan yang baik di dalam kelas berbanding kanak-kanak lelaki yang mengasingkan diri atau bertindak secara keterlaluan. 

Satu kajian ke atas 400 kanak-kanak lelaki sekolah menengah rendah awam di New York menunjukkan mereka yang rapat dengan ibu masih maskulin, dari segi ketangkasan, tabah dan berdikari. 

Kanak-kanak ini bukan saja kurang mengalami kebimbangan dan kemurungan tapi juga mendapat gred yang lebih baik. 

Bertentangan dengan stereotaip, lelaki yang boleh menyatakan emosi mereka secara terbuka tidak akan menjadi pengecut atau selama-lamanya bergantung kepada ibu mereka, tapi sebaliknya lelaki ‘anak emak’ ini menjadi pasangan serta sahabat yang kuat, empati serta memahami perasaan individu lain seperti kata profesor psikologi di Universiti Harvard, Dr William Pollack. 

Tambah pula kanak-kanak lelaki ini akan membesar menjadi lelaki muda yang bersedia mengemudi ekonomi hari ini, di mana kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan lebih penting untuk mencapai kejayaan berbanding kekuatan fizikal kasar atau kecenderungan mendominasi. 

Bagaimanapun, golongan ibu dinasihatkan berundur atau mengurangkan rasa ingin ambil tahu mereka demi kebaikan anak lelaki terbabit. Daripada campur tangan dalam hal rumah tangga anak-anak, ibu mungkin dapat membantu dengan hanya menjadi pendengar kepada masalah itu atau paling tidak menawarkan penyelesaian tanpa memaksa anak menerimanya

Saturday, June 1, 2013

Bahasa badan lebih berbisa

Lelaki memang pelik dan misteri, mereka jarang meluahkan perasaan dengan kata-kata. Namun ada cara jika kamu ingin memahami mereka. Fahami bahasa tubuh lelaki yang ada kalanya jelas menceritakan segala-galanya. MURSHID EUNOS faham sangat ekspresi lenggok tubuh mereka.
Mengenali dan memahami lelaki sebenarnya tidak sukar. Walaupun ramai gadis mengadu kononnya sukar untuk mereka mendalami perasaan pasangan kerana tidak mahu meluahkan secara lisan, tapi sebenarnya ada cara untuk mengetahui apa yang mereka inginkan.
Lelaki mudah dikenali melalui gerak gaya mereka. Pada lelaki, tingkah laku dan pergerakan lebih memberi makna daripada kata-kata terutama apabila sedang berbual dengan wanita.

Seperkara yang gagal disembunyikan adalah bahasa tubuh mereka. Lelaki lebih terdedah untuk pasangannya ‘membaca’ personaliti dan identitinya melalui bahasa tubuh yang ditunjukkan.

Umpamanya jika lelaki menganggukkan kepala ketika sedang berbual, itu membuktikan lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga jenis ringan tulang untuk membantu dan ada di samping anda apabila diperlukan.

Jika lelaki yang suka mendekatkan badannya dengan diri anda apabila sedang berbual adalah lelaki yang menarik dan mampu mempengaruhi ramai orang tapi kadang-kadang bersikap keterlaluan. Sedikit berhati-hati dengan mereka kerana lelaki ini juga tergolong jenis ‘lelaki buaya’.

Lelaki lebih suka senyum. Kadang-kadang mereka merenung tapi tidak pula diketahui sama ada renungannya itu kosong atau bermakna. Lelaki ini suka meminta-minta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

Lelaki yang gemar menggerakkan tangan dan badannya ketika sedang berinteraksi dengan kamu adalah memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Mereka beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta. Oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Lelaki jenis ini juga adalah seorang yang sensitif dan baik hati.

Memang sedikit pelik tapi ada juga lelaki jenis ini, suka berdiri apabila bercakap. Posisinya, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan jiwanya yang suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan pantang mengalah.

Memandang mata selalunya dikaitkan dengan lelaki romeo dan kasanova. Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus-terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang itu.

Ada juga sesetengah lelaki yang gemar meniru gerak anda. Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah dibawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

Mungkin adanya beberapa fakta mengenai gerak tubuh lelaki ketika di depan kamu ini mampu memberikan sedikit petua bagi anda menilai sendiri lelaki yang bakal anda temui sebentar lagi.


Tuesday, May 28, 2013

Ada Apa Dengan Peplum...

Gambar from pakcik Google
Kepelbagaian corak dan warna peplum menarik perhatian remaja wanita. Dengan kebanjiran fesyen peplum, mereka ‘gelap mata’ untuk memilih dan tidak terkejut permintaannya begitu tinggi.

Busana peplum ini juga tidak semahal mana malah ia boleh digayakan tidak kira masa dan tempat. Di majlis pertunangan atau kenduri misalnya, ramai yang menggayakan peplum dengan corak kain yang bersesuaian mengikut tema.
Penulis dapati remaja perempuan memang ‘gila’ fesyen ini, lebih-lebih lagi mudah di dapati baik di kedai mahupun belian terus menerusi Internet. 

Fesyen peplum ini dikatakan sudah digayakan berabad lalu, sejak kegemilangan seniwati Allahyarham Puan Sri Saloma.
Foto

Peplum adalah rekaan lama yang kembali menonjol dan mendapat tempat di hati golongan muda. Walaupun kini banyak fesyen pakaian yang lebih moden dan cantik, tetapi fesyen lama ini berkembang kembali.

Wanita muda pada zaman 60-an, ramai menggayakan peplum yang dikatakan amat sesuai digayakan di majlis-majlis tertentu. Peplum mempunyai pelbagai jenis termasuk berlengan panjang dan pendek. Ke pejabat juga boleh digayakan, tiada masalah. Kalau yang lebih kreatif, ia juga boleh digayakan dengan blazer, blouse dan jaket. 

Rata-rata peplum mempunyai bentuk kembang atau kelopak bunga di pinggang untuk memberikan ilusi ramping dan bentuk tubuh yang lekuk. Kini ramai selebriti terkenal sama ada antarabangsa dan dalam negara yang menggayakan busana ini seperti Kim Kardashian dan Kate Middleton. 

Busana ini juga boleh dipakai bersama ‘legging’, mini skirt, kain panjang dan ‘skinny jeans’. Wanita yang bertubuh gempal pula boleh memilih warna yang agak gelap untuk menimbulkan kesan ramping pada pinggang. 

Bagi mereka yang bertubuh sederhana, boleh memakai baju ini mengikut keselesaan sendiri dan elakkan daripada memakai yang terlalu kembang kerana ia akan menampakkan tubuh lebih besar. 

Peplum juga boleh digayakan dengan tali pinggang kecil untuk nampak lebih ringkas dan stailo. Baru nampak lebih remaja! 

Selalunya ia menggunakan jenis kain lycra yang mudah melekat pada badan, jadi untuk mengelak rasa tidak selesa, mereka boleh memilih saiz yang lebih besar, supaya tidak terlalu kelihatan bentuk tubuh badan. 

Christian Dior adalah perancang kepada busana peplum dengan rekaan pelbagai corak dan warna pada tahun 1947. Beliau ingin memperkenalkan peplum supaya kelihatan berbeza dengan jenama lain.


Tujuh kesalahan remaja dalam fesyen

1. Memakai pakaian dengan ukuran lebih kecil

Pemakaian baju yang ketat akan membuatkan penampilan seseorang itu kelihatan seksi. Tidak salah memakai baju ketat untuk mengikut bentuk tubuh badan, namun haruslah berwaspada dan tidak terlalu memaksa diri sehingga berasa tidak selesa. Silap-silap langkah, penampilan boleh nampak cacat.

2. Terlalu banyak corak

Hindari daripada memakai pakaian yang terlalu banyak corak. Contohnya memakai baju yang bercorak dan tudung juga bercorak, ini akan kelihatan serabut, macam dalam semak. Jangan marah kalau tiba-tiba orang ketawakan kita. Cuba padankan baju yang bercorak dengan tudung warna kosong agar anda lebih manis dipandang. Berikan kesan kontra kepada penampilan anda. 

3. Bijak dalam memilih warna pakaian

Bermain dengan warna dalam penampilan memang tidak mudah, namun itu tidak bererti kita perlu memakai warna dari atas sampai ke hujung kaki dengan warna yang sama. Dari situ penampilan anda akan nampak pelik dan aneh, seolah-olah ada objek bergerak bila anda berjalan. Seperti warna hitam, anda akan nampak lebih tua dari umur dan seolah baru pulang dari majlis kematian. Manakala warna merah pula kelihatan anda terlalu menyerlah berbanding orang lain. 

4. Pakaian dalam

Sesuaikan baju dengan pakaian dalam yang kita pakai. Contohnya memakai baju putih berkemeja dan mengenakan pakaian dalam warna hitam, ini akan menampakkan pakaian dalam anda lebih menonjol dan memberikan impak buruk kepada anda apabila dilihat oleh orang sekeliling. 

5. Kasut yang cantik dan bersih

Pemilihan kasut juga penting untuk dipadankan dengan pakaian. Apabila warna tidak sepadan, di antara pakaian dan kasut pasti anda akan kelihatan janggal dan aneh. Kesalahan paling besar apabila anda mengenakan kasut yang kotor dan berlumut. Ini akan merosakkan penampilan anda. 

6. Terlalu banyak memakai perhiasan

Memang benar pemakaian aksesori atau perhiasan adalah pelengkap kepada penampilan seorang remaja. Aksesori ini akan menonjolkan anda kelihatan lebih cantik dan bergaya manis. Namun jangan terlalu memakainya terlalu banyak. Seperti memakai cincin dan anting-anting, tetapi jangan pula menambah dengan memakai aksesori rantai leher dan lain-lain kerana itu akan merosakkan penampilan! 

7. Memakai fesyen yang sama berulang kali

Sebahagian daripada kita memang suka apabila menggayakan fesyen yang sama. Contohnya memakai jeans dan baju-T setiap waktu. Kadang-kadang akan memberikan kebosanan kepada seseorang tetapi cubalah dalam memberi pembaharuan kepada fesyen dan gaya anda supaya nampak lebih anggun dan kacak


Psstt..nak tanya la...kalau SA pakai Peplum lawa tak?pangg..sedas...hahahahaha...

Sunday, May 26, 2013

Nikah sekali lafaz

Kuala Terengganu: Personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman, 33, akhirnya sah bergelar isteri kepada bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 28, dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, semalam.
Kedua-dua pasangan berpakaian sedondon berwarna putih rekaan Zang Toi itu dinikahkan jam 3.30 petang oleh bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan selepas mengikat tali pertunangan pada 20 Oktober tahun lalu.
Pihak lelaki memberikan mas kahwin berjumlah RM41,101 serta sembilan dulang hantaran seperti beg tangan jenama LV, baju, jam tangan, alat solek Chanel dan al-Quran kepada pengantin perempuan sementara pihak perempuan membalas dengan 11 dulang antaranya baju, beg silang, minyak wangi, al-Quran dan jam tangan Tag Heuer.

Majlis penuh meriah itu dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga terdekat dan rakan mempelai.
Foto
SAIFUL menyerahkan wang hantaran berupa cek RM41,101 kepada isterinya, Nik Suryani selepas ijab kabul.

Majlis resepsi pengantin perempuan berlangsung di Dewan Konvensyen TTI jam 8 malam semalam, sementara resepsi pengantin lelaki pula di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 2 Jun depan.


Tuesday, May 21, 2013

Lintah Mudah Diternak


Jika diberi pilihan untuk memegang lintah, mungkin ramai kalangan kita cuba mengelak daripada mendekati haiwan berkenaan kerana rupa bentuknya yang berlendir, lembik dan licin.
Sifat semula jadinya yang ditonjol­kan sebagai ‘drakula’ penghisap darah menyebabkan lintah sering dipandang sebagai spesies menakutkan terutama ketika berada di persekitaran habitat asalnya.
Bagaimanapun, satu perkara jarang diketahui orang ramai ialah tabiat menghisap darah haiwan berkenaan, iaitu ketika tempoh mengawan tiba bagi kegunaan telurnya, manakala makanan utamanya adalah cacing dan lumut.

Walaupun ia haiwan penghisap darah yang ditakuti keba­nyakan orang, khasiatnya dalam dunia perubatan tidak boleh disangkal, malah terbukti berupaya untuk menyelesaikan masalah berkaitan pengaliran darah.
Foto

LINTAH mempunyai nilai tinggi dalam dunia perubatan.

Kandungan ‘hirudin’ di dalam lintah adalah bahan yang sangat berkesan bagi mencegah pembekuan darah, manakala ‘histamine’ padanya pula dapat mengembangkan saluran kapilari darah.

Dalam dunia perubatan, air liur lintah mengandungi bahan bius, bahan anti pembekuan dan bahan antibiotik yang berkesan.

Khasiatnya terbukti dalam menggalakkan peredaran darah danmenghalang pembekuan darah, selain banyak digunakan dalam pembedahan mikro (kecil) seperti dalam kes penyambungan anggota badan.

Tidak hairanlah negara dari Eropah termasuk Amerika Syarikat sudah lama mempraktikkan penggunaan lintah dalam dunia perubatan, industri herba, farmaseutikal, kosmetik dan industri bedah.

Lintah atau ‘Hirudo medicinalis’ adalah spesies haiwan inverterbrata (haiwan tidak bertulang dan berkaki) mempunyai saiz badan yang pelbagai iaitu lima milimeter (mm) hingga 450 mm apabila memanjang. 

Badan lintah adalah leper dan mempunyai dua penghisap di kedua-dua hujung badannya dengan saiz penghisap hadapan lebih kecil dari penghisap belakang.

Unik­nya spesies berkenaan ialah ia sejenis haiwan ‘hermapordit’ kerana mempunyai kemaluan jantan dan betina di dalam satu badan, namun masih memerlukan pasangan untuk mengawan. 

Kedua-dua pasangan lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan manakala telurnya yang berada di dalam kokun (kelongsong) akan melekat di bawah rekahan tanah atau pokok kiambang.

Kokun yang mengandungi nutrien untuk menelurkan anak lintah sebenarnya terhasil daripada sejenis cecair pekat dikeluarkan haiwan itu menerusi bahagian badannya dikenali sebagai klitelum.

Ia tahan dengan keadaan persekitaran yang ekstrem, dengan setiap satu kokun boleh menempatkan lebih 20 ekor anak lintah.

Bagi masyarakat Melayu, lintah sudah lama digunakan untuk tujuan perubatan, malah penduduk di kawasan desa dan perkampungan pernah menjadikannya sebagai bahan pengubat luka.

Dalam mengubat luka caranya sangat mudah iaitu hanya menyapu tempat luka dengan lendir lintah. Malah, ia juga sangat berkesan bagi merawat penyakit kudis buta. 

Oleh itu, tidak keterlaluan untuk me­ngatakan pengubatan secara tradisional masyarakat Melayu satu ketika dahulu seakan-akan sama dengan rawatan perubatan yang dipelopori Barat, cuma ka­edahnya berbeza.

Keberkesanan penggunaan lintah dalam bidang perubatan yang sudah dibuktikan di peringkat global itu menyebabkan haiwan berkenaan diternak secara besar-besaran bagi tujuan komersial. 

Di negara ini, ia dipelopori Art Soulist Holdings Sdn Bhd (Artsoulist) menerusi pembangunan dan penyelidikan (R&D) dilaksanakan semenjak 1995.

Pembabitan pihak terbabit bagaimanapun bermula dari bawah, bermula dengan modal jualan minyak lintah sebanyak 40 botol kepada pelanggan sekitar Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur, seterusnya berkembang hingga terbinanya sebuah kilang dengan pelaburan RM1 juta.

Tambahan pula, selepas mendapat inspirasi daripada Kementerian Kesihatan, Pengarah Urusannya, Zamri Ibrahim dan Pengerusi Eksekutif Syed Osman Ismail tidak teragak-agak lagi untuk mengembangkan perniagaan kepada skala lebih besar. 

Zamri berkata, keistimewaan terdapat pada lintah seperti mudah diternak menjadi antara faktor pihaknya memilih haiwan berkenaan untuk dikomersilkan.

“Dilihat kepada potensinya, lintah boleh diusahakan secara komersial. Dalam pasaran negara, ba­nyak syarikat mengeluarkan produk berasaskan gamat, madu dan Tongkat Ali.

“Jadi mengapa tidak kami menerokai spesies haiwan itu yang banyak terdapat di negara ini, terutama khasiatnya kepada golongan lelaki,” katanya.

Sejak dahulu hing­ga kini, minyak lintah sudah dikenali masya­rakat dan dari situ juga bermulanya langkah pertama pihak terbabit untuk mengembangkan industri penternakan lintah di dalam negara.

Tanpa menoleh ke belakang, dua sahabat terbabit memulakan penternakan lintah secara lebih serius pada 1998 dan menghasilkan minyak lintah yang menjadi bahan komoditi baik bagi industri farmaseutikal.

Zamri berkata, me­ngikut kitab lama ‘Tajul Muluk’, lintah memang digunakan untuk kesihatan lelaki dan ia disokong de­ngan empat elemen penting pada haiwan itu seperti hirudin, pheromone, histamin dan nitrat oksida.

“Barat gunakan lintah untuk tujuan perubatan. Jika berlaku kemalangan, lendir lintah akan digunakan. 

“Enzim lintah ini akan disapukan pada bahagian luka kerana berperanan sebagai pembekuan darah, sekali gus menghentikan pengaliran darah berterusan.

“Sebagai contoh enzim lintah dapat menyambung balik bahagian organ seperti telinga yang terputus, manakala dari segi kosmetik, lintah digunakan untuk rawatan masalah kulit,” katanya.

Kini lintah diternak di beberapa kawasan di Terengganu, Perak dan Kedah menerusi pembekal utama yang dilantik Artsoulist bagi memenuhi keperluan penghasilan produk syarikat di Ajil.

“Ketika mula diperkenalkan, lintah banyak di­usahakan, namun sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyebabkan ia dijadikan sebagai medium kepada skim cepat kaya hingga berkubur seketika.

“Dari situ kami menghentikan penternakan lintah sebelum memilih lebih 10 pembekal bagi memenuhi keperluan. Lebih penting harganya kini dijual sekali ganda daripada RM60 kepada RM120 sekilogram,” katanya.

Berkongsi pengalaman mengenai penternakan lintah katanya, ada tiga jenis lintah yang diternak di negara ini membabitkan spesies tiger, brown dan hijau, dengan lintah Asia mempunyai nilai perubatan paling tinggi di seluruh dunia.

Menurutnya, haiwan itu mempunyai 650 gigi halus serta tiga bahagian rahang untuk mencangkuk dan mengeluarkan enzim bagi mencairkan darah sebelum mengeluarkan sejenis lagi bahan kimia untuk menghentikan darah sebaik ia kenyang.

Katanya, tempoh matang bagi induk adalah selama enam bulan dan haiwan itu mampu hidup sehingga tiga tahun bergantung kepada cara ternakan yang dijalankan penternak.

“Lintah mudah diternak kerana hidup di persekitaran habitat semula jadi. Kita hanya perlu memindahkannya dari tempat asal ke kolam baru dengan menjaga air dan keasidan tanah (pH).

“Setiap satu kilogram lintah mengandungi kira-kira 100 ekor dan kualitinya akan diperiksa sebelum diasingkan bagi proses pengekstrakan,” katanya.

Beliau berkata, teknologi pengekstrakan yang digunakan membabitkan beberapa kaedah iaitu dengan menggunakan pelarut, perahan atau teknik penyulingan bagi mendapatkan hasil diingini.

Katanya, bagi mendapatkan ekstrak lintah, proses pengekstrakan dijalankan terhadap lintah yang berkualiti sebelum menghasilkan dua jenis produk akhir iaitu bentuk cecair ataupun minyak.

Menerusi ekstrak minyak lintah, katanya Artsoulist berjaya mengeluarkan 20 jenis produk kesihatan berkaitan lelaki termasuk produk paling utama atas jenama Minyak Lintah Tapa.

“Kira-kira 10,000 hingga 20,000 botol minyak lintah dikeluarkan syarikat dalam tempoh sebulan bagi bekalan tempatan seperti edaran runcit, farmasi, kedai kosmetik dan jamu.

“Selain itu, kira-kira 4,000 botol minyak lintah lagi diedarkan ke luar negara selepas mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika Syarikat (FDA) dan diyakini selamat lagi berkesan,” katanya.


Tuesday, May 14, 2013

Jodoh Awal


Perkahwinan pada usia masih muda memang digalakkan terutama buat mereka yang tidak boleh mengawal nafsu. Darah tengah muda, nafsu pula membuak-buak.
Statistik tahun 2005 sehingga 2010 juga menunjukkan kes pembuangan bayi yang meningkat dan untuk mengelakkan isu ini berleluasa, perkahwinan pada usia muda digalakkan.
Namun harus diingatkan banyak cabaran yang harus mereka lalui apabila sudah mendirikan rumah tangga.

Seperti yang dapat kita lihat kini, apabila ramai golongan muda yang berkahwin awal, bahkan usia baru belasan tahun sudah mendirikan rumah tangga. Penulis tertanya-tanya adakah adik-adik di bawah usia 20 tahun ini sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan suami?

Mental, fizikal dan rohani haruslah disiapkan terlebih awal buat mereka yang ingin mendirikan rumah tangga. Isu perceraian yang banyak berlaku ini akibat tiada keseimbangan mental yang baik dan kurangnya ilmu perkahwinan. Mereka tahu nak kahwin saja!

Misalnya yang boleh kita lihat adalah isu yang berkaitan di mana isteri kelar tangan suami yang pulang lewat ke rumah kerana cemburu. Malu kalau berkelakuan begini, nampak sangat belum cukup matang!

Persediaan mental penting tidak kira kepada suami atau isteri bagi menjaga hubu­ngan yang dibina berkekalan selamanya tanpa perlu dibawa ke mahkamah sehingga berlaku perceraian.

Kadar perceraian antara pasangan yang berumur 25 tahun adalah lebih tinggi berbanding mereka yang sudah berkahwin bertahun-tahun. Ini disebabkan faktor kematangan yang berbeza-beza dan tahap pemikiran yang masih muda.

Apabila mendirikan rumah tangga, tanggungjawab semakin besar malah menurut Islam, dosa seorang isteri akan digalas oleh seorang suami. Bukan mudah untuk mendirikan rumah tangga pada usia muda kerana banyak perkara yang harus mereka fikir dan jadikan sebagai panduan.

Bila masih muda, masing-masing akan cuba mempertahankan hak dan pandangan sendiri tanpa memikirkan emosi dan perasaan pasangan, lalu mula timbul perasaan curiga dan benci yang menebal.

Sebelum tangan digoncang dan digenggam oleh tok kadi, seseorang lelaki haruslah tingkatkan ilmunya untuk membimbing seorang isteri. Banyak isu perceraian yang kita lihat berlaku apabila masing-masing tegakkan dan berhujah sendiri lalu akan berlaku konflik dalam perkahwinan yang dibina.

Berlaku juga perubahan dalam hidup apabila berkahwin awal ini, bayangkan sebelum berkahwin sudah pasti tiada orang yang akan mencampuri kehidupan tetapi selepas berkahwin, pasti ada orang yang akan mengambil berat dan sebagainya.

Apabila tidak boleh menerima perubahan itu dan terasa diri seperti dikongkong, mulalah berlaku konflik dan akhirnya mencetuskan pergaduhan besar yang membawa kepada keretakan rumah tangga.

Sebelum mendirikan rumah tangga, fikirkan secara rasional dan matang supaya tidak menyesal di kemudian hari yang membawa satu gelaran baru kepada anda iaitu duda dan janda.

Ada juga suami atau isteri walaupun sudah mendirikan rumah tangga masih mengharapkan keluarga dan bergantung harap dengan keluarga sendiri lagi malah masih di bawah tanggungan ibu bapa. Sudah berkahwin, pandai-pandailah bawa diri, janganlah sehingga menyusahkan keluarga.

Sekiranya sudah bersedia menghadapi liku-liku kehidupan berumah tangga dan tiada masalah dalam cabaran itu, dapatlah anda untuk berfikir berkahwin seawal usia.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/10Sumber 

Monday, May 13, 2013

Ramai isteri main kayu tiga di Singapura



Singapura: Ramai wanita berkahwin di republik ini didapati menipu suami mereka dan lebih ramai lelaki bertemu pakar runding perkahwinan bagi menyelamatkan rumah tangga masing-masing.
Peguam perceraian dan perunding perkahwinan di Singapura berkata, terdapat peningkatan 20 peratus kes khususnya yang membabitkan isteri bermain kayu tiga. Sementara itu, beberapa pusat khidmat keluarga menunjukkan bahawa bilangan lelaki yang menggunakan khidmat nasihat pakar perunding perkahwinan meningkat sekali ganda sejak beberapa tahun lalu. - AsiaOne

Harap2 takde la berlaku di negara kita kan...wallahualam...mintak dijauhkanlah perkara mcm ni berlaku pada kita dan keluarga kita...

Friday, March 15, 2013

Hidup dalam dunia ‘terbalik’

Bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej.

Disebabkan masalah itu, Bojana, 28, dilengkapi skrin komputer dan papan kekunci khas di pejabatnya, selain membaca dari bawah ke atas.

Sesuai dengan tugasnya sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, barat Serbia, dia juga diberikan borang rasmi khas.

Apabila pulang, dia menonton televisyen dengan cara terbalik juga.

Kata Bojana, orang lain mungkin melihatnya sebagai luar biasa, tetapi dia sendiri hidup normal sepenuhnya. “Saya dilahirkan begitu.


Foto BOJANA memegang akhbar secara terbalik bagi membolehkan dia membaca ‘secara normal.’

“Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang lain,” katanya. Bojana berkata, pakar neurologi di Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah ‘fenomena orientasi ruang’ menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik. - The Sun

SUMBER

Thursday, February 28, 2013

Ciuman Paling Banyak


Aktres, model dan pelawak, Veena Malik yang menyambut ulang tahun kelahirannya kelmarin ingin menyahut cabaran memecah rekod dunia menerima ciuman paling banyak dalam masa seminit bagi memberi kelainan pada hari jadinya.
Khabarnya semua peserta program realiti, The City That Never Sleeps - Bollywood Hunt akan cuba membantu hasratnya itu sekali gus menjadi hadiah paling indah buatnya. Dalam masa seminit Veena mesti menerima ciuman lebih 100 kali.
Veena sangat teruja untuk memecah Guinness World Records dan The City That Never Sleeps juga adalah filem lakonan terbarunya.

“Saya gembira kerana penerbit, Satish Reddy dan pengarah filem itu, Haroon Rashid memberi peluang kepada saya untuk mencatatkan nama dalam rekod dunia,” katanya

ni la wajah Veena Malik - google


SUMBER

Tuesday, February 26, 2013

Saya Dah Tak Sayang - Aidil


Seremban: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam diberitahu bahawa pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar pernah dua kali meminta cerai sepanjang tempoh perkahwinannya dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak.
Mohd Aidil Zafuan, 26, berkata demikian pada prosiding permohonan cerai kali kedua selepas tidak bersetuju dengan kenyataan isterinya untuk tidak bercerai di mahkamah berkenaan.
Rita, 37, tiba di mahkamah jam 9 pagi sambil ditemani beberapa rakan manakala Aidil Zafuan, 26, tiba bersama bapa dan abangnya kira-kira jam 10.45 pagi.

Prosiding di hadapan Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor yang mengambil masa 30 minit itu dimulakan dengan peguam Aidil Zafuan Noor Ariff Delia Ramli memaklumkan permohonan cerai itu difailkan anak guamnya pada 31 Januari lalu.
Foto RITA di mahkamah rendah syariah, semalam.
Foto AIDIL Zafuan mengaku sudah tidak sayangkan Rita.

Peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili Rita mengesahkan perkara itu dan memaklumkan anak guamnya tidak bersetuju dengan permohonan Aidil Zafuan selaku plaintif, malah Mohd Zaidi juga mencadangkan supaya diadakan perbincangan melalui Jawatankuasa Pendamai untuk kedua-dua pihak bersemuka selepas plaintif meninggalkan rumah lebih setahun lalu.


SUMBER

Thursday, February 21, 2013

Dia hilang ingatan’


Kuala Lumpur: “Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan.

“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” kata suami kepada bekas tunangan pelakon, Fizz Fairuz, 34, yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), 40-an.

Itu permintaan Ramli kepada masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz selepas kecewa tindakan ‘malu’ isteri keduanya yang menipu aktor terbabit sehingga mengadakan majlis pertunangan secara diam dengan pelakon itu, 10 Februari lalu.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan Fizz berasa tertipu dengan tindakan seorang wanita berusia 26 tahun yang mengakui dirinya belum berkahwin sebelum mereka bertunang di Kuantan, Pahang.

Namun, empat hari selepas bertunang, barulah Fizz mengetahui tunangnya itu isteri orang sejurus dimaklumkan kawan kepada adik wanita itu dan memutuskan hubungannya, Ahad lalu.

Ramli berkata, punca isterinya bertindak demikian kerana kesunyian berikutan kurang diberi perhatian selepas mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

Foto Fizz Fairuz
“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua).

“Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya,” katanya memaklumkan sudah berjumpa pelakon itu di Subang Jaya, Sabtu lalu dan menceritakan segala-galanya.

Sumber memaklumkan, selepas berkahwin, pasangan itu tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat agama dalam negara.

Menurut Ramli, walaupun bergelar suami isteri, dia jarang berjumpa wanita itu selepas bimbang perkahwinan mereka diketahui isteri pertama.

“Biarpun sibuk, saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan,” katanya memaklumkan hanya berjumpa wanita itu beberapa kali dalam sebulan.

Menceritakan percintaan bersama Fizz, Ramli berkata, isterinya menggunakan telefon bimbit miliknya untuk berkomunikasi termasuk mengadakan temujanji untuk keluar bersama.

“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” katanya.

Kata Ramli, keluarga wanita itu turut tidak mengetahui kedudukan sebenar kerana isterinya tidak pernah memaklumkan mengenai perkahwinan mereka.

Menurutnya, wanita itu kini masih isterinya yang sah biarpun perkahwinan di Thailand tidak didaftarkan.

SUMBER

Saturday, February 2, 2013

Alergi Buah Boleh Bawa Mati...


Charlotte Jefferson diberi amaran oleh doktor, dia boleh mati jika makan buah lagi.
Ibu berusia 25 tahun itu menghidap alahan luar biasa yang menyebabkan dia mengalami kesan sampingan yang boleh membawa maut setiap kali makan buah.

Dia dimasukkan ke hospital sebelum pihak perubatan akhirnya mengenal pasti alahannya tahun lalu.
Pengalaman pertama Charlotte berlaku selepas dia makan buah lai yang menyebabkan badannya gatal dan dia batuk darah.

Dalam kejadian lain, dia mengalami pening dan meracau selepas makan tomato.

Charlotte berasal dari Hull kini berhati-hati memastikan tiada makanan yang dilarang dalam dietnya kerana bimbang jika dia makan apa juga buah, ia mungkin kali terakhir untuknya.
“Saya bimbang untuk makan lai atau rempah kerana ia akan menyebabkan saya mati,” katanya Selepas bertahun-tahun menderita tanpa mengetahui puncanya, doktor akhirnya memutuskan bahawa dia alah kepada salisilat yang terdapat dalam buah dan makanan lain.

Senarai makanan yang perlu dielak oleh wanita itu, termasuk kerang-kerangan, daging dalam tin, semua jenis buah kecuali pisang, brokoli, timun, inti pai, sayur berminyak, dadih, jem, air buah, air gas, sos, kebanyakan herba dan rempah, biskut, gula-gula dan kastard. Ini bermakna, kunjungan ke restoran menjadi satu mimpi ngeri bagi Charlotte yang sentiasa membawa sebuah Epifen yang diisikan dengan adrenalina sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dia termakan makanan yang dilarang dan mengalami reaksi.
“Sekiranya saya ingin keluar bersama rakan, saya terpaksa telefon restoran itu terlebih dulu dan bertanya banyak soalan mengenai masakan mereka dan bagaimana ia dimasak. Banyak yang saya tak boleh makan. Selalunya, saya hanya makan semangkuk bubur kerana ia paling mudah untuk disediakan,” katanya.


Wednesday, January 30, 2013

BAYI KOMA DIGONCANG BAPA...


Kuala Lumpur: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan kini koma dan bertarung dengan maut, angkara bapanya yang dipercayai menggoncang anak kecil itu dengan kuat kerana berang selepas dia tidak berhenti menangis.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Kepong, di sini dan kecederaan mangsa dikesan selepas dibawa bapanya ke Hospital Selayang (HS) pada jam 8.30 malam kelmarin.

Menurut sumber, ketika membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan, suspek yang berusia 20-an cuba menyembunyikan kesalahannya dengan memberitahu anaknya itu mengalami kesukaran bernafas akibat diserang sawan.

“Doktor segera memberi bantuan pernafasan kepada mangsa sebelum melakukan pemeriksaan menyeluruh, termasuk membuat imbasan X-ray.

“Hasil pemeriksaan, doktor mengesan wujud pendarahan di otak kiri serta kedua-dua mata mangsa dan kecederaan itu dipercayai disebabkan goncangan yang kuat,” katanya.

Menurutnya, mengesyaki ada unsur penderaan dan penganiayaan terhadap bayi terbabit, doktor yang melakukan pemeriksaan membuat laporan di Pondok Polis Hospital Selayang sebelum kes dirujuk ke Balai Polis Kepong, di sini, untuk siasatan lanjut.

Sumber itu berkata, ibu mangsa memberitahu polis dia tidak melihat bagaimana suaminya mendera bayi mereka, namun percaya kejadian itu berlaku ketika dia berada di dapur dan mangsa berada bersama ayahnya di ruang tamu rumah mereka.

“Berdasarkan laporan perubatan yang dikeluarkan doktor berkenaan, polis kini berusaha mengesan bapa bayi terbabit untuk siasatan lanjut,” katanya

SUMBER HARIAN METRO

Pelik la...makin hari makin ramai yang gila nak bunuh anak,,ingat senang ke nak beranak???

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah