Thursday, July 26, 2018

Majlis Persandingan Nabil Razak & Marisah

Hi korang...

Kita sambung plak entry semalam dengan majlis seterusnya selepas majlis berarak lilin..satu keraian yang unik siap ada pertunjukkan bunga api dan tarian piring..selepas majlis tersebut diadakan pula majlis bersanding keesokkan harinya iaitu Sabtu di Dewan Orang Ramai Taman Seremban Jaya..dalam pukul 11 lebih SA dan keluarga dah sampai dh..tak boleh nak pergi awal sangat sebab mak dialysis kan...so bagi masa kat mak dan kami sarapan dulu pagi tu..lepas sarapan lepak-lepak jap then baru siap..

Jom tengok gambar sekitar majlis...


Meja makan pengantin..


Pelamin simple yet elegant...

Bila pergi kenduri kahwin SA suka terjah meja buffet..terikut-ikut perangai food blogger..lama dh tak pi food review ni..bukan takde jemputan..SA hadkan buat masa ni sebab sedang kuruskan badan dan sedang tumpukan pada mak yang tengah tak sihat...nanti bila-bila SA nak start balik food review..lama dah takde entry food review kat blog SA...


Ayam golek


Acar Buah


Ayam Masak Merah


Gulai Terung


Daging dendeng


Sampai je selfie jap...


Mak, Abah dan adik bongsu Abah..


Adik bongsu SA


Adik SA no 3...Lisa..


Ada gerai cendol..sedap gak cendolnya


Suasana Salam dewan..


Ketibaan pengantin


Diiringi hulubalang pesilat


Dah kat pelamin masa ni..


Bacaan doa..


Suka warna baju dia..pandai diorang pilih




Meja Makan


Antara hidangan


Tunggu giliran untuk persembahan silat


Kek pengantin..tak rasa rasa pun...


persembahan silat...x ambil plak nama kumpulan ni


Senang diri..jaga sedia


Langkah demi langkah





Ada persembahan tarian jugak..







Orang sibuk bersilat..kami sibuk selfie


Sempat la ambil berkat jap


Family foto yang x cukup korum


jadi la kan...wakil


pandai official photog amikkan gambar guna hp SA



Mak abah pun x ketinggalan 


One more photo..ini la cucu saudara abah yg paling nakal..suka usik abah sebab abah melatah..selalu kena lempang gak tu sebab suka mengusik org melatab...


Alhamdulillah selesai majlis ..dah kahwin dah anak saudara SA yang sulung..selamat pengantin baru..dapat isteri dan danalenimang cahaya mata pertama..tahniah..mereka dah menikah awal bulan 4 tahun ni..majlis sebelah lelaki ni agak lambat dan dan me bersanding bertiga.alhamdulillah majlis yang sederhana berjalan lancar dan meriah..next bulan 8 wedding sepupu SA sebelah mak plak..4hb hantar menikah di Melaka dan 11hb bersanding di Kuala Pilah..haaa..yang tu ada adat pepatih..lagi la plak..wedding sepupu nanti SA jadi chef masak masakan pengantin...haih...asyik tender masak je....macam boring plak..sure lepas tu x leh nak syantik2....

Wednesday, July 25, 2018

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Untuk Housemate


Hi korang...

Cerita malam tadi SA balik kerja masakkan untuk housemate Siput Sedut Masak Lemak Cili Api..gigih diorang pergi pasar malam Paya Jaras mencari bahan- bahan SA suruh beli..sampai terlupa beli daun kunyit..tapi takpe semalam SA pergi Econsave Damansara Damai..teringat nak masak siput sedut terus jer beli..kalau diorang dah beli takpe sebab boleh simpan kalau nak masak lauk lain kan..
Sampai jer kat rumah SA cepat2 cuci siput sedut tu semua..nasib baik orang tu jual dah bersih..dah takde lumpur pada siput tu tapi still kena basuh bersih- bersih kan..SA potong hujung siput sedut tu..mulanya diorang nak potongkan..takut plak kalau pendek sangat ke atau panjang sangat kan..hehehe..cerewet tukang masaknya...sebenarnya takde la susah mana pun nak masak siput sedut..senang je..cuma SA takde la campur bahan lain. Kalau kat rumah Seremban bleh je campur batang keladi atau pucuk paku..tapi tak suruh diorang cari kat pasar malam..kalau banyak2 bahan kang takut tak habis plak..masak siput sedut ni biasanya tak jadi lauk...

SA terajin skit..so SA bagi resepi sekali la..

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Bahan- bahan

  1. Siput Sedut  - 1kg - bersihkan dan dipotong hujungnya
  2. Cili Api  - 15 biji  - Jangan banyak sangat takut pedas sgt ( bebudak rumah tak kuat pedas)-tumbuk halus
  3. Kunyit Hidup - sebesar ibu jari - tumbuk halus
  4. Serai 3 batang - dititik
  5. Santan 1 kotak - tak kisah apa jenama
  6. Asam keping  - 1 keping
  7. Daun kunyit - 1 helai ( koyak2 je..)
Cara masak
SA masak guna kuali
  1. Masukkan siput dan bahan tumbuk iaitu cili api dan kunyit hidup dalam kuali
  2. Gaul biar bahan jadi mesra 
  3. Masukkan Serai dan daun kunyit
  4. Masukkan Santan dan asam keping
  5. Masukkan air sikit supaya santan sedikit cair
  6. Biar mendidih 
  7. Perasakan garam
  8. Siap

Alhamdulillah, sebelum ni kawan serumah tu asyik menyebut jer kan..baru la dapat kami semua menyedut malam tadi..makan sambil borak..sebenarnya lauk siput sedut ni memang tak jadi lauk..ralit semua menyedut..hehehe..nasib baik ada geng yang suka siput sedut..boleh la masak selalu..cuma semalam dapat siput sedut yang tak berasa besar..sederhana macam tu..susah sikit SA nak kerat montotnya..kang terlebih kerat apa yang tinggal kan..teringat siput sedut yang adik SA bawak dari Muar malam raya lepas..lagi banyak..5 kg SA sorang settlekan...

Lepas ni boleh la masak lagi siput sedut kat rumah sewa..sebab ada 2 orang housemate yang suka makan..yang sorang lagi tu tak makan siput sedut..dan tak nak belajar makan...takpe..orang tak nak kita jangan paksa kan...

Lepas ni tak tau la nak masak apa plak kat rumah sewa..

Majlis Berarak Lilin Nabil Razak Bukan Zizan Razak.....

Hi korang...

Last week SA balik Seremban petang Jumaat sebab sebelah malamnya ada majlis berarak lilin anak sepupu SA di Seremban Jaya. Anak sulung sepupu SA family sebelah Abah SA ni dah nikah dengan pasangan dari Terengganu April lepas. SA dan family tak dapat join wedding di Terengganu sebab mak SA tak sihat kan..so join yang majlis kat Seremban jer. Kiranya ini majlis menyambut menantu dan meraikan family pihak perempuan dari Terengganu. SA dah lama tak pergi mana- mana kenduri..sebab tak suka ngan makcik- makcik bawang..tapi dah majlis family sebelah abah..takkan x pergi pulak kan..apa plak kata saudara mara..Nasib malam tu tak terkena soalan maut..tapi SA ditegur oleh salah seorang makcik..lama tak jumpa katanya dan lama tak tengok SA pakai kebaya...hahahaha...sabar jer la..

Apa majlis berarak lilin ni? sebenarnya ianya majlis meraikan pasangan pengantin dimana mereka akan naik replika kapal yang dihias cantik dan di letakkan lilin di keliling replika. pasangan pengantin kemudian akan diangkat oleh adik beradik lelaki atau saudara mara lelaki sejauh 200 meter dari rumah atau dari dewan. Nasib la kalau tukang angkat gerak- gerakan kapal atau goyang2 kan..tetapi dah dimaklumkan awal- awal jangan ada aktiviti yang kasar sebab isteri Nabil kini berbadan dua.


Anak saudara SA yang lelaki tu Nabil Razak dan Isteri Marisah..


Marisah agak cuak naik replika kapal tu...Nabil dah biasa sebab sebelum ni dia tukang angkat pakcik2 dan makcik2 yang kahwin..


Okey pengantin dah ready....


Pasukan rebana akan mengiringi perjalanan pengantin yang diarak sejauh 200 meter, sebelum bergerak mercun akan dipasang bagi memeriahkan suasanana


selepas itu mereka akan diraikan dengan tarian piring pula..


Entah apa yang lucu tak tau la..ramai yang mengusik rasanya ni


Silat dan Tarian piring...



Selesai persembahan SA amik kesempatan bergambar dengan pasangan pengantin


Dania pun sama..


Kidnap anak buah SA..suka kacau dia sebab dia takde perasaan...diam jer...


One more photo..still sama jugak..


Lepak bawah khemah masa ni tengok saudara mara karaoke..tetiba nama naik..memang tak la nak nyanyi kan...SA suruh adik SA si Lisa pi nyanyi..dah tua2 ni memang tak kuasa nak menyanyi..


Alhamdulillah...

Majlis berjalan lancar..SA tak makan pun malam tu..bukan tak sudi nak makan tapi perut sebu..letih pun ye jugak sebab naik komuter SA berdiri sampai Seremban..silap la naik komuter time peak hour..malam tu balik rumah dalam pukul 11 malam, singgah beli durian 2-3 biji sebab tak puas makan..sampai rumah ingat adik bongsu SA lepak tengok tv..rupanya dah tido..SA bukan apa..nak ajar anak buah SA si Taufiq tu makan durian..hahaha..dah la ibu dia x makan durian langsung kan..sajer nak dengki..SA jer la makan durian dengan Abah...

Nanti SA sambung majlis persandingan pulak ye next entry...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah