Wednesday, March 23, 2011

ENTRY UNTUK SECRETARY >SEPETANG BERSAMA ANUAR ZAIN


ANUAR Zain, anak kelahiran Merlimau, akan menghiburkan tetamu Minggu Setiausaha, Permaisuri Hotels & Resort, Ayer Keroh, pada 9 April ini.


KELUNAKAN suara penyanyi Anuar Zain sememangnya memukau. Populariti dan personaliti menarik dimiliki anak seni ini turut menjadikan Anuar Zain antara penyanyi yang mendapat sambutan setiap kali tiba Minggu Setiausaha pada bulan April.
Tidak ketinggalan dalam mendapatkan penyanyi ini ialah Permaisuri Hotels & Resort yang akan mengadakan acara Sepetang Bersama Anuar Zain di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada 9 April ini.
Pengurus Besar Kumpulan resort berkenaan, Aswandy Hassan berkata, acara tersebut merupakan percubaan daripada pihaknya untuk memecah tradisi kerana acara gemilang sebegini biasanya diadakan di Lembah Klang.
"Acara julung kali diadakan Permaisuri Hotels & Resort ini bertujuan menyemarakkan lagi industri pelancongan sekali gus mempromosikan pelbagai produk dan destinasi menarik di Melaka.
"Sebagai sebuah syarikat korporat, kami tidak hanya mahu menyasarkan keuntungan tetapi tanggungjawab sosial juga perlu diutamakan untuk kepentingan bersama," katanya.
Aswandy menambah, sebahagian daripada hasil kutipan jualan acara tersebut akan didermakan kepada Yayasan Anak-Anak Yatim Negeri Melaka bagi meringankan beban mereka.
Katanya, Sepetang Bersama Anuar Zain turut mendapat sokongan daripada Tourism Melaka apabila bersetuju menaja pengangkutan untuk peminat-peminat Anuar Zain yang datang dari Kuala Lumpur.
"Bukan sahaja pengangkutan diberi secara percuma malah mereka yang menginap di negeri Melaka berkesempatan mengikuti lawatan ke destinasi menarik di sekitar bandar raya Melaka.
"Permaisuri Hotels & Resort memilih Anuar Zain kerana dia bukan nama asing dalam industri muzik tanah air tetapi cukup dikenali dan mampu menarik ramai peminat untuk turut serta dalam acara ini," katanya.
Ujarnya lagi, Anuar Zain juga merupakan anak jati Melaka kerana berasal dari Merlimau, menjadikan dia amat sesuai untuk dipilih dalam acara itu.
Selain daripada Anuar Zain, dia berkata, acara malam akan dihangatkan dengan gandingan dua pengacara cukup hebat iaitu Nabil Ahmad dan Sharifah Shahira yang pasti menjanjikan audien terus terhibur.
Audien yang hadir pada malam itu turut akan menerima beg hadiah dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah tajaan Tourism Melaka, JDI Cosmetik dan Brilliant Sense Ads.
Mereka yang berminat untuk menempah tiket untuk acara ini atau ingin mendapatkan keterangan lanjut boleh menghubungi talian 017-313 7115 atau e-mel desmond@permaisuri.com.my. Harga tiket bermula dari RM 188, RM288 dan RM388


Info dari KOSMO

4 comments:

  1. secretary gak ..bila anuar zain nk dtg sini hik2

    ReplyDelete
  2. kan bagus kalau untuk kerani2 pun dorang celebrate camni.kerani pun pnting apa.takde kerani keje tak jalan tau.ehehe..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah