Tuesday, March 15, 2011

Mereka Yang Berkenaan..Sedar2lah...

Lisa pun tak faham kenapa segelintir masyarakat Malaysia ada perangai mcm ni,...dimana hilang perikemanusiaan ..

Email dari Pelajar Jepun yang Lisa baca dan ambil di blog INI beliau ambil dari blog http://beautifulnara.com/

Email Dari Pelajar Di Jepun Selepas Gempa

Assalamulaikum abg.nara,
Saya seorang pelajar di jepun yang kini sedang dalam keadaan berjaga-jaga atas segala macam kemungkinan buat mase sekarang. pertamanya, terima kasih yang tidak terhingga kepada abg.nara kerana membaca email ini. tujuan saye bagi abg.nara email ni adalah untuk abang nara dapat bantu sebarkan kepada umum akan hal ini. kerana saya tahu betapa berpengaruhnya beautifulnara ini ^ ^

Berkenaan kejadian di jepun, abg.nara banyak laporkan pada umum dan kami di sini ucapkan terima kasih sangat3. antara kronologi yang berlaku, gegaran sekuat magnitud 9.0 pada petang jumaat lalu di kawasan timur jepun, dengan tsunami setinggi 10meter, diikuti gegaran sekuat magnitud 6.6 berpusat di utara nagano pada awal pagi sabtu lalu.

Selepas itu diikuti dengan letupan reaktor pertama di nuclear power plant pertama di fukushima pada hari sabtu (jepun ade 2 nuclear power plant, di mane setiap power plant ade 6 unit reaktor) dan pada hari ini, baru sahaja tadi jam 11 jepun, reaktor ketiga pada nuclear power plant yang sama telah meletup. di kedua-dua letupan, radioaktif tersebar ke udara dan ianya merisaukan semua orang di sini walaupun kadar radioaktif yang tersebar tidak membunuh. sehingga kini, dalam 160 orang dianggarkan telah terkena kesan radioaktif tersebut.

Berkenaan gegaran, di kawasan timur jepun, gegaran yang agak kuat dan menakutkan beberapa kali terasa sehingga hari ini sejak jumaat lalu, dan di kawasan berhampiran, gegaran kecil masih berlaku sehingga saat ini. buat masa ini, ada pelajar di kawasan timur jepun yang masih berlindung di tempat perlindungan bagi tujuan keselamatan.

Dengan ancaman gempa bumi, tsunami, letupan nuklear, dan terbaru ancaman gunung berapi di kawasan selatan jepun, kami sangat berharap agar rakyat malaysia sama-sama mendoakan keselamatan kami di sini.

Di sebalik kerisauan yang kami rasakan, terselit rasa kecewa dalam diri kami terhadap sebahagian mereka di malaysia. seperti yang abg.nara laporkan, berita harian membuat lawak bangsat terhadap ape yang berlaku di sini, begitu juga fizz fairuz yang perangai hampeh gile dengan mempermainkan kejadian ini.

Mane pergi sensitiviti dan nilai kemanusiaan mereka? mereka tak tahukah betapa sedih kami di sini melihat saudara jepun kehilangan ahli keluarga, kehilangan rumah dan kenderaan, kehilangan kampung, kehilangan segalanya. cari mak tak jumpa, cari ayah, cari ahli keluarga.. tiada. dan mereka terpaksa menelan ketentuan bahawa ahli keluarga mereka telah dihanyutkan tsunami. tangisan yang tak berkesudahan :,(

Dan mereka yang bangsat ini boleh buat main lagi keadaan ini? kalau mereka gunekan alasan bahawa nak menunjukkan bahawa ultraman ape semua tiada kuasa, yang berkuasa hanya Allah, dakwah cara ape yang kau gunakan?? dakwah perlu beradab, bukan biadap macam kalian. nak bercakap tentang Islam konon.. saya boleh katakan saya jamin bahawa orang jepun yang tidak beragama ini, lebih banyak nilai Islam dari kebanyakan orang islam malaysia sendiri.

Lagi satu, mereka ini (berita harian & fizz fairuz) mungkin tiada ahli keluarga yang berada di jepun samada yang belajar atau bekerja. mereka takkan tahu betapa risau, betapa gusarnya perasaan ahli keluarga kami di malaysia. sewenang-wenang membuat lawak bodoh macam haram.. agak-agakla wei.. ade batas kot dalam apa jua yang kita lakukan.

Kami jugak kecewa dengan perangai sebahagian rakyat malaysia. ape yang ditulis ustaz hasrizal ini perlu sangat3 dijadikan titik tolak untuk rakyat malaysia berfikir, muhasabah diri, dan ubah mentaliti.. tolonglah.. baca, faham, dan bertindak untuk berubah. mentaliti rakyat malaysia telah sangat rosak. (saye tidak cakap semua, saya maksudkan sebahagian yang terlibat).
Bacalah yer

Lihatlah,. pemimpin malaysia asyik sibuk dengan kerisauan ekonomi bila jepun kena camni. mane pergi nilai kasih sayang sesama manusia?? orang jepun bukannya kafir harbi yang perlu diperangi. mane pergi sensitiviti kalian? kamonla, peka sikit wahai pemimpin sekalian. padanlah malaysia kita kini, pemimpin kencing berdiri, rakyat kencing berlari pun sikit kau tak ambil peduli…

Saya mohon, rakyat malaysia sekalian, sedarlah. di sebalik apa yang berlaku ini, terlalu banyak yang Allah nak ajar kita semua. beringatlah, masa yang dijanjikanNya telah semakin dekat. hiburan melampau yang disajikan di negara kita telah banyak merosakkan mentaliti masyarakat kita. telah tiba masenya kita semua sedar.. sebelum berlaku pada negara kita kejadian sebegini, berubahlah. beringatlah.. peliharalah diri, peliharalah ahli keluarga kalian daripada menjadi bahan bakar api neraka (66:6).

Maaf kerana email ini panjang abg.nara. saya rase saye perlu katekan perkara ini atas rase keprihatinan saye kepada semua warga malaysia yang saya kasihi.
Terima kasih selagi lagi abg.nara sebab bace email saye ini.

* saye tidak minta email ini disiarkan, saye biarkan ianya pada penilaian abg.nara utk siarkan atau tidak. saye tahu abg.nara seorang yang sangat sensitif dan peka dengan hal-hal sebegini. jika disiarkan, saye tidak minta sebarang kredit. ini adelah sekadar untuk membuka minda umum.

Semuga semua pihak tidak menjadikan bencana dari Allah swt ni sebagai gurauan.

10 comments:

  1. salam

    saya setuju sangat..
    ujian dariNya bukan bahan ketawa.

    ReplyDelete
  2. orang Melayu dah banyak hilang nilai murni dan sifat jati diri sebagai orang melayu yang didik dengan sifat-sifat terpuji. Bencana dari Allah SWT jadi mainan pulak dimulut masing masing.

    ReplyDelete
  3. sekarang macam2 yang tak terjangka boleh berlaku. dunia semakin dekat

    ReplyDelete
  4. sekarang macam2 yang tak terjangka boleh berlaku. dunia semakin dekat

    ReplyDelete
  5. tu le kecoh gak kat berita harian kan..seb baik berita harian dah keluarkan penyataan maaf semalam....

    ape2 pun kite doakan yg terbaik tuk merekan kat sane...kalo lisa nak tau, kawan2 akak ramai kat sane ...risau gak pikirkan nasib mereka...

    ReplyDelete
  6. pape pun utk diri kite sndiri...berdoa dan terus berdoa utk mereka...

    ReplyDelete
  7. serius shu gtau...apa yg terjadi kat jepon ni sedikit sebanyak menyedarkan shu... bahawa.."hari itu" makin hampir... amalan lom kuat lagi...:((
    Ya Allah... lindungilah kami..& selamatkanlah mereka disana...amin....

    ReplyDelete
  8. itulah kalau manusia bercakap tanpa guna akal fikiran..

    benda yg serius dibuat main2

    ReplyDelete
  9. org malaysia makin lalai. takut nanti Allah akan kejutkan dgn sesuatu yg tak dijangka je...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah