- Tinggi Vitamin C – Membantu meningkatkan sistem imun, melawan jangkitan, dan menyokong kulit sihat.
- Mengandungi Enzim Bromelain – Membantu penghadaman protein, mengurangkan keradangan, dan boleh membantu mengurangkan sakit sendi.
- Sumber Antioksidan – Melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel, sekaligus membantu melambatkan penuaan.
- Meningkatkan Kesihatan Pencernaan – Kandungan seratnya membantu melancarkan pembuangan air besar dan mencegah sembelit.
- Menyokong Kesihatan Jantung – Kandungan vitamin C, kalium, dan antioksidan membantu menjaga tekanan darah dan kesihatan jantung.
- Membantu Turunkan Berat Badan – Rendah kalori, tinggi air, dan serat membuatkan rasa kenyang lebih lama.
- Menambah Tenaga Semula Jadi – Gula semula jadi dalam nanas memberi tenaga cepat tanpa terlalu membebankan tubuh.
Berikut senarai jenis nanas yang popular dan sering ditemui di pasaran:
-
Nenas MD2 (Golden Pineapple / Nenas Emas)
-
Rasa manis, kurang masam, tekstur rangup.
-
Warna kuning keemasan.
-
Popular kerana sesuai dimakan segar dan untuk dijadikan jus.
-
-
Nenas Josapine
-
Gabungan antara nenas “Queen” dan “Smooth Cayenne”.
-
Manis dengan sedikit rasa masam.
-
Tekstur lembut dan berair.
-
-
Nenas Queen
-
Saiz kecil hingga sederhana.
-
Rasa lebih masam manis.
-
Kulit kekuningan dengan mata yang lebih kecil.
-
-
Nenas Cayenne
-
Rasa manis dan sedikit masam.
-
Tekstur agak berair dan lembut.
-
Biasanya digunakan untuk jus atau dimakan segar.
-
-
Nenas Sarawak
-
Popular di Malaysia, saiz sederhana.
-
Rasa manis sederhana, sedikit masam.
-
Sesuai untuk dimakan segar atau dimasak.
-




Sedapnya nanas 🤤 dulu masa kecik2 tak reti makan nanas, dah besar suka pulak. Favourite saya pun nanas MD2 tu. Sama la kita SA, tak reti kupas nanas. Kalau beli nanas kena tunggu suami kupaskan sbb bapak mertua ada kebun nanas jadi dia dah biasa kupas nanas hehe
ReplyDeletePanggilan yang betul Nanas tapi dari dulu saya sebut Nenas. MD2 ada ditanam di UPM. Boleh dibeli jugak. Kalau kat tempat SA tengok bunga tu depan sikit je lagi tempat dia jual nanas, jagung dan cendawan.
ReplyDeleteNanas MD2 memang tak tajam di lidah dan rasanya lazimnya manis. SA boleh la datang ke Saudagar Nanas Agrofarm di Kg Sg Merab Luar. Ada MD2 jugak kat situ. Memang dekat sangat dengan Experiment Kitchen. Lalu Experiment Kitchen dulu baru Saudagar Nanas Agrofarm yang terletak atas bukit.
ReplyDelete