Tuesday, November 25, 2025

Mencari Makanan Untuk Meeting Lagi....

Assalamualaikum...

Nampaknya hari- hari ada meeting dan hari- hari nak ada makanan ni...x kan nak beli kat food court kat bawah plak untuk meeting besar kan...gigih ni SA mencari makanan untuk meeting...penat gak la SA pagi ni...sorang- sorang mencari...



Boss nak yang kat sini




Pan Au Cheese...dalam pastry tu ada cheese...


Beef Bacon Roll RM13.90, SA beli 3 ketul


Best ever garlic bread




Cream Cheese Pie...SA beli ni...sebab satu nak savoury dan satu nak yang manis2...

Mahal?

Takpe..claim kat boss kang...hehehe....korang kalau boss meeting dan kena beli makanan korang sediakan seadanya atau ikut keperluan guest korang?macam SA selalunya ikut keperluan guest dan kalau diornag nak makan makanan negara kita, lagi senang..sebab tak semua guest boleh makan makanan negara kita...nak pulak kalau ada yang vegetarian kan...emua tu perlu diambil kira..

Walaupun kita nak raikan budaya sendiri, menghormati budaya dan larangan makanan tetamu adalah keutamaan supaya mereka selesa. selalunya SA kan hidangkan Hybrid menu iaitu campurkan sedikit makanan antarabngsa dan makanan malaysia...so ada 2 pilihan gitu...

Pada masa yang sama, sangat digalakkan hidang makanan tempatan.

Ramai tetamu luar suka bila kita perkenalkan budaya makanan kita kerana itu sebahagian hospitaliti Malaysia.

Cuma caranya:

Hidangkan  “Safe Malaysian Choices

Makanan yang:
  1. tidak terlalu pedas
  2. tidak terlalu eksotik
  3. tidak ada bahan sensitif seperti belacan terlalu kuat, organ dalaman, dsb
Paling selamat kita kena alert atau wajib tahu pantang larang dan sensitivity tetamu kita. Hidang makanan tempatan supaya tetamu boleh rasa budaya kita dan kalau nak selamat gabungkan dengan menu universal supaya semua boleh makan tanpa risau. Memang inilah standard hotel 5 bintang untuk corporate meeting...

Tugas seorang secretary corporate bukan tertakluk pada urusan khas untuk boss aje...malah semua perlu diambil kira..sebab itulah adakala SA tak berapa busy dan adakala terlebih busy...semua benda perlu diambil kira..itulah antara tugas SA kalau korang nak tau...eh nanti SA share perjalanan event besar office SA last Saturday ye..banyak betul gambar..gambar dari OP pun dah dapat...ada banyak gak gambar SA...hahaha....

Jumpa lagi next entry...
 


No comments:

Post a Comment

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah