Friday, October 23, 2026

Enjoy Pulau Sekati Boat Tour

Assalamualaikum wrt...

Salam Jumaat yang Barakah korang...sementara SA masih tak busy ni, SA nak sambung kisah Terengganu ni..insyaallah x lama lagi habis la ni..ada tingal 1 entry lagi je...jom sambung jom....

Trip boat tour Pulau Sekati ni kami booked pukul 10.00 pagi. Seronok sangat dapat luangkan masa mencuba aktiviti santai macam ni. Untuk trip ni, kami dikenakan bayaran sebanyak RM150 je. Tempoh masa untuk boat tour ni adalah 40 minit. Walaupun nampak sekejap, tapi pengalamannya cukup bermakna! Sampai je kat sana, kami dah diarahkan untuk memakai jaket keselamatan demi langkah keselamatan sebelum naik ke bot.

Sepanjang 40 minit menyusuri Sungai Terengganu ni, dapatlah kami menikmati pemandangan persekitaran perkampungan pulau yang tenang dan udara segar. Rasa tenang sangat bila anginu sepoi-sepoi bahasa menampar muka. Paling best, abang bot pun ramah dan sempat berkongsi cerita menarik sepanjang perjalanan.

Suami SA gayat sikit...tapi lama- lama dia OK...PZ memang happy la sepanjang perjalanan. menikmati pemandangan...x lekang la dari mulutnya cakap seronok...x pernah sampai Jambatan Angkut tu dan dia sangat teruja tengok jambatan tu boleh terbuka untuk laluan kapal besar....tak lepas jugak dari mulut PZ ucap terima kasih sepanajang trip ni sebab sudi bawak dia berjalan jauh- jauh...sebak plak SA tiap kali dia cakap terima kasih







Yang sorang tu dah takut...


Tengok la muka dia tu...








Sepanjang perjalanan korang akan mendengar penerangan dari pemandu boat tentang sejarah tempat- tempat yang korang lewati...


Taman Tamadun Islam ni kami x masuk..


Masjid Kristal, kami singgah solat semalamnya...



Nampak? Kapal minyak nak lalu dan ada 2 kapal besar, so jambatan ni akan terangkat untuk bagi laluan...masa ni la kami amik gambar berlatarbelakangkan jambatan ni...
















Ni la akapal minyak tu














Suami SA masih dengan muka cuak dia


Berdua dengan buah hati pengarang jantung SA ni...



Tudung SA dah lunyai di hentam angin kuat...


 

Bagi korang yang cari aktiviti santai hujung minggu bersama keluarga atau kawan-kawan di Terengganu, Pulau Sekati Boat Tour ni memang wajib masuk dalam senarai tempat to-do korang! Selain dapat pengalaman naik bot menyusuri sungai, dapat juga ambil gambar OOTD yang cantik dengan latar belakang jeti dan jambatan angkut tu..

Kalau korang ada peluang datang Terengganu, jangan lepaskan peluang rasai sendiri pengalaman ni tau!

Details pengusaha bot tour ni korang boleh tengok kat gambar- gamabr atas tu...ada tulis situ...sebenarnya ramai aje pengusaha boat tour kat sepanjang sungai tu...terpulang pada korang nak pilih yang mana satu..diorang pun ada buat perkhidmatan fotographer..itu adalah bayaran lain yang dikenakan..dan for sure gambar korang akan jadi lagi cantik...ramai je yang sewa boat atau amik boat tour ni semata -mata nak amik gambar OOTD...couple pun ada amik gambar romantik2 jugak..ada yang buat prewedding shooting kat atas boat jugak ye....ada bajet boleh la buat...

Okey la korang...

Kita sambung last entry untuk Trip Terengganu ni nanti ye....


No comments:

Post a Comment

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah