Friday, November 13, 2026

Giveaway Anniversary Ke-17 Blog Saje Suka-Suka

Assalamualaikum wrt...

Happy Bloggerversary Blog Saje Suka Suka!!!!!

Wah, tak sedar Blog Saje Suka Suka dah 17 tahun! Terima kasih Kak Notie kerana sudi menganjurkan giveaway sempena ulang tahun kali ni. Menariknya blog Kak Notie ni sebab ia jadi tempat kita bertukar pandangan, membaca kisah-kisah menarik, dan mengeratkan silaturahim dalam komuniti blogger kita...

Jomlah support GA Kak Notie ni...siapa nak join boleh tekan banner ye...



 

17 tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat! Masing-masing kita tahu betapa mencabarnya untuk kekal aktif menulis dan ‘blogwalking’ pada zaman sekarang. Tahniah diucapkan kepada Kak Notie kerana terus konsisten menghidupkan Blog Saje Suka Suka sampai usianya mencecah 17 tahun.

Apa Yang Best Bila Masuk Blog Saja Suke Suke?
Sebab utama SA sentiasa menyokong dan suka singgah ke blog ini adalah kerana suasananya yang mesra, penuh dengan cerita-cerita santai yang menceriakan hari.

Bagaimana Boleh Terjebak masuk Blog?
SA mula mengikuti blog ni secara tak segaja bila Kak Notie selalu share kisah Travel Luar Negara..knowing SA yang suka travel kan..memang selalu mengikuti update kisah travel Kak Notie. Bermula dari minat suka membaca perkongsian cerita lama-kelamaan, rasa teruja itu membiak dan mendorong diri sendiri untuk follow blog ni..lama dah rasanya SA follow..Dari situlah asyik 'tersangkut' sampai sekarang, seronok dapat blogwalking dan baca cerita menarik setiap hari.

Bagaimana dengan karektor tuan blog bila bercerita?
Karektor Kak Notie di dalam blog memang terasa sangat mesra, sempoi, dan santai. Gaya penulisan yang santun membuatkan pembaca sentiasa selesa dan seolah-olah sedang bersembang di kedai kopi. Sebab itulah setiap entri terasa hidup dan dekat di hati semua pembaca.

Apa penambahbaikan dalam blog yang kalian harapkan?
Setakat ni, apa yang ada di Blog Saje Suka-Suka sudahpun sangat meriah, pelbagai, dan best untuk dibaca! Cuma diharapkan Kak Notie terus konsisten berkongsi coretan santai, kisah travel, atau apa sahaja info menarik pada masa hadapan untuk terus menceriakan komuniti blogger. Mungkin Kak Notie boleh buat group blogger yang boleh gathering ke..meengeratkan lagi silaturrahim dari alam maya ke dunia realiti kan?


Semoga Blog Saje Suka-Suka terus maju jaya, bertambah meriah, dan kekal menjadi sumber inspirasi serta hiburan santai buat pembaca di luar sana. Teruskan berkongsi coretan menarik, Kak Notie! 

Salam sayang dan ukhwah daripada SA...😘😘😘

1 comment:

  1. Wow tak sangka akak tulisan akak begitu berwarna warni. Terima kasih SA atas cadangan tersebut. Kena kosisten menulis. Toche toche

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah