Thursday, November 5, 2026

Sarapan Hari Ini

Assalamualaikum wrt....

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah... syukur kita masih diberi kesempatan untuk menikmati hidangan yang lazat pagi ini. Hari ni SA x sibuk sangat tapi SA adalah kerja...boss SA tak masuk office sepanjang minggu ni, semalam boss +ve Influenza A dan akan MC sampai Jumaat. Masuk semula office hari Selasa nanti...

Hari ini, SA memulakan pagi dengan hidangan sarapan kegemaran ramai maggi goreng  bersama ayam goreng yang cukup memikat selera. Maggi gorengnya dimasak sempurna dengan rasa rencah yang seimbang. Lebih istimewa lagi bila digandingkan dengan seketul ayam goreng yang lembut..memang kombinasi yang sangat padu!





today's look

 
Bau harum black coffee sudah cukup untuk mengejutkan sesiapa sahaja daripada tidur. Ia bukan sekadar mengisi perut, tetapi juga memberi tenaga untuk memulakan hari dengan penuh semangat.

Sambil menikmati secawan black coffee pagi ni, terbaca pula pelbagai cerita hangat di media sosial tentang isu panic buying dan khabar angin kononnya sistem perbankan terancam gara-gara isu serangan siber.

Risau juga mula-mula baca, apatah lagi bila Perdana Menteri sendiri ada mengeluarkan kenyataan rasmi supaya negara memperketatkan tahap keselamatan siber kita. Tapi, apa pun situasi di luar sana, tak perlulah sampai kita sendiri yang panik, berpusu-pusu keluar kan semua duit simpanan, atau memborong barang dapur macam nak hadapi peperangan! Kalau semua paksa diri ikut panik tak tentu pasal, silap-silap ekonomi kita sendiri yang "tumbang" disebabkan ketakutan kita.

Apa pun, ambil langkah berjaga-jaga yang bijak elakkan klik pautan mencurigakan dan jangan mudah percaya berita sensasi yang belum tentu sahih. Yang penting, kita teruskan rutin harian seperti biasa dengan tenang, jaga kesihatan, dan banyakkan bersyukur

Semoga hari korang juga dimulakan dengan sesuatu yang baik dan diberkati. 

Selamat bersarapan semua!


5 comments:

  1. Selamat bersarapan SA. Ada terbaca juga pasal issue buying panic & security cyber . Kena juga berhati² dan selalu check account utk mengurangkan rasa bimbang kita

    ReplyDelete
  2. kita pun berjaga2 jelah...yg penting keluarkan cash. sekarang ni dah byk lemak ammi ni..kadang2 dalam wallet ada singgit je.

    ReplyDelete
  3. Ada jgk baca ttg panic buying ni sis.Tp sy tak baca habis...Kdg mls nk amik peduli sgt sbb rasa 50/50 je kesahihannya.

    ReplyDelete
  4. Selamat pagi kak SA..
    nieyl puasa lagi hari ni,hehehe..sikit je lagi ...
    semoga baik2 je negara kitaaa

    ReplyDelete
  5. morning SA! sedapnya ur bf menu ;)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah