Showing posts with label Perdana Menteri Ke 5. Show all posts
Showing posts with label Perdana Menteri Ke 5. Show all posts

Tuesday, April 15, 2025

Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

Assalamualaikum...


Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), semalam. Allahyarham Tun , meninggal dunia pada jam 7.10 malam tadi selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana mengalami sesak nafas.


Jenazah Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dijangka dibawa keluar dari kediamannya di Tasik Perdana, di sini, pada jam 8.30 pagi untuk disolatkan di Masjid Negara.

Dilahirkan pada 26 November 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah menjadi Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, berikutan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan roh orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

Innalillahiwainnailaihirojiun....

Al-Fatihah.


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah