Showing posts with label Resepi Mee. Show all posts
Showing posts with label Resepi Mee. Show all posts

Wednesday, March 19, 2025

WW ~ Resepi Mee Jawa

Assalamualaikum...

Semalam jenjalan FB nampak resepi Mee Jawa ni...SA plak tekak kan tengah meragam..selera meragam..kalau boleh nak makan masakan macam ni...nak buat sendiri takut tak jadi...suami cakap beli aje la...tapi SA x nak beli...beli makan sekali je..kalau buat sendiri bleh makan ulang- ulang kan...

Nak buat x tau bila...dah tanya Ateh boleh buatkan tak..dia kata ok je nak buat asalkan beli barangnya...kalau tak dapat makan dalam waktu terdekat..buat menu raya pun ok kan?

Jom tengok resepi...


 MEE JAWA 


Resepi:

1 kg daging...rebus hiris nipis..

2 kg keledek...rebus..blend

200 gm..udang kering *

100 gm..udang pepai @ geragau kering..*

2 labu bawang besar*

10 ulas bawang putih*

2 btg serai...hiris nipis*

1 inci halia*

* semua blend

2 senduk nasi cili blend..

1 senduk nasi rempah kari..

Gula melaka 2 ketul..

Garam

Minyak tuk menumis


Caranya:

1. Tumis bahan yg dah di blend...

2. Tambah cili blend..

3..Buh serbuk kari dg....biar hgg naik minyak..

4. Buh dg yg dah rebus...gaul bg mesra...dgn rempah dan cili..

5. Buh air rebusan dg..

6. Cincang gula melaka buh dlm

7.blend keledek rebus tuang dlm periuk hingga habis 

8. Tambah garam..

Biar didih hingga minyak naik...siap


Hidang bersama:

Mee kuning

Tahu goreng

Taugeh x yah celur

Telor rebus

Daun bawang

Cili hijau

Bawang goreng



Thursday, May 30, 2024

Resepi Mee Bandung Kesukaan SA

Assalamualaikum...

Antara makanan fav SA adalah mee bandung...SA ni lebih suka menu noodles dari nasi- nasi ni...so kalau pergi mana- mana memang cari menu noodles..last month balik JB tak sempat pun nak makan mee bandung..kalau berdua ngan suami, masa dia nak hantar SA balik Seremban, kami akan singgah Muar dulu pekena satay dan mee bandung...ni lama dah x pi..ada 3-4 bulan kot...kat Aeremban ada je orang jual mee bandung..tapi rasa x sama macam yang kat Muar or JB..

Scroll FB terjumpa resepi, baca resepi macma senang aje nak buat...so SA copy resepi dan letak sini untuk rujukan..share kat FB nanti dia hilang bila post dah kebawah...payah nak cari kan...letak sini boleh rujuk bila- bila masa....korang kalau nak resepi ni ambil aje ye...sharing is loving kan




Resepi  Mee Bandung

Bahan-bahan:

  1. 20 tangkai cili kering
  2. 1 biji bawang besar
  3. 3 ulas bawang putih
  4. 1 pack udang kering (rm1.50)
  5. 1/2 inci halia
  6. Blend halus
  7. 500gm daging rebus amik airnya
  8. 15-20ekor udang
  9. 1biji carrot
  10. 1biji Tomato
  11. 2pokok sawi pak choi
  12. 5biji telur
  13. 1kg mee kuning cuci dan celur
  14. 1cawan kacang tanah, goreng dan blend kering
  15. 4 sudu besar tpg jagung bancuh air utk pekatkan kuah
  16. Daun sup
  17. Bawang goreng
  18. Garam
  19. Gula
  20. Perisa@1kiub ayam
  21. 2sudu besar sos tiram
  22. 2sudu besar sos cili


Cara-cara

Tumis bahan kisar,sehingga garing

masuk sos cili..sos tiram...

letak air daging..

dan tambah air..ikotlah banyak mana nak kuah..

Bila dah mendidih..masukkan kiub ayam,garam,gula,daging,udang,carrot...

Rasa ni ikut selera sendiri ye..

Bila mendidih lagi sekali..masukkan sawi..tomato..pecahkan telur sebiji demi sebiji..jangan kacau...nnti telur hancur..

Masukkan kacang tanah,dan air tepung jagung..siap.

Masukkan mee dlm mangkuk,curah kuah..tabur daun sup dan bawang goreng..


Selamat mencuba❤

Kredit gamabr dan resepi : FB RESEPI MEMIKAT SUAMI


Tuesday, April 2, 2024

Resepi Mee Champa

Assalamualaikum..

Hi korang...

SA adalah penggemar menu yang berasaskan mee, mee goreng, mee kari, mee sup, mee celup dan resepi kat bawah ni adalah Mee Champa. SA x tau la Mee Champa tu mee apa tapi SA perasan rupa parasnya macam mee celup. SA masih x pandai buat mee celup lagi..selalunya order jer makan kat kedai..ada satu kedai yang SA pernah makan mee celupnya sedap giler..tapi masa SA stay kat Sungai Buloh la...boleh dikatakan selalu SA makan kat situ..sekarang tak tau la wujud lagi ke tak kedai tu sebabnya SA pun dah pindah lama dah..2019 SA dah balik Seremban.

 Boleh dijadikan salah satu menu hari raya tak lama nanti..itupun kalau ada kerajinan..rsanya bab cuba mencuba ni memang SA suka..

Gambar 2 keping dan resepi ni kredit kat empunya resepi ye..korang kalau nak resepi boleh jer copy dari entry SA ni...


Sedap kan?


Yang ni guna kuew teow rasanya yang jenis kecik2 tu..


Resepi Mee Champa

Bahan  Kuah

  • 1 1/2 - 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dibuat bone broth
  • 3 liter air
  • 4 biji bawang holand* potong 4
  • 3 biji bawang besar * potong 4
  • 2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
  • seekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sop ni..tp kalau takde boleh la abaikan 
  • daun ketumbar seikat
  • daun bawang
  • 2 batang kulit kayu manis*
  • 4 biji bunga lawang*
  • 1/2 cawan sos ikan
  • gula
  • garam
  • perasa jika suka
  • serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
  • 3 kiub stok perisa daging 


caranya

1. Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth . bone broth ni bagus untuk kesihatan kita .. 

caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.. kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih2 atau keruh buang lagi airnya.. dan masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi...kali ini rebus sehingga daging empuk.. keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam.. 

2. Sementara daging kita empuk .. anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering..kayu manis dan cengkih 

3.  Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan2 yang kita bakar tadi..masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang.  rebuslah dengan api perlahan.. sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas2.. 

time korang ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu kan ..korang kene tapis guna penapis supaya bawang2 segala rempah tak masuk dlm mangkuk mee tu..so dpt kuah yang suci bersih je..


SAMBAL LADA

4 biji lada merah (besar)*

20-30 biji cili api*

2 ulas bawang putih*

2 sudu besar cuka

sedikit garam


caranya

1. rebus sehingga layu bahan2 bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. siap

MINYAK BAWANG PUTIH

3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus 

1 cawan minyak jagung

panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api ... 


AKSESORI LAIN

kuey teow, mihun,mee champa

daun ketumbar, daun sup, daun bawang

limau nipis

hirisan daging

minyak bawang putih

lobak asin yang dipotong halus

sambal lada

tauge

kicap

serbuk lada sulah/lada hitam

gula (tambahan jika suka manis)

sos ikan jika perlu

 

## psst time nak makan tu kan korang boleh la taruk kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis.. bahan tambahan ni la penyedap mee sup korang tau!! sekali cuba mesti nak lagi


Kredit: FB Tahrunnisah Jali

Jom kita cuba jom...


Resepi Mee Jawa

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni dah 2 April, 7 hari lagi kita nak raya kan...apapun hari ni SA nak share resepi mee jawa yang SA ambil dari group masakan FB dan cuba sendiri hari tu...adik SA masakkan ikut resepi...alhamdulillah sedap dan menjadi dan cadangnya nak buat masa raya nanti..memandangkan SA xde beli kuih raya ke apa..so maybe akan buat mee jawa or bakso..kita buat apa yang ada dan sederhana aje la kan...

Mee jawa ni rupanya jadi sedap bila kita masukkan tetel sekali..memanag bertambah- tambah kami makan...

Jom tengok resepi..


 

MEE JAWA

Bahan-bahan:

1 kg mi kuning

300 gm tauge

200 gm daging - direbus dan simpan airnya untuk stok

4 biji telur rebus

6 tangkai daun sup

1 biji cili hidup - dihiris

100 gm bawang goreng


Bahan untuk kuah:

4 biji keledek - rebus dan dilenyek

100 gm udang kering

3 sudu teh serbuk kari

2 ulas bawang putih ditumbuk

Garam

Minyak masak


Cara membuat:

1. Celur mi kuning serta tauge. Ketepikan

2. Panaskan minyak masak dalam periuk kemudian tumis bawang putih, udang kering dan serbuk kari hingga garing.

3. Masukkan stok daging, keledek dan daging. Masak hingga daging lembut.

4. Kemudian masukkan udang dan garam. Biarkan ia hingga mendidih. Angkat dan hidangkan bersama mee, daging, telur, daun sup, cili hidup serta bawang goreng.


Kredit kepada pemilik resepi di FB...


Thursday, March 21, 2024

Resepi Mee Jawa

Assalamualaikum...

Rehat 1/2 jam tadi SA  x tido...duk scroll group masakan cari resepi untuk weekend ni...SA teringin nak makan mee jawa dan nak belajar buat..sekali jumpa uolls...jumpa resepi la...terus salin kat sini ha...senang nak rujuk nanti...tengok bahan dan barang- barang semua senang je...

SA dah share kat group family...so weekend ni boleh la buat...nak mintak adik masakkan...sebabnya tangan SA masih x ok...korang kalau ad aplan nak buat boleh la cuba buat and resepi ada kat bawah tu...



 

RESEPI MEE JAWA

Resepi:

  1. 1 kg daging...rebus hiris nipis..
  2. 2 kg keledek...rebus..blend
  3. 200 gm..udang kering *
  4. 100 gm..udang kering..*
  5. 2 labu bawang besar*
  6. 10 ulas bawang putih*
  7. 2 btg serai...hiris nipis*
  8. 1 inci halia*

Bahan bertanda * semua blend

  1. 2 senduk  cili blend..
  2. 1 senduk nasi rempah kari..
  3. Gula melaka 2 ketul..
  4. Garam
  5. Minyak tuk menumis

.Caranya:

  1. Tumis bahan yg dah di blend...
  2. Tambah cili blend..
  3. Masukkan serbuk kari daging....biar hingga naik minyak..
  4. masukkan daging yg dah rebus...gaul bagig mesra dengan rempah dan cili..
  5. masukkan air rebusan daging
  6. Cincang gula melaka dan campurkan dalam periuk
  7. Blend keledek telah direbus masukkan dalam periuk
  8. Tambah garam..
  9. Biar mendidih sehigga minyak naik...siap

Hidang bersama:

  1. Mee kuning
  2. Tahu goreng
  3. Taugeh x yah celur
  4. Telor rebus
  5. Daun bawang
  6. Cili hijau
  7. Bawang goreng


Kredit: Faridah Hanim


Friday, October 20, 2023

Resepi Kuey Teow Kungfu

Assalamualaikum...

Hi korang...

Lambat SA bersiaran hari ni...bukan apa..hari ni SA halfday nak balik JB kejap lagi...bas pukul 2.30pm...kali ni SA pilih Mayang Sari plak...harap- harap xde masalah...seawal pagi SA dah sibuk..boss cuti tapi dia banyak bagi SA homework nak kena settle by today..siap SA dah settlekan filing document penting dia dan dah cantik dah bilik dia..x leh share sebab confidential kan..Nanti SA nak belanja dia pewangi bilik plak la..bgai segar sikit..bilik orang lelaki kan..korang faham2 aje la...

Hari ni SA nak share menu masakan Thai iaitu masakan panas berasaskan mee..memandangkan ini resepi kuey teow tapi boleh je tukar dengan mee kuning. SA memang mencari menu- menu macam ni sebab Mak Pah sekarang kan tak selera makan...so kena cari la menu yang boleh dia makan..dapat makan sikit pun jadi la...risau bila tengok dia tak selera makan tu...

Oh ye..resepi ni SA dapat dari FB group masakan..




Resepi Kuey Teow Kungfu


Bahan-bahan 

-Minyak untuk menumis

-7 ulas bawang putih

-3 sudu sos tiram

-1 kiub ayam (optional)

-5 cawan air

-2 sudu besar tepung jagung dan sedikit air

-Udang/ayam/daging/sotong

-Kobi, sawi, lobak

-1 paket kuey tiaw ( bahagi 6)

-6 biji telur


Cara-Cara

1.Bawang putih ditumbuk hancur.

2.Tumis bawang putih hingga sedikit perang

3.Masukkan sos tiram.

4.Masukkan kiub ayam (optional).

5.Masukkan air. Dah sedikit mendidih, masukkan kobis dan lobak.

6.Bila dah menggelegak. Masukkan bancuhan air tepung.

7.Masukkan udang, sawi dan cili masak.

8.Masukkan sedikit garam.

9.Kuey tiaw yg dah di bahagi ke 6 bahagian. 1 bahagian, 1 telur. Gaulkan sebati.

10.Siap.


Friday, August 18, 2023

Resepi Kuewtiau Sup Fishball

Assalamualaikum...

SA suka masakan yang simple- simple...teringin nak buat mee sup atau kuew teow sup simple macam ni..scroll FB jumpa resepi ni..cumanya SA dh lupa tengok kat FB group mana...

Resepinya simple..sebelum hilang resepi ni..SA copy and simpan kat blog ni...kira aci la ye...puas SA cari kat mana ntah SA jumpa dalam FB...kita nak bagi credit kan....



 

Resepi Kuewtiau Sup Fishball


Bahan-bahan

1 ketul isi ayam + sedikit bahagian tulang

1 pek kuewtiau dicelur sekejap dan toskan.

1 pek kecil fishball dibelah dua.

1 pek kecil fishcake - dihiris nipis.


Cara nak buat dia:

1. Masukkan air dalam periuk dan rebus isi ayam dan tulang sampai mendidih dan campaklah fishball dan fishcake kedalamnya. Takde tumis apa-apa okeh. Tambah garam secukup rasa atau masukkan 1 kiub pati ayam kalau sudi. Kacau dan tutup api.

2. Ehhh dah siap dah.

Cuma nak best kena makan ni dengan minyak bawang putih dan juga cili kicap. Nak buat pun mudah yakmat aih.


Minyak bawang putih:

Hiris 1 labu bawang putih. Masukkan minyak dalam kuali dan masukkan terus bawang putih dan barulah hidupkan api paling perlahan. Kacau sesekali sampailah bawang bertukar kekuningan dan matikan api. Jangan sampai bawang bertukar perang keemasan yer. 

Siap.


Cili Kicap:

Bakar seulas bawang putih dan masukkan ke dalam bekas. Potong cili ikut kesukaan, lepas tu letaklah kicap banyak mana yang suka. 

Perah sedikit limau.

Siap.

Hidangkanlah kuewtiau tadi bersama si ayam yang dicarik, fishball dan fishcake, ihirisan daun bawang dan daun sup bersama sayuran seperti sawi atau taugeh.

Letaklah minyak bawang putih dan cili kicap sesedap rasa.

Makanlah, hiruplah dan nikmatilah dengan penuh rasa bahagia.


Credit: Owner resepi


Tuesday, May 23, 2023

Resepi Mee Jawa

Assalamualaikum...

Sebagai pencinta noodles, resepi -resepi yang berkaitan dengan noodles ni memang menjadi kegemaran SA la..SA suka mencuba dan cuba sampai jadi...kalau x jadi SA x share la kan...scroll telegram sekali nampak ada yang share mee fav SA ni..tengok- tengok bahan dan cara masak macam senang jer nak buat..

Mee Jawa ni SA memang nak belajar buat sebab tu share resepi kat sini...senang nak rujuk...




Resepi Mee Jawa


Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng
Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ]
3 batang serai ] mesin halus
Sedikit halia ]
sedikit lengkuas ]
100 gm udang kering ]
2 s/b cili kisar
3 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Caranya:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.
.
Kredit > Nor Idayu Telegram


Monday, April 17, 2023

Resepi Mee Bandung

Assalamualaikum...

Hi korang..

Pagi- pagi SA nak share resepi kan...sebenarnya ada dalam draft lama dah...macam biasa bila jumpa resepi SA akan share kat blog ni senang nak rujuk...buat nya ntah x tau bila la kan..yang penting simpan dulu resepi...SA ni suka mencuba...

SA memang suka sangat makan me bandung...susah nak jumpa mee bandung yang betul- betul mee bandung kan...

Mee bandung ni sesuai untuk semua occasion...jadikan menu untuk hari raya pun sedap kan...sebelum tu kena la buat untuk test dulu kan....



 

MEE BANDUNG 😊

Resepi


Bahan-bahan :

20tangkai cili kering

1biji bawang besar

3ulas bawang putih

1pack udang kering (rm1.50)

1/2 inci halia

Blend halus

500gm daging rebus amik airnya

15-20ekor udang

1biji carrot

1biji Tomato

2pokok sawi pak choi

5biji telur

1kg mee kuning cuci dan celur

1cawan kacang tanah,goreng dan blend kering

4sudu besar tpg jagung bancuh air utk pekatkan kuah

Daun sup

Bawang goreng

Garam

Gula

Perisa@1kiub ayam

2sudu besar sos tiram

2sudu besar sos cili


Resepi 👉  kliksini.top/resepi-chinese-food


Cara-cara :

Tumis bahan kisar,sehingga garing..masuk sos cili..sos tiram...letak air daging..dan tambah air..ikotlah banyak mana nak kuah..

Bila dah mendidih..masukkan kiub ayam,garam,gula,daging,udang,carrot...

Rasa ni ikot selera sendiri ye..sy xsuka terlalu manis..ada rs manis2 sikit...ok dah..

Bila mendidih lagi sekali..masukkan sawi..tomato..pecahkan telur sebiji demi sebiji..jangan kacau...nnti telur hancur..

Masukkan kacang tanah,dan air tepung jagung..siap.

Masukkan mee dlm mangkuk,curah kuah..tabur daun sup dan bawang goreng..

Selamat mencuba❤️


kredit : marina sweet bakery


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah