Showing posts with label Review Film Tamil. Show all posts
Showing posts with label Review Film Tamil. Show all posts

Thursday, May 7, 2026

Review & Penangan Tengok Filem Seram JARANN (2025)

 Assalamualaikum wrt..

SA dan suami memang suka tengok citer hantu... especially cerita Indonesia. Seramnya boleh tahan..lagi satu citer seram Tamil...boleh tahan gak jump scare dia...biasa kami tengok malam minggu atau weekend...SA okey jer tengok citer hantu malam- malam..xde la sampai terbawak dalam mimpi...tapiiiii....suami SA lain kisahnya...Suami SA ni jenis imaginasi tinggi. Masa tengah tengok tu okey lagi, tapi bila lampu dah tutup nak tidur, dia kata nampak 'boneka usang' dalam filem tu macam ada kat penjuru bilik. Mulalah dia tarik selimut sampai tutup muka..geram aje ye tengok perngai penakut dia tapi sibuk nak tengok citer hantu...PZ memang tak layan la citer- citer hantu ni..dia kalau citer kungfu dia sanggup tengok.

Kemuncaknya malam tu, tengah sedap tidur tiba-tiba dia mengigau kuat..Bukan setakat bercakap yang kita tak faham, tapi tangan dia macam menepis-nepis sesuatu, seolah-olah tengah 'berperang' dengan gangguan sihir dalam mimpi tu. SA yang kat sebelah ni pun terjaga sekali sebab terkejut..Bila SA kejutkan tanya kenapa, dia bangun dengan peluh jantan kat dahi. Dia kata mimpi tu rasa 'real' sangat..aduhai... Penangan plot twist filem ni memang terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi.



JARANN (2025)

"Rasailah Sendiri Pengalaman Disihir Oleh Plot Twist!" 

Filem genre psychological thriller ini mengisahkan tentang Radha (Amruta Subhash), seorang wanita yang kehilangan suami akibat kemalangan jalan raya. Suatu hari, Radha kembali ke rumah warisan keluarganya di sebuah desa terpencil bersama anak perempuannya, Saie (Avanee Joshi).

Niat asalnya hanyalah untuk menjual rumah lama itu, namun kepulangan tersebut membangkitkan semula trauma masa kecil yang selama ini cuba dilupakan. Radha dibayangi kisah silam tentang Ganguti (Anita Date-Kelkar), seorang wanita yang pernah dituduh sebagai pengamal ilmu hitam, yang dikatakan telah menyihirnya ketika kecil.

Sejak hari pertama menjejakkan kaki ke rumah itu, Radha mula mengalami kejadian aneh. Bisikan halus yang kedengaran jelas pada waktu malam, boneka usang yang seolah-olah hidup, dan suasana rumah yang seakan bernafas dengan rahsia gelap. Tekanan yang dialami semakin meruncing apabila Saie sendiri mula terperangkap dalam bayangan misteri yang sukar dijelaskan.

Keadaan Radha menjadi semakin tertekan sehingga dia memerlukan bantuan Dr. Rashmi Pandit (Jyoti Malshe), seorang psikiatri yang cuba membezakan antara trauma psikologi dengan gangguan sihir. Namun, semakin jauh Radha menyelami kebenaran, semakin kabur sempadan antara realiti dan ilusi.

Filem ini akan membawa penonton kepada sebuah klimaks yang mengejutkan bukan satu tetapi beberapa plot twist yang menimbulkan persoalan. 

Apakah sebenarnya yang menghantui Radha? 

Jarann adalah sebuah naskhah Marathi yang menggabungkan elemen seram, psikologi dan mistik dengan begitu halus. Keistimewaannya bukan pada kesan seram klise, tetapi pada kemampuan naratifnya menggoncang minda penonton. Pengarah menampilkan dunia desa dengan penuh sunyi, terpencil, dan sarat dengan aura misteri menjadikan setiap detik terasa menekan.

Amruta Subhash tampil dengan lakonan yang luar biasa. Beliau bukan sekadar membawa watak Radha sebagai seorang ibu, tetapi juga seorang manusia yang rapuh, berperang dengan ketakutan dalaman dan bayangan masa silam. Ekspresi wajahnya yang ketakutan, panik dan putus asa membuatkan penonton hanyut dalam penderitaannya.

Anita Date-Kelkar sebagai Ganguti pula menghadirkan persona misteri yang sukar dijangka. Lakonan beliau sebagai antagonis dalam filem ini berjaya menambah misteri tentang rumah pusaka itu dan ritual ilmu hitam yang diamalkannya. 

Sinematografi filem ini bermain dengan cahaya malap, bayang-bayang, dan visual misteri yang berkesan. Patung yang berulang kali muncul bukan sekadar alat seram, tetapi lambang trauma masa kecil yang terus menghantui Radha. Skor muziknya pula menambah rasa intense membiarkan penonton terikat pada setiap detik tanpa rasa selamat.

Lebih daripada sekadar kisah seram, Jarann ialah sebuah refleksi tentang bagaimana trauma lama boleh menjadi penjara yang lebih menakutkan daripada sebarang ilmu hitam. Ia mengangkat persoalan tentang persepsi masyarakat terhadap sihir, kepercayaan, dan bagaimana tuduhan boleh menghancurkan hidup seseorang.

Secara keseluruhannya, Jarann bukan sekadar filem seram, tetapi sebuah karya yang menuntut penonton berfikir , Adakah ketakutan itu datang dari luar, atau sebenarnya berakar dalam jiwa manusia sendiri?

Plot twist di penghujung cerita tidak hanya mengejutkan, tetapi juga menyedarkan bahawa batas antara realiti dan ilusi seringkali sangat tipis.

Recommended.


Sunday, January 25, 2026

Review Film Tere Ishk Mein

Assalamualaikum wrt...

SA baru je habis tengok filem ni..3 jam uiiii...jenuh..tapi jalan cerita best....top 10 kat Netflix...

Sedikit review dari SA....




REVIEW TERE ISHK MEIN

Shankar seorang pelajar kolej yang sangat ganas, kebetulan ada seorang bakal Dr psikiatri bernama Mukti tengah buat tesisuntuk merubah seorang yang ganas menjadi baik. 

Shankar setuju menjadi bahan tesis untuk Mukti, lama kelamaan Shankar jatuh cinta dengan Mukti. Semasa Shankar nak melamar Mukti, Shankar kena reject dengan ayah Mukti sebab miskin, ayah mukti bagi syaratkalau nak kahwin dengan Mukti kena ambil UPSC, untuk menjadi pegawai tinggi kerajaan. 

Dah la tak de duit nak bayar yuran struggle tahun demi tahun tapi gagal, Shankar usaha juga sampai berjaya demi Mukti. Shankar tunaikan janji pergi rumah Mukti nak masuk meminang, tetapi.... sesuatu yang tidak dijangka telah terjadi

So what's happened next...?! Korang kena tengok la..SA x rasa nak jadi spoiler...hahaha...citer sikit je tu...

Best storyline cerita ni, 

lagu pun sedap, 

lakonan Shankar dengan ayah dia mentap

Yang penting ada malay subtitles


SA bagi 9/10


Saturday, July 5, 2025

Review Filem ~ Sembi, Filem Tamil Yang Menyentuh Jiwa & Menggugah Hati

Assalamualaikum...

SA balik dari kenduri kahwin di Kuala Pilah tadi terus habiskan cerita tamil yang SA dan suami tengok baru-baru ini...best oi citer Tamil ni...memang x leh nak stop lepas korang mula tengok...SA recommend sangat-sangat korang tengok citer ni...citer ni ada kat Disney HotStar...

Kalau korang jenis cepat tersentuh hati, standby tisu dulu sebelum tengok filem Sembi ni. Bukan kisah cinta klise tau, tapi kisah antara seorang nenek dan cucunya yang buat hati kita rasa macam digenggam kuat…

Kadang-kadang, kita tengok satu filem bukan sebab nak berhibur semata-mata. Tapi sebab kita nak rasa sesuatu. Nak sentuh emosi. Nak faham erti kasih sayang, perjuangan, dan keadilan. Itulah yang SA rasa apabila menonton cerita Sembi ini...



Sinopsis Ringkas Tapi Menyentuh Jiwa

Filem Tamil ~ Sembi

Filem Sembi mengisahkan tentang seorang budak perempuan berusia 10 tahun bernama Sembi, yang tinggal di kawasan pergunungan bersama neneknya yang dipanggil Ammaci. Hidup mereka cukup sederhana tapi penuh kasih sayang. Namun semuanya berubah bila Sembi diperkosa oleh tiga lelaki yang merupakan anak kepada seorang ahli politik.

Bayangkan, trauma yang ditanggung seorang budak kecil. Lagi menyakitkan, bila sistem undang-undang cuba menutup kes ni sebab 'si pelaku ada nama besar'. Tapi Ammaci bukan nenek biasa-biasa. Dalam diam, dia simpan kekuatan. Dia bangkit, angkat cucunya dan mulakan perjalanan untuk menuntut keadilan.

Dan di sinilah bermulanya satu perjalanan penuh emosi dalam sebuah bas bernama Anbu, yang membawa bukan saja mereka berdua, tapi juga harapan dan simpati penumpang lain. Setiap watak yang muncul, setiap babak dalam perjalanan itu, menyumbang pada perjuangan Ammaci dan Sembi.

Apa Yang Buat SA Tersentuh?

Jujur, SA bukan selalu tengok filem Tamil. Tapi Sembi bukan filem Tamil yang biasa. Ini bukan kisah cinta. Ini kisah kasih sayang seorang nenek yang sanggup jadi 'singa' demi cucu kesayangannya. Lakonan Kovai Sarala sebagai Ammaci sangat kuat dan penuh emosi. Wajah dia sendiri dah cukup buat hati rasa sayu.

Dan Sembi walaupun wataknya diam dan tenang, tapi penderitaan dia sangat dirasai.

Yang paling SA suka, mesej filem ni tentang kuasa suara rakyat biasa. Kadang kita rasa kita ni kecil, tak mampu buat apa-apa. Tapi filem ni tunjuk, bila kita bersatu dan bangkit kebenaran boleh dicapai walau jalan berliku.

Apa Yang Boleh Kita Belajar?

Jangan pandang rendah kasih sayang seorang wanita tua. Dalam kelembutan, ada kekuatan luar biasa.

Jangan takut bersuara bila berlaku ketidakadilan. Suara kita mungkin satu, tapi bila disambut ramai, dia boleh jadi gelombang.

Trauma anak kecil bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Mereka perlukan pelindung yang kuat dan dalam cerita ni, Ammaci ialah simbol itu.

“Sembi” bukan filem untuk sekadar tengok dan lupakan. Ia akan tinggal dalam hati kita. Sebab mesej dia jelas jangan pernah berdiam bila ada yang teraniaya, walaupun kamu cuma seorang nenek tua di atas gunung.

Kalau korang belum tengok, SA sarankan tengok dengan hati yang terbuka. Filem ni bukan untuk ditonton, tapi untuk dirasa.

Berjaya ke Ammaci menuntut keadilan terhadap cucunya Sembi?

Korang kena tengok filem ni...best sangat....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah