Monday, March 8, 2010

MARI BERCUCUK TANAM..(mari kita ke ladang..hey!!)

Kalau nak tau abah saya hobi dia bercucuk tanam depan rumah..belakang rumah ada pokok ubi dan pokok pisang..cuma saya agak keberatan nak pi ambik gambar kat belakang umah..ada banyak siput babi la..saya geli skit dengan benda merayap ni..tapi heran tau..kak long ngan dania kalau jumpa siput babi boleh buat bola hoki..terjerit2 la mak kalau dua beranak tu main ngan siput babi..ceh!xde kelas nyer hobi...ada ke boleh dibuat main benda alah tu..x geli agaknya(ayt sebenar pengotor dua beranak ni).so inilah tanaman yang ada didepan umah..

pokok bunga kertas mak yang hidup segan nak berbunga..ciput jer bunga..baja dah selalu letak..
aloe vera banyak gunanya nih..kami dah ada 4 pasu dah..gemuk2 lak tu..

anak pokok betik..kelakar ok..rasanya mmg x leh tanam betik kat depan rumah kot sebab pokok2 betik yang dah berbunga abah dah tebang sebab..BUNGANYA JANTAN..betul ke bunga..salah la..POKOKNYA JANTAN..mcm mana nak tau jantan ke betina?kalau bunganya panjang2 jantan la tu..kalau bunganya seketul2 tu maknanya betina da akan berbuah..boleh pakai ke teori abah saya ni..musykil la...

see..banyak anak2 dia baru tumbuh..abah memang suka semai bebanyak pas tu alihkan..x pun bagi jiran2 ..

pokok bendi dania..dia yang tanam, dia yang siram dan dia yang pastikan hari2 buah dia dah besar ke belum..nampak kan..dia dah mula berbuah..

pokok bendi

ini anak2 pokok bendi dania..jangan x percaya memang dia ngan mama dia punya kerja la ni..semai dalam pasu2 kecik..sanggup beli pasu semata2 nak tanam bendi...dalam hujan pun buat jugak..last2 dua dua demam..

gambar jauh sikit..
dalam pasu pecah pun diorang semai...lantak la bebudak..dari xde buat kerja kan..dari yang sorang kuat bebel bercakap 24 jam..ngan mamanya kuat buat sepah sana sini..sama la dua beranak tu..ntah apa kak long makan masa mengandungkan dania ntah..membebel jer..nak dengar senyap time tido..pas tu x leh jumpa asyik bergaduh..mcm bukan anak ngan mak..mcm adik beradik..hujung minggu jer pasti ada pergaduhan antara mak ngan anak..abah sampai nak hantukkan kepala diorang..tapi dengan adanya aktiviti menanam bendi ni..diorang dah ok sikit..tapi berebut2 jugak nak siram la..apa la..entah la..celik mata jer bukak pintu terjerit2 ckp bendi dah tumbuh..sangat kelakar ok..dengan x mandi dua beranak tu...


4 comments:

  1. salam..nak bg bunga kertas berbunga kena kurangkan daun tu & letak kt tmpat banyak cahaya matahari.
    pokok betik jgn tanam dekat dgn rumah nanti akar2 dia akan pecahkan simen..saya dah kena.

    ReplyDelete
  2. tangan saya panas.. tanam pokok semua tak hidup.. huhuhu..

    ReplyDelete
  3. tangan saya panas.. tanam pokok semua tak hidup

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah