Thursday, November 26, 2026

Resepi Chinese Stir-Fried Beef Malay Style

 Assalamualaikum wrt...

Lauk daging memang la fav SA ni...just name it apa je berasaskan daging memang SA suka..pasal tu uric asid tinggi..so sekarang kena kurangkan sikit makan daging...bising dah doktor hari tu..elok terkawal tetiba naik tinggi..tapi insafnya kejap aje..last week buat lauk daging gak kan..lepas tu semalam SA scroll Thread..ternampak ada yang share resepi ni...

Terus terliur wak....giler la penangan daging ni...tapi SA blom cuba lagi la resepi ni...simpan kat blog supaya senang nanti SA nak buat..x perlu mencari kat Thread...bahan pun senang..xde guna jenama C yang baru- baru ni ada pertikai SA share walau ada halal KKM..maafkan saya ye..lepas ni SA akan lebih alert...dia bukan x halal..tapi keluaran syarikat C tu yang buat ramai email SA pertikai...mcm SA senang aje..memang resepi asal guna jenama tu..tapi sebagai individu yang dah alert..tukar aje la ke jenama yang diyakini halal..sama or beza rasa tu tolak la ketepi...benda mudah je..kang SA ubah resepi asal, x sedap macam yang dinyatakan dan di share oleh pemilik resepi..tetap jugak la salahkan SA kan...

Takpe la..yang email SA tu...bising tanpa sempat SA explain..SA maafkan awak..( u know who you are..silent reader kan) SA dah explain kat sini..harap awak faham..SA x galakkan sesiapa beli jenama yang tak familiar walaupun ada logo halal..cuma SA respect resepi orang dan x boleh tukar suka- suka..hilang authentic resepi tu kan..lain la bila resepi tu SA yang create sendiri...


Kredit gambar dan resepi kepada pemilik resepi...x ingat plak siapa yang share memandangkan beribu kat Thread tu share resepi..


Resepi Chinese Stir-Fried Beef Malay Style

Bahan-bahan : 

  1. 300g daging lembu – hiris nipis
  2. 5 ulas bawang putih – cincang
  3. 1 biji bawang besar – hiris
  4. 5–8 biji cili padi – potong
  5. Daun bawang
  6. Minyak untuk menumis

Bahan perapan daging : 

  1. 1 sudu besar kicap cair
  2. 1 sudu kecil sos tiram
  3. ½ sudu kecil lada sulah
  4. 1 sudu kecil tepung jagung
  5. 1 sudu kecil minyak bijan

Cara-cara : 

1. Gaulkan daging dengan bahan perapan. Perap selama 20–30 minit.

2. Panaskan minyak dan goreng daging menggunakan api besar sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

3. Gunakan sedikit minyak, tumis bawang putih , bawang besar dan cili padi sehingga naik bau.

4. Tuangkan semua bahan sos dan kacau rata.

5. Masukkan semula daging dan gaul sehingga sos bersalut rata. Lastly masukkan daun bawang. Siap ! 


Tip: Gunakan api besar dan jangan masak daging terlalu lama supaya kekal juicy 🤤


Selamat mencuba....


No comments:

Post a Comment

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah