Friday, December 1, 2023

Kisah Awal Perkenalan SA Dan Suami

 Assalamualaikum...

Korang ada kisah kenal kali pertama dengan suami korang? Perkenalan SA dengan suami adalah perkenalan yang sangat singkat..SA x malu pun nak mengaku kenal suami kat FB...Dia send friend request, mulanya SA tengok je..sebab dia antara 200 friend request yang SA perlu tapis sebelum approve...tak semua friend request SA terus approve ye..kena tapis dulu sebab kebanyakkan yang request friend ni diorang randomly add aje. Kalau korang nak tahu yang ada dalam friendlist SA adalah dari kalangan blogger, kawan sekolah, sedara mara sepupu sepapat, ex rakan sekerja je..geng- geng PR masa jadi PR dulu serta rakan- rakan kerja Malakoff ni..masa aktif event blogging memang SA approved je sesuka hati sebab SA perlukan jumlah pengikut yang ramai..tapi sejak PKP dulu SA dah banyak unfriend mana yang x perlu dan yang tinggal sekarang itu je la yang ada..


SA ingat lagi suatu hari tu SA duk skodeng- skodeng profile yang hantar friend request ni..SA tengok timeline dia sebab x private ye...then SA approved je..since that dia pun skodeng SA hari hari..masa ni SA masih lagi blom putus ngan ex-bopren SA yg SA kenal lama giler..tapi SA di gantung x bertali la since 2018. Kami dah macam buat haluan masing- masing..cuma takde kata putus..SA pun ada je kawan ngan orang lain..tapi takde la declare pape sebab SA blom putus lagi dengan ex SA tu..so SA declare SA single je la masa tu kan..sebab kita ni berpegang pada janji..kalau nak putus bg tau la so kita boleh move on dengan kehidupan masing- masing..ni senyap sampai la PKP berakhir..sepanjang masa x berhubung tu SA sibukkan diri dengan macam- amcam aktiviti, SA start hiking dan SA start pindah ke Seremban duduk dengan family..semakin lama semakin kami jauh...

Berbalik pada suami SA..dia ni kan rajin like dan komen kat post2 SA..gambar dalam album dan apa je gambar dia komen dan liked. SA pun skodeng la dia..eh mamat ni...rajin plak bertandang kat timeline aku...then dia pun tegur la kat messenger..kami kenal- kenal macam tu la..then SA tau la dia duda anak sorang dan sedang mengalami depression since PKP. Dia baru bercerai 2021 rasanya masa tu..so SA banyak la bagi nasihat dan kata-kata peransang. Macam tu je la perkenalan kami..suatu hari dia post gambar SA kat timeline dia..gambar tu half muka SA..eh..eh..mamat ni..SA dah risau..bukan apa masa tu dia ada kawan dengan orang lain dan hubungan diorang pun tengah problem..SA ni jadi tempat dia luahkan masalah dia la..SA bukan cucuk jarum atau amik kesempatan but SA bagi dia nasihat apa yang patut buat dan sebagainya..dari situ kami rapat dan kami sering bertukar- tukar cerita serta pendapat..SA terus terang cakap kat dia yang SA memang ramai kawan lelaki dan takde yang special one..ada pun buat masa tu memang x contact dan biarkan hubungan tu takde kata putus. 

Ni la gambar yang suami share kat timeline FB dia ..gambar ni yg buat dia berkenan sangat tu...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Lepas suami SA post gambar SA kat timeline dia tu Ex SA tu msg SA..mulanya SA risau gak la sebab antara kami takde gaduh xde apa, but dia yang sidai SA tanpa sebarang kata putus..dia tanya SA dah jumpa orang lain ke..SA cakap SA ramai kawan, tapi SA sedang kenal dengan seseorang. Takde apa istimewa pun just kawan je..Then dia screenshot gambar SA dari timeline suami..alamakkkk...nampak macam SA yang jahat dalam citer ni kan..tetapi...SA x rasa SA yang jahat..ye..SA berkongsi password ngan ex SA sebelum ni..so dia bleh tau dan skodeng aktiviti SA..tapi SA x peduli dah masa tu sebab takde kata putus kan..kawan pun dah lama..then kami sepakat  berpisah secara baik..Sedih? Tak la.. SA x rasa apa pun..SA setuju aje..sebab SA tak nampak hubungan kami ke arah yang membahagiakan...so SA lega akhirnya...Then SA dan suami berkawan je la dulu..xde la cintan cintun ke apa..but kami berhubung di FB je la..SA pun xde announce pape pasal SA dan Ex..dah xde jodoh tak kan nak heboh kan..

Kami jadi rapat bila SA masuk ward 2022 sebab Bronchitis..x ingat la bulan berapa..bulan 5 ke bulan 6 macam tu..then dia dapat tau dan start dari tu la dia macam "care"lebih kat SA, kami bertukar- tukar no hp masa tu..then dia tanya SA ada sesapa x dalam hidup SA sebab prinsip dia..dia takkan ganggu hak orang...SA cakap SA single..then SA tanya dia ngan gf dia macam mana..dia kata hubungan dia ngan gf dia tak menjadi..so..dia ajak SA kawan rapat...so kami berkawan je la dulu..hari demi hari kami makin serasi dan rapat..padahal x jumpa lagi ni...simbolik kepada hubungan kami adalah CHEESE CAKE dan Coffee Bean...kenapa? awal perkenalan dia sanggup orderkan cheese cake untuk SA..tempat date pertama kami adalah Coffee Bean. Sampai sekarang..

Suatu hari dalam bulan 7 macam tu..dia cakap dia nak jumpa SA..aduhai debaran tu x tau la nak kata macam mana..TAPI...satu je yang SA respect..dia nak jumpa terus Pak Zain dan family SA..nak kenal je dulu tapi dari kenal tu terus dia gentle cakap nak merisik SA depan Pak Zain dan Mak Pah..since that la SA terbuka hati terima dia..then kami plan bulan 12  2022 bertunang dan bulan September 2023 nikah. Itulah moment perkenalan kami..semuanya terjadi sangat singkat, dia datang first time jumpa Pak Zain bawak anak ye...ada orang lain buat macam tu? gelak jer SA bila kadang- kadang citer balik moment tu..kami x amik masa lama bercinta dan kami mula bercinta selepas sah nikah. So sekarang  kami dalam proses bercinta..tapi tu la..bercinta jarak jauh..PJJ..

Akhirnya lepas merisik kami sepakat memilih 24 December 2022 majlis bertunang dan.. 1 September 2023 Majlis pernikahan..Bukan mudah ye hubungan kami...dengan jarang jumpa..SA sorang kat Seremban nak uruskan macam- macam. Setelah menempuh pelbagai dugaan kami akhirnya berjaya disatukan..kini usi perkahwinan dah mencecah ke 3 bulan genap 1hb December 2023 hari ini. Macam cepat jer masa berlalu kan...alhamdulillah kami disatukan dalam majlis yang sangat meriah walau banyak jer plan asal x menjadi..

Apa yang SA harapkan dari hubungan ini adalah KEBAHAGIAAN. ini yang SA cari dari dulu..sejarah hubungan yang tak jadi dulu tu dengan ex-bopren dan ex-gepren antara kami berdua dah lama terpadam dan biarlah menjadi sejarah..tak perlu diingat lagi kan..so korang yang friend dengan SA kat FB jangan muntah hijau plak bila suami SA asyik la post dan tag SA dengan post2 jiwang karat dia..hahahaha...sabar jer la..macam tu la agaknya penangan hubungan jarak jauh..rindu merindu..cumanya nasib dia la dapat wife yang jenis happy go lucky dan jenis sempoi tak pandai sangat bab-bab romantik jiwang karat ni..

Hari ni..genap 3 bulan usia perkahwinan kami..semoga allah permudahkan buat kami berdua..semoga perjalanan rumahtangga kami sentiasa bahagia dan harmoni..

Semoga kami lebih menghayati konsep berkasih sayang dan kasih mengasihi antara satu sama lain. Sentiasa bertakwa, bekerjasama, hormat menghormati, bersyukur, redha dengan ketentuan Allah dan sebagainya. Diharapkan dengan mengamalkan semua  ini akan mendorong kami ke arah jambatan atau laluan yang mendekatkan diri kami kepada kehidupan keluarga harmoni..Amin...Insyaallah..


12 comments:

  1. Semoga Kak SA n hb bahagia hingga ke Jannah, Aamiin...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..moga akak&abg kekal bahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete
  3. Semoga berkekalan hingga ke Jannah

    ReplyDelete
  4. Insya-Allah.. Doa yang baik2, hasilnya akan yg baik2... Semoga SA bahgia selalu dengan incikSuami..Aamin

    ReplyDelete
  5. Sweetnya kisah SA.moga bahagia till jannah🩷

    ReplyDelete
  6. wah! Boleh buat drama pukul 7 ni. Semoga SA dan suami berbahagia sokmo. Aamiin..

    ReplyDelete
  7. Kenangan manis mengusik jiwa kan SA.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, semoga kebahgiaan terus berkekalan SA

    ReplyDelete
  9. Aiissshhh, bacanya ikut senyum2 saya kak SA 🀭☺️. Ternyata awal mula dari FB yaa... Memang kalo dah jodoh, tak lari kemana... Bisa disatukan juga.

    Tak terasa yaa dah 3 bulan. Saya doakan bahagia yg Kaka cari memang ada kat suami. Berharap kalian selalu langgeng, sehat sampai bila2 dan bahagia. Oh, juga bisa disatukan dalam 1 kota nantinya. ❤️πŸ€—

    ReplyDelete
  10. Beruntunglah…fb husband ammi tak ada pun cerita pasal anak bini dia. Sejenis buta IT gitulah. Ahaksss matilanak kutuk laki sendiri

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah