Monday, November 17, 2025

Balik Kampung Part 2

Assalamualaikum wrt...

Jom kita sambung lagi entry balik kampung semalam...kali ni SA petik buah kundang plak...pokoknya takde la tinggi sanagt..buahnya memang bahagian bawah dan boleh dicapai- capai...kundang ni buah fav SA..kalau muda lagi SA suka...sebab SA memang suka mencicah...Tapi nak dijadikan cerita..beruk jatuhkan buah- buah ni dan yang tinggal saki baki je la...boleh la setakat nak mencicah dan setakat nak buat masakan...buah kundang ni boleh dicampur dalam masakan kalau korang nak tau...especially masak lemak cili api ikan sungai...kadang kadang SA buat sambal belacan campur dengan kundang..tumbuk sekali kundang tu

Jom tengok gambar...


Berusaha SA petik buah kundang muda..


Ikutkan buahnya lebat...tapi itu je yang tinggal..kena selak2 daun...





Lepas tu SA nampak plak bunga kantan..banyak betul bunganya


petik jugak la...apa lagi kan


Sambil petik sambil berperang dengan nyamuk


Alhamdulillah...dapatlah sejambak bunga kantan..nak dapat bunga rose lamberttttt lagi....lagipun bunga rose x leh makan..bunga kantan boleh kan?


Panas tau...panas hati ngan beruk tu semua..gugurkan buah kundang dan dipetiknya rambutan punya putik...merasa ke tak rambutan x tau la...


PZ kait petai


Boleh tahan buahnya...pokok petai yang ni berbuah sulung


Lepas tu balik rumah semula..tergaru- garu gatal di gigit nyamuk...Mak Lang dah siap mesin kelapa..so jom la masak..kami nak buat masak tempoyak daun kayu...SA hiris daun- daun..PZ kupas petai..Mak Lang racik serai, Paksu belah ikan bilis..bila buat sama- sama cepat skit masak kan...








Okey bahan dah siap..jom la masak...





Dah siap


Kuali sebelah SA goreng ayam


Siap hidang...makan cara orang kampung patutnya bersila di lantai...eh...x kuasa la nak bersila bagai...meja makan ada kan...


Paksu SA baju merah tu sakit buah pinggang...tu badan banyak air la tu..blom boleh dialysis lagi...


Suami x makan lauk masak tempoyak daun kayu tu..tapi SA suruh je cuba..sebab dulu masa arwah mak buat..elok je dia makan...


Berselera PZ makan ye..siap bertambah


Dah jom balik


 
Sesekali makan ramai- ramai memang sedap..ini x cukup corumn lagi ni...kalau semua berkumpul memang penuh la rumah...ntah bila la nak berkumpul complete semua ada, semua ada commitment masing- masing...rindu suasana tu...Mak Long, My Mom dan Makcik dah xde lagi...makin susah semua nak berkumpul...berdoalah semoga semua terbuka hati kembali berkumpul semula raya nanti...amin....

8 comments:

  1. Sedapnya masakan ni SA. Petai tu meriahnya...

    ReplyDelete
  2. Kecur air liur terus tengok buah kundang. Bestnya pokok dia rendang je, senang nak petik. Betul, selain makan gitu atau cicah. Sedap juga campur dalam masakan tradisional.
    Rindu pulak sambal tempoyak daun kayu. Seronok masak dan makan ramai-ramai macam ni.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya menu kampung. Pucuk kundang tu buat ulam sedap kak.

    ReplyDelete
  4. sedapnya mkn beramai2! semua nampak sedap tuuu

    ReplyDelete
  5. Encik suami macam saudagar petai!

    ReplyDelete
  6. wahh..masak lemak tempoyak orang noghoghi memang ngam! petai tu awat rimbun betull.geram pulak tengok..

    ReplyDelete
  7. Ya Allah sedapnya tempoyak daun kayu 😋
    Saya mula kenal lauk ni masa menetap di Pilah. Pertama kali cuba, terus suka!

    ReplyDelete
  8. Kundang kampung ni wak ada tanam sepokok
    Dah lebih 20 tahun umurnya, tak nak berbuah lagi.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah