Tuesday, November 25, 2025

Mencari Makanan Untuk Meeting Lagi....

Assalamualaikum...

Nampaknya hari- hari ada meeting dan hari- hari nak ada makanan ni...x kan nak beli kat food court kat bawah plak untuk meeting besar kan...gigih ni SA mencari makanan untuk meeting...penat gak la SA pagi ni...sorang- sorang mencari...



Boss nak yang kat sini




Pan Au Cheese...dalam pastry tu ada cheese...


Beef Bacon Roll RM13.90, SA beli 3 ketul


Best ever garlic bread




Cream Cheese Pie...SA beli ni...sebab satu nak savoury dan satu nak yang manis2...

Mahal?

Takpe..claim kat boss kang...hehehe....korang kalau boss meeting dan kena beli makanan korang sediakan seadanya atau ikut keperluan guest korang?macam SA selalunya ikut keperluan guest dan kalau diornag nak makan makanan negara kita, lagi senang..sebab tak semua guest boleh makan makanan negara kita...nak pulak kalau ada yang vegetarian kan...emua tu perlu diambil kira..

Walaupun kita nak raikan budaya sendiri, menghormati budaya dan larangan makanan tetamu adalah keutamaan supaya mereka selesa. selalunya SA kan hidangkan Hybrid menu iaitu campurkan sedikit makanan antarabngsa dan makanan malaysia...so ada 2 pilihan gitu...

Pada masa yang sama, sangat digalakkan hidang makanan tempatan.

Ramai tetamu luar suka bila kita perkenalkan budaya makanan kita kerana itu sebahagian hospitaliti Malaysia.

Cuma caranya:

Hidangkan  “Safe Malaysian Choices

Makanan yang:
  1. tidak terlalu pedas
  2. tidak terlalu eksotik
  3. tidak ada bahan sensitif seperti belacan terlalu kuat, organ dalaman, dsb
Paling selamat kita kena alert atau wajib tahu pantang larang dan sensitivity tetamu kita. Hidang makanan tempatan supaya tetamu boleh rasa budaya kita dan kalau nak selamat gabungkan dengan menu universal supaya semua boleh makan tanpa risau. Memang inilah standard hotel 5 bintang untuk corporate meeting...

Tugas seorang secretary corporate bukan tertakluk pada urusan khas untuk boss aje...malah semua perlu diambil kira..sebab itulah adakala SA tak berapa busy dan adakala terlebih busy...semua benda perlu diambil kira..itulah antara tugas SA kalau korang nak tau...eh nanti SA share perjalanan event besar office SA last Saturday ye..banyak betul gambar..gambar dari OP pun dah dapat...ada banyak gak gambar SA...hahaha....

Jumpa lagi next entry...
 


12 comments:

  1. td pttnya nk update entry paris baguette gk tp ada gmbr yg tk jmpa lg haha..kalo menu utk meeting..mmg kena tgk guest nya sape kan..kalo yg internal biasa2 je la order hehe

    ReplyDelete
  2. Bagus sgt info ni.
    Waktu kita berkerja dahulu, selalu ikut PA boss cari benda2 gini. Dialah PA, dialah secretary, dialah admin.

    ReplyDelete
  3. ammi kerja ofis biasa2 je jadi jaranglah sediakan makanan waktu meeting. takat sediakan coffee je. tu pun kdang2 malas nak buat ammi order je dari coffiee shop bawah office ni

    ReplyDelete
  4. Bestnya kak.. geram nengok semua pastry tu kak. Betul setuju dengan cara akak tu, yelah akak lagi la berurusan dengan tetamu yg biasanya bukan orang tempatan memang banyak perlu di fikirkan.

    ReplyDelete
  5. Nampak menyelerakan la roti2 dia. Kat IOI City Mall pun ada....

    ReplyDelete
  6. Bagus tu ikut selera guest. Susah juga kalau tak kena dengan selera mereka kan. Pastry ni kira penyelamat lah juga. Geram tengok pastry sedap-sedap.

    ReplyDelete
  7. Good info kak... bila melibatkan urusan rasmi mmg agak sukar nk memilih menu... cthnya kami kalau jd AJK mknn masa konvo, masa pembentangan waktu meeting tu dgr je lah mcm² hujah ada yg setuju ada yg x

    ReplyDelete
  8. Linda tak boleh jadi seketari ni..hahaha .sebab tak suka nak melayan cerewet orang.. hahaha..

    ReplyDelete
  9. kalau gov tengok bajet. order makan dari caterer yang ada Eperolehan. takdela guest dari luar negara ni kalau jabatan Cie. sesama kita jugak yang akan makan. mostly mesyuarat negeri untuk jabatan Cie selalunya kami collect duit sendiri je. kalau kursus peringkat hosp order la makan dari kantin je ada Eperolehan.

    ReplyDelete
  10. Dulu di Seoul pernah beli roti2 di Paris Baguette, dan sukaaaa sangat . Makanya pas buka cabang di Jakarta, langsung saya cari roti yg saya suka. Tp tak ketemu. Nampaknya beda menu dengan PB di Seoul. Dan ternyata rasanya juga tidak seenak yg saya coba di PB Seoul. Agak kecewa saat itu.

    Tp belum pernah rasa roti2 PB yang di KL. Pengen juga untuk compare.

    Baah setuju kak, memang harus lihat dulu siapa tamu yg datang. Kita sajikan menu sesuai kebutuhan tamu. Takut pula ada yg alergi kan, kalau hidang sembarangan

    ReplyDelete
  11. Mujur juga kedai-kedai gitu berdekatan.. senang lah nak cari.

    ReplyDelete
  12. so far lom pernah try beli kat sini..terliur jugak tgk mcm2 roti/croissant etc

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah