Wednesday, November 26, 2025

Readers Tanya SA Jawab #5

Assalamualaikum wrt...

Kita kembali ke segmen readers tanya SA jawab no 5, ni mana yang SA dapat captured dari komen komen terbaru...nanti slowly SA check lagi komen incase ada pertanyaan....

Jom kita tengok satu- satu pertanyaan...



Jawapan SA...
Pak Zain beli ayam kampung kacuk ni PH...but still ayam kampung...Ayam kampung kacukan ialah generasi ayam yang dihasilkan daripada pembiakbakaan silang antara ayam kampung asli dengan baka lain, seperti ayam kampung Canton dari China atau baka dari Eropah, untuk menghasilkan ayam dengan ciri pertumbuhan lebih pantas dan jangka masa matang yang lebih singkat. Ayam ini menjadi pilihan penternak komersial kerana lebih cepat mencapai saiz komersial (75-90 hari) berbanding ayam kampung biasa (sehingga enam bulan). Kalau ayam kampung biasa tu memang liat sedikit tekstur dagingnya sebab dia kategori liar bebas di kawasan yang luas..yang ayam kampung kacuk ni terkurung dalam kandang atau reban dan x banyak aktiviti dia compare ngan ayam kampung biasa tu..SA pun x perlukan masa yang lama untuk masak lauk guna ayam kampung kacuk ni sebab daging dia x liat..tak perlu nak rebus dulu dan terus masak aje...tekstur daging dia lebih kurang sama ngan ayam kampung biasa tapi size ayam dia besar skit dari ayam kampung yang biasa..


Pertanyaan kedua...


Jawapan SA
Ye betul...memasak tak penat..antara malas ngan rajin je...macam SA rajin masak..rajin panggil adik- adik atau pakcik yang duduk setaman ngan SA makan kat rumah...bila tengok diorang makan ngan selera dan ada yang puji sedap...besar rasa hati...Kak SA memang  born to be tukang masak kot...hahaha...


Pertanyaan ketiga

Jawapan SA
Ye laaa...rugi betul...Ammi sama macam suami kak SA...tapi kan...sebenarnya kena cuba..kalau tak cuba tak tau boleh makan ke tak..try and error..kalau tak boleh makan so x perlu makan sebab memang tekak x leh terima..macam ni la..insyaallah kalau Kak SA masak sekali lagi nanti, Kak SA bagi awak cuba ye...den hantarkan nanti...cubalah...insyaallah sedap...tengok suami akak..dah cuba...terus makan ebrtambah 3 kali...hahahahaha


Pertanyaan terakhir


Jawapan SA

Ye betul...clock in pukul 8am, boleh balik pukul 5pm....contohnya kalau lewat clock in macam pukul 8.30am, balik 5.30pm gitu...janji cukup 8 jam kerja...dulu akak pilih working time clock in 9am balik 6pm...ntah apesal plak tukar ntah...oooooo...berulang semula Seremban- KL, KL -Seremban tu yang tukar working time.


Haaa...kalau korang ada persoalan di hati dan nak tanya SA...meh la tanya..insyaallah amna yang boleh SA jawab tu SA jawab la..SA ni dah la ada kekangan nak menjawab semua komen korang kan...kalau buat sesi macam ni ok kot..at least boleh menyumbang kepada 1 entry....takde la SA pening nak cari content untuk blog...hahahaha...ye...buat entry blog pun SA kena cari content tau...selalunya JJCM...tapi kang kalau tak pelbagaikan orang bosan plak nak baca kan...

Okey lah jumpa next entry....
 



2 comments:

  1. alamakkkk banyak soal pulak org yg nama ammi tu ek. hahaha. actually dah 2 kali try makan tempoyak (patin tempoyak) dan sambal belacan tempoyak. makan, telan tapi selang beberapa suap dia keluar semua balik.

    ReplyDelete
  2. sama lah dengan ammi...kita tak makan tempoyak, tapi makan durian..kikiki

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah