Assalamualaikum wrt..
Dania bawak SA dan suami makan Mee Wantan kat Bukit Baru Melaka. Restoran ni khas menyediakan Mee Wantan dan Pan Mee dan ada juga makanan ala- ala kopitiam, ada toast, telur separuh masak dan banyak lagi.. Korang tau tak product C'Mee yang popular kat Tik Tok? Inilah kedai diorang dan kedai ni baru je di buka tahun lepas...Ms Wantan diusahakan oleh komuniti Muslim, pekerja melayu dan tukang masak melayu. Berdasarkan maklum balas operasi sebelum ini, status Sijil Halal JAKIM sedang dalam proses permohonan. Mee dan wantan disediakan menggunakan bahan halal seperti ayam dan udang, serta bebas daripada bahan terlarang seperti khinzir. Restoran ini juga berkonsepkan Chinese Muslim Kopitiam.
Kenapa SA highlight kat entry ni?
SA x nak la orang cakap SA anak beranak makan kat kedai tak halal..Restoran ni menggunakan Produk CMee (Wantan Mee, Pan Mee, Mee Sup Ikan, dan Mee Kari) yang dijual di pasar raya atau atas talian dan mempunyai logo Halal.
Jangan kecam SA ye sebab Ms Wantan ni sedang dalam proses permohonan sijil Halal.
Sampai aje kat restoran Ms Wantan ni semalam...boleh tahan penuh ye..kebanyakkan family crowd, student pelbagai bangsa melayu, chinese dan indian..nasib baik ada meja kosong lagi...ini kali pertama SA dan Suami sampai sini...kali ke 2 buat Dania..Semua gara- gara Ms Wantan ni sedang popular di Tik Tok. Dania bila belajar kat Melaka ni..banyak tempat dia explore...
Jom tengok gambar
Buku menu
Senarai menu wantan
Ada penang Asam laksa..SA nampak ada gak yang makan laksa penang ni...tapi SA ni peminat wantan mee...
Sedapnyaa...antara fav SA gak ni
Kesayangan mama dan uncle
Sempat amik gambar ni je..sebab restoran penuh...
Maaf kena blurr muka diorg, kang kena tuduh suka2 letak gambar tanpa izin kan..SA akan alert bab ni...
Suami belanja..sempena Mother's Day yang x sambut hari tu...😏
Suami Isteri yang sedang mok mok....bila nak diet ni...
List order kami
SA minum lemonade cold, selalu SA order lemonade susah nak dapat yang betul- betul fresh dan sedap..SA jumpa kat sini..pandai staff tu buat air lemonade...suami amik White Coffee dan Dania minum air mineral..
Roti bakar tu sedap sebab dia guna butter dan pandan kaya homemade..telur tu untuk SA la..sebab dia guna telur ayam kampung..cuma yang x bestnya..diorang pecahkan telur tu..biasa SA suka pecahkan sendiri
Sedap uiiii....bagai terasa- terasa dah ha
Wantan Mee Chicken Chop pilihan suami
Zoom sikit..portion besar.. RM13.90
Wantan Mee Char Siew Beef Mix Char Siew Ayam RM21.90
Chilli Oil...sedap...
Jeruk lobak putih
Wantan soup
Wantan Char Siew Beef RM18.90
Focus tul makan...
Habissss.....sekejap aje..lapar ke tu?
SA hirup telur setengah masak tu
Jemput makannnn
Suami bukan penggemar noodles...tapi dia approved Wantan Mee ni...sodap!!
SA dapat chance lucky draw 2 kali
Chilli Oil perisa Udang, sotong dan ikan...
Antara product C'Mee yang di jual
Korang tengok link ni la...risau SA kena kecam...
Apapun...sedap makan..100% authentic wantan mee..bukan senang nak jumpa wantan mee yang sedap ye...insyaallah nanti nak repeat lagi..murah ke mahal makan kat sini? standard aje la harga dia korang...SA makan semalam total RM100.80. SA siap beli chilli oil udang RM21.90.
Korang kalau ke Melaka dan nak makan Wantan Mee...boleh terjah kat sini...
Ms Wantan
No. 30(G/F, Pusat Niaga Bukit Baru Utama,
Jalan PNBBU 5,
Bukit Baru, 75150 Melaka
Tel : 011-7132 8815
Buka : Selasa - Ahad
Isnin - Cuti


































Sedap tu SA. sampai ngirup2 gitu. akak suka wantan soup. mkn panas2 best sungguh.
ReplyDeleteKat ofis saya ni ada je restoran chinise muslim, selalu lalu je jarang singgah.
ReplyDelete