Monday, August 28, 2017

Anytime EDT Dashing Bangkitkan Jiwa Maskulin Lelaki...

ENTRY KHAS UNTUK LELAKI!

Hi korang....selalu product review untuk wanita je kan..macam tak adil plak ye tak semuanya tentang wanita..ok la kali ni SA nak perkenalkan pada korang product untuk lelaki iaitu Dashing. Dashing jenama popular yang tidak asing lagi dan sangat terkenal dipasaran..kali ini Dashing memperkenalkan product baru keluaran mereka khas untuk lelaki iaitu Anytime EDT Dashing yang merupakan pocket perfume. Makin mudah la kan..sebab pocket perfume yang sama size dengan kad kredit..simpan dalam pocket je la dan sembur bila perlu..



Tampil rapi dan menawan sememangnya merupakan keinginan setiap lelaki moden. Selain berpakaian kemas dan bergaya, lelaki dari semua peringkat umur mengetahui bahawa masalah bau badan boleh menjejaskan personality serta penerimaan masyarakat sekeliling. Sebab itulah ramai lelaki yang menggunakan pewangi, akan mengaplikasikannya semula berulang kali dalam sehari.  

SENTIASA TAMPIL DENGAN WANGIAN HEBAT DI MANA SAHAJA!

Lelaki yang menjaga penampilan adalah lelaki yang hebat..bau badan perlu dititik beratkan kerana ianya merupakan asas kepada kebersihan.

“Penampilan yang baik mestilah dipadankan dengan bau yang menarik,” kata Mr. Venkat Jangam, Pengurus Pemasaran Wipro Unza Malaysia. “Sesiapa sahaja boleh bergaya dengan fesyen terkini dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, tetapi sebenarnya bau badan seseorang itulah yang menjadi “factor tarikan” untuk menonjol dan mengekalkan penampilan yang segak. Oleh sebab itulah semua lelaki tanpa mengira taraf hidup dan pekerjaan perlu sentiasa mempunyai bau badan yang menyenangkan sepanjang hari.” 

Memahami keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, malah untuk semua aktiviti sepanjang hari, DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa ke mana sahaja. Bentuknya direkakhas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif kemana sahaja.  

“Sebagai peneraju jenama penjagaan diri lelaki di Malaysia, DASHING memahami keperluan utama seorang lelaki-  iaitu wangian yang membangkitkan jiwa maskulin sebenar dari dalam, tetapi pada masa yang sama mudah didekati.”tambah Mr. Venkat. “Kini dengan kehadiran DASHING Anytime EDT, ekspresi wangian maskulin kini tersedia sentiasa di dalam poket anda”

Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.

1.Cool
Haruman maskulin ini merupakan takrifan identity dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.




2.Active
Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.



3.Ultimate Kick
Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.



4.Hattrick
Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.



Dijual pada harga RM7.00, DASHING Anytime EDT 18 ml boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia.

So..jejaka diluar sana..apa tunggu lagi...dapatkan Anytime EDT yang sangat comel dan boleh di bawa kemana sahaja.Kekal segar dan harum sepanjang masa..make sure ramai yang ingin mendekati anda dan bukan menjauhi..Dashing sentiasa melengkapi gaya hidup seorang lelaki..

Maklumat lanjut korang boleh layari :

Website

Facebook

Instagram


Selamat mencuba....


50 comments:

  1. Menarik pula bentuknya SA, boleh belikan untuk anak bujang akak sebab memang suka pakai jenama nie..

    ReplyDelete
  2. baca ayat 1st terus takut nak baca..haha.. tp eh kita dulu zaman sekolah suka bedak dashing tau..

    ReplyDelete
  3. Dashing dlu2 mmg femes dikalangan lelaki, kita suka bedaknya , skarang dh ada perfume camni menarik juga

    ReplyDelete
  4. hmmmm... cantik packaging dia...

    ReplyDelete
  5. anak2 jue dah chup dah perfume ni hahahah

    ReplyDelete
  6. dashing skrg dah improved. baunya sedap2

    ReplyDelete
  7. Dashing ni mmg legend..masih gah sampai sekarang

    ReplyDelete
  8. Best pula tengok bekasnya. Comel-comel, senang nak bawak. Jenama fav yazid ni, boleh minta dia beli yang ni nanti

    ReplyDelete
  9. Packaging style & lawa. betul banyak je barangan perempuan tapi barang laki kurang. Lelaki pun nak bergaya jugak.

    ReplyDelete
  10. Wah skrg dashing dah lagi stylo lah kak. Ana pyn suka bau dashing. Ingat lagi masa sek ana beli dashing bold sebab suka bau dia. Selalu pakai masa sukan walaupun tu perfume lelaki. Hehe

    ReplyDelete
  11. husb kita pun pakai dashing gak.. bau dia pun sedap

    ReplyDelete
  12. Saiz mini senang senang simpan dalam kocek untuk dibawa ke mana-mana.

    ReplyDelete
  13. Design baru bestnya bukan mesra poket lagi senang nak selit masuk handbag jugak

    ReplyDelete
  14. Dashing ni memang sedap bau dia.. orang kata bau2 lelaki maskulin gitu

    ReplyDelete
  15. adik uyul suka betul pakai dashing ni. padahal perempuan tuh.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  16. Pocket edition mudah nak bawa ke mana mana

    ReplyDelete
  17. wah nak kena cari nih...dashing dah dipercayai sejak dulu lagi...

    tambahan pulak memang tak suka kalau badan berbau...

    kerja pula di tapak bina...sememangnya perlukan pewangi yang mudah dibawa ke mana-mana

    ReplyDelete
  18. So glad it was helpful,

    Amrita Spa Offers Full body massage in delhi Services by Female to Male in a Luxurious Atmosphere.

    ReplyDelete
  19. Thanks for sharing.

    Enjoy a complete health and wellness full body to body massage in delhi center with a massage area framed in one of Delhi's most beautiful natural surroundings.

    ReplyDelete
  20. Great post keep up the good work. Thank for share..

    Nice deals offers you the best body to body massage in dellh treatments, spa treatments, massage wraps, peels and hydrotherapy

    ReplyDelete
  21. Nice Post… Thanks for sharing this information.

    Body Massage in Delhi center has been a standard for its relaxation and peaceful service.

    ReplyDelete
  22. Thanks for sharing with us.. it very useful do follow blogs.

    massage in delhi

    ReplyDelete
  23. Sparsh Body Massage spa in Delhi. More than a decade before we came up with a concept of serving people for wellness with our spa services.
    Body Massage in Delhi

    ReplyDelete
  24. Thanks for sharing the informative blog.
    Thanks for sharing this information …
    online MBA

    ReplyDelete
  25. Thanks for sharing such a great post. I appreciate your valuable time.
    Call Girls in Mahipalpur
    Escorts in Mahipalpur

    ReplyDelete
  26. Excellent post… I m pleased to read it. Thanks for sharing. Keep up the great material: http://www.turnsourceimaging.com
    Turn Source Imaging

    ReplyDelete
  27. Thanks for the sharing you experience and well content.....END OF LEASE CLEANING SERVICES SYDNEY

    ReplyDelete
  28. It was incredible! I still go back there in my mind when I meditate. Fire retardant fabrics

    ReplyDelete
  29. Thanks for sharing this informative blog. If you are facing any technical issue related Norton Antivirus then just call on Norton Antivirus Support Number 855-708-2203 Helpline Number
    More Details Visit @ http://phonesupporthub.com/support-for-norton/

    ReplyDelete
  30. Buy Latest Designer’s Shalwar Kameez & Kurta in Multiple Colors like White, Black and Blue available at Affordable cost anywhere in Pakistan. We have special Dresses for Dulha for Walima & Wedding Ceremony. http://www.glacierfabrics.pk

    ReplyDelete
  31. You’re so cool! I do not think I have read through something like that before.
    So wonderful to find another person with a few original thoughts on this topic.
    Seriously.. thank you for starting this up.
    This website is something that’s needed on the internet, someone
    with a bit of originality.
    Everything is very open with a precise explanation of
    the issues. It was truly informative. Your website is useful.
    Thank you for sharing! Online shopping Bangladesh
    Clipping path Service Provider

    ReplyDelete
  32. Smelling good is important, By using pocket perfumes it is more easy....
    Best online ethnic store India

    https://zinnga.com/

    ReplyDelete
  33. http://eaviations.com/tour/DOMESTIC-TOURS

    ReplyDelete
  34. Sexy Indian & Russian call girls in mumbai dating and fun.
    Enjoy with our hot and sizzling mumbai Escorts. We provide the Escorts in mumbai to ourclients

    ReplyDelete

  35. Your selection of topic is very good and also well written. Thanks for sharing. I feel like all your ideas are incredible! Great job!!!
    Bhartiya City Nikoo Homes
    Provident Park Square
    Assetz Here & Now /
    Assetz 63 Degree East

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah