Tuesday, October 6, 2026

Lepak Pantai Batu Burok

Assalamualaikum wrt..

Kita sambung entry jalan- jalan Terengganu...lepas kami balik dari beli Roti Paung tu di ENTRY NI, kami balik Chloe's Homestay un tuk berehat..masa tu dah pukul 3.00 lebih dah..matahari masa tu dah terpacak dah..terik betul cuaca...so SA amik kesempatan baring kejap...pasang ekon kuat- kuat..lepas tu pukul 5.00 petang bangun, solat asar lepas tu siap-siap keluar...

Kemana kita? Kami ke Pantai Batu Burok. Pantai Batu Burok adalah sebuah destinasi pantai popular yang terletak kira-kira 1.5 hingga 2.5 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu, Terengganu. PBB ni terletak berhampiran bandar dan Hospital Sultanah Nur Zahirah serta mudah diakses

Pantai PBB ni juga mempunyai pesisir berpasir putih yang diteduhi pokok Rhu dan kelapa, serta tiupan angin kencang dari Laut China Selatan. Aktiviti mandi-manda adalah dilarang atau tidak digalakkan kerana ombak yang kuat dan arus yang berbahaya, terutamanya semasa musim tengkujuh. 

Bagi mereka yang berminat untuk berlari atau berjalan bersiar-siar sepanjang pantai, pantai ini merupakan tempat yang sesuai dengan angin kuat yang menyejukkan tubuh. Mereka yang berminat untuk bermain layang-layang boleh berbuat sedemikian kerana tiupan angin laut yang kuat. SA 4 beranak lepak aje kat sini dalam 1/2 jam...kebetulan ada kerusi healing dalam kereta so keluarkan bagi PZ duduk rehat kena air laut...



Dia call adik dia...happy je dia kat sini


SA menikmati keindahan suasan pantai


SA suka dengan bunyi ombak


Selfie is a must


Ada menara tinjau kat situ tapi memang tak la SA nak naik


Pesisir pantainya macam melengkung bentuk kuali


Ramai gak yang lepak situ


Candid gambar kami bertiga


Candid!!


Masa ni hujan dah rintik rintik


Selfie berdua


Selfie solo


Suka laut tapi x puas lepak sini..

 





SA sediakan 3 video kat atas tu...korang tengok la nanti ye...best bunyi ombak...

Masa tengah lepak tu kami cari tempat nak makan...jam dah dekat pukul 7.00pm kan..dah jumpa tempat dan dah baca review, kami gerak ke tempat makan...

Walaupun sekejap saja dapat lepak dan menikmati angin pantai kali ini, sekurang-kurangnya cukuplah untuk 'charge' semula tenaga dan jiwa. Seperti deruan ombak yang tidak pernah berhenti memukul pantai, begitulah juga kehidupan kita akan sentiasa ada ujian dan cabaran yang datang bertubi-tubi. Tapi ingatlah, selepas ribut dan hujan rintik, pasti akan ada ketenangan yang menyapa.

Hargailah setiap detik kecil bersama insan-insan tersayang selagi ada kesempatannya. Semoga kita semua terus diberikan kesihatan dan kelapangan rezeki untuk mencipta lebih banyak kenangan indah bersama keluarga. Sampai jumpa di entri seterusnya..


1 comment:

  1. Baru nampak PZ tersenyum happy....
    bestnya dah lama x pergi pantai...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah