Assalamualaikum wrt...
Sebelum hantar Kupang kat adik- adik kami singgah dulu kat KNLC Kitchen & Patisserie Lavender Height ni..cadangnya nak tunggu Dania lepak sini nanti..tapi dh x tau mana nak lepak makanya singgah sini la..hujan plak..suami cakap kalau makan steak sedap gak ni...macam la dia makan steak..sabar aje la...penggemar steak adalah SA, bukan suami..
KNLC Kitchen & Patisserie adalah sebuah kafe serta restoran popular yang terletak di Lavender Heights, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. Premis ini terkenal dengan pelbagai pilihan makanan utama, minuman, serta pencuci mulut (dessert) dan pastri yang digemari ramai..lalu lalang je cafe ni kat Tik Tok..so kita terjah la..sekarang ni hype cafe banyak kat mana- mana..x dapat nak follow trend..hari ni pi cafe sini esok lusa buka lagi banyak cafe...macam cendawan tumbuh lepas hujan kan...
Jom tengok gambar...
Goyang plak gambar..hujan renyai masa ni...
Buku menu
Apa yang seronok tu?
Muka penat lepas lama dalam jammed dari Muar ke Seremban
Deco cafe ni simple je..dan selesa la..x crowded sangat..
Kaunter air, cashier dan kaunter cake & pastries
Selfie berdua..
jom tengok cakes, desserts dan pastries diorang
Berry Pavlova, passion fruits dan macam- macam lagi...
Eh serius plak muka dia..suami pilih air lychee dan SA pilih apple juice...
Apple juice sodap...
Chicken grilled suami punya...sedap..blackpepper sauce pun best
Close up skit
Jemput makan
SA pilih Aglio Olio Seafood
2 ekor udang dan seketul mussel je...boleh laaa....
Total damage
Secara keseluruhan, memang berbaloi singgah di KNLC Kitchen & Patisserie ni. Makanan sedap, suasana pun tenang, dan yang penting dapat berteduh sambil layan kopi sementara tunggu hujan reda. Korang kalau lalu area Lavender Heights, boleh la cuba singgah. Blogger Seremban dah pernah sampai sini ke?
Kadang-kadang plan yang tak dirancang macam ni la yang paling seronok. Dapat makan sedap, lepak santai berdua dalam cuaca hujan sejuk-sejuk cukup untuk hilangkan penat hadap jammed dari Muar masa tu. Insya-Allah ada rezeki dan masa, kita singgah lagi untuk cuba dessert diorang yang mengancam tu pula..Dengan suasana yang selesa dan servis yang baik, total RM75.50 untuk makan berdua ni kira berpatutan lah. Cuma satu je next time kalau datang lagi, memang wajib cuba steak diorang pula (yang pasti untuk SA la, bukan suami!). Next time boleh ajak Dania lepak sini..plan awal hari tu nak makan ngan dia..Mama ngan Uncle plak rasmikan dulu..eh anak buah SA si Kakak Intan kerja sini tau...tapi bila tanya staff, dia x kenal plak nama Intan...shift siang kot...























lemah iman sy kalau tgk pastry & dessert sedap2 mcm ni
ReplyDeletehancur lebur diet hahaha