Showing posts with label Fenomena Alam. Show all posts
Showing posts with label Fenomena Alam. Show all posts

Wednesday, March 20, 2024

Fenomena Ekuinoks Hari Ini

 Assalamualaikum...

Tadi SA dengar SuriaFM, diorang ada bincangkan tentang fenomena Ekuinoks ni dimana peristiwa ekuinoks yang berlaku apabila matahari tepat di atas garisan Khatulistiwa.

Apakah hari ini akan lebih panas?aduhai...macam mana agaknya nanti ni....



Malaysia akan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang disebabkan kedudukan matahari yang berada betul-betul atas garisan Khatulistiwa, hari ini.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dalam kenyataan berkata, fenomena yang turut dikenali sebagai ekuinoks itu akan menyebabkan seluruh dunia mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu, 12 jam siang dan 12 jam malam.

Manakala, bagi kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti di Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador, akan berlakunya waktu tengahari “tanpa bayang”

Di Malaysia, peristiwa tengahari tanpa bayang akan berlaku sedikit lewat selepas ekuinoks seperti di Putrajaya pada 27 Mac 2024 (Rabu) dan di Kuala Lumpur pada 28 Mac 2024 (Khamis).

Ekuinoks turut menandakan perubahan musim iaitu bermulanya musim bunga di hemisfera utara bumi manakala di hemisfera selatan pula sebaliknya bertukar mengalami musim luruh.

Ketika fenomena tersebut, matahari berada tepat di atas kepala setiap orang dengan bayang kepala dan badan jatuh ke tapak kaki menyebabkan ia seumpama tiada bayang


Sumber : Kosmo Online


Monday, August 2, 2021

Fenomena Halo Lingkaran Cahaya Seakan-Akan Pelangi Yang Mengelilingi Matahari Atau Bulan

Assalamualaikum...

Hi korang...

Tadi grup whatsaap SA dipenuhi gambar- gambar matahari hari ni...rupanya tak semua tempat boleh nampak fenomena Halo ni...SA keluar rumah cuba la nak tengok matahari...sekali amik ko...sakit mata tengok cahayanya yang lain macam...patut la awan cantik je hari ni....matahari pun terik...terus pedih mata SAa ni korang...pedih sanagt- sangat....menyesal plak pergi tengok sebab teruja nak tengok kan...

Halo adalah fenomena optikal berupa lingkaran cahaya di sekitar sumber cahaya seperti matahari atau bulan.Ia merupakan kejadian alam yang biasa dan terjadi akibat refleksi cahaya matahari atau bulan oleh kristal-kristal ais yang terkandung di awan.

Kat bawah ni kawan- kawan SA punya gambar yang diorang whatsaap tadi...



Ni kat area PD


Subhanallah...cantik sangat


Ni kat Melaka



Yang ni kat Bahau


Ni kat rumah SA...hahaha..xde matahari tapi awan dan langit tu cantik sangat kan....
 




Ini rakaman dari Hospital Tuanku Jaafar Seremban


Yang ni dari Kg Bongek Rembau

Halo matahari dihasilkan oleh pembiasan cahaya dalam kristal Ais di awan Cirrus. Halo adalah cincin atau cahaya yang terbentuk di sekitar matahari atau bulan ketika cahaya matahari atau bulan membiaskan kristal ais yang terdapat di cirrus awan tipis. Halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu dan juga pada 28 April 2015 dalam lingkungan pukul 1.30 petang hingga 2.20 petang.

Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.

Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.

Tuesday, September 29, 2015

Fenomena Bulan ‘berdarah’

Gerhana bulan penuh atau ‘Super Blood Moon’


FENOMENA Super Blood Moon hanya akan berlaku lagi pada 2033 nanti.


Kuala Lumpur: Gerhana bulan penuh atau ‘Super Blood Moon’ iaitu gabungan tiga kejadian bulan penuh, fenomena Perigee dan gerhana bulan dijangka berlaku pada hari ini.

Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Mohd Zamri Shah Mastor berkata, fenomena itu bagaimanapun hanya dapat di lihat di benua Eropah, Amerika, Afrika serta sebahagian barat dan selatan Asia saja.

Katanya, fenomena terbabit ialah gabungan tiga kejadian perubahan pada pergerakan bulan ketika hampir dengan bumi.

Beliau berkata, gabungan bulan penuh dan Perigee atau ‘Super Moon’ (bulan dapat dilihat dengan jelas pada waktu siang) serta gerhana (Blood Moon) berlaku pada tarikh itu.

“Fenomena Super Moon berlaku kerana bulan berada di kedudukan orbit paling hampir dengan bumi dikenali sebagai Perigee. Semasa bulan di kedudukan Perigee, ia dalam fasa penuh menyebabkan kelihatan lebih dekat dan lebih terang berbanding biasa.

“Fenomena gerhana bulan pula menyebabkan ia kelihatan berwarna merah disebabkan bayang-bayang pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi.

“Kita juga akan dapat lihat bulan bersaiz lebih besar iaitu 14 peratus lebih besar berbanding semasa gerhana penuh pada April lalu,” katanya.

Beliau berkata, semasa fenomena Super Blood Moon, bulan kelihatan lebih terang sebelum gerhana dan berwarna kemerahan semasa gerhana.

Zamri berkata, fenomena ini mudah dilihat orang ramai di kawasan ia berlaku.

Katanya, orang ramai boleh melihat fenomena itu tanpa memerlukan kepada sebarang peralatan bantuan penglihatan serta mudah dikenali.

Menurutnya, di Malaysia, hanya fenomena Apogee dan bulan penuh dapat disaksikan dengan mata kasar pada April lalu.

“Kejadian yang menggabungkan tiga fenomena ini hanya akan berlaku lagi pada 2033 nanti. Di Malaysia pula, gerhana bulan penuh dapat dilihat pada 2018 nanti,” katanya.

Beliau berkata, fenomena itu akan mempengaruhi pasang surut air laut namun tidak menyebabkan berlakunya bencana.

“Super Moon boleh memberi kesan kepada kejadian pasang surut air laut, namun tidak akan menyebabkan sebarang bencana alam. Hal ini kerana bulan mempunyai daya tarikan graviti yang mampu mempengaruhi air laut,” katanya.



Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah