Showing posts with label Honeymoon. Show all posts
Showing posts with label Honeymoon. Show all posts

Tuesday, November 7, 2023

Kisah Honeymoon SA Di Cameron Highland ~ Last Part

Assalamualaikum...

Yeayyy....sampai dah akhirnya kat entry last ha...jenuh nak habiskan..dan rasanya habis dah semua citer dari wedding sampai honeymoon...hehehe...lepas ni boleh la SA focus kat apa yang tak settle lagi..boleh focus kat kerja dan kehidupan SA..kehidupan yang sedia ada dan kehidupan berumahtangga...lepas kahwin ni ada sedikit dugaan..takpe la..allah turunkan dugaan untuk pelangi di masa hadapan kan..takde la dugaan besar sangat tapi cukup la untuk SA yang hadap..ada sedikit perubahan dan SA x rasa ianya satu masalah besar untuk SA..hehehe...terima kasih suami sebab sentiasa disisi SA..sentiasa bagi semnagat bila adakala SA demotivated...

So lepas sarapan kat hotel kami check out awal..masih nak jenjalan..pergi Kea Farm beli jagung dan keledek..dan lepas tu kami ke Cameron Valley...bukan Bharat Tea..hahaha..tu la confident je sebelum ni..lepak Cameron Valley lama gak..minum teh tarik dan menikmati pemandangan..Suami order cheesecake sebab simbolik kepada perkenalan dan percintaan kami..Cheese Cake la menjadikan kami rapat..gittew ha...sebab tu kalau korang perasan bila kami lepak mana- mana mesti cheese cake tak pernah takde..hehehe...


SA ada la beberapa kali lepak sini..dulu la kisah dulu..malas nak sebut dah


Masih x ramai orang..



Kenapa SA x rasa nak makan scone erk sepanjang kat CH?


Cantik kan?


Puas zoom nak nampak Cameron Valley tu










Cadangnya nak pi turun bawah tu..lepas tu hujan renyai2 plak..malas plak SA..





Lepas dah puas lepak, borak- borak...kami ke kedai souvenir sebelah tu...kat situ ada macam- macam dan of course kebanyakkan tea la kan...SA beli la skit tea CH...





Ambik...banyak betul borong tu..



 
Last selfie kat depan ni..malas plak nak betulkan gambar..

Yeay...balik dah lepas tu..balik plak kami ikut jalan Tapah...perghhh...seram...

Masa perjalanan nak turun tu la kami singgah beli pokok bunga rose tu...sekarang tinggal pasu je laa...xde dah pokok bunga rose..Pak Zain tanam pokok cili je sekarang..ingat nak cari la benih tomato cherry ke..suruh Pak Zain tanam dalam pasu kan...mesti cantik nanti...SA tangan panas bab tanam menanam ni...memang x jadi de...kalau petik memetik je tangan SA sejuk...hahahaha....

Friday, November 3, 2023

Kisah Honeymoon SA Di Cameron Highland ~ Part 7

Assalamualaikum...

Okey jom sambung lagi la...lepas masuk Time Tunnel Museum tu kami balik hotel..lepas zohor kami gerak ke Abang Strawberry kat area Tanah Rata, Kg Sedia kalau x salah...berpusing- pusing gak kami berdua kat sini..parking takde..lepas tu jumpa la parking tapi jalan belakang..takpe la as long as jumpa kan...

Takde apa yang menarik pun kat sini..SA nak perkenalkan nasi lemak strawberry kat Suami..dia tak pernah makan...sebenarnya takde la nasi lemak tu diuat dari strawberry cuma kaler nasi lemak tu kaler pink dan sambal ada 2 pilihn..sambal bilis biasa dan sambal strawberry..sedap gak la sabal tu macam korang makan sambal hitam pahang..masam- masam manis pedas gitu....suami cakap biasa je la..okey..nanti kita cari makanan luar biasa plak kalau jumpa...

Harga? Mahal la..namapun tempat tarikan pelancong..apa je yang murah sekarang ni...






Makanan kena order guna QR code ye..






v




v





v



v




v




v






Lepas tu SA ajak pi pekan Tanah Rata sebab SA nak cuci rambut..kat hotel x cuci ramabut sebab xde pengering rambut..hahahaha...SA plak dah pening banyak kali kena hujan...so pergi la saloon kat situ...salon milik orang Cina..peramah tapi pekerja orang Indonesia..lama dah akak tu kat CH..

Harga cuci rambut...

RM55....

Muahahahaha...baik cuci sendiri kan...padan muka..mana la SA tau harga kena tekan...ingat harga biasa- biasa aje...takpe la..service dia bagus...lama gak dia kerjakan rambut SA..rambut lebat sanagt katanya...


Kisah Honeymoon SA Di Cameron Highland ~ Part 6

Assalamualaikum...

Kita sambung kisah acah- acah honeymoon SA...lepas je pergi Boh Tea Sg Palas, kami suami isteri ke Time Tunnel Museum plak..takde pun dalam wishlist tapi pergi je la..hajat hati nak petik strawberry tapi semua tempat banyak dah habis strawberry nya...

Apa Time Tunnel ni?

Time Tunnel ialah muzium tempatan yang didedikasikan untuk memelihara memori sejarah dan warisan budaya Cameron Highlands. Terletak di Brinchang, muzium ini terletak ruang bawah tanah dalam Ladang Strawberi Kok Lim,berhampiran di sebelah jalan utama sejurus selepas meninggalkan bandar Brinchang menuju Ladang Kea. Korang boleh je parking di ruang parking yang disediakan di depan museum ni...Time Tunnel ini turut dilengkapi dengan cafe, ladang strawberry dan supermarket.

Terdapat lebih 1,000 pameran menarik yang kebanyakkan adalah koleksi peribadi See Kok Shan, penduduk tempatan Cameron yang gemar dengan barangan vintage dan memorable. Setelah mengumpul banyak sampah selama bertahun-tahun melalui perjalanan domestik, See bekerjasama dengan Ladang Strawberi Kok Lim untuk membuka Terowong Masa atau Museum Tempatan yang merupakan satu cara untuk berkongsi khazanah kenangannya dengan pelawat dari semua lapisan masyarakat.

SA teruja masuk kat dalam ni sebabnya memang barangan yang menjadi bahan pameran merupakan barangan vintage yang susah kita nak jumpa zaman sekarang..Hanya collector barangan 
vintage je yang masih simpan barangan ni semua kerana minat atau hobi..kalau SA la..confirm dah kena buang dah ni...nampak macam sampah tapi siapa tahu ada nilai yang berharga dari barangan vintage tersebut..

Sorry tau korang gambar kat bawah ni semua x ikut susunan, penat dah 2-3 kali atur..sudahnya lantak la disitu...










Television lama..Pak zain pernah beli dulu semata mata x nak anak dia ni menebeng rumah jiran tumpang tgok tv..bayar tau 30sen ke 50 sen


Agak- agak boleh minum lagi ke air botol ni...famous jugak kan dulu...SA pernah gaduh ngan Mak Pah pasal dia x bagi beli air ni..masa tu umur 5-6 tahun..



Dapur ngan oven kot ni...ke salah?













































Rupa kedi kopi zaman dulu la ni



Gobok makanan zaman dulu..rumah kampung dulu ada..sekarang pun masih ada kat rumah Mak Lang




Acah- acah kat kedai kopi dulu- dulu kan..

Lepas je amik gambar kami berdua terus keluar..ada jalan dan tanda arah kena ikut...pas tu nampak la ada ladang strawberry dan tarikan lain...ada kawanan arnab dan sayur- sayuran..pokok-pokok bunga pun ada...


Tanda arah artificial


Ada rabbit...musyuk la kawasan dia bau kencing diaorang


Comel plak yang warna hitam ni


Geram tengok salad ni



Untuk Time Tunnel ni worth it ke tak nak pergi melawat? for me worth aje..okey apa..boleh tunjuk kat generasi baru apa yang ada zaman dulu- dulu..apa yang dipamerkan ada yang dah tak wujud zaman sekarang..ye la zaman dah semakin moden kan...memang SA recommend korang bawak anak- anak ke sini kerana Time Tunnel merupakan muzium memorabilia pertama di Malaysia. Terletak di Brinchang, ia dikenali sebagai salah satu tarikan utama Cameron Highlands. Ia kira-kira 90 kilometer dari Ipoh atau kira-kira 200 kilometer dari Kuala Lumpur. Anak- anak boleh tambah pengetahuan dan boleh diceritakan kepada kawan- kawan atau guru di sekolah..

Time Tunnel Strawberry Farm - TTSF
UT/MR F-255, 39100 Brinchang, 
Pahang

Entry fees : Adult RM8.00, Kids : RM6

Lepas pi sini kami balik hotel, rehat kejap..lepas zohor keluar pi makan kat Abang Strawberry...kita citer kat next entry ye...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah