Showing posts with label Khairy Jamaludin. Show all posts
Showing posts with label Khairy Jamaludin. Show all posts

Friday, February 10, 2023

KJ Jadi DJ Hot FM

Assalamualaikum..

Hi korang...

SA kat office memang hari- hari pasang HOT FM online....dan memang tau la tentang Hot Fm offer KJ jadi DJ Hot Fm cuma SA x pasti la samada untuk selamanya atau sementara menggantikan Farah Fauzana yang sedang mengerjakan umrah selama 2 minggu..dah la KJ memang ramai peminat termasuk SA kan..hahaha...

Media Prima Audio (MPA) hari ini mengesahkan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan bertugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM, mulai Rabu depan.

Khairy atau mesra dipanggil KJ akan mengendalikan segmen Bekpes Hot di stesen radio popular itu, mulai 15 Februari ini.

Pagi semalam, Khairy mengesahkan dirinya bakal menyertai Hot FM dalam temuramah melalui telefon pada segmen Bekpes Hot yang dikendalikan Johan, AG dan Datuk AC Mizal.



Minggu lalu, tawaran Hot FM kepada Khairy dibuat menerusi surat terbuka di Instagram @hotfm976 membabitkan jawatan sebagai penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi. , selaras dengan 'tagline' stesen radio Hot FM iaitu 'Yang Hangat dan Terbaik', kehadiran Khairy bersama tonggak utama Bekpes Hot pasti memberi suntikan baharu buat Hot FM dan warna yang lebih menarik untuk segmen terbabit.

Peluang menawarkan Khairy sebagai penyampai radio diambil Hot FM bagi memastikan pengisian dan kandungan segmen Bekpes Hot lebih segar dan relevan kepada pendengar.

Khairy atau KJ bukan sahaja ahli politik dan pemimpin yang hebat, tetapi juga beliau pempengaruh yang mempunyai impak besar buat rakyat Malaysia.

Tak sabar rasanya nak tunggu 15hb nanti...kena alert on Hot FM dari awal pagi...mesti gempak dengan gandingan Johan, Dato AC dan AG. Farah pergi Umrah plak kan...nanti confirm semua bergabung confirm meletops....

See you next entry...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah