Showing posts with label Maal Hijrah. Show all posts
Showing posts with label Maal Hijrah. Show all posts

Wednesday, June 17, 2026

Selamat Menyambut Awal Muharran 1448 Hijrah

Assalamualaikum wrt..

Sedar tak sedar, masa memang cepat betul berlalu, kan? Rasa macam baru semalam kita sibuk bincang pasal azam tahun baru masihi, alih-alih hari ini kita dah pun melangkah ke tahun baru Islam, 1 Muharram 1448 Hijrah.

​Sambil-sambil hirup kopi atau teh panas waktu cuti ni, jom kita borak santai kejap pasal azam dan hijrah kita.

Mengingati Ertinya 'Hijrah'

​Bila sebut pasal Muharram, automatik kita akan teringat kisah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Tapi untuk kita yang hidup di zaman moden ni, apa maksud hijrah pada diri sendiri?

​Hijrah tak semestinya kena tukar tempat tinggal atau tukar tempat kerja (kecuali kalau tempat kerja sekarang toksik sangatlah, kan? Ops! 🤭).

​Hijrah yang paling dekat dengan kita ialah hijrah hati dan sikap:

  • ​Dari suka bertangguh kerja \rightarrow jadi lebih berdisiplin.
  • ​Dari suka skodeng feed media sosial orang lain sampai rasa insecure jadi lebih fokus pada diri sendiri dan bersyukur.
  • ​Dari jarang-jarang hantar mesej kat mak ayah jadi lebih kerap telefon tanya khabar.





Reset Azam Baru (Sebab Azam Lama Dah Ke Mana...)

​Mana-mana azam tahun lepas yang 'terbabas' atau masih belum tercapai tu, tak apa...simpan tepi dulu. Jangan sedih-sedih. Awal Muharram ni adalah waktu yang paling tepat untuk kita hit the reset button.

​Tak perlu letak sasaran yang terlalu drastik sampai membebankan diri. Mulakan dengan langkah kecil (baby steps). 

Contohnya:

"Tahun ni nak cuba konsisten solat awal waktu," atau "Tahun ni nak kurangkan makan manis demi kesihatan."

 

​Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Yang penting ialah istiqamah  kan.

​Selamat Tahun Baru Hijrah 1448!

​SA ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1448 Hijrah kepada semua pembaca setia blog ini.

​Semoga tahun baru Islam ini membawa seribu satu keberkatan, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah-ruah, dan ketenangan jiwa buat kita semua. Semoga kita semua menjadi versi diri yang lebih baik daripada setahun yang lalu.

Borak Santai

Korang pula apa azam atau perubahan kecil yang korang nak buat sempena 1448 Hijrah ni? Cuba kongsi sikit kat ruangan komen bawah!


Sunday, July 7, 2024

Salam Maal Hijrah 1446 Hijrah/ 2024 Masihi


 Assalamualaikum 

Salam Maal Hijrah dari SA dan keluarga..

Semoga di tahun baru ini segalanya dipermudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat...sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik...

Amin..Ya rabbal Alamin..


Tuesday, August 10, 2021

Salam Maal Hijrah 1443H

Assalamualaikum...

Hi korang...

SA mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamata menyambut Maal Hijrah. Selama dua tahun berturut-turut, Maal Hijrah 2021/1443 disambut dalam suasana cukup sederhana namun penuh kesyukuran meskipun negara masih lagi berperang dengan pandemik COVID-19.



Bertemakan 'Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti,' sambutan tahun baharu Hijrah mempunyai pengertian yang amat besar bagi umat Islam dalam mengimbas peristiwa bersejarah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan kaum muslimin dari kota Makkah ke kota Madinah.

Selamat Tahun Baru buat semua...semoga ada sinar baru untuk kita rakyat Malaysia. semoga wabak Covid-19 ini diangkat pergi dan dilenyapkan dari muka bumi ini....jom sama-sama memupuk semangat ukhwah dan penyatuan, sebarkan kebaikan dan bersama menjaga diri dan keluarga kita. Kena ingat...kita semua masih belum menang. Cabaran pandemik COVID-19 perlu diambil iktibar oleh umat Islam untuk memperkukuh hubungan silaturahim dan saling membantu sesama manusia. Bersama- sama kita membentuk diri kita menjadi ummah yang berkualiti yang mempunyai keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual agar kita semua berupaya mendepani apa jua rintangan tanpa berkeluh-kesah kerana yakin dengan qada' dan qadar Allah.

Selamat Tahun Baru buar semua....


Saturday, August 31, 2019

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun



Doa Akhir Tahun
وَصَلَّى اللهُ عَلٰى سَيِّدِنَا وَمَوْلٰنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .اَللّٰهُمَّ مَا عَمِلْتُ فِى هٰذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنِيْ عَنْهُ فَلَمْ اَتُبْ مِنْهُ  وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ وَحَلِمْتَ عَلَيَّ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلٰى عُقُوْبَتِيْ وَدَعَوْتَنِيْ اِلَى التَّوْبَةِ بَعْدَ جَرَاءَتِيْ عَلٰى مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّيْ اَسْتَغْفِرُكَ فَغْفِرْلِيْ وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنِيْ عَلَيْهِ بِا الثَّوَابَ فَأَسْأَلُكَ اَللّٰهُمَّ يَاكَرِيْمُ يَاذَ الْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ اَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنِّيْ وَلاَ تَقْطَعْ رَجَاىِٔيْ مِنْكَ يَاكَرِيْمُ .وَصَلَى اللهُ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ


Artinya : " Dan semoga rahmat dan salam terlimpahkan kepada junjungan kami dan tuan kami yaitu Nabi Muhammad SAW  beserta keluarga dan para sahabatnya. Ya Allah, larangan apapun dari-Mu yang telah kulakukan  pada tahun ini, sedang aku tidak bertaubat darinya, dan Engkau tidak meredhainya, tidak melupakannya dan Engkau bersikap penyantun kepadaku padahal engkau berkuasa untuk menghukumku, dan Engkau telah menyeruku untuk bertaubat sesudah aku berani berbuat durhaka kepada-Mu, maka sesungguhnya sekarang aku memohon ampun kepada Engkau, ampunilah aku. Dan hal-hal apapun yang Engkau redhai yang telah kulakukan pada tahun ini, dan telah Engkau janjikan pahalanya kepadaku, maka aku memohon kepada Engkau, Ya Allah, wahai yang Maha Mulia, wahai yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, sudilah Engkau menerimanya, dan janganlah Engkau putuskan harapanku kepada-Mu wahai Yang Maha Mulia. Dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam-Nya kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,  juga pada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."

Doa akhir tahun diatas dianjurkan untuk dibaca sebanyak 3 kali iaitu pada akhir waktu Asar pada hada hari ke 29 atau 30 bulan Dzulhijjah. Barang siapa yang membaca doa ini pada waktu tersebut, maka berkatalah setan, " Celakalah bagiku, dan sia-sialah segala upayaku untuk menggoda anak adam selama satu tahun, hal ini terhapuskan olehnya hanya dalam sesaat. Karena doa ini, diampunilah dosanya selama satu tahun".

Sedangkan untuk doa awal tahun adalah sebagai berikut:

Doa Awal Tahun
وَصَلَّى اللهُ عَلٰى سَيِّدِنَا وَمَوْلٰنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .اَللّٰهُمَّ اَنْتَ اْلاَ بَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلاَوَّلُ وَعَلٰى فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ وَكَرَمِ جُوْدِكَ الْمُعَوَّلُ وَهٰذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ اَقْبَلَ اَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَاَوْلِيَائِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلٰى هٰذِهِ النَّفْسِ اْلاَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَاْلاِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنِى اِلَيْكَ زُلْفٰى يَاذَالْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ .وَصَلَى اللهُ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Artinya: "Dan semoga rahmat dan salam terlimpahkan kepada junjungan kami dan tuan kami yaitu Nabi Muhammad beserta keluarga dan para sahabatnya. Ya Allah, Engkau yang Maha kekal. Maha terdahulu lagi Maha awal, dan berkat kemurahan-Mu yang besar serta karunia-Mu yang menjadi sumber (semuanya terjadi). Dan kini tahun baru telah tiba, pada tahun ini kami memohon kepada-Mu agar terpelihara dari godaan setan, para pendukungnya dan bala tenteranya, dan kami memohon agar terpelihara dari hawa nafsu kami yang selalu memerintahkan berbuat keburukan. Dan kami memohon semoga Engkau menjadikan diri kami disibukkan dengan hal-hal yang mendekatkan diri kami kepada Engkau dengan sedekat-dekatnya, wahai Tuhan yang memiliki kesabaran dan kemuliaan, wahai Tuhan yang maha Penyayang diantara para penyayang. Dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam kepada junjungan kami, tuan kami Nabi Muhammad beserta keluarga dan para sahabatnya."

Doa Awal tahun diatas dianjurkan untuk dibaca sebanyak tiga kali setelah solat Maghrib pada malam tanggal satu bulan Muharram. Barang siapa yang membacanya, maka setan berkata, "Anak adam ini telah beriman dan terbebas dari genggaman kekuasaanku, sedang umurnya hanya tinggal tahun ini. Allah telah menugaskan dua malaikat guna memelihara dirinya dari bisikan setan".

Demikianlah mengenai bacaan doa akhir tahun dan awal tahun beserta lengkap artinya, semoga doa diatas dapat memberikan manfaat bagi kita semua. Aamiin, aamiin YRA.

Wednesday, October 14, 2015

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah 






Semoga kehadiran tahun baru hijrah ini akan memberikan sinar yang berterusan dalam hidup kita semua umat islam..

Amin....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah